Khamis, 20 Jun 2013

Komentar Kini

Komentar Kini


Mustahil benci benda yang bersih

Posted: 20 Jun 2013 06:51 AM PDT



Penulis rasa sangat pelik. Rasa pelik penulis ini adalah teramat sangat. Mengapa tidak. Bayangkan suatu benda yang bersih tidak disukai rakyat jelata.

Mana mungkin benda yang bersih dibenci begitu sekali. Apatah lagi benda yang paling bersih berbanding lain lain benda.

Penulis rasa hairan juga bagaimana rakyat jelata Malaysia tak suka benda bersih. Setahu penulis "lalat" sahaja yang tak suka pada benda bersih.

Tidak mungkin rakyat jelata Malaysia sudah berperangai "lalat" yang benci pada kebersihan dan suka pada benda yang kotor. Apatah lagi benda yang paling kotor.

Mustahil rakyat jelata Negara ini sudah mula berubah perangai membenci benda benda yang bersih dan gemar kepada benda yang kotor.

Bagaimana penilaian kita terhadap PRU 13 5 Mei Lepas yang dianggap oleh Tan Sri Abdul Aziz Ysuof pengerusi SPR sebagai pilihanraya umum paling bersih berbanding PRU sebelum ini.

Dengan kata lain PRU 13 5 Mei lepas itu telah mencipta rekod paling bersih berbanding mana mana pilihanraya umum pernah diadakan.

Akan tetapi yang pelik PRU 13 5 Mei lepas itu paling banyak bantahan dan 56 petisyen selepas tarikh akhir pestisyen ditutup.

Menurut laporan mesia massa tempatan BN membuat 21 petisyen dan PR membuat 34 petisyen selauruh Negara.

Ini menunjukkan PRU 13 5 Mei yang dikatakan paling itu sah kotor yang membabit penipuan berlaku sepanjang PRU 13 berjalan.

Pakatan rakyat telah menuduh BN melakukan penipuan dan memboikot pertemuan ahli ahli parlimen yang diadakan dua hari lepas dan akan memboikot sidang Dewan yang akan berlangsung pada 24 Mei 2013 ini.

Sehubungan dengan UMNO/BN menerusi Perdana menteri satu Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak juga menuduh pembangkang turut menipu.

Dua puloh satu petisyen BN ini membukti BN sendiri tidak puashati perjalanan PRU 13 5 Mei yang dikelolakan oleh Suruhjaya pilhanraya yang diterajui Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang mengatakan PRU 13 mencipta rekod paling bersih setakat ini.

Bersihkan PRU 13, 5 Mei itu?




Tiada ulasan: