Jumaat, 14 Jun 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Ramai Tolak Najib?..Lawan atau tidak: Muhyiddin masih dalam dilemma

Posted: 13 Jun 2013 08:48 PM PDT


Harakahdaily, 14 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Sumber Umno memaklumkan kepada Harakahdaily untuk menasihatkan agar berhati-hati dengan perang saraf di media yang dikhaskan untuk tatapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber Umno itu merujuk kepada dua perkara pelik yang berlaku di alam maya baru-baru ini.

Perkara yang pertama ialah tindakan di kalangan blogger Umno yang membuat kajian online sendiri mengenai soalan "Apakah Datuk Seri Najib Tun Razak harus kekal sebagai presiden parti Umno?"

Kajian yang sengaja dipublisitikan oleh blogger Rocky Bru dan OutSyed the Box berkata lebih 70 peratus tidak bersetuju untuk Najib kekal sebagai presiden Umno.

Menurut tulisan OutSyed the Box, pada 12 Jun 2013, seramai 1,291 atau 75 peratus daripada 1,702 pengundi mengundi 'Tidak Setuju' manakala seramai 411 mengundi 'setuju' untuk Najib kekal sebagai presiden Umno.

Dalam pol terbaru yang blogger ini buat dengan soalan, "Apakah anda setuju tidak perlu diadakan pemilihan untuk jawatan tertinggi UMNO?, 95 peratus respondan atau 1264 mahu pemilihan Umno diadakan untuk peringkat tertinggi.

Ia berdasar dua pilihan jawapan yang diberi iaitu tidak perlu pemilihan (4%) dan Tidak setuju - pemilihan mesti diadakan (95%).

"Ini cuma perang saraf pada team Muhyiddin. Jika Muhyiddin membaca Harakahdaily selama ini, beliau patut lebih tahu bahawa geng-geng Najib sedang merekacipta satu keadaan bahawa presiden Umno diserang untuk menagih simpati ahli-ahli Umno untuk mempertahankannya," kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, ramai orang Najib yang tidak senang dengan laporan Harakahdaily mengenai seruannya menyuruh Muhyiddin untuk mencabar Najib.

"Sebab itu perang saraf terhadap Muhyiddin dimulakan. Selain itu, serangan pada adik Najib (Datuk Seri Nazir Razak) semua itu hanyalah satu wayang untuk mengajak Muhyiddin atau orangnya turut menyerang sama untuk mengundang simpati pada Najib dan mendedahkan hasrat Muhyiddin untuk merampas takhta Umno," katanya.

Permainan saraf juga terus dimainkan dengan ura-ura bahawa terdapat sebilangan besar ahli parlimen BN mengambil keputusan untuk bertemu dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

"Psywar ini bukan sekadar pada laporan media. Lawatan jumpa Ku Li juga adalah psywar. Mesejnya jelas untuk memancing Muhyiddin menunjukkan belangnya lebih awal samada beliau akan mencabar Najib. Najib perlukan jawapan ini. Muhyiddin masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat keputusan," kata sumber Umno itu lagi.

Apakah Muhyiddin sedar pada perkara ini?

"Beliau sedar tak sedar tak pasti. Yang pasti, pasukan Muhyiddin dah seperti masuk perangkap. Sekarang Muhyiddin masih dalam dilemma. Tiga Naib presiden Umno masih tidak menunjukkan sebarang petanda jelas antara Najib dan beliau, mereka akan berada di pihak siapa.

"Sudah tentu, orang Umno hanya nak berada di pihak yang akan menang. Tapi siapa yang akan menang? Sudah ada yang sengaja menghantar mesej bahawa dua gajah bergaduh, kancil di tengah-tengah mendapat keuntungan dengan menjual tiket," katanya sambil gelak.

Namun begitu, sumber Umno tetap dengan pendiriannya agar Muhyiddin mencabar Najib.

"Muhyiddin perlu mencabar untuk menyelamatkan dirinya. Saya masih berpendapat asalkan ada Datin Seri Rosmah Mansor, peluang beliau untuk memenangi hati orang Umno dan Tun Dr Mahathir masih cerah," katanya sebelum menamat perbualan.

Tiada ulasan: