Jumaat, 14 Jun 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


SPAD jadi musibat....biarkan kerajaan haramjadah UMNO-BN hadiahkan kenaikan tambang bas kepada rakyat...janji musibat di tepati.....!!!

Posted: 14 Jun 2013 11:11 AM PDT

Kerajaan sedang mempertimbangkan kenaikan tambang bas sempena musim perayaan ini seperti diminta syarikat pengusaha bas ekspres di negara ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, kerajaan masih kaji permintaan itu dan belum memutuskan nilai yang akan dinaikkan.

“Setiap tahun pada musim perayaan memang terdapat surcaj 10 peratus yang dikenakan pada tambang kerana perjalanan pada musim perayaan ada bezanya, iaitu bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik.

Jadi, ini yang perlu diambil kira,” katanya selepas merasmikan Ekspo Antarabangsa Bas, Trak dan Komponen Malaysia 2013 di Seri Kembangan, semalam.

Beliau berpendapat, syarikat pengusaha bas ekspres tidak sepatutnya buat permintaan begitu dengan sewenang-wenangnya tetapi mengakui kerajaan faham dengan apa yang diperlukan oleh industri pengangkutan awam komersial itu.

“Sebelum buat keputusan, kita perlu melihat kepentingan orang awam agar (keputusan dibuat) lebih seimbang,” katanya.

 

 

penyapu sial

 

 

Tahniah Rakyat Malaysia yg mangkah BN.Hangpa semua org kaya, tapi kami org miskin.Kami balik ghaya naik  basikal saja. tak kena minyak & tol.

JAKIM...kalau nak sekat ajaran sesat jangan hanya sasar al arqam aje...UMNO haramjadah menolak ajaran islam kenapa tidak di ambil tindakan sama...yang cari dana di kejar sementara menteri yang rembat dana zakat di buat tak peduli....!!!

Posted: 14 Jun 2013 10:56 AM PDT

JAKIM: 81 rumah amal GISB cari dana untuk sebar ajaran Al-Arqam

penyamun duit zakat ini tak pulak di kejar

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenal pasti sekurang-kurangnya 81 rumah amal di seluruh negara yang diwujudkan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) untuk meneruskan penyebaran ajaran sesat kumpulan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan sejak 1994.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha berkata rumah amal berkenaan, yang setiap satunya mempunyai purata penghuni antara 20 dan 80 orang, dikendalikan GISB menggunakan sumbangan luar sama ada dalam bentuk sedekah atau zakat.

“Hakikatnya, penghuni rumah amal itu merupakan anak-anak pekerja GISB, dan mereka tidak mendapat pendidikan formal dan terpisah daripada arus perdana.

“Rumah amal itu bernaung di bawah Yayasan Kebajikan Perubatan dan Perkhidmatan Malaysia (YKPPM) yang bertanggungjawab mengeluarkan surat bagi tujuan memohon sumbangan.

“(Lazimnya) menjelang ketibaan Ramadan, GISB akan mengerakkan pengeluaran surat ini kepada individu, institusi atau syarikat,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Othman berkata GISB menubuhkan rumah-rumah amal itu sebenarnya untuk meneruskan perjuangan Al-Arqam, namun mengaburi masyarakat dengan mendakwa ia pusat kebajikan yang menempatkan golongan asnaf.

“Pengurus-pengurus zon GISB akan meminta pengurus rumah amal supaya berusaha untuk mencari wang sebanyak mungkin terutama pada Ramadan untuk membolehkan kegiatan mereka dijalankan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak melayan surat memohon sumbangan itu.

Beliau berkata sebanyak 26 rumah amal GISB itu terdapat di Selangor, enam di Lembah Klang, Kedah (enam), Pulau Pinang (tiga), Perak (lima), Melaka (dua), Negeri Sembilan (lima), Johor (sembilan), Pahang (lima), Terengganu (dua), Kelantan (tiga), Perlis (satu), Sarawak (dua) dan Sabah (enam).

Antaranya ialah Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (Rabeka) di Ampang, Rumah Amal Kasih Harmoni di Rawang, Rumah Amal Limpahan Kasih (Ralk) di Puchong, Rumah Anak Kesayangku di Bukit Beruntung dan Baitus Sakinah Wal Mahabah di Sepang.

Othman berkata pihak yang mahu mendapatkan kepastian berhubung status atau nama-nama rumah amal berkenaan boleh menghubungi Jakim atau pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Beliau juga berkata Surat Pekeliling Am Bil 4 pada 1994 yang melarang penglibatan pegawai awam dan agensi kerajaan dalam aktiviti berkaitan Al-Arqam masih berkuat kuasa sehingga kini.

Usaha menggerakkan kegiatan Al-Arqam dikatakan didalangi Hatijah Aam, balu pemimpin kumpulan itu Allahyarham Ashaari Muhammad.

Pada 13 Mei lepas, Hatijah ditahan bersama-sama sembilan pengikutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya dari Arab Saudi dan akan didakwa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) November ini kerana cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam.

Hatijah yang juga dikenali sebagai Ummu Jah boleh didakwa mengikut Seksyen 12(C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana menghina pihak berkuasa agama.

 

 

penyapu sial

 

 

bab dana atau pulus masyukkk sibuk dia kejar...bab jaga akidah dan kebajikan umat islam dia tak peduli...menteri rembat duit zakat pun dia senyap...

JAKIM dah sengkek sangat ke...dah tak cukup cukup lagi ke nak menyamun duit umat islam...

alahai...macam ini gaya nak tunjuk kunun jaga maruah islam...nampak macam sungguh2 nak sekat ajaran sesat rupa cari peluang tibai pulus masyukkkk....lagi sesat dari pengamal ajaran sesat...

ini satu lagi kerja fitnah JAKIM...sepatutnya JAKIM patut menyalur bantuan kepada rumah rumah amal yang benar benar memerlukan, ini tidak buat fitnah tuduh kesemua rumah amal yang di nyatakan terlibat dengan ajaran sesat...

lu kedekut nak beri bantuan tapi lu ambil kesempatan untuk rembat pulus dia orang...apa kes lu JAKIM...tak heran la ramai orang islam dan melayu murtad pasal lu JAKIM....lu memang haramjadah...sial....!!!!

Tiada ulasan: