Jumaat, 14 Jun 2013

Addin

Addin


Punca Najib Tersingkir Dari Jawatan PM Tersebar..

Posted: 14 Jun 2013 10:26 AM PDT

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor disebut-sebut bakal dilantik menjadi pegawai kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini.

Pelantikan Ezam sangat penting untuk membolehkan beliau mengendalikan isu-isu pembangkang terutama membabitkan PKR.

Ezam pernah dianggap orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum meninggalkan PKR pada 2007.Najib dikatakan tidak menyambung lima setiausaha politiknya yang kalah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mereka ialah Datuk Fatmi Che Salleh; Datuk Sahlan Ismail; Datuk Shafie Abdullah dan Datuk Suffian Awang serta Latt Shahriman Abdullah.

Mereka digugurkan ekoran kalah bertanding dalam pilihan raya umum itu. Pegawai-pegawai Najib itu dianggap telah gagal memberi nilai tambah kepada Umno dan Perdana Menteri terutama dalam pilihan raya itu.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga turut menyalahkan pegawai-pegawai Najib itu. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Najib dilaporkan telah melantik Khairun Aseh sebagai salah seorang pegawai khasnya dan sudah pun memulakan tugasnya sejak minggu lalu.

Khairun merupakan Exco Pemuda Umno Malaysia, anak kepada Tan Sri Aseh Che Mat iaitu Pengerusi Perbadanan Putrajaya. Ezam tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan perkara tersebut. ~free malaysia today



Iklan C (ii)
  


2 Kerajaan Negeri Tumbang Dengan Petisyen Pilihanraya

Posted: 14 Jun 2013 03:49 AM PDT

PR dan BN masing-masing memfailkan petisyen pilihanraya kerana tidak puashati dengan perjalanan pilihanraya dan ujudnya penipuan, rasuah, salah laku, kesilapan teknikal dan sebagainya.

Jumlah petisyen yang banyak dam memecahkan rekod sebelum ini membuktikan kepada kita bahawa banyak perkara yang tidak kena dengan PRU13.

Malah pemerhati politik melihat jika mahkamah yang mengendalikan petisyen ini professional besar kemungkinan 2 kerajaan negeri akan tumbang iaitu kerajaan BN Perak yang menang dengan majoriti 3 kerusi (BN-31, PR-28) dan Kerajaan BN Terengganu yang hanya mempunyai 2 kerusi majoriti (BN-17, PR-13).

Tidak syak kedua-dua kerajaan BN tersebut sedang berada dalam keadaan gusar dan gundah gulana kerana apa-apa sahaja akan berlaku terhadap kerajaan yang goyah tersebut.

Mari sama-sama kita berdoa agar kedua-dua kerajaan baru akan ditubuhkan di Perak dan Terengganu.................Kemenangan BN di kedua-dua negeri ini benar-benar ibarat telur di hujung tanduk. ~mutaligat



Iklan C (ii)
  

Ini Penjelasan Shabery Cheek Berkenaan Penayangan Filem Melayu Pada Waktu Maghrib

Posted: 14 Jun 2013 02:06 AM PDT


Baru baru ini, Pengarah dan Penerbit terkenal, Ahmad Idham telah mempersoalkan kenapa ada pawagam yang meletakkan waktu tayangan filem Melayu pada pukul 7 malam..

Menurutnya sebagai sebuah negara Islam sepatutnya operator pawagam menayangkan pada waktu lain yang lebih sesuai bagi menghormati waktu maghrib..

Dan isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Idham itu mendapat perhatian dari Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia yang baru iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek..

Tapi nak kata dia baru dalam Kementerian itu tidaklah rasanya sebab pernah menerajui kementerian itu dari tempoh Mac 2008 hingga April 2009.

Jawab Shabery Cheek melalui laman FaceBooknya..

Ada yang bertanya dengan saya mengenai ISU TAYANGAN FILEM MELAYU pada waktu solat maghrib, jawapannya mudah tayangan ini untuk 3 kategori rakyat:

1. Orang yang bukan islam

2. Perempuan yang uzur tak boleh solat

3. Untuk Lelaki musafir atas syarat2 yang ditetapkan islam Jadinya yang islam boleh tunaikan solat maghrib dan isyak dahulu kemudian pergila menonton tayangan jam 9.

Jawapan yang ke tiga itu membuat aku tertanya-tanya.. dia belajar dari siapa agaknya?. Musafir.. solat tak boleh tapi tengok wayang boleh?



Addin:

Bukan semua orang musafir boleh solat jamak dan qasar, hanya orang yang bermusafir yang dibenarkan dalam syarak sahaja boleh solat jamak dan qasar. Jadi solat jamak dan qasar untuk menonton wayang sudah tentu tak menepati syarak.. Jikalau silap tolong perjelaskan.




Iklan C (ii)
  

Berita Memalukan Ini Pasti Tidak Di Siarkan Oleh Utusan Malaysia

Posted: 13 Jun 2013 11:28 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 JUN: Utusan Malaysia harus meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan pengeluar kereta yang dimanipulasi kononnya penurunan harga kereta syarikat mereka sebahagian dari manifesto pilihan raya BN.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan Utusan menyiar berita palsu itu tindakan terdesak melindungi kegagalan Umno mencari makanisme menurunkan harga kereta seperti dijanjikan.

"Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia disamping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini.
"Laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat.

"Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya.

Pada 10 Jun lalu, akhbar milik Umno itu melapor bahawa kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

Utusan melapor, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Bagaimanapun Volkswagen dan Peugeot Malaysia di Facebook menjawab soalan pelayar Internet, menafikan dakwaan Utusan Malaysia.


Volkswagen Malaysia menjelaskan, harga model Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan dengan harga RM157,888.

Manakala Peugeot menyatakan, harga ditunjukkan iaitu 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya dua varian berbeza dari Peugeot 308.
"Komitmen untuk menurunkan harga kereta oleh UMNO-BNI dibuat hanya selepas mereka menyedari betapa popularnya kempen Turunkan Harga Kereta Pakatan.

"Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu ketika dahulu mendepani kewartawanan melayu kini menjadi simbol etika kewartawanan yang pincang dalam usahanya untuk menjaga kepentingan pemiliknya, iaitu Umno," kata Nik Nazmi.~keadilandaily





Iklan C (ii)
  

Tiada ulasan: