Isnin, 24 Jun 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Yang di-Pertuan Agong Rasmi Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Ke-13

Posted: 24 Jun 2013 08:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Selasa merasmikan pembukaan mesyuarat penggal pertama Majlis Parlimen ke-13 susulan pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Ketibaan Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Dataran Parlimen pada 10 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Turut menyambut ketibaan Seri Paduka berdua ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian diiring masuk ke Dewan Bankuet untuk menerima sembah 'Hormat Diraja', menggantikan upacara pemeriksaan kawalan kehormat yang sepatutnya berlangsung di Dataran Parlimen, berikutan masalah jerebu.

Upacara itu diteruskan dengan lagu 'Negaraku' yang dimainkan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi, diikuti 21 das tembakan meriam.Read More / Baca Lagi >>

MP: Select speaker through bi-partisan consultation

Posted: 24 Jun 2013 08:35 PM PDT

Gov't considering asking EC chief to resign, claims MP

Posted: 24 Jun 2013 08:34 PM PDT

Tidakkah SPR khianati amanah Agong?

Posted: 24 Jun 2013 08:20 PM PDT


TIDAK dipastikan apakah rakyat bertambah celik atau kian mundur kerana banyak aduan dan protes tentang orang itu menghina raja dan orang ini mengkhianati raja.

Itulah demokrasi kita bertambah banyaknya orang yang mendakwa peka tentang kesetiaan kepada raja.

Anak yang beradab dan bijak tidak menghebohkan adik beradiknya menderhaka kepada bapanya, kerana ia boleh mengaibkan bapanya sekalipun bapa itu terkenal beramal soleh. Anak yang bijak tadi menyorokkan keburukan itu supaya ayahnya tidak malu.

Begitu juga tidak bijaknya masyarakat yang setia kepada raja menghlebohkan orang itu melawan raja dan orang ini derhaka, kerana ia akan menyebabkan timbul pertanyaan apa sudah jadi dengan rakyat dan apa sudah jadi dengan raja? Apa sudah jadi pada orang Melayu?

Dalam yang panas tentang pengkhianatan ini orang heboh dengan apa yang dikatakan kepincangan SPR melaksanakan tugasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Agong rasmi pembukaan Parlimen hari ini

Posted: 24 Jun 2013 06:39 PM PDT

parlimen
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dijangka akan merasmikan pembukaan sidang Dewan Rakyat, di Parlimen hari ini sebelum sesi perbahasan diteruskan bagi penggal ke-13.

Setelah 222 ahli Parlimen selesai mengangkat sumpah jawatan masing-masing, semalam, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Dewan Rakyat bagi penggal ini.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama dua minggu dan berakhir sebelum menjelang Ramadan pada awal bulan depan.

Perbahasan ini, semestinya akan dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia kerana rakyat mahu melihat sejauhmana pentas Parlimen mampu membincangkan kebajikan rakyat.

Sidang Parlimen kali ini dijangka akan menyaksikan usaha kerajaan memerintah melaksanakan janji manifesto PRU13 manakala pihak pembangkang pula dijangka akan membawakan beberapa isu yang bakal 'menghangatkan' persidangan itu nanti.

Menanti perbahasan bermutu di Parlimen

Posted: 24 Jun 2013 06:39 PM PDT



Sidang Dewan Rakyat sudahpun membuka tirainya dan rakyat sedang menunggu-nunggu untuk mendengar perbahasan bermutu dari ahli parlimen yang dipilih oleh mereka, baik oleh Pakatan Rakyat mahupun BN.

Lebih-lebih lagi Sidang Dewan Rakyat kali ini adalah sidang pertama selepas PRU ke-13 - di tengah kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan, terutamanya membaiki sistem pilihan raya yang didakwa penuh penipuan, integriti kerajaan yang menang tipis dalam PRU itu  dan pelbagai lagi.

Sidang kali ini diharapkan berbeza dari sidang di masa lalu, di mana ada ketikanya begitu boring untuk mengikutinya, disebabkan perbahasan yang tidak bermutu, melawak, sindir menyindir, kata-kata kesat dan angkuh serta berlagak seperti samseng dan sebagainya. Ini sama sekali tidak memancarkan sikap keintelektualan sebagai ahli parlimen dan sangat menghampakan rakyat.

Oleh itu, rakyat kini menuntut perbahasan bermutu, bersifat intelektual, berhujah berdasarkan fakta dan lojik serta rasional, bukan hanya emosi dan prejudis serta bermodalkan air liur semata-mata. Saya menujukan hal ini kepada kedua-kedua pihak, baik ahli parlimen dari BN mahupun dari Pakatan Rakyat.

Rakyat mahu mendengar perbahasan mengenai dakwaan penipuan dalam PRU yang lalu, isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijangka mungkin dikenakan kepada rakyat Malaysia, cukai baru yang lain, isu jerebu, isu harga barang yang meningkat, isu ekonomi seluruhnya, beban hutang negara, isu hak asasi, demokrasi, hubungan antara bangsa  dan pelbagai lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa Najib takut undi sulit memilih Speaker?

Posted: 24 Jun 2013 06:38 PM PDT

1. PM DS Najib sekali lagi terlepas peluang untuk melakukan sesuatu kelainan bagi membuktikan
bahawa beliau komited dengan Perubahan dan Rekonsiliasi Nasional. Najib juga gagal memulihkan kepercayaan bahwa beliau adalah seorang negarawan bahkan sebaliknya memperkukuhkan title 'Autokrat Baru' dan 'Demokrat Palsu' (False Democrat) yang  pernah diberikan oleh seorang penulis Mark Mackinnon (Globe and Mail, 2012).

2. Sidang Parlimen ke-13 bermula semalam dengan pemilihan Yang DiPertua Dewan Rakyat (YDDR) serta angkat sumpah ahli parlimen. Terdahulu telah disebut-sebut supaya amalan parlimen wajar mengalami penambahbaikan dengan mengizinkan calon dari pihak pembangkang di angkat menjadi YDDR.

3. Sebelum persidangan, Barisan Nasional (BN) telah sekali lagi mencalonkan Tan Sri Padikar Amin sementara Pakatan Rakyat mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman. Amalan memilih Speaker dari pencalonan pihak pembangkang memberikan lonjakan imej parlimen di negara ini menghampiri negara maju seperti menyaksikan seorang Speaker dari Parti Buruh semasa Perdana Menteri John Major dari Parti Konservatif di United Kingdom.

4. Malangnya, setelah diberitahu akan hasrat ini secara terbuka, ianya tidak langsung tampaknya diberikan layanan menasabah oleh PM Najib. Benar, Setiausaha Parlimen Datuk Rosmee Hamzah yang mempengerusikan acara pemilihan. Namun Najib masih boleh bertindak untuk memperbetulkan dan menentukan peraturan lebih menepati peraturan Standing Order 4 (4) yang ringkasnya bermaksud supaya pengundian dilakukan secara rahsia 'secret ballot' dengan tidak memerlukan Ahli Parlimen meletakkan namanya di atas kertas undi (ballot paper).

5. Keputusan pemilihan, ketika dilakukan dengan secara 'tidak rahsia' tentunya adalah seperti diramal. Pandikar mendapat 133 undi sementara Abdul Kadir, mendapat seluruhnya undi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yakni 89. Amalan mengundi secara 'secret ballot' atau rahsia bertujuan untuk mengizinkan Ahli Parlimen (khasnya 'backbenchers' kerajaan) mengundi mengikut 'conscience' atau 'dhamir' berdasarkan kekuatan fakta dan hujjah.

6. Dengan kata lain, Ahli Parlimen boleh membuat 'pendirian sendiri' atau 'break rank' dalam isu atau rang undang-undang tertentu yang melibatkan kemaslahatan rakyat dan negara melebihi kepentingan parti atau koalisinya. Ini juga adalah antara ciri politik matang yang disaksikan di negara lebih 'advanced' demokrasinya dan terkeluar dari amalan biasa yakni 'bloc voting' atau 'mengundi secara blok' yakni kerajaan atau pembangkang. Itulah yang diharapkan berlaku dalam pemilihan YDDR semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Apa Salahnya Anwar Angkat Sumpah Dan Minum Semeja Dengan Najib?

Posted: 24 Jun 2013 06:35 PM PDT

Tindakan Anwar dan 88 Ahli Parlimen PR yang lain hadir mengangkat sumpah di Parlimen semalam menjadi isu besar terbaru untuk menyerang beliau dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Ini kerana majlis angkat sumpah itu berlangsung di ketika yang sama berlakunya juga protes berterusan terhadap keputusan pilihanraya sehingga ada yang sanggup tidur dalam khemah dan baring di jalanraya menuju ke Bangunan Parlimen.

Anwar sebelum itu mengadakan roadshow Blackout 505 di seluruh negara mempertikaikan SPR dan pada 22 Jun lalu adalah kemuncak perhimpunan aman yang diadakan di Padang Merbok. Ia kemudian diikuti dengan sekumpulan anak muda berkhemah di Padang Merbok serta melakukan protes bantahan di laluan menuju ke Parlimen.

Anwar lantas dituduh mengamalkan sikap talam dua muka dan politik dua wajah. Di ketika beliau menyeru pengikutnya agar terus membantah keputusan pilihanraya dan mempertikai kewibawaan SPR, di ketika yang sama juga beliau mengiktiraf keputusan pilihanraya dengan hadir mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Dalam hal ini tidak saja Anwar yang dituduh menganiaya penyokong sendiri, malah kesemua 88 Ahli Parlimen PR lainnya ditaksir bersubahat sama.

Kemudian tersebar pula gambar-gambar Anwar duduk minum semeja dengan Najib dan Muhyiddin dalam keadaan riang dan gelak ketawa seolah-olah tiada permusuhan antara mereka. Gambar Anwar bergambar bersama Najib dan Speaker serta lain-lain Ahli Parlimen juga disebarkan untuk memberi bukti kononnya Anwar menerima keputusan pilihanraya walaupun di masa yang sama mengajak penyokongnya membantah keputusan itu.

Penulis blog dan pengendali laman sosial pro UMNO melihat isu ini sebagai hidangan terlazat untuk menyerang dan mempertikai Anwar serta Pakatan Rakyat. Mereka memainkan isu ini semahu-mahunya untuk menggoncang keimanan politik anak-anak muda yang condong menyokong perjuangan PR seolah-olah mereka hanya alat dan dipermain-mainkan oleh Anwar dan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

PAS sesat bertahaluf dengan orang kafir? Ini jawapan Dr Haron Din

Posted: 24 Jun 2013 06:16 PM PDT

Oleh Datuk Dr Haron Din

Datuk, mengapa PAS bertahaluf dengan DAP? Tidakkah DAP itu kafir? Mengapa PAS tidak bertahaluf dengan Umno? Umno jelas Islam, mana lebih baik bertahaluf sesama Islam atau bartahaluf dengan orang kafir? Penjelasan ini amat perlu khususnya dalam keadaan gawat seperti sekarang ini yang ditunjukkan oleh keputusan PRU13 yang boleh merugikan Islam.

Abdul Quddus Abdul Mukmin, Padang Jawa, Klang, Selangor.

PERKARA pertama yang perlu anda tahu dan faham, bahawa tahaluf itu adalah sesuatu yang diharuskan oleh hukum syara' dengan syarat-syaratnya. Apa yang dilakukan oleh PAS dalam isu tahaluf dengan DAP, sebenarnya tidak bercanggah dengan syarat-syarat syarak.

Kedua tahaluf yang dilakukan bersama orang kafir, akan tetapi jika sesama Islam tidak pula dinamakan dengan tahaluf. Kerana asasnya umat Islam adalah bersatu pada asalnya, kerana umat Islam perlu bersatu dan tidak boleh berpecah-belah.

Ketiga, Rasulullah s.a.w. pernah bertahaluf dengan Yahudi Madinah apabila kabilah-kabilah Arab Musyrikin Makkah membuat onar dan menimbulkan penindasan dan kezaliman terhadap Rasulullah dan juga Yahudi, maka apa yang dilakukan oleh Rasulullah untuk bertahaluf menghadapi kezaliman Musyrikin adalah diharuskan.Read More / Baca Lagi >>

Tidak dedah aib setelah bersengketa

Posted: 24 Jun 2013 07:41 AM PDT

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,

KERJASAMA dalam masyarakat umpama dua belah tangan, saling membersihkan apabila menyedari sebelah tangannya kotor. Begitulah keadaan di antara ahli masyarakat jika melakukan kesilapan, hendaklah saling tegur menegur tanpa menyinggung perasaannya.

Setiap kali berlaku tegur menegur janganlah berkecil hati atau masam muka, dengan syarat orang yang menegur itu mesti mengguna bahasa yang sopan dan lemah lembut. Agar yang mendengar nasihat dapat menerimanya dengan hati terbuka, kerana nasihat itu tidak menyinggung perasaan orang yang menerimanya.

"Rohama-u bainahum," di antara satu sama yang lain dalam keadaan kasihan belas dan berkasih sayang. Itulah sikap luhur yang mesti wujud dalam masyarakat Islam. Untuk mengetahui sama ada seorang kawan itu sungguh bersimpati dan baik hati iaitu; dia tidak menikmati makanan yang lazat sendirian tanpa ditemani bersama kawannya.

Jika dia merasai lazat dan seronok makan sendirian, maka itu tandanya dia tiada sikap ingin berkawan dengan orang lain. Terpaksa berkawan dengan sesama manusia, lantaran mereka duduk sekampung atau setaman dengannya. Sedangkan maksud berkawan bukan atas alasan begitu.

Bahkan kerana agama mengajar supaya anggota masyarakat itu ada sifat "suhbah" (persahabatan) dan "ukhuwah" (persaudaraan) dalam diri masing masing.

Antara tandanya lagi ialah jika seseorang pergi ke tempat yang menggembirakan hati, tetapi tidak mempelawa bersama kawannya. Itu tandanya dia tidak suka berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Sikap dirinya terlalu keakuan dalam perkara yang sepatutnya boleh dikongsi.
Read More / Baca Lagi >>

Tidakkah jerebu juga tentera Allah?

Posted: 24 Jun 2013 07:36 AM PDT

Oleh Subky Latif
APAPUN kerosakan di laut, di darat dan di udara seperti jerebu adalah justeru gatal tangan manusia, demikian kira-kira maksud ayat 41 surah ar-Rum.
Maka jerebu yang melanda Singapura, Malaysia dan apa lagi Sumatera sebagai pusat punca yang mengeluarkan asap itu adalah hasil perbuatan manusia rakus mahu memunggah kekayaan bumi Sumatera yang sebanyak-banyak secara senang melakukan pembakaran.

Siapa manusia itu tidak penting, biarlah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkannya. Pembakaran yang mulanya untuk tujuan ekonomi telah bertukar menjadi bala umum bagi sekurang-kurangnya tiga buah negara Asean berbentuk asap. Asap yang banyak itu memenuhi udara menjadi jerebu siang sentiasa redup dan di setengah tempat siang itu sentiasa seperti senja.
Tidakkah jerebu itu pula satu bentuk tentera Allah yang dikirim-Nya bagi memberi amaran kepada manusia?
Seperti Allah menjadikan tentera-Nya dalam bentuk seekor nyamuk bagi membinasakan Namrud, maka jundullah dalam bentuk jerebu itu adalah amaran awal kepada kemaksiatan manusia dan ujian bagi orang yang amal soleh. Bala untuk umat Muhammad SAW tidaklah membinasakan manusia seluruhnya seperti yang dialami oleh umat sebelumnya, justeru janji Allah kepada baginda sebagai pengirimannya adalah rahmat kepada seluruh, maka umatnya tidak akan mengalami bala sepahit kaum Nuh, Aad, Tsamud dan lain-lain.
Tentera asap telah dirakamkan dalam al-Quran dalam surah Ad-Dukhan, betapa asal tebal berkepul-kepul telah melanda bumi mengancam musyrikin Makkah. Tentera asap itu bukan sekadar menyesakkan nafas manusia dan boleh mendatangkan penyakit, malah asap atau jerebu itu, memanaskan udara sekalipun redup, tetapi ia mengakibatkan kemarau bagi wilayah yang Allah hukum.
Read More / Baca Lagi >>

HARI INI DALAM SEJARAH...LIM KIT SIANG ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI PARLIMEN UNTUK TAHUN KE- 44!!

Posted: 24 Jun 2013 07:33 AM PDT


Dinobatkan sebagai Ahli Parlimen paling lama dalam sejarah negara kini.

Menjadi Ahli Parlimen sejak tahun 1969 dengan mewakili 5 kawasan parlimen dari 5 negeri yang berlainan.

Bermula di Bandar Melaka,Melaka, Petaling Jaya, Selangor, Tajung, Pulau Pinang, Ipoh Timur, Perak dan terkini Gelang Patah, Johor.

Belum ada sesiapa pun ahli parlimen terdahulu mau pun terkini yang pegang rekod cemerlang, gemilang dan terbilang YB Lim Kit Siang setakat ini.

Salute to YB Lim Kit Siang!!!!!!

Selepas berhimpun, elok berehat. Kaji kelemahan kita pula

Posted: 24 Jun 2013 07:30 AM PDT

Oleh Aspan Alias
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata tidak ada himpunan 'blackout 505' lagi buat sementara waktu ini. Apa yang menyebabkan beliau berkata demikian tidak pula dapat difahami kerana beliau masih lagi belum berjaya meminta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR  berundur serta meletakkan jawatan mereka. 


Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR diminta berundur dan meletakkan jawatan diatas tuduhan pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar, penipuan besar-besaran telah berlaku semasa PRU 13 yang lepas. Ketua Pembangkang ini berkata selepas perasmian konvensyen Pakatan Rakyat semalam.
Semasa himpunan 505 sehari sebelum itu, Anwar berkata yang beliau sependapat dengan pandangan Husam Musa, Naib Presiden PAS yang ada dikalangan Pakatan Rakyat yang sedang menghadapi sindrom kepenatan. Mereka ini, kata Husam itu adalah, UMNO dalam Pakatan Rakyat.
Anwar meminta semua pihak supaya tidak dihinggapi penyakit sindrom kepenatan ini kerana perjuangan untuk meminta SPR meletakkan jawatan belum tercapai lagi. Tetapi kita mesti juga menerima hakikat bahawa rakyat yang ramai ini juga memerlukan masa untuk merehatkan pemikiran mereka. Rakyat ini manusia dan memerlukan rehat dari memikirkan tentang himpunan dan demonstrasi-demonstrasi ini.
Pemimpin-pemimpin yang menganjurkan himpunan ini boleh berehat dengan kemudahan kehidupan mereka bercuti dimana-mana contohnya, tetapi bagi mereka yang diheret untuk berhimpum ramai-ramai tidak mempunyai kemudahan seperti yang ada kepada pimpinan seperti Anwar dan lain-lain itu.
Read More / Baca Lagi >>

The Case for Electoral Reforms

Posted: 24 Jun 2013 07:27 AM PDT

One of the most important objectives of the Black 505 Rally that took place on the 22 of June (622) was to ask for the resignation of the chiefs of SPR. It stands accused of impartiality, perpetuating and abetting electoral fraud, refusing to clean the electoral rolls and acting hapless when called upon to act on the massive discrepancies in electoral registers. The Chairman and the Deputy of the EC stood out as exemplars of Little Stalins impervious to demands for the EC to facilitate democracy not to hinder and suffocate it.
Never in the history of Malaysia, has the SPR been overtly political. The two people helming SPR are seen to be the most politically proactive. Their political adventures and frolics lead people to justifiably conclude that the SPR is but another satellite of the BN. it is a tool serving the interests of the BN government. It therefore stands of the side of the Oppressor.
Our SPR has complete lost its credibility and integrity as an independent commission answerable to The Agong. Does the Agong countenance fraud and partiality of the SPR? The SPR must not only actually behave with extreme impartiality, but it must also be seen to behave as such.
Read More / Baca Lagi >>

Apabila nasib majoriti ditentukan minoriti

Posted: 24 Jun 2013 07:24 AM PDT

 Lim Hong Siang

Kes jenayah menjadi "tema" akhbar bahasa Cina baru-baru ini. Wanita dirogol ketika membeli kek dalam sebuah kedai di Kepong, pelanggan disimbah air najis ketika menjamu selera di gerai makanan, restoran dirompak, kes ragut berlaku di mana-mana... Kini, "Namakan tempat yang selamat di Malaysia" menjadi soalan cepumas yang paling mencabar.
 Kereta dipecah cerminnya, rumah dipecah pintunya. Malah seorang rakan saya yang merancang untuk pulang ke Malaysia selepas beberapa tahun mencari rezeki di luar negeri secara berseloroh bertanya, "Senjata mana yang lebih baik untuk saya setelah balik ke Malaysia, parang atau kapak?"
Jawapan rakannya di laman sosial Facebook mencuit hati. "Kalau tidak membawa apa-apa, paling dahsyat kamu ditetak, tidaklah sampai mati. Tapi seandainya kamu membawa parang/kapak ketika berjalan-jalan, dan jika ditemui polis dan kemudian ditahan dalam lokap, matilah kau."
Apa yang tersirat di sebalik sindiran ini adalah ketidakpuasan rakyat terhadap polis yang menzalimi suspek sebelum tahanan lokap dibuktikan bersalah, di samping ketidakcekapan polis untuk mengurangkan kes penjenayahan yang semakin hari semakin melonjak. Lebih-lebih lagi, tangkapan dan tahanan politik mengeruhkan keadaan. Ketika perhimpunan diadakan di luar Lokap Berpusat Jinjang sebagai tanda solidariti kepada Adam Adli, polis cuba menyuraikan perhimpunan dengan memulakan penangkapan. Lantas seorang aunty Cina yang berada di situ mengejek, "Alangkah baiknya kalau kehebatan sedemikian digunakan untuk menangkap penjenayah!"
Isu keselamatan semakin meresahkan masyarakat Malaysia, khususnya golongan bandar. Ia bukan sekadar menyasarkan kaum Tionghua, kerana sahabat Melayu saya turut merasai "bahaya" apabila berjalan di lapangan letak kereta, di pusat beli belah dan sebagainya. Kegelisahan ini dikongsi bersama oleh penduduk bandar.
Tiba-tiba ia mencungkil ingatan saya terhadap pengalaman sepanjang tempoh kempen PRU 13. Kami sekumpulan dari bandar cuba menembusi kampung, termasuk kawasan ladang dan FELDA untuk berkempen. Kami menceritakan betapa bimbangnya diri kami terhadap isu keselamatan, dengan peningkatan kes penjenayahan yang berlaku di sekitar kami. Hampir semua daripada kami mempunyai pengalaman dirompak atau diragut, setidak-tidaknya kawan dan saudara kita pernah menjadi mangsa. Namun demikian, kami perhatikan bahawa penduduk kampung itu seolah-olah tidak tersentuh dengan isu yang cuba kami bawa.
Read More / Baca Lagi >>

Takdir Menimpa Husam Bawa Hikmah Kepada Pas Kelantan

Posted: 24 Jun 2013 07:22 AM PDT

Benar dan sahih setiap takdir atau peristiwa yang berlaku di atas muka bumi ini membawa rahmat dan hikmah tertentu. Ia ada rahsia tersendiri. Tunggu lagi sejauh mana manusia menggunakan mata hati dan pandangan kerohaniannya untuk menilai segala hikmah dan rahmat di sebaliknya. Rahmat dan hikmah ini hanya dapat dilihat oleh mereka yang mempunyai mata zahir dan mata batin yang tajam.

Kepada yang buta atau bermata 'ikan kering' tetap tidak tampak apa-apa di sebaliknya. Turunlah berapa banyak peristiwa dan kejadian ia tetap dilihat dalam warna yang sama dan makna serupa.

Demikian kejadian yang agak menyayat dan mengejutkan mengenai penahanan Naib Presiden Pas Husam Musa oleh polis. Husam ditahan Sabtu lalu untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran satu ucapannya di Ketereh. Husam yang ditahan di Kuala Lumpur dibawa dengan kereta ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa, dan remen selama dua hari.

Penahanan itu tidak dinafikan satu masalah dan penafian hak asasi ke atas Husam selaku ahli politik. Husam yang dalam perjalanan ataupun bersiap sedia untuk menghadiri kemuncuk himpunan Black505 di Padang Merbok ditahan di Kampung Pandan, Ampang.

Penahanan itu menyebabkan Husam antara pemimpin yang akan berucap dan dinanti-nantikan oleh kalangan anak muda gagal hadir. Setiap yang hadir tertanya-tanya ke mana Husam hingga pengumuman beliau diserkop polis dibuat.

Read More / Baca Lagi >>

Polis telah dimaklumkan awal kehadiran penganas Sulu - Saksi

Posted: 24 Jun 2013 07:19 AM PDT

Sabah diceroboh KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa anggota polis, yang sedang dibicarakan bagi kesalahan berkaitan pencerobohan pengganas Sulu di pantai timur Sabah, telah dimaklumkan mengenai sekumpulan warga asing memasuki negeri ini menerusi Semporna.
  
Saksi yang dilindungi itu, memberi keterangan dari bilik saksi, memberitahu mahkamah beliau pergi berjumpa Detektif Koperal Hassan Ali Basari pada Januari untuk memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.
  
Hassan, 55, dari Semporna, dituduh dengan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.
  
Read More / Baca Lagi >>

Wakil PAS bawa suara rakyat ke parlimen

Posted: 24 Jun 2013 07:17 AM PDT


KUALA LUMPUR: Muka-muka baru yang mewakili PAS ke Parlimen rata-ratanya hari ini menyatakan rasa keterujaaan kali pertama melangkah ke Dewan Rakyat serta mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan ketika ditemui tidak menafikan bahawa beliau gementar ketika melafazkan sumpah kerana menyedari segala amanah terbeban di bahunya.

"Rasa gementar itu memang ada kerana saya memegang amanah rakyat.

"Saya akan membawa risalah perjuangan mewakili PAS dan Pakatan Rakyat sekali gus membawa suara rakyat dari kawasan yang saya wakili seterusnya memberi semak imbang dalam parlimen.

"Hari ini juga saya melihat pelbagai gelagat dan telatah ahli parlimen jadi saya kira ini pengalaman baru," katanya yang juga Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Read More / Baca Lagi >>

Husam Bebas: 15 Penceramah Sambut & Solat Hajat Lepas Isyak Ini..

Posted: 24 Jun 2013 05:40 AM PDT

Datuk Husam dibebeaskan. Ditangkap pun pakai baju itu, dibebaskan pun baju itu juga..
Sebaik dibebaskan beliau terus berkunjun kerumah Mursyidul Am PAS merangkap mantan Menteri Besar Kelantan, TGNA di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Lensa : Pembebasan Datuk Husam Musa Dari Lokap IPD Kota Bharu

Posted: 24 Jun 2013 05:34 AM PDT


 







  

 


 


Husam bebas dengan jaminan polis petang tadi

Posted: 24 Jun 2013 05:12 AM PDT

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang ditahan sejak awal pagi semalam di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dibebaskan kira-kira jam 5.00 petang ini.

Beliau diiringi isteri, Datin Rohana Abdul Rahman dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud.

Laungan takbir bergema oleh lebih 300 penyokong yang menunggu sejak awal lagi.
Perasaan sebak juga turut dirasai oleh orang ramai apabila seorang lelaki tiba-tiba memeluk Husam sambil menangis tanda bersyukur dan terharu.

Sebelum ini, isteri beliau yang telah lama berada di ruang pekarangan IPD Kota Bharu untuk menyambut pembebasan dan kepulangan suami tercinta berharap Husam dibebaskan hari ini.

Sementara itu, Pertubuhan R Kelantan dan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan menganjurkan program menyambut pembebasan Naib Presiden PAS itu malam ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan akan pastikan Umno BN tak senang duduk

Posted: 24 Jun 2013 05:09 AM PDT

ShamsulKUALA LUMPUR 24 JUN: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin bertekad memastikan persidangan Dewan Rakyat berlangsung lebih profesional agar suara rakyat didengar oleh kerajaan.
"Saya juga mahu memastikan tradisi semak dan imbang (check and balance) yang dipikul Pakatan Rakyat bertambah mutu dan kualiti perbahasannya sesuai dengan sokongan majoriti rakyat sebanyak 51 peratus.
"Pakatan akan 'menyerang' Umno BN dengan lebih hebat lagi berdasarkan maklumat dan data yang kami peroleh dan pertambahan bilangan Ahli Parlimen yang lebih berwibawa dari semua parti Pakatan.
"Situasi ini pastinya menyebabkan Ahli Parlimen Umno BN tidak senang duduk dalam Parlimen," ujar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu ketika sidang menangguhkan sesinya, hari ini.
Shamsul, yang sebelum ini digelar sebagai 'Giant Killer' mengejutkan ramai pihak apabila berjaya menewaskan mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dalam PRU lalu. Beliau mendapat majoriti 5,447 undi selepas memperoleh 46,167 undi, berbanding Mohd Ali sebanyak 40,720 undi.

Pakatan komited bawa isu pecat SPR

Posted: 24 Jun 2013 05:08 AM PDT

khalid_samadKUALA LUMPUR, 23 JUN: Ahli parlimen Pakatan Rakyat memberikan komitmen untuk membawa isu dibangkitkan aktivis Suara Rakyat 505 bagi mendesak pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut berjanji  membantu membebaskan kesemua aktivis yang ditahan polis dalam himpunan di hadapan bangunan parlimen pagi ini.
"Kita turut bersama dengan mereka yang ditahan. Kami akan bantu dan peguam akan ke sana (Lokap Jinjang), Ini merupakan tuntutan bahawa rakyat yang sepatutnya memilih.
"Saya berterima kasih kepada aktivis yang hadir menyatakan bantahan agar pimpinan SPR letak jawatan," katanya kepada pemberita ketika menerima memorandum yang diserahkan wakil 60 NGO Suara Rakyat 505.
Bantu bebaskan tahanan
Beliau berjanji akan mendapakan barisan peguam Pakatan Rakyat untuk membela anak-anak muda yang kini di bawa ke balai polis di Jinjang dan Dang Wangi.
"Kita akan minta kepada pihak polis untuk tidak mengapa-apakan mereka," kata Khalid.
32 aktivis yang ditahan dalam himpunan depan bangunan Parlimen hari ini dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang selepas diambil keterangan di IPD Dang Wangi.

Jalan ke Lokap Jinjang ditutup, vigil solidariti 8.30 malam ini

Posted: 24 Jun 2013 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Pengamal media dilarang menghampiri IPD Jinjang untuk membuat liputan manakala jalan disekat kira-kira 300 meter dari Lokap Berpusat JinjanG.
Lokap_Jinjang
Jalan masuk ke Lokap Jinjang ditutup dengan pengadang PDRM
Pengadang jalan turut dipasang manakala kira-kira sepuluh anggota polis mengawal sekatan menghalang orang ramai dan mengalih laluan kenderaan keluar dari kawasan tersebut.
Menurut seorang anggota polis berpangkat Koperal yang tidak mahu dinamakan, beliau diarahkan untuk tidak membenarkan media masuk ke kawasan perkarangan Lokap Berpusat Jinjang.
"Tidak dibenarkan sesiapa masuk ke kawasan ini. Sama ada media atau orang awam. Ini arahan orang atasan," katanya berkeras walaupun wartawan Keadilandaily telah menunjukkan pas media.
VigilDalam pada itu, ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang melawat tahanan petang tadi menuntut kesemua mereka dibebaskan segera.
"Mereka hanya terbabit dalam perhimpun aman. Akta Perhimpunan Aman itu digubal dari semangat kebebasan bersuara.
"Tidak ada sebab untuk polis menahan  lebih lama. Jika tidak, ini semata-mata penahanan bermotif politik," tegas Shamsul
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Anak muda Bersama Ulama (Panglima) Sulaiman Ibrahim atau Leman Raja Lawak memaklumkan satu himpunan solidariti akan diadakan berhampiran Lokap Berpusat Jinjang jan 8.30 malam ini.

Altantuya: Gagal hubungi pembantu Najib akibatkan pegawai polis disabit bersalah

Posted: 24 Jun 2013 04:58 AM PDT

Kegagalan menghubungi pembantu Datuk Seri Najib Razak mengakibatkan DSP Musa Safri melakukan pengadilan yang salah dan sabitan terhadap dua bekas pegawai polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang meakili Sirul berkata, ini kerana Musa adalah satu-satunya individu yang boleh memberi keterangan terhadap transaksi telefon antara dirinya dan juga Abdul Razak Baginda.
Razak Baginda, ketika itu merupaka penganalisis politik kepada  Najib, yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.
Dalam afidavitnya, Razak Baginda, telah berkata, terdapat lebih daripada 30 panggilan telefon dan mesej teks kepada Musa pada 19 Oktober, 2006, untuk menghentikan kekasihnya, Altantuya, daripada mengganggu keluarganya.
Razak pada mulanya dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi tanpa pembelaan dipanggil.
Sirul dan Azilah, yang merupakan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) kemudiannya didapati bersalah dan dihukum mati kerana pembunuhan Altantuya.
"Dalam afidavit Razak Baginda, beliau juga berkata Musa memanggilnya sehari selepas Altantuya pergi ke rumahnya, untuk memberitahu bahawa dia akan menghantar seorang pegawai di sana untuk membantu beliau. Ia kemudian Azilah dipanggil Razak."

Tiada ulasan: