Kelab Greenboc |
- Tutup Jonker Street, Bukti UMNO BN Melaka Dendam Kesumat Terhadap PR
- Apabila Nasib Majoriti Ditentukan Minoriti!
- [VIDEO] Khalid Samad Tenteramkan Peserta Blackout505
- Nazri Kantoi Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Jurugambar Di Parlimen!
- [VIDEO] 26 Aktivis Ditahan Termasuk Chegubard, Adam Adli & "Auntie Bersih"
- [VIDEO & GAMBAR] Dato Husam Musa Akhirnya Dibebaskan Dengan Jaminan Polis -updated
Tutup Jonker Street, Bukti UMNO BN Melaka Dendam Kesumat Terhadap PR Posted: 25 Jun 2013 01:02 AM PDT Penutupan pasar Jonker Street yang menjadi tumpuan pelancong di Melaka lebih sedekad lalu membuktikan dendam kesumat UMNO-BN terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang tidak mampu dibendung lagi. Demikian ulas Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua yang menyifatkan penutupan pasar malam itu sebagai manifestasi politik balas dendam terang-terangan yang amat mengejutkan. "Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini boleh dilihat sebagai tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu. "Ia ibarat memotong hidung pada wajah seseorang," katanya dalam satu siaran media. Sambil melahirkan rasa kecewa, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu tidak menolak tindakan tidak cerdik dengan mengajar pengundi Cina melalui cara ini adalah disebabkan komuniti itu tidak lagi memihak kepada BN dalam PRU13 lalu. "Hanya semata-mata Idris Haron mahu balas dendam dan merosakkan komuniti Cina, beliau telah mengorbankan kepentingan warga Melaka dan ekonomi negeri itu," ulas Pua. Beliau berkata, apa yang diperlihatkan BN ini adalah wajah hipokrit sebuah parti yang kononnya mengamalkan "1Malaysia" seperti yang menjadi slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan. "Tetapi kita telah diperlihatkan wajah 1UMNO yang mementingkan kroni dan puak-puak mereka sahaja," ujar beliau. Sebelum ini, Kwong Wah Daily melaporkan bahawa Idris Haron dipetik sebagai berkata "kini kita lihat ramai penduduk Melaka memberi sokongan padu kepada DAP berbanding calon MCA yang telah berkhidmat kepada mereka. Jadi, kita telah buat keputusan untuk tutup pasar malam itu dan berharap agar mereka gembira." Akhbar itu juga memetik Idris sebagai berkata keputusan penutupan pasar malam oleh Majlis Eksekutif Melaka itu pada 12 Jun lalu adalah kerana "mengikut kehendak orang ramai." "Persoalannya kini, adakah pasar di Petaling Street juga akan menjadi mangsa politik jahiliah UMNO akibat kecewa dalam PRU13 yang lalu?" Soal Pua. "Dalam pada kerajaaan PR membantu dan berkhimat kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mahu pun fahaman politik, kita telah menyaksikan kegelojohan BN memangsakan hidup dan periuk nasi rakyatnya. "UMNO telah tunjukkan taring perkaumannya dan kita seluruh rakyat perlu menghentikan penularan wabak ini," kata Pua. Sehingga kini, Perdana Menteri , Najib Razak masih belum memberikan komen beliau berhubung penutupan pasar malam Jonker Street. Ia sekaligus menunjukkan bahawa janjinya untuk berpegang pada prinsip 1Malaysia adalah sia-sia dan palsu belaka. – Roketkini |
Apabila Nasib Majoriti Ditentukan Minoriti! Posted: 24 Jun 2013 11:20 PM PDT Kes jenayah menjadi "tema" akhbar bahasa Cina baru-baru ini. Wanita dirogol ketika membeli kek dalam sebuah kedai di Kepong, pelanggan disimbah air najis ketika menjamu selera di gerai makanan, restoran dirompak, kes ragut berlaku di mana-mana... Kini, "Namakan tempat yang selamat di Malaysia" menjadi soalan cepumas yang paling mencabar. Kereta dipecah cerminnya, rumah dipecah pintunya. Malah seorang rakan saya yang merancang untuk pulang ke Malaysia selepas beberapa tahun mencari rezeki di luar negeri secara berseloroh bertanya, "Senjata mana yang lebih baik untuk saya setelah balik ke Malaysia, parang atau kapak?" Jawapan rakannya di laman sosial Facebook mencuit hati. "Kalau tidak membawa apa-apa, paling dahsyat kamu ditetak, tidaklah sampai mati. Tapi seandainya kamu membawa parang/kapak ketika berjalan-jalan, dan jika ditemui polis dan kemudian ditahan dalam lokap, matilah kau." Apa yang tersirat di sebalik sindiran ini adalah ketidakpuasan rakyat terhadap polis yang menzalimi suspek sebelum tahanan lokap dibuktikan bersalah, di samping ketidakcekapan polis untuk mengurangkan kes penjenayahan yang semakin hari semakin melonjak. Lebih-lebih lagi, tangkapan dan tahanan politik mengeruhkan keadaan. Ketika perhimpunan diadakan di luar Lokap Berpusat Jinjang sebagai tanda solidariti kepada Adam Adli, polis cuba menyuraikan perhimpunan dengan memulakan penangkapan. Lantas seorang aunty Cina yang berada di situ mengejek, "Alangkah baiknya kalau kehebatan sedemikian digunakan untuk menangkap penjenayah!" Isu keselamatan semakin meresahkan masyarakat Malaysia, khususnya golongan bandar. Ia bukan sekadar menyasarkan kaum Tionghua, kerana sahabat Melayu saya turut merasai "bahaya" apabila berjalan di lapangan letak kereta, di pusat beli belah dan sebagainya. Kegelisahan ini dikongsi bersama oleh penduduk bandar. Tiba-tiba ia mencungkil ingatan saya terhadap pengalaman sepanjang tempoh kempen PRU 13. Kami sekumpulan dari bandar cuba menembusi kampung, termasuk kawasan ladang dan FELDA untuk berkempen. Kami menceritakan betapa bimbangnya diri kami terhadap isu keselamatan, dengan peningkatan kes penjenayahan yang berlaku di sekitar kami. Hampir semua daripada kami mempunyai pengalaman dirompak atau diragut, setidak-tidaknya kawan dan saudara kita pernah menjadi mangsa. Namun demikian, kami perhatikan bahawa penduduk kampung itu seolah-olah tidak tersentuh dengan isu yang cuba kami bawa. Pengalaman ini memanjangkan renungan saya. Saban hari golongan penduduk bandar terhimpit dan terdesak dengan tekanan hidup, dengan kadar inflasi yang melonjak, sewa rumah, kos pengangkutan, hutang yang membebankan dan sebagainya. Tetapi agak jelas masalah ini tidak menimpa golongan penduduk FELDA dan kawasan kampung di pedalaman. Mereka memiliki tanah dan ladang sendiri. Mereka mudah ke mana-mana dengan pengangkutan sendiri. Pendek kata, "Hidup mereka okay saja! Tiada masalah!" Maka saya tersenyum sinis dalam hati. Alangkah pandainya BN. Mereka hanya perlu mengekalkan bilangan yang tertentu untuk kawasan parlimen sebegini, dan menjaga kepentingan pengundi kawasan ini sebaik-baiknya. Kemudian, ditambah dengan 25% kerusi parlimen yang dipertandingkan di Sabah dan Sarawak, maka dengan senang BN dapat mempertahankan kuasa kerajaan persekutuan. Hakikatnya, 65% kerusi parlimen Malaysia berada di kawasan kampung, meskipun 70% populasi Malaysia kini berada di bandar. Malah, menurut Andrew Khoo dari Majlis Peguam, BN menawan 112 dari 130 kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan parlimen yang kecil dalam PRU13. BN memenangi kira-kira 2.21 juta undi popular di 112 kawasan parlimen ini. Dengan kata lain, BN hanya memerlukan 19.97% undi popular untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah. Persempadanan kawasan yang tidak adil ini sudah diketahui umum. Barang siapa yang menafikan hakikat bahawa "PRU Malaysia tidak adil" harus digoncang otaknya sekuat mungkin. Usahlah untuk saya panaskan isu yang sudah basi. Tetapi saya ingin mengingatkan bahawa selangkah demi selangkah kita menghampiri kemelut apabila jurang dalam masyarakat ini semakin melebar. Hari ini majoriti 51% pengundi Malaysia gagal menentukan nasib negara dan dirinya melalui sistem pilihan raya yang sedia ada. Nasib populasi bandar ditentukan warga kampung yang tidak berkongsi masalah harian dan masalah hidup penduduk bandar. Untuk golongan bandar, inflasi kekal melambung, penjenayahan tetap berleluasa, hutang terus melambak selagi BN menerajui tampuk kuasa. Tapi komuniti kampung tidak terpanggil untuk berubah kerana segala-galanya "okay" untuk mereka. Lebih-lebih lagi, pengundi kampung tidak berkongsi nilai yang sama sebagaimana yang dipegang pengundi bandar. Penduduk bandar jemu dengan hujah perkauman, sebaliknya memandang berat isu hak asasi dan kebebasan. Sementara itu, sentimen perkauman kekal mujarab di kalangan sesetengah penduduk kampung, dan mereka semacam langsung tidak peka dan tidak berminat dengan isu hak asasi dan kebebasan. Akhirnya, pertentangan antara penduduk kampung dengan penduduk bandar semakin meruncing. Kerajaan akan menggubal dasar untuk menjaga kepentingan minoriti di kampung - kubu yang mempertahankan kuasanya. Sementara itu, majoriti warga di bandar menyalahkan pilihan pengundi kampung, yang menyebabkan warga bandar terus tersepit dalam kesusahan hidup, malah sering terancam dengan penjenayahan yang tidak terkawal. Maklumlah, apabila undi kita boleh dirompak dengan sistem yang tidak adil, maka kita tidak akan selamat di mana-mana. -Lim Hong Siang |
[VIDEO] Khalid Samad Tenteramkan Peserta Blackout505 Posted: 24 Jun 2013 08:01 PM PDT Khalid Samad Tenteramkan Peserta BLACKOUT505 | Terbaik Daripada Khalid Samad | Walaupun berlaku sedikit kekecohan di hadapan Parlimen petang semalam, namun, YB Khalid Samad dapat meredhakan kemarahan perserta yang telah diprovokasikan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab. Walau apa pun aku memang respect dengan YB Khalid Samad ni. Inilah orang panggil Cool. Antara petikan ucapan beliau. "Kita lawan di Parlimen, di luar kita lawan, kita lawan at all level, tetapi jangan kita serah pada dia apa yang dah kita menang...-tintaasyraf
|
Nazri Kantoi Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Jurugambar Di Parlimen! Posted: 24 Jun 2013 05:10 PM PDT Apakah ini contoh terbaik yang ditunjukkan oleh seorang yang bergelar menteri kanan dalam kabinet Najib Razak? Menunjukkan isyarat tidak senonoh kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya di parrlimen hari ini sempena persidangan angkat sumpah ahli-ahli parlimen dan melantik Speaker Dewan Rakyat yang baru. Dia memegang jawatan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Sudah pasti isyarat ini bukan molek dan indah untuk tarik pelancung ke negara kita serta jauh sekali bukannya budaya kita. Betapa sombong, bongkak dan angkuhnya pemimpin UMNO ini. Tidak tahu nak kata apa lagi... speechless. -omakkau Ulasan GB Bagi orang-orang UMNO, video lucah, gambar lucah dan isyarat lucah macam sudah menjadi budaya bagi mereka sehingga kita tertanya-tanya agama apakah orang-orang UMNO ini? Jika Islam apakah itu akhlak yang diajar oleh Rasulullah saw dan bagaimana tergamaknya mereka memalukan Islam dan umat Islam dengan perbuatan-perbuatan sedemikian di depan mereka yang bukan Islam? |
[VIDEO] 26 Aktivis Ditahan Termasuk Chegubard, Adam Adli & "Auntie Bersih" Posted: 24 Jun 2013 07:01 AM PDT Seramai 26 aktivis yang mengadakan perhimpunan mendesak pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan ekoran penipuan pilihan raya ditahan polis pagi ini di depan bangunan Parlimen. Mereka antara 50 aktivis yang disuraikan pagi tadi dari tapak perkhemahan yang didirikan di Padang Merbok selepas himpunan Black 505 Sabtu lalu. Kumpulan berkenaan mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan sejak 10 pagi tadi di satu kawasan jalan utama menuju bangunan Parlimen. Kumpulan ini terdiri dari gabungan NGO anak muda termasuklah GM13, NGO Royalti, Asalkan Bukan Umno (ABU), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Suasana bertukar tegang kira-kira sejam kemudian apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan 300 anggota polis yang berkawal di pintu pagar Parlimen. Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan tersebut. Aktivis siswa, Safwan Anang, Ekhksan Bukhari serta Akram Ahmar kumpulan pertama ditahan polis pada kira-kira 11.10 pagi. Susulan itu, sebilangan lagi peserta menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti. Mereka termasuk Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, aktivis siswa Adam Adli dan Annie Ooi Siew Lan atau nama popularnya, 'Untie Bersih' diikuti beberapa yang lain. Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Kira-kira jam 11.50, Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat, Khalid Samad hadir menenangkan peserta himpunan sekaligus menerima memorandum kumpulan terbabit. Antara tuntutan termasuk mendesak SPR diletakkan di bawah Parlimen, menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat peranan SPR dan jabatan pendaftaran negara atas isu yang berbangkit pada PRU lalu. Selain itu, mereka turut menunut Parlimen membincangkan tentang penipuan dakwat kekal dan perletakan jawatan dan permohonan maaf secara terbuka oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Dalam ucapannya, Khalid berkata, beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Parlimen. Beliau turut meminta agar peserta berkenaan beredar selepas menerima memorandum tersebut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut. Terdahulu, berpuluh-puluh khemah peserta terbabit dimusnahkan pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Padang Merbok pada 4.30 pagi tadi. -KD
|
[VIDEO & GAMBAR] Dato Husam Musa Akhirnya Dibebaskan Dengan Jaminan Polis -updated Posted: 24 Jun 2013 05:05 AM PDT Alhamdulillah, akhirnya Dato Husam Musa diBEBASKAN. InsyaAllah beliau akan memulakan momentum pertama malam ni di ceramah FREE HUSAM @ Sek Men Taqadum Maarif, Pasir Tumboh. Bermula jam 8 malam, kita akan buat solat hajat kesyukuran pada Allah krn Dato dibebaskan. Pakat2 maghi belako malam ni, dengar sendiri dr mulut Dato Husam apa yg beliau nak cerita. -FB Syam Ghaz Tok Guru pesan Datuk Husam kuar dari IPD bawa bertemu dgnnya. Alhamdulillah kini berada di rumah tok guru. — at Masjid tok guru..pulau melaka. -FB Salmah Hussin
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan