Isnin, 24 Jun 2013

GoMalaysian

GoMalaysian


[Terkini] Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Di Malaysia

Posted: 24 Jun 2013 06:07 PM PDT

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 6 pagi:

 

USM Pulau Pinang 119

Perai 116

Seberang Jaya 129,

Ipoh 171

Seri Manjung 270

Tanjung Malim 174

Pelabuhan Klang 478

Petaling Jaya 212

Banting 291

Shah Alam 281

Kuala Selangor 243

Batu Muda KL 196

Cheras 186

Putrajaya 193

Nilai 177

Seremban 168

Port Dickson 175

Muar 165

Kemaman 130

Kuala Terengganu 101

Jerantut 136

Kawasan lain - bawah 100

 

Dipetik Dari Astro Awani FB

Tahniah Kerajaan Pulau Pinang, Demi Rakyat!

Posted: 24 Jun 2013 03:36 AM PDT

Pulau Pinang tambah stok topeng jerebu

 

 

Kerajaan Pulau Pinang akan meningkatkan stok topeng muka khususnya jenis N95 ekoran krisis jerebu, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

 

Lim berkata beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Farizan Darus dan Exco Alam sekitar, Phee Boon Poh untuk menambah stok topeng muka N95 meskipun keadaan jerebu di Pulau Pinang kini terkawal.

 

"Masalahnya, topeng muka perindustrian N95 kehabisan stok apabila diperlukan setelah Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap berbahaya, Ini kerana Kerajaan Singapura proaktif dan membeli sehingga satu juta topeng muka N95 untuk diagihkan secara percuma kepada rakyatnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Lim berkata beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Phee untuk mengadakan mesyuarat bagi mengarahkan pegawai agar bersedia untuk melaksanakan garis panduan bagi menguruskan sebarang bencana jerebu yang boleh memberi kesan kepada Pulau Pinang.

 

Menurut Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Pulau Pinang terkawal dengan Perai mencatat bacaan 72, Seberang Jaya (79) dan Universiti Sains Malaysia (70).

 

Sementara itu, Di MUAR Pengerusi Bilik Gerakan Bencana Alam (Pencemaran dan Jerebu) Daerah, Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata satu mesyuarat akan diadakan petang ini untuk mendapatkan pandangan termasuk dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai keadaan jerebu di daerah itu.

 

IPU di daerah Muar semakin baik iaitu 148 ng dicatat pada pukul 7 pagi, berbanding tahap berbahaya pada 746, pagi semalam sehingga diisytiharkan kawasan darurat. -- Bernama, 24 Jun, 2013

Pandikar sambut slogan 'Ini Kalilah'

Posted: 24 Jun 2013 01:03 AM PDT

KUALA LUMPUR - Yang di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menyatakan tekad untuk 'berubah' bagi sesi Parlimen 2013-2018.

 

Dalam ucapannya, Pandikar berkata, beliau mahu memberi tanggapan positif terhadap istilah-istilah yang sering dilaungkan oleh kedua-dua belah pihak sama ada pembangkang mahu pun kerajaan.

 

Menurutnya, seruan yang diungkapkan itu membawa kepada suatu tujuan iaitu mencapai "perubahan sikap untuk membuat kebaikan".

 

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya telah mendengar beberapa seruan yang seringkali dilaungkan oleh pemimpin dan rakyat akar umbi seperti "ubah", "transformasi", "reformasi", "ini kalilah", "kalau bukan kita siapa lagi?" dan "kalau bukan sekarang bila lagi?".

 

"Bagi mereka yang telah "mempopularkan" seruan ini, mungkin mereka mempunyai pengertian yang tersendiri tapi bagi saya ia untuk mengubah kepada kebaikan.

 

"Jadi ayuh kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Ini kalilah," ujar beliau mengambil seruan yang dipopularkan PR itu untuk membudayakannya.

 

Mengulas lanjut, Pandikar juga berkata, perubahan turut dilakukan pada tempat duduk ahli Parlimen pembangkang daripada mengikut blok parti kepada penyatuan parti.

 

"Saya harap perubahan ini akan disusuli oleh pengwujudan barisan "Kabinet bayangan" untuk memudahkan pengendalian perbahasan dalam konteks mengenalpasti pembahas utama dari pihak tersebut," katanya.

 

Dalam pada itu, beliau juga turut menyatakan ikrar akan menjalankan tugas dengan adil dan saksama seperti sumpah yang dilafazkan.

 

Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my/politik/pandikar-sambut-slogan-ini-kalilah-1.174977

[Terkini] Speaker Parlimen Malaysia

Posted: 23 Jun 2013 07:36 PM PDT

Pandikar dipilih sbg Speaker dgn 133 undi, Abdul Kadir Sulaiman memperolehi 89 undi.

Tiada ulasan: