Muslimeen United |
- 60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai
- Pelantikan Tengku Adnan Mansor Sebagai Menteri Dipertikai
- Tiang penangkap kilat Menara Umno Penang runtuh
- Najib Bakal Hadapi Undi Tak Percaya, Ku Li Ambil-Alih Jawatan PM?
- Bekas Adun dilantik Speaker Dun Kelantan
- Pembuat Kereta Nafi Dakwaan Utusan Mengenai Penurunan Harga
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai Posted: 13 Jun 2013 05:55 PM PDT KUALA LUMPUR: 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak kelam-kabut dalam menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Hatta Md. Ramli, berkata keadaan itu juga menunjukkan dakwaan bahawa SPR tidak menjalankan tanggungjawab itu dengan baik memang berasas. "Apabila banyak petisyen difailkan, ia menggambarkan banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan pilihan raya baru-baru ini. Sekaligus, rasa tidak puas hati itu serba-sedikit ada kesan secara tidak langsung dengan peranan SPR," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Bagaimanapun, kata beliau masih banyak perkara yang membabitkan SPR yang dipertikaikan, tetapi tidak dapat disertakan sekali bersama petisyen. "Seperti contoh, dakwaan berkaitan dakwat kekal, di mana kita mahu letakkan dalam petisyen? Begitu juga dengan hal 'care-taker government'. Saya fikir, jika perkara sedemikian boleh dimasukkan ke dalam petisyen, lebih banyak agaknya petisyen difailkan," kata beliau. Daripada jumlah keseluruhan 60 petisyen itu, 39 dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 lagi oleh BN. Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun. -Hrkh |
Pelantikan Tengku Adnan Mansor Sebagai Menteri Dipertikai Posted: 13 Jun 2013 05:52 PM PDT Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang kini Menteri Wilayah Persekutuan perlu bersih daripada dakwaan terbabit dalam konspirasi skandal Datuk V K Lingam berhubung pelantikan hakim. Bagaimanapun, segalanya sudah terlambat apabila beliau didapati bersekongkol merosakkan Perlembagaan Persekutuan apabila terbongkarnya rahsia besar sepertimana pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendapati beliau berkonspirasi mengatur pelantikan hakim. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, pendedahan RCI pada 2008 jelas menunjukkan bahawa menteri baru yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjadi satu misteri. "Saya hairan mengapa pemimpin seperti itu dilantik sebagai menteri kerana ia boleh dipertikaikan. "Tengku Adnan sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri sebelum ini berjanji akan "melindungi, memelihara dan mempertahankan" Perlembagaan Persekutuan tetapi beliau sendiri memusnahkan kredibiliti institusi keadilan negara," katanya. Justeru itu, katanya, pelantikan itu membuktikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pemimpin berkarisma dan lebih baik. "Ini membuktikan segala pembaharuan yang didakwa Najib tidak akan ke mana. Malaysia tidak akan mampu mengeluarkan dirinya daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa selagi orang seperti itu, yang jelas merosakkan perlembagaan dilantik ke jawatan menteri," katanya. Pada September 2007, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kebocoran rakaman perbualan telefon selama lapan minit VK Lingam dengan seorang hakim kanan membincangkan konspirasi jahat untuk menetapkan pelantikan hakim kanan dalam badan kehakiman Malaysia. Dalam rakaman selama lapan minit itu, nama Tengku Adnan disebut tidak kurang daripada 11 kali.-Roketkini |
Tiang penangkap kilat Menara Umno Penang runtuh Posted: 13 Jun 2013 05:51 PM PDT Lagi cerita kejadian runtuh. Kalau sebelum ini jambatan runtuh kali ini tiang penangkap kilat pula yang runtuh. Tujuh pengguna jalan raya cedera termasuk 2 parah. Penangkap kilat sepanjang 15 meter di Jalan Macalister, Georgetown runtuh selepas kejadian ribut pada jam 7.10 petang semalam. Tiang tersebut dipercayai terletak diatas Menara UMNO P.Pinang. Bahagian bumbung Ibu Pejabat Umno Pulau Pinang setinggi 25 tingkat tumbang. Impak struktur besi yang tumbang menggemparkan. Sejak 6.00 petang, kejadian ribut dan hujan lebat telah melanda Pulau Pinang dan beberapa tempat banyak pokok yang tumbang. Kenapa Menara Umno yang dipilih? |
Najib Bakal Hadapi Undi Tak Percaya, Ku Li Ambil-Alih Jawatan PM? Posted: 13 Jun 2013 05:49 PM PDT Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak. Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib. "Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan," kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu. "Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga," tambah beliau. PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008. Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya. Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu. "Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin. "Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu," kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi "bilik perang" kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan. Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi. Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka. Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. -TMI |
Bekas Adun dilantik Speaker Dun Kelantan Posted: 13 Jun 2013 05:48 PM PDT KOTA BHARU: Bekas Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Ya'kub (gambar) hari ini mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang baru. Manakala Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Speaker. Nama kedua-duanya dicadangkan oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. Majlis angkat sumpah itu bermula jam 9 pagi dengan bacaan doa diketuai Setiausaha Dewan, Muhammed Imran Mansoor. Kemudian Abdullah mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan sebagai anggota tambahan Dun Kelantan. Beliau kemudian mengambil tempat di kerusi Speaker selepas dipakai jubah khas dan songkok oleh Menteri Besar. Diikuti pula Abdul Latiff mengangkat sumpah dan dipakai jubah khas sebagai Timbalan Speaker. Imran turut memberitahu pihaknya sebelum ini telah menerima perakuan untuk berkhidmat sebagai Speaker daripada Abdullah. "Cadangan perbahasan pemilihan Speaker juga tidak dibenarkan selepas pihak Dewan hanya menerima seorang sahaja calon," katanya. Selepas itu majlis angkat sumpah ahli-ahli Dewan dimulakan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan anggota-anggota Exco. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS-Chempaka) mendahului mengangkat sumpah bagi penyokong kerajaan, manakala Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) pembangkang. Zulkifli Ali (BN-Selising) merupakan ahli Dewan terakhir mengangkat sumpah hari ini. Bagaimanapun sebelum itu Speaker mengumumkan tiga ahli Dewan tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mereka iaitu Datuk Husam Musa (PAS-Salor), Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Wakaf Bharu) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas). Abdullah turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri di atas penghormatan diberi sehingga dilantik sebagai Speaker. "Oleh itu saya berharap mendapat kerjasama sepenuh ahli-ahli Dewan bagi melancarkan perjalanan persidangan setiap kali diadakan," katanya. Turut menyaksikan majlis bersejarah itu anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. -Hrkh |
Pembuat Kereta Nafi Dakwaan Utusan Mengenai Penurunan Harga Posted: 13 Jun 2013 05:47 PM PDT Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka. Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013. "Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888," kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf. Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888. Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888. Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888. "Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308," kata pembuat kereta Perancis itu. Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888. Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187. Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800. Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017. Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN. "Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet. Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan