Sabtu, 15 Jun 2013

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Misi gagal

Posted: 14 Jun 2013 06:21 AM PDT

Sepatutnya turun dari gunung tengah hari ini. Selepas check out hendak ke taman strawberry tapi kereta bermasalah. Enjin hanya berfungsi tiga silinder. Kena masuk bengkel. Spare part hanya sampai dari Ipoh lewat petang. Check in di hotel Brinchang. Bajet lari. Teringat pelakon Pekin kirim whatsapp ajak tengok dia shooting filem Tujuh. Ah! Tak jauh. Aku, Sham jalan kaki sambil menolak kereta sorong An-Nur. Berdasarkan alamat nampak dekat. 2 km berjalan dan kemudian mendaki, terasa berjalan adalah kerja gila. Henfon kelupusan bateri. Kami berpatah balik. Untuk sampai ke hotel penginapan harus berjalan 2 km.

Rehat sekejap disebuah kiosk. Alang-alang dah dekat takkan nak patah balik. Sham meringankan mulut tanya pekerja kiosk jika ada sesiap boleh bantu bawa kami ke puncak lokasi set penggambaran. Mujur bapa saudara wanita itu sudi. Abang Akram membawa kami naik Myvi kepunyaannya sambil berbual dengan ramah. Dia mentertawakan kami yang cuba berjalan kaki ke atas. Betul! Gila punya kerja kalau jalan kaki. Punyalah jauh, tinggi dan kecil jalannya malah menyeramkan.

Pekin meraikan kedatangan kami. Bagi yang belum kenal Pekin Ibrahim, dia berlakon dalam Hantu Kak Limah, menjadi Slash dalam filem Rock OOo, filem Bunohan dan macam-macam. Pekin juga vokalis band Sevenwords. Dia boleh meniup seruling, memetik gitar dan bermacam alat muzik lagi. Sewaktu mencari dana Hope2Walk untuk An-Nur tahun lepas, Pekin juga terlibat membuat persembahan amal dengan kami seperti menyanyi dan berlakon teater Asrar 2 dengan jemaah Seni Suri Jawi.

Tidak mahu mengganggu dia yang sibuk, kami pulang. Pekin meminta krew 'runner' hantar kami ke hotel. Mekanik telefon kereta sudah siap. Jam 6.30 petang. Terbang RM757.

Lalala...

(foto: bersama Pekin yang berkostumkan Jason King di set penggambaran filem TUJUH)

Tiada ulasan: