Kelab Greenboc |
- Peniaga Tentang 'Sekeras-kerasnya' Perobohan Pasar Besar Kedai Payang
- Umno Akan Jual Bangsa Melayu Untuk Kekal Kuasa
- Portal "The Malaysian Insider" Goyang, 23 Kakitangannya Buka Portal Baru
- Zahid Hamidi Perlu Dicutikan Sehingga 2 Kes Memalukan BN Selesai
- Rundingan Temui Jalan Buntu, Namun Himpunan 505 Tetap Diteruskan
- Video Seks Lagi, Kali Ini Wakil Rakyat DAP Jadi Sasaran
Peniaga Tentang 'Sekeras-kerasnya' Perobohan Pasar Besar Kedai Payang Posted: 15 Jun 2013 12:50 AM PDT Kuala Terengganu - Para peniaga menentang sekeras-kerasnya tindakan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said yang berdegil mahu merobohkan Pasar Besar Kedai Payang. Seorang peniaga suratkhabar dan makanan ringan, Ahmad Fazli Mohd Fahmi, 44, sebaliknya bersetuju sekiranya 'pasar warisan' tersebut dibaik pulih dan dinaiktaraf, dan bukannya dibangunkan sebuah hotel dan 'apartment'. "saya tidak bersetuju sekeras-kerasnya tindakan Datuk (Seri) Ahmad Said, dengan tindakan beliau dan apa cara sekali pun untuk membangunkan Pasar Payang dengan cara begitu (merobohkan), "bagi saya saya cukup (ia boleh) sekadar dibaik pulih atau menaikkan taraf Pasar Payang tidak berhubungan (berkaitan) dengan dibina hotel dan apartmen,"ujarnya ketika ditemui. Ahmad Fazli menegaskan, sekiranya Ahmad Said tetap dengan keputusannnya mahu merobohkan dan mendirikan bangunan baru, beliau mewakili rakan-rakannya akan mengambil 'sesuatu' tindakan menyekat hasrat MB Terengganu itu. -BO |
Umno Akan Jual Bangsa Melayu Untuk Kekal Kuasa Posted: 14 Jun 2013 10:35 PM PDT Hanya orang UMNO sahaja yang boleh memegang dua fikiran yang bercanggah pada masa yang sama. Hanya Najib saja yang boleh bercakap mengenai 1Malaysia dan bukan 1Malaysia ketika yang lain. Pada malam keputusan PRU, dengan muka yang bera, dia menyalahkan bangsa Cina kerana tidak menyokong UMNO. Siapa nak sokong parti yang pemimpinnya semua korup dan rasuah? Hanya UMNO boleh bercakap mengenai perpaduan orang Melayu, tapi mendiskriminasi Melayu yang tidak menyokong mereka. Ketua kampung UMNO (pengerusi JKKK) bercakap besar mengenai menolong orang Melayu, tapi menyekat bantuan kepada Melayu yang tidak menyokong mereka. Hanya pemimpin UMNO yang malas pergi masjid dan surau, tapi menyekat Melayu lain menyemarakkan masjid dan surau. Hanya pemimpin UMNO sahaja yang bercakap mengenai memberi tanah kepada orang Melayu tapi menyekat pemberian kepada Melayu yang tidak menyokong nya. Di Raub ada ribuan orang Melayu yang hidup atas tanah lebih dari 40 tahun, masih tidak mendapat hakmilik. Pemimpin dan penyokong UMNO mempunyai tanah di serata tempat. Jadi, kepentingan yang UMNO jaga dan kukuhkan ialah bukan kepentingan Melayu keseluruhan nya tapi kepentingan kelompok dan puak mereka. Maka apa perlu orang Melayu menyokong UMNO? Yang kita kena sokong ialah penubuhan sebuah kerajaan yang memerintah dengan tegas dan menjaga kepentingan masyarakat keseluruhan nya. Jika Melayu itu sudah majoriti, tidak dapat tidak, kepentingan Melayu lah yang diutamakan. Memahami ini tidak memerlukan ilmu hisab yang tinggi. Hanya orang UMNO sahaja yang menganggap orang Melayu di kampung-kampung bodoh dan hanya pemimpin UMNO sahaja yang menggelarkan orang Melayu lain haramjadah. Orang UMNO memang tak tahu malu. Lebih ramai orang Melayu menyokong PR dari UMNO, pemimpin UMNO masih tidak faham-faham. Calon-calon UMNO, yang menang dan kalah mendapat 3.2 juta undi. Ada faham? 3.2 juta ini adalah undi keseluruhan kepada semua calon-calon UMNO. Dari 3.2 juta undi ini, bukan semua yang mengundi terdiri dari orang Melayu. Cina dan India ada juga menyokong UMNO. Sekitar 10%. Ertinya, orang Melayu yang menyokong calon-calon UMNO secara lansung ialah 2.9 juta. Tak tahulah saya hendak ajar kalau tidak faham ilmu hisab mudah ini. Jumlah ahli UMNO pun lebih banyak dari itu. Jika semua ahli UMNO menyokong calon UMNO dan semua calun BN, 3.2 juta penyokong mesti tidak dapat tidak ada 3.2 juta angka asas. Ahli UMNO pun tidak menyokong UMNO. Faktanya ialah adalah menjadi kerugian besar jika orang Melayu memilih UMNO untuk menjaga kepentingan mereka. Wakil UMNO pemalas dan penipu. Saya amat senang hati mendedahkan mutu kerja wakil UMNO di Raub misalnya. Tunggulah. Kerja membalun UMNO ini tidak akan selesai sehingga mereka bukan lagi kerajaan. Selagi UMNO menghalang kejayaan bangsa Melayu, kita mesti bantai mereka. kita tidak boleh terima keangkuhan UMNO mengaku bahawa mereka wakil tunggal kepentingan Melayu. Kepentingan orang Melayu ialah mendapatkan keperkasaan ekonomi dan perkongsian kuasa. Kepentingan ini bertentangan dengan kepentingan feudal UMNO. Ya , UMNO itu parti bersifat feudal. UMNO distrukturkan supaya sekumpulan kecil yang terpilih menungang di atas belakang rakyat yang diperhamba abdikan. Kepentingan UMNO ialah membolot kekayaan dan memusatkan kuasa dalam tangan elit. Kepentingan bangsa Melayu berlawanan dengan kepentingan UMNO. Pertentangan ini menyebabkan orang Melayu tidak lagi boleh menerima kepimpinan UMNO. Dalam kawasan yang tidak ditandingi oleh calon UMNO, orang Melayu tetap ada menyokong parti BN. Kita akui ini. Tapi berapa ramai sangatlah orang Melayu yang menyokong mereka. Dari 899,000 undi yang diperolehi oleh calon MCA (menang dan kalah) berapa ramai Melayu yang menyokong mereka? Katalah 20% Melayu menyokong calonn MCA. Baru ada sekitar 180,000 orang. Melayu yang menyokong MIC? 10% dari 292,000 ialah kira-kira-kira 29,000. Melayu yang menyokong PBB di Sarawak? 40% dari 232,000=91,000. Wal hasil balik asal, jumlah orang Melayu yang menyokong UMNO secara langsung dan tidak langsung (melalui sekutu-sekutu BN) ialah 3.2 juta. 3.2 juta sama jumlahnya dengan jumlah ahli UMNO. Jadi apalah yang hendak dibanggakan oleh UMNO. Setelah belanja berbilion ringgit dan setelah menyogok dan merasuah orang Melayu terutamanya, dari 2.2 juta undi Melayu dalam tahun 2008, UMNO hanya dapat menambahkan 1 juta sahaja pengundi Melayu. Kalau MIC, PBB dan yang lain-lain tinggalkan UMNO, UMNO akan mati. Penyokong UMNO faham signifikans perkara ini tidak? Ini akan menyebabkan Najib akan melakukan apa sahaja untuk menjual harga dirinya untuk memastikan UMNO kekal sebagai kerajaan. Ini termasuklah menggadaikan kepentingan bangsa Melayu. Apa dia peduli? Selagi dia terus kekal jadi PM. Marilah bangsa Melayu sedar bahawa masa depan mereka bukanlah bergantung pada UMNO. UMNO kojol pun, bangsa Melayu tetap hidup. UMNO perlukan bangsa Melayu, bukan bangsa Melayu perlukan UMNO. -sakmongkol |
Portal "The Malaysian Insider" Goyang, 23 Kakitangannya Buka Portal Baru Posted: 14 Jun 2013 08:01 PM PDT Selepas berbulan-bulan dilanda spekulasi, portal berita The Malaysian Insider (TMI) hari ini menyaksikan hampir seluruh kakitangannya meninggalkan syarikat itu. Penghijrahan, yang diketuai oleh editor eksekutif TMI, Leslie Lau, yang akan menyaksikan pewujudan sebuah portal berita baru, The Malay Mail Online (MMO), yang dijangka mula operasi pada 1 Julai. "Kami mengambil semua orang (untuk menyertai MMO) - semua sub-editor dan wartawan - kecuali tiga wartawan Bahasa Malaysia yang masih mahu (bersama TMI) pada saat-saat akhir," katanya. Leslie Lau, bersama dengan editor urusan Joan Lau, akan mengendalikan portal berita baru itu yang akan berfungsi secara berasingan dan bebas daripada Malay Mail versi cetak. "Saya rasa pasukan itu telah menunjukkan bahawa ia berkemampuan dan kita ingin membina satu jenama dan perniagaan baru. Itu adalah cabaran peribadi saya," katanya. Kakitangan terbabit, yang sepatutnya secara rasmi menamatkan perkhidmatan mereka di TMI esok, secara tiba-tiba menamatkan operasi petang ini. "Saya bekerja pagi ini, tetapi sesuatu berlaku, jadi saya umumkan cuti untuk kakitangan dan kita pergi menonton filem," kata Lau. Beliau enggan mengulas lanjut sama ada berlaku konflik antara kakitangan yang akan meninggalkan TMI dengan Ketua Pegawai Eksekutif TMI, Jahabar Sadiq. Dalam satu kenyataan di TMI petang ini, Jahabar berkata jenama berusia lima tahun itu akan terus beroperasi. TMI dipercayai dibiayai oleh seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang dan Malaysiakini memahami ini menjadi satu punca konflik di kalangan editor utamanya sebelum penghijrahan tersebut. Menurut sumber yang mengetahui, TMI telah berjaya memperbaharui pembiayaan dan akan terus beroperasi dengan pasukan baru. Portal berita dijangka mengambil editor dan wartawan baru dari media arus perdana. Kumpulan pertama dijangka mula bertugas minggu depan. Pada masa ini ditulis, senarai 23 kakitangan asal TMI telah dikeluarkan dari lamanwebnya, dan hanya tinggal nama tiga wartawan meja bahasa Melayu dan editor serta nama Jahabar sendiri. Usaha untuk menghubungi Jahabar tidak dijawab. -mk |
Zahid Hamidi Perlu Dicutikan Sehingga 2 Kes Memalukan BN Selesai Posted: 14 Jun 2013 05:05 PM PDT MMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN) selesai. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, dua kes yang memalukan BN iaitu Ahmad Zahid dituduh mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta iaitu melebihi had RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman web beliau sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu. Katanya, dalam video terbabit, beliau juga mengaku memberi setiap pekerja kempen RM100 dan 5 kilogram beras. Menurutnya, selain politik wang pada pilihan raya, Ahmad Zahid mengupah 24,000 "pekerja pilihan raya" sedangkan jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Bagan Datoh hanya 34,670 pengundi dan jumlah undi yang diraih Ahmad Zahid sendiri hanya 17,176 undi – bererti lebih daripada seorang "pekerja pilihan raya" diperlukan beliau untuk memenangi satu undi dan perkara ini boleh dianggap sebagai rekod tersendiri dalam sejarah pilihan raya Malaysia. "Saya bersetuju dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang baru-baru ini menyatakan dalam surat terbuka bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memerintahkan Ahmad Zahid menjawab tuduhan Amir Abdullah menunjukkan tuduhan itu kukuh dan menimbulkan pertikaian mengapa polis gagal mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid atas kesalahan itu," katanya dalam kenyataan media, semalam. Mengikut surat terbuka itu Mat Zain menyebut: "PDRM tidak akan mampu meyakinkan orang ramai bahawa ia bersikap adil dan berpegang pada undang-undang jika ia gagal mengheret Zahid ke mahkamah, terutama ketika bekas ketuanya sendiri (bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor) telah dituduh atas kesalahan yang sama. "PDRM akan kehilangan asas moralnya memandangkan ia tidak mampu menjustifikasi kegagalannya untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar undang-undang, jika ia tidak mampu mengambil tindakan terhadap Menterinya sendiri yang telah dinilai sebagai seorang penjenayah oleh mahkamah." -Roketkini. |
Rundingan Temui Jalan Buntu, Namun Himpunan 505 Tetap Diteruskan Posted: 14 Jun 2013 08:10 AM PDT Perhimpunan #Blackout505 tetap akan diadakan di Padang Merbok di sini walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak ingin bekerjasama dengan penganjurnya, kata MP Pandan Rafizi Ramli. Rafizi berkata alternatif yang ditawarkan oleh DBKL, Stadium Merdeka, tidak sesuai untuk himpunan tersebut kerana ruangnya yang terhad. Keputusan menolak tawaran ke Stadium Merdeka itu juga diambil setelah PR menimbangkan faktor keselamatan berikutan saiz himpunan yang tidak sesuai untuk kawasan tertutup. Pada 12 Januari lalu, Stadium Merdeka gagal menampung kebanjiran lebih 100,000 perserta Perhimpunan Kebangkitan Rakyat 112. Keadaan sesak dan terbatas di stadium itu menyebabkan lebih separuh dari peserta gagal memasuki stadium. Rafizi juga mendakwa alasan yang diberikan oleh DBKl untuk menolak permitaan penganjur himpunan tersebut sengaja diadakan. "Pertama, Padang Merbok digunakan untuk aktiviti sukan ringan dan aktiviti sosial, kalau nak kira perhimpunan kita juga adalah satu aktiviti sosial. "Kedua – lanskap, ketiga – sedang diusahakan untuk laluan basikal dan keempat – lalu lintas," kata Rafizi selepas menghadiri mesyuarat bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib di menara DBKL pagi tadi. Rafizi turut melahirkan rasa kecewa atas kegagalan DBKL untuk lebih bertolenrasi dengan PR memandangkan sebelum ini gagasan itu akur dengan kehendak DBKL agar tidak menggunakan Dataran Merdeka dan menukar tarikh perhimpunan dari 15 Jun ke 22 Jun. Selain Rafizi dan Ahmad Phesal, turut sama menyertai mesyuarat yang berlangsung kira-kira 45 minit itu, MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ASP Zainuddin Ahmad, MP Bukit Bintang Fong Kui Lun dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin. -selangorku
|
Video Seks Lagi, Kali Ini Wakil Rakyat DAP Jadi Sasaran Posted: 14 Jun 2013 05:20 AM PDT Adun Senawang dari DAP, P Gunasekaran menafikan dirinya adalah individu dalam video seks yang tersebar dalam Youtube. Dua video seks berdurasi 1 minit 18 saat dan 3 minit 15 saat yang bertajuk 'Wakil Rakyat DAP Guna Scandal' dan 'Wakil Rakyat DAP Guna Scandal 03' itu dimuat naik di Youtube pada 1 dan 2 Mei lalu. Video pertama memaparkan seorang lelaki yang didakwa menyerupai Gunasekaran sedang duduk memakai tuala sambil memegang telefon bimbit di sebuah bilik. Manakala video kedua menunjukkan lelaki itu mula membuka tualanya dan melakukan 'aksi panas' dengan seorang wanita. Bagaimanapun, wajah lelaki itu kelihatan kurang jelas berikutan suasana yang bilik gelap. Gunasekaran berkata, beliau dimaklumkan tentang penyebaran video seks itu oleh rakan-rakannya sebelum kempen PRU13 lalu. "Saya sudah melihatnya dan lelaki dalam video itu, bukan saya. Saya juga tidak kenal wanita dalam video itu. "Saya percaya kewujudan video ini adalah bermotif politik kerana disebarkan ketika musim kempen PRU lalu," katanya. Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, video itu disebar untuk memfitnah dirinya di samping menjatuhkan karier politik beliau. "Saya tidak tahu siapa yang buat dan sebarkan video ini. Boleh jadi orang politik yang mahu menjatuhkan karier saya. "Mungkin ia dilakukan parti lawan dan boleh jadi juga dilakukan orang dalaman parti saya sendiri," katanya. Menurutnya, satu laporan polis akan dibuat dan dia bercadang melantik peguam untuk bawa perkara itu ke muka pengadilan. "Saya sedih dengan penyebaran video ini, begitu juga isteri dan dua anak saya. "Penyebaran video ini telah menjejaskan maruah keluarga saya," katanya. Katanya, beliau tetap akan teruskan khidmat sebagai wakil rakyat meskipun penyebaran video tersebut telah menjejaskan imej bersihnya sebelum ini. "Rakyat menjadi keutamaan saya. Mereka kenal siapa saya kerana sudah lama saya terlibat dalam dunia politik," katanya. Gunasekaran berkhidmat sebagai wakil rakyat di Dun Senawang sejak PRU12 dan berjaya mengekalkan kerusi yang disandangnya pada PRU13 lalu apabila menang dengan memperoleh 9,010 undi mengalahkan calon BN, Choong Vee Hing (4,205 undi) dan calon Bebas, S Karthigesan (120 undi). Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, video itu sengaja disebarkan sebelum kempen PRU13 yang lalu bagi menjatuhkan imej dan reputasi Adun Senawang itu. "Video tersebut telah disebarkan sejak sebulan yang lalu dan digembar-gemburkan untuk menjatuhkan imej bersih Gunasekaran. "Saya percaya lelaki dalam video tersebut bukanlah Gunasekaran dan ia sengaja direka untuk memfitnah beliau," dakwanya. Siew Fook berkata, beliau telah menasihatkan Gunasekaran supaya membuat laporan polis segera berhubung penyebaran video tersebut. "Setakat ini kita tidak tahu siapa yang membuat dan menyebarkan video itu. "Kita serah kepada polis untuk buat siasatan," katanya. Menurutnya, orang ramai bijak menilai apa yang berlaku. "Saya fikir rakyat tahu perkara sebenar dan tidak akan layan tuduhan dan fitnah sebegini," katanya lagi. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan