Sabtu, 15 Jun 2013

.

.


Musim Arab Mengawan di Bogor

Posted: 15 Jun 2013 02:34 AM PDT

OLE-OLE PERJALANAN                                                            

Mungkin anda merasa anih dengan istilah di atas itu yang saya jadikan tajuk catatan ini? Sebenarnya saya juga baru mendengar istilah ini; musim Arab mengawan di Bogor. Sudah kerap saya ke kawasan berkenaan tetapi baru inilah pertama kali saya mendengarnya. Kerana ia satu istilah baru menyebabkan saya jadi minat untuk mengetahuinya lebih lanjut sebegitu mendengarnya.

Salah satu lokasi menjadi tempat lepak anak Arab.
Istilah asal ialah "Musim Arab" tetapi saya yang tambah perkataan 'Arab mengawan' jadilah ia Musim Arab Mengawan di Bogor. Agak bambastik.

Ia bermula apabila saya melalui kawasan atau daerah setelah menurun dari Puncak untuk menuju ke Jakarta melalui Bogos. Semasa bersesak di lereng bukit semasa hendak turun kerana jam saya ternampak beberapa orang bocah, kanak-kanak yang sedang menjaja sejenis kueh kepada pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Saya tenguk salah seorang kanak-kanal itu berbeza dengan dua rakannya yang 'berona' Indonesia. Walaupun dia juga kelihatan komoh dan kumal tetapi raut wajahnya berbeza benar. Hidung, mata serta mulutnya jelas berbeza dengan rakannya itu. Yang paling ketaranya bulu matanya lentik, berkulit putih dan hidung panjang. Lantas itu saya bertanya kepada supir saya; "ini anak apa"?

Supir menjelaskan dan merombak persoalan saya; "oh itu anak Arab pak?" Saya tidak memahami dengan jawaban itu. Bahkan merasa anih, Arab apa? "Anak Arab macam mana?" Tanya saya pandir.

"Oh.. bapa tidak tahu ya, di sini banyak anak-anak Arab," jawabnya makin menyebabkan saya tergaru-garu pundak kepandiran.

Pemandangan sekilas kampung Tugu Selatan.
"Macam mana, apa maksudnya"? Soal saya lagi.

"Bapak mereka Arab manakala ibunya orang lokal di sini". Jelas supir bernama Ghafor itu kemudian menjelaskan citra di sebaliknya panjang lebar. Anak-anak Arab itu adalah anak kacukan di antara orang berbangsa Arab dengan dengan orang tempatan, kebanyakanya dari etnik Sunda. "Bapa mereka memang datang dari Arab dan berkahwin dengan mak mereka orang lokal menerusi perkahwinan dinamakan kontrek atau kahwin mutaah," jelas Ghafor.

"Di bawah sana ada kampung khas untuk Arab. Banyak orang Arab di situ pak," jelas Ghafor lagi terus menarik minat saya. Istilah atau pun penermuan baru itu secara tidak langsung menjadi penghibur kepada perjalanan saya (kami) yang menyeksakan itu. Saya mengarahkan Ghafor agar berhentikan saya di kawasan perkampungan berkenaan apabila tiba di situ kelak.

"Nanti bila sudah sampai ke kawasan kampung itu kamu tunjuk kepada saya," pesan saya kepada supir tidak sabar untuk melihat keadaannya.

Kira-kira 25 km dari arah puncak perjalanan kami sampai ke kawasan dimaksudkan itu. Ia terletak di mukim Wengkaleng, di daerah Cisrua di Bogor. Di Cisarua ini ada dua sebuah dua buah kampung yang dikenali dengan kampung Arab. Kampung itu ialah Tugu Selatan dan Tugu Tengah. Di kedua buah kampung ini menjadi penempatan orang Arab.

Sebenarnya keadaan anih sudah mulai dirasai apabila kita memasuki pekan Cisarua ini. Di tepi jalan kiri kanan di Cisarua ini kita akan ternampak kedai-kedai yang menjual peralatan rumah seperti lampu dan perhiasan rumah lain yang berbudayakan Arab. Kebanyakan lampu klasik (terpakai) yang dipercayai dibawa dari negara mereka. Di setengah kedai juga lengkap ditulis dengan perkataan Arab.

Dalam pasar dan kedai-kedai makan pula kedengaran pertuturan dalam bahasa Arab.

Menurut ceritanya orang Arab akan datang ke kampung ini biasanya pada bulan Mei hingga Ogos. Waktu ini adalah musim kedatangan mereka. Mereka akan datang dalam rangka melancong dan mengambil kesempatan untuk berfoya-foya dengan perempuan Sunda Indonesia. Bagi mengelakkan mereka berzina seperti pelancong lain, mereka berkahwin dengan gadis-gadis pilihan mereka yang merupakan penduduk kampung berkenaan.

Orang Arab ini datang dari beberapa buah negeri di Timur Tengah termasuk Irqa, Iran dan juga Arab Saudi. Mereka datang dan tinggal disiru selama tiga bulan mereka akan berada di sini semata-mata berfoya-foya dengan perempuan Indonesia. Selepas tiga bulan mereka akan meninggalkan Indonesia, hingga tahun depan akan datang lagi.

Perkahwinan mutaah itu tidak banyak syarat-syaratnya. Ia cukup dengan persetujuan perempuan berkenaan dan juga keluarga mereka. Soal mahar atau emas kahwin akan ditentukan mengikut persetujuan kedua belah pihak. Ghalibnya nilai mahar ialah dari serendah Rp3 juta hingga Rp10 juta, iaini kira-kira RM1,200 hingga RM3,500.00 sahaja. Perkahwinan itu akan dilangsungkan di hadapan imam mukim atau penghulu dan tanpa dokumen apa-apa.

Hasil perkahwinan itulah lahirnya zuriat yang kini menyebabkan 'anak-anak Arab" berlambak di daerah berkenaan. Comel-comel tetapi komoh.

Perkahwinan mutaah atau kahwin kontrek ini menjadi kontroversi di Indonesia dan juga di kalangan umat Islam di negara lain. Ia menjadi persoalan apakah sah atau pun tidak. Selalunya perkahwinan ini menjadi amalan mereka yang berfahaman syiah dan dilarang, malahan menjadi cemuhan mereka yang bermazhab ahli sunnah wal jemaah.

Saya tidak pasti apakah perkahwinan di Cisarua itu sah atau tidak. Apa yang menjadi persoalan kalau ianya tidak sah, masakan pihak pemerintah Indonesia tidak mengambil apa-apa tindakan. Dan apakah ianya satu perkahwinan yang sahih. Sebagai negara Islam yang terbesar didunia rasanya pemerintaan Indoneisa dan mereka yang berkuasa dalam bidang agama tentu ada pandangan dan 'ijtihad' sendiri dalam soal ini.

Sepanjang perjalanan itu saya hanya mampu bermusykil sendiri; apakah isteri-isteri yang dikahwin dengan tempoh tertentu itu akan berkahwin dengan lelaki lain setelah edahnya (tiga bulan 10 hari kalau mengikut Mazhab Shafei) genap atau sebaik suami Arabnya pulang, esok atau lusa dia terus berkahwin dengan lelaki lain pula? Dan agak-agaknya berapa ramaikah suami perempuan-perempuan itu dalam sepanjang hidupnya? Ini Gahfor si supir tidak boleh menjawabnya.

Cuma tegasnya kalau sesiapa mahu berkwhin dia boleh bawa ke kampung berkenaan dan mencari mana-mana calon (cais) yang sesuai. "Iya kalau bapa juga mahu kahwin satu saya boleh tolong bantu," katanya sambil menoleh ke belakang melihat reaksi isteri saya yang ada sama dalam kenderaan itu. Isteri saya tersenyum mungkin setuju?

P/s: Catatan ini bukan promosi kahwin kontrek tetapi ia adalah cerita dan hakikat yang perlu kita ketahui. Kalau ada mana-mana lelaki akan ke Indoneisa dan mencari lokasi ini ia bukan atas tanggungjawab saya. [wm.kl.5:15 pm 15/06/13]

Tiada ulasan: