Ahad, 9 Jun 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Papagomo Kini Menggelarkan Dirinya "Sir Azri"

Posted: 09 Jun 2013 01:01 AM PDT


Jangan tidak percaya... blogger kaki fitnah nombor wahid dalam dunia, papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri bin Wan Deris yang kini dalam proses kena saman RM100 juta oleh DSAI telah pun mendapat gelaran "Sir".

Beliau kini menggelar dirinya sebagai "Sir" Azri...nama singkatan dari Wan Muhammad Azri b Wan Deris.

Setahu Omak Kau..penganugerahan gelaran "Sir" yang diberikan kepada para individu ataupun negarawan yang cukup berjasa kepada negara atau pun dalam bidang-bidang tertentu yang diiktiraf oleh Raja England.

Antara pingat kebesaran yang boleh membawa gelaran "Sir" ialah Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (CBE)...Pingat ini pernah di anugerahkan oleh Queen Elizabeth II kepada penyanyi Elton John.

Terfikir juga.. apakah sumbangan dan jasa besar papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri bin Wan Deris sehingga dianugerahkan pingat kebesaran tersebut?

Bekas banduan kes rasuah RM400 perah duit mat dadah semasa menjadi anggota polis trafik Balai Polis Ampang tahun 2007 boleh menggelar dirinya sebagai "Sir".

Pemimpin pujaannya Tun Mahathir dan Najib Razak pun masih belum bergelar "Sir" .

Inilah dinamakan dunia syok sendiri...Nak lari dari dihambat dengan pelbagai saman jutaan ringgit kini sudah cuba berlakon baik dengan mengguna pakai nama sebenar.

Masalahnya rakyat dah mula kenal identiti sebenarnya beliau semenjak tahun 2009 lagi...boleh usaha cara mana pun tapi rakyat tidak akan mudah tertipu. -omakkau

Ulasan GB

Memang kita tahu papagomo kini sudah kaya, malah mungkin seorang jutawan hasil daripada blog fitnahnya itu.

Kalau ya pun takkan bergambar di dalam pub, dengan latarbelakangnya penuh dengan arak...?

Wujudkan Suruhanjaya Bebas Postmortem PRU13! - Presiden PAS

Posted: 08 Jun 2013 11:15 PM PDT


PPAS menggesa pihak kerajaan untuk mewujudkan satu Jawatan Kuasa Bebas atau satu Suruhan Jaya Bebas Postmortem PRU13 yang boleh menyiasat secara terbuka dan telus bagi mendapat maklumat kelemahan, salah laku, kepincangan dari semua pihak.

"Hanya setelah kelemahan-kelemahan ini diketahu baharulah pembaikan secara menyeluruh dapat dilakukan," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan.

Justeru, PAS, tegasnya ingin mengulangi kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang baru sahaja berakhir itu diadakan dalam keadaan penuh keraguan dan kelemahan proses yang paling ketara dalam sejarah pilihan raya negara Malaysia.

Beliau berkata, berbagai persoalan timbul dari proses sebelum dan semasa pilihan raya, termasuklah sistem demokrasi yang jelasnya tidak berlaku adil kepada Pakatan Rakyat dari aspek penggunaan media cetak dan elektronik arus perdana yang berkempen secara terbuka bagi pihak Barisan Nasional.

"Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membuat cadangan supaya diadakan satu post mortem yang menyeluruh terhadap semua aspek PRU13 ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Hakikatnya, kata beliau ialah semua pihak dari Pakatan Rakyat, NGO, dan individu rakyat Malaysia, termasuklah dari parti Barisan Nasional sendiri juga mengakui bahawa wujudnya banyak kelemahan yang boleh diperbaiki dalam menguruskan PRU sebagai pelengkap kepada sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

"Pihak kerajaan sendiri juga telah membuat kenyataan supaya diletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Parlimen, dan ini telah memberi gambaran bahawa kedudukan SPR sekarang belum bebas sepenuhnya," katanya.

Justeru, tambah beliau tindakan untuk meletakkan SPR di bawah Parlimen tidak mempunyai apa-apa erti sekiranya kita tidak tahu punca permasalahan yang timbul. -HD


20% Undi Untuk 112 Kerusi Parlimen Bagi BN Menang Majoriti Mudah

Posted: 08 Jun 2013 09:10 PM PDT


BN menang majoriti mudah dengan 20% undi PRU13'

BN membentuk kerajaan dengan memenangi sebahagian besar daripada 130 kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi yang paling kecil.

Menurut peguam Andrew Khoo, BN menang 112 kerusi daripada kawasan pilihan raya tersebut untuk mendapat majoriti mudah.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pengundi yang memilih BN di 112 kerusi tersebut hanya terdiri daripada hampir 20 peratus daripada jumlah pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Pada asasnya, begitulah cara BN memenangi pilihan raya," kata pengerusi bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dalam satu forum hari ini. -mk

Ulasan GB

Begitulah bagaimana penipuan yang dilakukan SPR untuk memenangkan BN.

20% undi mewakili sehingga 112 kerusi parlimen untuk BN membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Itu sebab mengapa satu Suruhanjaya Diraja perlu didesak supaya dibentuk untuk menyiasat penipuan-penipuan sebegini dan BN sebenarnya memerintah dengan undi minoriti rakyat Malaysia.

JANGAN LUPA BLACK 505 PADANG MERBOK 15 JUN INI

[VIDEO] Presiden Mursi Mesir Azan Ketika Sedang Berucap

Posted: 08 Jun 2013 06:11 PM PDT


Sedutan video dari ucapan Dr. Muhammad Mursi ( Presiden Mesir ) yang berlangsung di daerah Iskandariah.

Ketika sedang berucap dihadapan rakyat Mesir dan kebetulan masuknya waktu solat fardhu Isyak di kawasan itu, lantas Dr. Mursi menghentikan ucapannya dan terus melaungkan kalimah azan yang suci yang menjadi syiar Islam...para hadirin bersorak kerana kagum dan bersyukur mempunyai pemimpin yang soleh seperti Dr. Mursi ini...

Alangkah indahnya jika semua pemimpin-pemimpin negara Islam berjiwa besar seperti Dr. Mursi ini... Bilakah kita akan melihatnya di tanah air tercinta kita ???

Pemimpin yang mementingkan agama lebih dari dunia... yang menghafaz al-Quran.. yang menjaga solat jemaahnya... Yang menjaga solat malamnya... Yang menangis dikamarnya sebelum tidur memikirkan amanah yang terpundak dibahunya... Agama disanjung tinggi. -kacipemas


Zaman Umno-BN Perdaya Rakyat Sudah Berakhir

Posted: 08 Jun 2013 07:50 AM PDT


.Zaman Umno-Barisan Nasional (BN) memperdaya rakyat, khususnya masyarakat Cina dan India, dengan menabur fitnah bagi memburuk-burukkan PAS sudah berakhir, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman.

Beliau berkata, kalau dahulu rakyat sering diperdaya dengan fitnah Umno-BN bahawa PAS adalah sebuah parti yang ekstremis, tidak bertolak ansur tetapi hari ini tidak lagi.

"Rakyat hari ini terutama di bandar dan pinggir bandar sudah dapat menerima kehadiran dan perjuangan PAS," kata beliau yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) katanya, hampir keseluruhan anggota masyarakat Cina, sebahagian kaum India dan Melayu telah memberi sokongan kepada calon-calon Pakatan Rakyat di negeri Selangor.

"Sebagai contoh, di Paya Jaras ini anggota masyarakat Cina telah memberi sokongan padu kepada saya sebagai wakil rakyat mereka," katanya dengan disambut sorakan meriah ketika beliau berucap di Majlis Penghargaan Wakil Rakyat malam tadi.

Majlis ini dianjurkan oleh Unit Peti Undi (UPU) Aman Puri dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di KIP Industrial Park, dekat sini dengan dihadiri lebih 5,000 ahli dan penyokong, kebanyakannya anggota masyarakat Cina.

Khairuddin dalam ucapannya merakamkan terima kasih dan penghargaan di atas sokongan yang tidak berbelah bagi dari masyarakat Cina sambil berjanji untuk mengekalkan sistem pendidikan Cina dan kebudayaan Cina.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa jika trend sokongan sebegini berterusan maka tidak mustahil Pakatan dapat memerintah Putrajaya selepas PRU-14 nanti.

Pada PRU-13, Khairuddin menewaskan Mohammad Bushro Mat Johor dari BN dengan mendapat majoriti 5,522 undi. Pada PRU-12, Khairuddin tewas kepada Mohammad Bushro di kawasan Dewan Undangan Negeri yang sama.


Hantu Altantuya Terus Buru Najib: Delegasi Mongolia Tuntut Jawapan Kematiannya

Posted: 08 Jun 2013 05:25 AM PDT


Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya

Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.

Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.

"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya.

Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?" ~mk

Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya. Sesuatu kesalahan yang walau macamana sekalipun cuba diselindungi dan ditutup, kebenaran tetap akan muncul.

Akan tetap ada mereka yang menuntut supaya keebenaran dan keadilan ditegakkan dan akan tetap ada mereka yang berani bersuara mendedahkan kebenaran itu.

Ingat, sebesar dan sehebat mana pun kuasa yang anda ada, ia samasekali tidak akan mampu melenyapkan kebenaran dan keadilan.

Tiada ulasan: