Blog-list Malaysia |
- PKR Akan Pulau Sidang Parlimen
- Misteri Kampung Tanduo
- Tan Sri Halim Saad Saman Kerajaan Malaysia
- Bukti SPR Menipu PRU13
- Melayu Minum Arak Di Kedah
- Mahathir Memperbodohkan Diri..
- PANAS - 130,000 Warga Singapura Bolot Tanah Bernilai Tinggi Di Johor
- Wan Ahmad - SPR Capai Matlamat 'Menangkan BN'.. Tak Perlu Letak Jawatan..
- Hina Nabi Muhammad -NGO Buat Laporan Polis
PKR Akan Pulau Sidang Parlimen Posted: 09 Jun 2013 12:02 AM PDT SHAH ALAM – PKR bakal memulaukan sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 24 Jun depan, kata Naib Presidennya, Tian Chua. Beliau berkata, tindakan itu dilakukan susulan beberapa tuntutan mereka yang tidak ditunaikan. Kami hanya menuntut seluruh ahli dalam SPR meletak jawatan, tetapi perkara itu tidak ditunaikan. "Sebaliknya kerajaan beri input lain dengan mahu membuat jawatankuasa khas (PSC) dan sebagainya," katanya. Menurut Ahli Parlimen Batu itu lagi, selagi seluruh ahli dalam SPR tidak letak jawatan pihaknya tidak berminat untuk memberi kerjasama kepada kerajaan. "Kalau mahukan kerjasama daripada PR dalam perkara yang mahukan muafakat syarat itu perlu ditunaikan," katanya. Bagaimanapun, beliau memberitahu akan hadir pada hari perasmian kerana menghormati kehadiran Yang di-Pertuan Agong. "Sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong, kita akan hadir untuk mendengar titah baginda tiada isu mengenai hal ini. "Tetapi mengenai lain-lain perkara sama ada untuk angkat sumpah, atau menyertai PSC dan pilih wakil pembangkang dalam Parlimen itu kita masih pertimbangkan sama ada mahu bekerjasama atau tidak," katanya. Sementara itu, berbeza pula dengan pendirian parti komponen PR, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu yang mereka tidak akan memulaukan sidang Parlimen akan datang. "DAP tidak ambil tindakan seperti itu, kami akan hadir seperti biasa. Soal (pulau) atau tidak terpulang pada pendirian mereka (PKR)," katanya. Terdahulu, dalam satu kenyataan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah Parlimen sebagai tunjuk rasa kesal terhadap keputusan PRU13 yang didakwa wujud unsur penipuan. |
Posted: 08 Jun 2013 10:19 PM PDT BUNYI aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal SEJAK awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami. Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar. Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai. Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu. Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah 'bertemu' dengan 'lembaga' seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu. "Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang. "Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju." Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika itu. Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula. "Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit berhampiran rumah saya. "Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja." Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam. "Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan. "Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari," katanya. Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan. Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ. Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami. Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai. Tidak pasti sama ada yang hadir itu 'angin' negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini. Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran kami. Tidak tahu kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi pendaratan pengganas. Di tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali. Ketika merakam beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul kembali. Seakan ada suara yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu. Namun 'sergahan' anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan. Rupa-rupanya kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu. Memang...sepanjang berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami. Juga terasa seperti ada 'suara' yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak berkenaan. Sebetulnya, kami tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk menidakkannya. Hari merangkak petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri. Aura aneh kembali hadir 'mengacau' jiwa. Semakin lama semakin kuat. Dan secara diam...hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu. Kami bergerak ke arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan pengganas. Kami lalui kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya. Kami tidak pasti apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ. Dalam masa yang sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan. Boleh dikatakan rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga 'bahang' yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan semasa Op Daulat dahulu. Seterusnya kami menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung sementara kumpulan pengganas. Dari situ, langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo. Entah benar atau sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati pergerakan kami. Berbeza dari kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa. Kami akhiri kisah ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan. Dalam perjalanan pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari, Namun tiada kelihatan apa-apa di sekeliling. Mata terus liar memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu pergerakan. Alhamdulillah...kami dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat. Terkenang kembali perjalanan semasa perjalanan... secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal. Apabila dijejaki, tiada manusia yang ditemui. Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai. Sama ada ia manusia atau bukan tiada dapat dipastikan! Apapun, telah diakui oleh orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa, kebiasaannya kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah misteri. |
Tan Sri Halim Saad Saman Kerajaan Malaysia Posted: 08 Jun 2013 07:37 PM PDT KUALA LUMPUR, 9 Jun — Saman jutawan Tan Sri Halim Saad terhadap kerajaan mendedahkan rasuah berleluasa menunjukkan ciri-ciri era Mahathir di mana perniagaan dan politik kabur untuk membantu pemerintah Umno mengumpul sebuah empayar kekayaan, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Para pemimpin pembangkang percaya saman itu, bersedia untuk menjadi salah satu pertempuran korporat terbesar di negara ini, juga akan menguji keseriusan pentadbiran Najib dalam menangani rasuah peringkat tertinggi kerana mereka menjangkakan pertempuran undang-undang akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai hubungan korporat kotor Umno. "Ini adalah salah satu lagi peninggalan oleh Tun Dr Mahathir (Mohamad) (gambar)," kata ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada perdana menteri paling lama berkhidmat di mana pentadbirannya telah menerajui projek kemajuan korporat Bumiputra yang membantu mewujudkan satu kumpulan jutawan Melayu seperti Halim. "Kalau tentang rasuah dan kroni, kita memang sudah tahu Umno memang rasuah dan banyak kroni. Cuma sekarang kita mahu tahu siapa sebenarnya yang mendapat untung daripada semua itu... itu sahaja rakyat mahu tahu," tambah beliau. Halim telah mengambil tindakan undang-undang serius terhadap kerajaan bagi menuntut penyelesaian penuh perjanjian bernilai lebih RM2 bilion yang memaksa beliau melepaskan pegangan dalam Renong Bhd sedekad lalu. Menurut majalah perniagaan The Edge Review, Halim, suatu ketika dahulu yang merupakan satu-satunya penama korporat pemerintah Umno, mendakwa telah ditawarkan wang tunai berjumlah RM1.3 bilion, hartanah serta kawalan ke atas syarikat swasta pengurusan sisa sebagai pertukaran ke atas pelupusan Renong seperti yang dijanjikan pada 2001. Di samping memetik individu lain yang menyamai seperti saman Halim, majalah itu melaporkan ahli perniagaan itu hanya menerima RM165 juta walaupun telah menyerahkan empayar perniagaannya dan akan menuntut bakinya. Langkah itu datang sebagai satu kejutan kerana tempoh Halim dalam Renong telah dicemari dengan keputusan yang dipersoalkan. Terdapat persepsi dia telah gagal untuk mengekang hutang Renong yang semakin meningkat memaksa kerajaan untuk mengambil alih kepentingan dalam konglomerat melalui cabang pelaburan negara Khazanah Nasional Bhd. Liew mengatakan kes Halim ini adalah diantara kegagalan projek pembangunan korporat Bumiputera memetik kontroversi lain seperti pertarungan undang-undang antara penerbangan nasional MAS dan bekas ketua pegawai eksekutifnya Tan Sri Tajuddin Ramli dan skandal Forex pada 1983. "Sedihnya, selepas 10 tahun sejak Mahathir bersara kita masih bergelut dengan isu-isu sebegini... saya rasa sudah sampai masanya cadangan Suruhanjaya Diraja dilaksanakan untuk menyiasat semua legasi kewangan yang bersangkut-paut dengan Mahathir ini," katanya. The Edge Review berkata saman itu, bakal menjadi pertarungan korporat terbesar dalam negara, serta akan mendedahkan buat kali pertama "urusan di sebalik tabir dalam beberapa urus niaga berbilion dolar dan penganugerahan kontrak yang membentuk dunia korporat Malaysia sekitar pertengahan 1980an dan awal dekad ini". Ia juga memetik pemerhati industri mengatakan saman Halim akan memberikan gambaran bagaimana Umno mencipta mesin membuat wang politik di seluruh Renong dan kebimbangan yang berkaitan dengannya, United Engineers Malaysia Bhd (UEM). "Ia akan menawar pengakuan Halim bagaimana dia berhenti menjadi penama perniagaan Umno dan juga memberi pengakuan peribadi yang dihadapi ahli perniagaan sejak bertahun-tahun lalu ketika beliau bertarung menjaga Renong yang penuh sarat dengan hutang untuk bertahan," tulis majalah itu lagi. Ahli Parlimen Kelana Jaya baru dari PKR Wong Chen bersetuju dengan pandangan itu mengatakan saman tersebut akan membantu mendedahkan jaringan korporat Umno dan bagaimana ia membantu parti pemerintah itu mengumpulkan kekayaan bagi meneruskan dominasi. Kes ini akan mendedahkan seperti yang didakwanya sebagai satu sistem penama korporat tunggal Umno dalam membentuk dan menjaga empayar parti tersebut. "Di samping itu, kes saman ini akan menyerlahkan lagi hubungan meragukan antara Umno dalam perniagaan. Apa yang Halim Saad katakan memang benar, sistem penama ini telah menggalakkan wujudnya budaya kekaburan (opaqueness) dalam perniagaan dan politik," katanya kepada The Malaysian Insider. Wong yang mengetuai portfolio pelaburan perti pembangkang PKR, mengatakan kes ini akan menunjukkan sama ada kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bertindak kepada yang terlibat dalam episod itu. "Kes ini akan menentukan ketelusan dan kebertanggungjawaban seperti mana yang dilaungkan oleh kerajaan". Pembangkang mendakwa bahawa orang-orang di sebalik kegagalan dasar mahal pentadbiran Mahathir bukan sahaja melepaskan diri dari hukuman tetapi mendapat pampasan besar dalam beberapa kes. Kes yang paling ketara adalah penyelesaian di luar mahkamah antara MAS dan Tajuddin, satu lagi "budak poster" korporat Bumiputra era Mahathir. Langkah itu telah digambarkan sebagai cubaan oleh kerajaan untuk menutup butiran yang terdapat dalam afidavit Tajudin untuk menyokong beliau tuntutan balas di mana hartawan itu kononnya mendedahkan banyak mekanisme dalaman di sebalik pembelian MAS. Pemimpin pembangkang menyatakan perkara yang sama boleh berlaku dengan saman Halim keranai hartawan itu mendedahkan pada pautan Umno-Renong boleh memaksa kerajaan untuk mengalah dan mencari penyelesaian di luar mahkamah. "Saya harap perkara ini tidak jadi seperti kes Tajuddin Ramli yang mana akhirnya ia diselesaikan di luar mahkamah. Sehingga sekarang rakyat masih tertanya-tanya apa yang berlaku dan berapa telah dibayar," kata ketua penganalisis ekonomi PAS Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider. Menurut The Edge Review, Halim cuba memberi tekanan kepada kerajaan untuk mendapatkan penyelesaian penuh, tetapi pada tahun 2010, Dr Mahathir berkata kepadanya perjanjian itu tidak akan dipenuhi. Ahli perniagaan yang pernah berhadapan dengan keadaan itu mengatakan Dr Mahathir memberitahu Halim beliau telah dimaklumkan oleh Nor Mohamed, aset yang diambil alih oleh Khazanah adalah milik Umno, tambahnya. The Edge Review berkata Halim yang kemudiannya bertemu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri — bertanggungjawab dalam Unit Perancang Ekonomi untuk mengesahkan kata-kata Dr Mahathir. Menurut majalah tersebut dan StarBiz baru-baru ini, Nor Mohamed, kerajaan Malaysia dan dana pelaburan strategik milik kerajaan Khazanah Nasional Bhd telah dinamakan sebagai defendan di dalam saman berbilion ringgit yang telah difailkan April tahun ini. Dalam pernyataan tuntutan itu didakwa dilihat oleh StarBiz, Halim yang mendakwa pihak terbabit telah menandatangani perjanjian pada 2001 dan/atau perjanjian lain 2003 dengan dia untuk "niat menipu beliau atau mendorong beliau untuk bersetuju ke atas kedua-dua perjanjian tersebut". Dzulkefly mengatakan hanya satu cara untuk mengetahui tentang kes ini adalah dengan mengadakan forensik audit dalaman terbuka. "Saya rasa apa rakyat nak lihat sekarang ini adalah wang mereka tidak diperjudikan sewenang-wenangny," katanya. Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga mendesak Putrajaya untuk mendedahkan semua transaksi korporat melibatkan perjanjian Renong. "Adakah duit GLC itu juga duit Umno? Dan bukan duit rakyat?" katanya. Halim, pada tahun 1984 diambil oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai penama korporat tunggal Umno, telah membina Renong dan UEM ke dalam konglomerat terbesar di Malaysia, dengan usaha dalam perbankan, pembinaan, telekomunikasi, pembangunan hartanah dan industri jalan bertol. Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 membawa kepada kejatuhan harga saham Renong dan menurut The Edge Review mendedahkan aliran tunai yang buruk konglomerat tersebut dan beban hutang yang besar. - TMI |
Posted: 08 Jun 2013 06:13 PM PDT Maklumat rasmi keputusan pru13 telah dua kali berubah iaitu pada 22 mei 2013(warta pru13) dan 31 mei 2013(warta corrigendum) Yang menghairankan saya bagaimana boleh keputusan pru13 berbeza dengan pengumuman pegawai pengurus pada hari pengundiaan 5 mei 2013.Alasan tidak rasmi oleh SPR(wartawan kanan bagitau saya) iaitu kerani tersalah key in atau salah kira akibat salah tekan kalkulator tidak masuk akal.Menanti jawapan bertulis SPR berdasarkan surat saya pada 7 Jun 2013 lalu. Jenayah membawa keluar kertas undi seperti dinyatakan dalam Seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6(2) AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 perlu digunakan bagi membuktikan dakwaan saya.SPR perlu bertanggungjawab apabila perkara berlaku. 7 laporan polis saya adalah bagi memudahkan pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa sesiapa yang melakukan "jenayah" ini. Berikut butiran rumusan analisa saya. i)UNDI ROSAK (BAGI 727 KERUSI) SEBELUM WARTA (KEPUTUSAN 5 MEI 2013)=323,353 UNDI SELEPAS WARTA (22 MEI 2013)=326,668 UNDI SELEPAS CORRIGENDUM(31 MEI 2013)=326,707 UNDI ii) UNDI HILANG/TIDAK DIKEMBALIKAN.UNDI DIBAWA KELUAR DARIPADA SALURAN UNDI (727 KERUSI=222 PARLIMEN DAN 505 DUN) SEBELUM WARTA (KEPUTUSAN 5 MEI 2013)=65,286 UNDI SELEPAS WARTA (22 MEI 2013)=53,045 UNDI SELEPAS CORRIGENDUM(31 MEI 2013)=52,972 UNDI Mohd Azlan Mohd Sharif |
Posted: 08 Jun 2013 04:14 PM PDT |
Mahathir Memperbodohkan Diri.. Posted: 08 Jun 2013 08:20 AM PDT |
PANAS - 130,000 Warga Singapura Bolot Tanah Bernilai Tinggi Di Johor Posted: 08 Jun 2013 07:04 AM PDT Malaysia adalah antara segelintir negara di Asia Tenggara yang benarkan warga asing membeli hartanah 'FreeHold'. Jual boleh tetapi mengapa biarkan warga asing memiliki harga kenapa senario seperti ini terus berlaku? Berita Semasa lebih hormati cara Indonesia mengawal pemilikan hartanah kepada warga asing yang mana hanya dibenarkan tempoh pemilikan pajakan maksima selama 30 tahun sahaja. Malaysia? Kerajaan Johor Kenakan Kadar Cukai Hartanah Baharu? JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 pegangan asing yang memiliki hartanah di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata kadar cukai baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat itu berbeza dengan kadar yang dikenakan kepada penduduk tempatan. Sebentar? Sekadar mahu menaikkan cukai pintu? Terus-terang kami katakan selamba sahaja orang Singapura membayarnya. Adakah cadangan seperti ini yang mampu dikeutarakan setakat ini? Tiada lagikah cadangan yang lebih agresif daripada ini? Tidak mustahil, tidak lama sahaja lagi Johor bakal menjadi tempat tinggal dan kediaman untuk rakyat Singapura. Trend sekarang, orang Singapura tinggal di Johor Bahru, rumah mereka di Singapura disewakan kepada expartariat. Akhirnya, apa yang berlaku sekarang harga rumah di Johor Bahru melambung-lambung tinggi disebabkan permintaan daripada kelompok mereka ini. Natijahnya, warga Malaysia terutamanya orang Melayu Johor tidak mampu beli hartanah di sana sebaliknya sedikit demi sedikit JB bakal jadi tempat tinggal warga Singapura. Sambung baca lagi laporan Bernama di sini… "Sudah tiba masanya kerajaan negeri memberi perhatian kepada pegangan asing di negeri ini kerana rakyat kita di negara luar juga dikenakan kadar cukai yang berbeza. Jadi saya rasa untuk permulaannya kita kenakan kadar berbeza bagi cukai harta," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Zon Permas, di sini hari ini. Mohamed Khaled yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata, beliau yakin rakyat Johor akan bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka manakala warga asing pula perlu belajar bersyukur kerana memiliki harta di negeri ini. – Bernama Sumber : Berita Bernama Hakikatnya rumah-rumah di Johor amat murah bagi orang Singapura. Pemandu teksi di Singapura pun boleh milki hartanah bernilai RM400,000 di Johor Bahru. Mengambil kira faktor : Pendapatan perkapita rakyat Singapura lebih 4 kali ganda berbanding rakyat Malaysia sendiri umumnya dan rakyat Johor amnya Keduanya, adalah disebabkan kadar tukaran matawang Singapura agak tinggi sekitar 2 kali lebih berbanding Malaysia Dan akhirnya, undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing masih lagi lemah Ayuuh penguatkuasa, kapitalis hartanah yang berada di barisan hadapan dan juga kalangan yang berkepentingan & berpengaruh yang berselindung di belakang mereka ini, sedarlah jangan biarkan rakyat sendiri merempat dek kerana sibuk mengejar pembangunan dan keuntungan yang maksima semata. Akhirnya lagu di bawah ini bakal menjadi siualan untuk tempoh masa yang kan datang. Tidak mustahil….. Jangan hanya pandai berdegar-degar di kaca televisyen dan di media arus perdana yang lain mahu memperjuangkan bangsa Melayu amnya dan rakyat Malaysia umumnya tetapi hakikatnya di belakang, bersama-sama menyokong membina rumah mahal & menjual serta menggadai kepada warga asing. LIHAT VIDEO DI SINI Baru-baru antara kami ada pergi ke pejabat jualan pemaju yang terkenal di sana. Penuh dengan warga Singapura. Apabila ditanya, harga satu unit rumah kluster yang terpampang "only bumi unit left" dengan harga RM1 juta lebih Adakah ada warga Johor yang waras beli rumah teres dengan harga RM500,000 ke atas? Majoriti pemilik hartanah Seri Alam. Bukit Indah orang mana? Kalau tidak…. Projek terbaru laris macam goreng pisang. Satu lagi projek berhadapan dengan Jusco Bukit Indah telah pun "sold out" walaupun belum "launch" lagi. Siapa pembelinya? Kalau tidak….. Jikalau dilihat keadaan di sekitar JB/Nusajaya agak sedih kerana : Seri Alam – Rumah yang bawah RM300,000 tidak akan dibina lagi, ada satu taman baru RM500,000 ke atas, apabila ditanya kepada pihak pemaju, jawapan mereka projek tersebut dipasarkan untuk kalangan"lecturers expatriate" yang akan datang di mana Seri Alam bakal menjadi bandar Ilmu. Buat rumah di ulu Pasir Gudang pun sama, pun sudah mencecah RM350,000. Hartanah di Johor Semakin Mahal : Usaha Menganinya? Jadi, apa lagi usaha yang mahu dilakukan kepada orang Melayu Johor yang terdiri daripada golongan pertengahan & rendah terutamanya bagi membantu meningkatkan slot kependudukan mereka di di kawasan utama Johor? Kenakan cukai tinggi kepada warga asing hanya bantu kerajaan tambah duit dan pendapatan sahaja terutamanya bagi menampung pemberian BR1M setiap tahun. Tetapi dengan duit BR1M tersebut, berapa banyak impaknya kepada orang melayu yang tercari-cari hartanah di kawasan bandar apatah lagi di tanahair sendiri. Yang dibimbangkan pada masa akan datang, jika ditangani dengan mekanisme yang lebih baik Johor pasti akan jadi seperti Palestin saja suatu hari nanti. Tidak mustahil. Dahulu….. asalnya tanah palestin luas, orang-orang kaya Yahudi membeli sedikit demi sedikit tanah dari orang palestin akhirnya bila Yahudi kuat, mereka merampas begitu sahaja baki tanah palestin yang tinggal. Harga Hartanah di Johor Kebanyakan rumah di Johor berharga RM400,000 ke atas yang mana mampu dibeli oleh golongan gaji lebih daripada RM7,000 sebulan sahaja. Jadi kepada Menteri Besar Johor, tolong bagi statistik berapa ramai rakyat di Johor terutamanya Melayu yang bergaji sedemikian rupa? Sepatutnya warga asing tidak boleh beli hartanah freehold Pajakan hanya tempoh yang singkat sahaja Nilai hartanah yang boleh dibeli warga asing hanyalah pada kadar jutaan ringgit sahaja Dan dikenakan RPGT berkali ganda berbanding rakyat tempatan Sekarang ini terdapat projek komersial & perumahan yang bertaraf antarabangsa di sekitar Danga Bay. Pelan asal yang diluluskan dicadangkan di masjid dibina di tenga-tengah kawasan komersial berkelas mewah ala-ala masjid Kotaraya. Tetapi akhirnya, ada suara-suara yang berpengaruh meminta mengeluarkan pelan pembinaan masjid tersebut dengan alasan kawasan tersebut disasarkan untuk warga Singapura yang boleh menyebabkan jalan sesak ketika Hari Jumaat terutamanya. Inilah satu insiden yang menunjukkan di sini pelabur Singapura cukup dihormati di Malaysia. Jenaka yang paling di Johor selama ini apa dia? Hanya tanah kubur dan angin sahaja tidak dijual Belum masuk lagi bab kisah jual beli pasir kepada Singapura sehingga kelihatan Selat Tabrau semakin lama semakin sempit. Bagaimana boleh jadi begini? Apakah Johor ini diperintah oleh komunis? Cina? Yahudi? Warga asing? Sumber sini |
Wan Ahmad - SPR Capai Matlamat 'Menangkan BN'.. Tak Perlu Letak Jawatan.. Posted: 08 Jun 2013 05:22 AM PDT Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak gesaan yang mahu beliau dan pesuruhjaya SPR yang lain meletak jawatan. Menurutnya, SPR berjaya mencapai objektif mengadakan pilihan raya dan rungutan yang dibangkitkan berkenaan pilihan raya lalu kebanyakannya bersifat teknikal sahaja. "Kita dah buat pilihan raya yang capai objektif untuk semua pengundi pilih rakyat dan kerajaan. "Semua rakyat boleh mengundi kecuali yang disekat oleh parti politik sebab muka mereka macam orang Bangladesh," katanya kepada pemberita selepas forum tentang persempadanan semula pilihan raya di bangunan Majlis Peguam petang tadi. "Kita ada kerajaan yang sah. Inilah matlamat (pilihan raya) yang paling penting dan ia berjalan lancar. "Apa lagi yang mereka mahu? Jangan terburu-buru buat kesimpulan hanya kerana dakwat (kekal) mudah dibasuh dari jari. Ia tidak semudah itu," tambahnya. Peserta himpunan Blackout 505 sebelum ini sering kali menggesa agar anggota SPR meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya yang lalu. Sebelum itu, Wan Ahmad sewaktu bercakap dalam forum tersebut, menegaskan SPR tidak boleh lagi menangguhkan persempadanan semula kawasan pilihan raya seperti dituntut peserta himpunan Blackout 505. Langkah itu katanya sepatutnya dibuat selama lapan tahun sekali berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Namun, ia telah ditangguhkan selama dua tahun kerana pilihan raya umum sebelum ini, katanya lagi. "Pejabat Peguam Negara juga menasihati kami agar tidak menangguhkannya lagi kerana bilangan pengundi semakin bertambah dan kita tidak boleh hanya menutup mata," jelasnya. Jelasnya, kawasan pilihan raya baru yang akan digariskan selepas persempadanan semula itu akan dikemukakan kepada orang ramai. Pengundi berdaftar dalam kawasan terlibat boleh mengumpulkan 100 orang pengundi berdaftar lain dalam kawasan yang sama untuk membantah persempadanan semula kawasan mereka jika mereka tidak berpuas hati, katanya. Beliau menjangkakan terdapat banyak bantahan dari pihak BN dan Pakatan akan dikemukakan kerana senarai persempadanan semula itu akan dikemukakan kepada orang ramai sebanyak dua kali. Justeru, SPR katanya khuatir akan kemungkinan tidak mampu menyelesaikan proses persempadanan semula itu dalam masa dua tahun. |
Hina Nabi Muhammad -NGO Buat Laporan Polis Posted: 08 Jun 2013 04:39 AM PDT GEORGETOWN - Pertubuhan Gerakan Siber 1Malaysia (GS1M) hari ini membuat laporan polis terhadap dua individu yang membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan Polis Diraja Malaysia melalui laman media sosial. Presidennya Mohamad Sharom Rahman membuat laporan itu bersama seorang anggota jawatankuasa di Balai Polis Bayan Baru di sini pada pukul 3 petang. Mohamad Sharom berkata laporan polis itu bagi meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan terperinci terhadap tindakan biadab kedua-dua individu itu yang menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' pada laman Facebook masing-masing. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata kenyataan kedua-dua individu terbabit adalah satu provokasi yang mampu menggugat keamanan negara. Justeru, beliau menggesa SKMM menggunakan undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pemilik laman media sosial yang bertindak mencetuskan provokasi khususnya dalam aspek agama. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan