labun KulupSakah... |
Posted: 08 Jun 2013 09:15 PM PDT ini entry aku pada 4 nov 2010 malah aku siap cabar kalau PR menang PRU13 aku akan berjalan kaki gostan dari Kajang ke Putrajaya. lihat komen yg menafikan. mari kita belajar dan insaf supaya faham benar-benar untuk tidak dibangangkan lagi. linknya ini http://kulupsakah.blogspot.com/2010/11/prk-pakatan-rakyat-kalah-sebab-bodoh.html PRK: Pakatan Rakyat kalah sebab BODOH!Kalaulah minggu lepas aku bertaruh RM5 juta yang PR akan kalah di kedua-dua DUN, malam ini aku sudah pasti tidak perlu memikirkan soal pekerjaan lagi sebab malam ini aku sudah jadi jutawan. Aku telah ramal PR akan kalah dan aku dah tulis dalam status di fesbuk. Kenapa PR kalah? satu saja: sebab PR bodoh! Kenapa aku kata begitu? Sifirnya mudah saja. Tak perlu tunjukkan aku track record, kronologi, statistik atau keletik itu keletik ini - Apabila kita menjadi sapi di Batu Sapi dan malas di Galas, maka bayang kekalahan sudah terlakar. Mari tengok sebab ini:- 1) SPR - Apabila sebuah badan pengendali pilihanraya yang sepatutnya memberikan suatu tarikh yang selesa agar semua pengundi dapat menggunakan hak mengundinya gagal berbuat demikian maka celaka banganglah terhadap PR yang masih berdiam. Ketika bendera PKR dan DAP juga dilarang untuk dikibarkan semakin beballah PR kerana masih tersengih-sengih kerang memasang angan-angan untuk menang main sabung ayam. Masih tak sedar lagi yang PR sudah jadi Pak Kaduk yang memakai baju kertas. sepatutnya : PR mengisytiharkan tidak bersetuju dengan tarikh tersebut danMEMBOIKOT pilihanraya kecil tersebut. Kenapa? Tak boleh? Takut nak bagi mereka menang percuma? Well, hari ni kamu menang ke? SPR adalah badut dan sesiapa saja yang menerajuinya adalah pecacai! Jika ada penyokong PR yang masih percayakan SPR - anda memang bebal! Pilihanraya adalah silap mata Penyokong PR jika masih percaya yang kerajaan ini akan bertukar dalam pilihanraya akan datang adalah insan yang malap daya pemikirannya. Aku terpaksa beriman dengan sabda Hishamuddin Rais yang diriwayatkan oleh sahih dirinya sendiri iaitu "Jika pilihanraya dapat mengubah apa-apa, sudah lama ia akan diharamkan." Tolong buka mata dan berpijak di atas bumi yang nyata. Tolooongg!!! Jangan jadi burung unta yang menyerodokkan kepala di dalam tanah kerana tak mahu mengakui kebenaran atau tidak bersetuju dengan kebenaran. Apa? PRU 2008 kita berjaya menang 5 negeri? Maknanya rakyat sokong kita? Sudah tentu akan datang BN akan lingkup? Hahaha! Okeylah, aku setuju tapi semudah itukah nak menang weh? Nak bagi harta mereka camtu je atau nak biar mereka dan keluarga mereka dok jel camtu je? Tengok mereka rampas Perak. Mudahkan? Jika PR menang PRU akan datang boleh tak mereka merampasnya semula seperti mereka merampas Perak? Tak mustahil bukan? Polis, tentera, media, sistem kehakiman dan institusi raja di bawah telur mereka dan ini akan dipunggah untuk menggagalkan kerajaan PR. Dengar sini - Jika PR menang dan dapat ambil alih dengan mudah serta lancar kerajaan persekutuan pada PRU akan datang, aku akan...akan....jalan kaki secara gostan dari Kajang ke Putrajaya tanpa baju. Ramai tak percaya dan tak mahu terima bila aku katakan ini. Orang politik lagilah sebab mereka perlukan kerja. Mereka mahu terus jadi YB, Exco, ahli majlis, PA kepada Yb itu ini..kalau kalah mereka kena fikir nak kerja apa lepas ni.. tapi kita tiada kepentingan itu. Kita terus kena kerja walau siapa pun memerintah. Cuba tengok..bila PR menang, amat sedikit yang akan dapat peluang kerja jadi pegawai itu ini di SUK tetapi RAMAI peniaga merosot perniagaan akhbar pembangkang dan cd ceramah mereka. Sewaktu kalah, yang sedikit tetap ada kerja sementara peniaga dapat berniaga dengan baik kerana orang nak berita. Hehehe! Perubahan politik tetap memberi kesan terhadap orang bawah sementara orang politik tetap cerah periuk mereka. Adun dan MP - sila kembali ke kawasan kamu sekarang, jangan dok leka..cuba cari senarai daftar pemilih yang baru dan lihat perubahan telah pun berlaku. Berapa ramai pengundi baru dan berapa ramai yang dah tiada? Berapa Pusat Daerah Mengundi sekarang? Sudah ditambah atau makin berkurang? Orang-orang di pejabat Adun pun tak tahu benda tu dah berubah. Pergi tengok sekarang!! Masih bermimpi nak menang? Hah! Kalau dah tengok nak goyang telur lagi dan percaya akan menang lagi? 2) Perangai politikus PR Ini bukan dongeng. Di mana-mana di bawah pemerintahan kerajaan PR, ramai merungut kerana perangai sama dengan umno/ BN. Gila projek, pangkat dan macam-macam. Berebut jawatan dalam masjid, nak kontrak itu ini sampai nak dapat peluang bekal bubur lambuk di bulan puasa pun bergaduh. Konon nak banteras gejala sosial tapi dok gila nak buat bazaar malam, pasar malam dan macam-macam lagi. Apa kepentingan kalau bukan duit? Mana niat nak amar maaruf nahi munkar? Banyak lagilah! Apa perlu buat? Aku mencabar ketua pembangkang Malaysia setelah berbincang dengan semua parti pembangkang mengumumkan - TIDAK AKAN MENYERTAI PRU AKAN DATANG! Hahahaha.. kenapa? Gila? "Yelah..kan kita dah ada 4 negeri? Takkan nak lepaskan gitu saja.." "Aku rasa 4 negeri tu kita bertanding, lain tempat kita boikot.." pasti akan keluar cadangan begitu. Aku cabar - berani atau tidak? Cuba tunggu apa reaksi BN jika pengumuman itu dibuat. Cuba tengok dan buktikan. Cuba ajak mereka menari ikut kita. Kalau kalian masih berasa nak jadi YB atau masih percaya nak tumbangkan BN dalam PRU sila nafikan cadangan ini dan kemudian jangan merungut ditipu berkali-kali oleh BN. Orang bangang memang patut ditipu. Oh ya! Yang perlu dibuat sekarang, YB-yb harus turun ke kawasan masing2 dan didik rakyat tentang hak mereka supaya mereka bijak. Lupakan pilihanraya. Lupakan gelaran YB itu. Kalau bukan pilihanraya, jalan apa nak tumbangkan BN? Aku tak mahu jawab - cuba umumkan boikot PRU dulu! Sebab itu kalau ada pemimpin PR yang nak bertanding sesuatu jawatan dalam partinya dengan menggunakan menifesto menawan Putrajaya pada PRU akan datang, orang ini harus kita tunjukkan punggung kepada mereka kerana mereka sedang berdongeng kepada kawan mereka sendiri untuk terus berkuasa. Noktah! Aku harap aku akan kaya menang bertaruh setiap kali ada pilihanraya. 46 comments:
|
You are subscribed to email updates from Negaraku Banglasia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan