Sabtu, 29 Jun 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ada Kaitan Jelas Najib Dalam Kes Altantuya - Sivarasa

Posted: 29 Jun 2013 12:41 AM PDT

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan hujah Timbalan Peguam Cara Negara III, Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa tiada apa-apa yang boleh mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia dangkal dan tidak masuk akal.

"Ada cukup bukti bahawa pada malam berkenaan, Razak Raginda yang kita ketahui sangat rapat dengan Najib Razak membuat panggilan dan menghantar SMS kepada pembantu peribadi Najib iaitu Musa Safri.

"Apakah sesuatu mahu disembunyikan bila saksi penting seperti Musa Safri tidak dipanggil ke mahkamah? Apa yang disembunyikan"
kata Sivarasa kepada Keadilandaily.

Menurutnya terdapat bukti jelas para pegawai khas Najib terutamanya DSP Musa Safri tidak pernah dipanggil sebagai saksi kes pembunuhan Altantuya, namun terlibat secara langsung dalam kes berkenaan.

Turut terlibat katanya, seorang lagi pembantu Najib, Nasir Safar sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda pada malam kejadian Altantuya diculik.


Beliau merujuk kepada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah penyiasat persendirian Balasubramaniam.

"Ada sesuatu yang mahu dilindungkan apabila dua saksi penting ini tidak dipanggil. Bukti jelas keterlibatan pegawai-pegawai Najib.

"Apakah kita boleh terima bahawa Najib sama sekali tidak terlibat dalam kes ini?,
soalnya.

Sirul Azhar sebelum ini membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar 'kambing hitam yang harus dikorbankan' untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan. -KD

Terlibat Dengan Jenayah, Menteri "Samseng" Ini Perlu Berundur!

Posted: 28 Jun 2013 11:15 PM PDT

Zahid disaran berehat sehingga kes selesai

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus berehat daripada tugas beliau sehingga siasatan ke atasnya selesai, kata Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.

Beliau berkata, Zahid harus berbuat demikian bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kes membabitkan saman seorang ahli perniagaan ke atas beliau.

"Oleh kerana beliau seorang menteri apabila ada satu tuduhan atau kes saman yang mempunyai asas, paling kurang beliau diminta untuk bersara atau lebih baik beliau sendiri meletakkan jawatan.

"Tapi kalau beliau rasa beliau sendiri nak pertahankan jawatan, beliau kena berehat dahulu seperti mana yang dilakukan oleh menteri-menteri Umno yang lain," kata beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh seorang ahli perniagaan.

Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat juga berharap Peguam Negara melakukan pendakwaan ke atas Zahid dan tidak mengamalkan pendakwaan terpilih.

"Kuasa pendakwaan di bawah Peguam Negara. Jadi saya harap Peguam Negara tidak mengamalkan budaya pendakwaan terpilih terutama apabila melibatkan menteri," katanya.

Zahid dituduh menyerang dan melakukan cubaab bunuh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, dalam satu kejadian pada 2006. -HD

KPN Perlu Letak Jawatan Untuk Kembalikan Keyakinan Umum Terhadap Polis

Posted: 28 Jun 2013 08:45 PM PDT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya boleh mengembalikan keyakinan awam bahawa beliau tidak bersubahat dalam kematian tahanan dengan berlaku jujur dan menyatakan perkara sebenar disebalik kematian A Kugan dan 230 orang lain antara tahun 2000 sehingga Mei 2013 atau secara terhormat meletakkan jawatannya.

Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng menyatakan demikian dalam kenyataan hari ini merujuk pada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membuat keputusan bahawa Khalid bertanggungjawab ke atas kematian Kugan yang diseksa secara fizikal sewaktu soal siasat oleh pihak polis, 4 tahun lalu.

"Mahkamah telah memutuskan dalam sebuah saman sivil bahawa Khalid bertanggungjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk VT Singham juga menyebut bahawa kecederaan yang dialami Kugan tidak mungkin dilakukan oleh seorang anggota saja dan pegawai-pegawai senior juga tidak boleh mengatakan mereka tidak tahu menahu," katanya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut mengecam Khalid yang tidak profesional dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai KPN sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai kecuaian dibawah penguatkuasaan beliau.

"Khalid juga ditegur kerana cuba menutup dan mendiamkan kebenaran dengan mengelak daripada bertanggungjawab ke atas kematian Kugan pada Januari 2009.

"Mampukah Malaysia mempunyai seorang KPN yang sepatutnya mendaulatkan undang-undang tetapi telah diputuskan mahkamah sebagai seorang yang menutup dan mendiamkan kebenaran, cuai dan bertanggungjawab ke atas kematian dalam tahanan?," katanya.

Beliau turut menempelak Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi yang tidak membuat sebarang tindakan berhubung salah laku malah lebih menyedihkan mempertahankan keganasan polis.

"VT Singham memutuskan supaya ibu Kugan, N Indra menerima bayaran sebanyak RM851,700 sebagai ganti rugi kesalahan menyerang, memukul, penahanan yang salah serta penderitaan dan kesakitan yang ditanggung.

"Namun Zahid Hamidi ketika sidang Parlimen menafikan bahawa keganasan polis adalah punca kematian dalam tahanan.

Zahid mengatakan bahawa 166 kematian adalah disebabkan penyakit seperti HIV, lelah, sakit jantung dan hanya 2 orang yang mati dalam tahanan.

Dakwaan ini sangat mengarut," ujarnya.

Katanya lagi, Zahid seharus mengambil iktibar dari cadangan Mahkamah supaya menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera.

"Badan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) milik BN ternyata tidak berkesan dalam menghalang salah guna kuasa dan kematian dalam tahanan.

"EAIC hanya sekadar boleh memberikan cadangan kepada badan disiplin sesebuah agensi penguatkuasaan setelah selesai siasatan, IPCMC sebaliknya pula boleh mendakwa dan menghukum anggota polis yang menyalahguna kuasa.

"Jika IPCMC tidak ditubuhkan segera, berapa ramai lagi yang mesti mati sebelum IPCMC diwujudkan?," tegasnya.

-Roketkini

Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang baru amat terkenal dengan sikapnya yang "mesra UMNO BN". Sebarang aduan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat akan segera disuruh siasat tetapi jika aduan mengenai pemimpin UMNO BN, sengaja dilengah-lengahkan malah lansung tiada siasatan.

Dengan keputusan hakim pada hari ini, KPN tersebut sewajarnya meletakkan jawatannya kerana beliau cuai di dalam mempastikan anak buahnya tidak menyalahgunakan kuasa disamping beliau sendiri, menurut keluarga Kugan cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

[EDISI KANTOI] Pencacai UMNO, Mana Cincin Nazri?

Posted: 28 Jun 2013 05:50 PM PDT


Di dalam laporan sebelum ini Menteri Pelancongan & Kebudayaan Mohd Nazri Abdul Aziz telah dilaporkan menunjukkan isyarat lucah kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya di parlimen sempena persidangan angkat sumpah ahli-ahli parlimen dan melantik Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Gambar tersebut telah tersebar luas di media sosial.

Tiba-tiba macai UMNO telah mengeluarkan satu versi baru menyatakan kononnya gambar itu ialah gambar diedit dan kemudian beliau mempaparkan "versi asal" gambar berkenaan.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah beliau mengedit gambar isyarat lucah itu dan mendakwa itulah gambar yang asal.

Begitu malang nasib pencacai UMNO dimana di dalam versi yang diakatakan asal itu terdapat banyak kecacatan diantaranya:

1) Ada cahaya putih di sekeliling tangan Nazri
2) Cahaya itu pula seperti datang dari bawah
3) Ibu jari yang ditunjukkan lebih kecil dari jari-jari yang lain
4) dan yanf paling nyata, cincin yang selalu dipakai di jari manis Nazri sudah tiada.

Mungkin pencacai berkenaan beranggapan manusia lain bodoh sepertinya dan berharap dengan melakukan edit tersebut dapat nanti membuat tuntutan untuk memperolehi sedikit habuan daripada Nazri.

Memang tahap pencacai suungguh!

"Buka Siasatan Terhadap Najib"

Posted: 28 Jun 2013 07:00 AM PDT

Polis harus membuka siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai 'affidavit palsu', kata bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini.

Katanya ini berdasarkan laporan polis yang dibuat koordinator Jingga 13, Fariz Musa pada 26 Jun yang mendakwa bahawa Najib telah membuat affidavit palsu pada 21 dan 23 September 2011 yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau bertegas laporan yang dibuat Fariz itu berasas dan boleh dibuktikan sebagai dakwaan yang benar.

Mat Zain berkata demikian dalam surat terbukanya kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.

Salinan surat itu juga dihantar kepada Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

"Saya berpendapat laporan ini tidak boleh diketepikan sewenang-wenangnya dan pihak polis wajib memulakan siasatan jika belum berbuat demikian," tegasnya.

Tambahnya lagi, isu berkaitan nama palsu itu hanyalah sebahagian kecil daripada pemalsuan yang dikesan dalam affidavit Najib itu.

Katanya siasatan terhadap seorang Perdana Menteri bukanlah suatu perkara luar biasa.

Ini, kata beliau, berdasarkan siasatan yang dijalankan polis atas laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Jun 2000 terhadap mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai salah guna kuasa.

"Jika polis KL boleh lakukan sedemikian tanpa halangan atau campur tangan mana-mana pihak, maka saya percaya pihak polis boleh lakukan dengan lebih baik dan profesional lagi sekarang ini.

"Pada pendapat saya, saudara tidak ada opsyen melainkan untuk memberi keutamaan dan menyiasat laporan yang dibuat oleh Fariz Musa itu secara terperinci dan tidak sekadar melepaskan batuk ditangga," katanya dalam surat tersebut.

Mat Zain juga menyebut mengenai dakwaan bahawa Najib pernah mengarahkan seorang peguam kanan iaitu Tan Sri Cecil Abraham untuk menderaf Akuan Bersumpah mendiang P Balasubramaniam pada Julai 2008.

"Saudara juga pasti sedar bahawa kesalahan yang didakwa ini adalah sama dengan kesalahan membuat atau bersubahat membuat affidavit palsu yang boleh disamakan dengan memberi keterangan palsu di mahkamah.

"Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiasat kedua-dua dakwaan ini secara terperinci dan pantas kerana tidak wajar dakwaan memberi keterangan palsu, tergantung di atas bahu seorang Perdana Menteri," katanya. -FMT

[VIDEO] "Dakwat Kekal": Jawapan Menteri BN Kelas Ke 3 - Prof Muhammad Agus

Posted: 28 Jun 2013 05:20 AM PDT

Kelmarin saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya," tulis penganalisis politik Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di facebooknya.

Hari ini, beliau terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

Berikut tulisan beliau.

KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.

HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.

Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini.

Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. Di negara maju, mereka tidak lagi menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka?

Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. Mengapa timbulnya persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat yang negatif ini?

YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan mendungukan rakyat. Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang tidak dimakan ikan.



Tiada ulasan: