Sabtu, 29 Jun 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Tiada Layanan Istimewa Dari Pusat Untuk PR

Posted: 28 Jun 2013 07:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan mempersoal konsep 1Malaysia yang didakwa berbeza pendekatan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Merujuk kepada Kelantan, Takiyuddin berkata pemberian wang ihsan daripada royalti petroleum disalurkan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).Sebaliknya kata beliau, wang ihsan kepada rakyat Negeri Terengganu disalurkan terus kepada kerajaan negeri yang diperintah Kerajaan BN. 


"Kita tahu bahawa Gagasan 1Malaysia ini namanya cantik. Mungkin matlamatnya juga baik. Akan tetapi dari segi aplikasinya atau penggunaannya, saya ingin bertanya adakah menjadi satu tata amalan dalam melaksanakan konsep 1Malaysia ini, apabila ia digunakan,penggunaannya dari segi pendekatannya berbeza antara negeri-negeri? 

"Wang ihsan kepada Kelantan tidak diberi kepada kerajaan negeri. Diberi kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang mana JPP Kelantan ini yang membuat keputusannya dari segi penggunaan wang ihsan, bukan kerajaan negeri.

 "Jadi saya hendak mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri, adakah ini pendekatan 1Malaysia antara negeri?" soal beliau kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rayat kelmarin.

Shabery dalam jawapannya bagaimanapun tidak memberikan jawapan yang tepat kepada soalan tersebut sebaliknya berkata perbezaan pendekatan itu boleh diuruskan.Beliau menegaskan, rakyat Kelantan tetap mendapat bantuan walaupun bukan secara terus kepada kerajaan negeri.

Shabery juga cuba mengalih tajuk dengan menatakan bahawa Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang besar kepada Kelantan.

"Rakyatnya dapat (wang ihsan) cuma tidak setuju kalau tidak melalui kerajaan negeri. Itu boleh diuruskan dalam soal ini. Akan tetapi perlu dilihat banyak lagi perkara lain yang dibuat oleh Kerajaan Pusat (seperti) menyalurkan pelbagai lagi peruntukan dan sebagainya kepada kerajaan negeri.

 "Soal air misalnya, soal membayar gaji imam, gaji guru-guru KAFA. Sepatutnya itu adalah urusan agama, urusan negeri tetapi peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri begitu besar sekali dan yang terbesarnya ialah di negeri Kelantan. Kalau dibandingkan negeri-negeri lain, Kelantan mendapat peruntukan yang besar," katanya.


Proton - Utusan Malaysia Menipu

Posted: 12 Jun 2013 09:31 PM PDT

proton pula menghantar memo kepada pengedar-pengedarnya



Ia menjelaskan, laporan akhbar itu tidak mendapat pengesahan daripada Proton.

"Laporan berkenaan mungkin berdasarkan potongan yang diberikan oleh Proton sebelum ini. Laporan dikeluarkan bukan daripada kenyataan Proton dan Proton tidak memberi maklumat harga seperti dinyatakan," menurut memorandum itu.

Sebaliknya harga diskaun bagi model seperti Prevé, Exora dan BLM diturunkan sempena Kempen Jualan 1Malaysia pada bulan ini.

Malah peratusan penurunan harga yang ditawarkan Proton adalah lebih rendah daripada penuruan harga yang disiarkan akhar itu.


PANAS - Volkswagen Dan Peugeot Nafi Turunkan Harga Kereta

Posted: 12 Jun 2013 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.

Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.


"Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888," kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.

Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.

Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.

"Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308," kata pembuat kereta Perancis itu.

Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.

Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.

Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.

Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.

Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.

"Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.

Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza.

TMISementara itu proton pula menghantar memo kepada pengedar-pengedarnyaIa menjelaskan, laporan akhbar itu tidak mendapat pengesahan daripada Proton.

"Laporan berkenaan mungkin berdasarkan potongan yang diberikan oleh Proton sebelum ini. Laporan dikeluarkan bukan daripada kenyataan Proton dan Proton tidak memberi maklumat harga seperti dinyatakan," menurut memorandum itu.

Sebaliknya harga diskaun bagi model seperti Prevé, Exora dan BLM diturunkan sempena Kempen Jualan 1Malaysia pada bulan ini.

Malah peratusan penurunan harga yang ditawarkan Proton adalah lebih rendah daripada penuruan harga yang disiarkan akhar itu. - ASD



Utusan Fitnah Lebuhraya Rakyat

Posted: 12 Jun 2013 06:20 PM PDT

KOTA BHARU 12 Jun - Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengakui ada mendengar 'cerita' mengenai pekerja di tapak projek Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai tidak dibayar gaji sejak beberapa bulan lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, sehingga kini tiada sebarang aduan rasmi dibuat oleh pekerja terbabit atau mana-mana agensi yang terlibat.


"Saya pun tidak tahu (pekerja tidak dapat gaji) sebab tidak ada orang bagi tahu saya, saya pun ada dengar tetapi saya tidak pasti. Saya tidak boleh komen (lanjut)," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan beberapa akaun laman sosial Facebook terhadap rintihan seorang isteri kepada salah seorang pekerja di tapak projek lebuh raya tersebut dikenali sebagai MrsNor Wahid yang mendakwa suaminya tidak menerima gaji dan elaun.

Sementara itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan berkata, pihaknya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Hanifa Ahmad mendapatkan maklumat terkini tentang pelaksanaan projek lebuh raya itu.

"Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) telah mengeluarkan kenyataan akan meneruskan pembinaan lebuh raya seperti dipersetujui sebelum ini, cuma kita sedang perhalusi kaedah pelaksanaannya kerana kita dengar Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek lebuh raya dari Kota Bharu ke Kuala Krai, kita pun nak tengok dari segi jajaran dan peruntukan.

"Mungkin kita bekerjasama (dengan Kerajaan Persekutuan) sebab asas lebuh raya adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan tetapi beberapa kali kertas cadangan dalam Rancangan Malaysia lima tahun tidak diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat," katanya.

Katanya, kerja-kerja asas pembinaan projek tersebut telah dimulakan tetapi setakat mana kemajuannya, masih belum diketahui berikutan belum menerima laporan lengkap dan terkini.

Majlis pecah tanah pakej pertama projek itu telah dilancarkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei tahun lalu.Projek tersebut adalah cetusan idea bekas Exco Kerajaan Pas negeri, Datuk Husam Musa yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan.

- utusan


BN Kemuka Petisyen Terhadap Nurul Izzah Dan Tian Chua

Posted: 12 Jun 2013 04:58 PM PDT

SHAH ALAM - Soal kelayakan bertanding calon PKR di Parlimen Batu, Tian Chua antara 21 kandungan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh BN, kelmarin.Pasukan petugas khas undang-undang, yang diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Tian Chua yang pernah didenda kerana mengasari anggota polis telah dibenarkan bertanding oleh SPR pada pilihan raya lalu.

Menerusi petisyen tersebut, calon BN, Dr Dominic Lau Hoe Chai, 46, mendakwa Tian Chua tidak berkelayakan bertanding kerana Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara, atas kesalahan mencederakan anggota polis pada 2007.Katanya, Dominic turut menamakan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Batu, Mustafa Mohd Nor dan SPR sebagai responden.


Selain itu, ujar Hafarizam, BN turut memfailkan petisyen terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di atas kenyataannya mengganggu pengundi supaya tidak mengundi calon BN, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di dalam sebuah laman portal berita.

"Kenyataan beliau itu antara petisyen yang difailkan BN kelmarin," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, Hafarizam berkata, tiada tambahan lain buat masa ini untuk BN bagi mengemukakan petisyen baru memandangkan tarikh akhir memfailkan petisyen tamat semalam.

Katanya, beliau yakin petisyen difailkan BN mempunyai asas kukuh serta merit yang wajar dipertimbangkan.

"Setelah mempertimbangkan dan menyaring 50 petisyen pada awalnya serta adanya bukti-bukti kukuh, kemungkinan besar kemenangan berpihak kepada kami," katanya.


Petisyen Pilihanraya Ali Rustam - 'PR Kempen Sampai Depan Pintu..'

Posted: 12 Jun 2013 06:52 AM PDT

AYER KEROH - BN Melaka memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 membabitkan kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru.

Petisyen berkenaan difailkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di mahkamah tinggi di sini menerusi Rosfinah Rahmat dari Tetuan Rosfinah & Co serta Adli Ithnin dari Adli & Co kira-kira jam 3 petang semalam.


Sementara itu, Mohd Ali, ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan telah memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 membabitkan dua kerusi berkenaan.

Menurutnya, petisyen itu dibuat selepas ada individu daripada PR didakwa berkempen sehingga ke depan pintu bilik mengundi.

Selain itu, katanya, pihak terbabit juga didakwa telah mengambil barang yang tertinggal di dalam beg peti undi yang dibawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dalam perjalanan.

"Kita ada gambar sebagai membuktikan tindakan ini. Mengikut undang-undang beg peti undi tidak dibenarkan dibuka ketika pegawai SPR sedang membawanya," katanya.

Pada PRU13 lepas, Mohd Ali, yang juga bekas Ketua Menteri, tewas di Parlimen Bukit Katil kepada Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang mendapat majoriti 5,477 undi.

Di Dun Bukit Baru pula, Karim Yaacob, yang juga Ketua Pemuda Umno Melaka, tewas kepada Dr Md Khalid Kassim dari Pas, yang mendapat majoriti 48 undi. -SH


Pegawai Penyiasat Kes Teoh Beng Hock Dinaikkan Pangkat?

Posted: 12 Jun 2013 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 JUN: Apakah benar satu-satunya pegawai penyiasat di bawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) adalah Mohd Nadzri Ibrahim, pegawai Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menemubual Teoh Beng Hock sebelum kematiannya?

Inilah isu yang sangat panas sekarang kerana perhatian ditumpukan kepada EAIC yang telah menubuhkan pasukan petugas (task force) untuk menjalankan kajian semula mengenai Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) agensi-agensi penguatkuasaan yang mengakibatkan kadar kematian dalam tahanan semakin meningkat.


Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan bahawa EAIC akan membuka siasatan ke atas kes N Dharmendran yang, mengikut laporan bedah siasat, telah dipukul sehingga mati semasa dalam tahanan polis.

Sehingga kini, sudah berlaku sembilan kes kematian dalam tahanan pada tahun ini, dengan empat kes dalam tempoh dua minggu yang lepas termasuk kematian N Dharmendran.

Pasukan petugas EAIC yang ditubuhkan untuk menyiasat kematian-kematian dalam tahanan, merangkumi enam orang pegawai EAIC, iaitu Pengerusi Datuk Heliliah Mohd Yusof, pesuruhjaya Datuk Seri Robert Jacob Ridu, setiausaha Ahmad Razif Mohd Sidek, pengarah Foo Hui Yi, penasihat undang-undang Eda Mazuin Abdul Rahman dan pegawai penyiasat tunggal EAIC, Mohd Nadzri Ibrahim.

Kematian Beng Hock

"Kami mempunyai sebab untuk percaya bahawa pegawai penyiasat tersebut, Mohd Nadzri Ibrahim, merupakan bekas pegawai SPRM Selangor yang terlibat dalam kes mendiang Teoh Beng Hock," kata Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam kenyataan.

Mengikut laporan-laporan berita, Mohd Nadzri adalah pegawai yang telah merakamkan keterangan Beng Hock pada malam kematiannya. Malah, Majlis Peguam juga pernah menyarankan tindakan siasatan lanjutan diambil terhadap beberapa pegawai SPRM yang terlibat, termasuk Mohd Nadzri, atas tuduhan konspirasi jenayah, persubahatan serta mengusik bukti (tampering with evidence) dalam kes tersebut.

Mengikut laman web EAIC, Mohd Nadzri Ibrahim tersenarai sebagai satu-satunya pegawai penyiasat dalam direktori EAIC http://www.eaic.gov.my/index.php/tutorials-mainmenu-48/bs).

Malah menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, Nor Afizah Hanum Mokhtar, pegawai penyiasat EAIC telah diwarisi daripada SPRM.

Pada masa yang sama, pencarian dalam direktori SPRM menunjukkan bahawa Mohd Nadzri Ibrahim sudah tidak lagi tersenarai, kata kenyataan mereka berdua.

Maka, kemungkinan besar pegawai penyiasat tunggal EAIC Mohd Nadzri Ibrahim merupakan pegawai SPRM sama yang telah menyoal siasat Beng Hock sebelum kematiannya.

"Jika ini adalah benar, ini bermaksud bahawa seorang pegawai yang pernah terlibat dalam kes kematian dalam tahanan kini ditugaskan untuk menyiasat kes-kes kematian dalam tahanan yang lain. Oleh itu, integriti EAIC sekali lagi menjadi persoalan besar.

"Memandangkan EAIC berada di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri, kami menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengesahkan dan menjelaskan sama ada Mohd Nadzri Ibrahim daripada EAIC ini merupakan pegawai sama yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan Beng Hock dahulu.

"Dan jika ya, Mohd Nadzri Ibrahim harus dilucutkan serta merta daripada pasukan petugas EAIC serta daripada semua siasatan kes-kes kematian dalam tahanan," kata mereka, lapor Harakah Daily.



Tiada ulasan: