Jumaat, 28 Jun 2013

dollah yankee

dollah yankee


Pesta Raja Buah

Posted: 28 Jun 2013 06:13 AM PDT


Festival durian Pulau Pinang kini kembali lagi, dan akan berakhir pada 31 Julai 2013. Bagi penggemar 'Raja Buah' ini pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati keenakannya di dua buah lokasi festival itu iaitu di Anjung Indah (R&R jalan ke Balik Pulau) dan di Pasar Baru pekan Balik Pulau. Pengunjung dan penggemar-penggemar durian boleh datang seawal jam 11 pagi hingga jam 7 malam untuk menikmati pelbagai jenis durian yang terbaik di pasaran.

Festival Durian Pulau Pinang ini adalah hasil inisiatif Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membangunkan durian Balik Pulau sebagai salah satu produk pelancongan disamping mahu mempromosikan pekan Balik Pulau sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Festival kali ini juga akan diselitkan dengan makanan-makanan yang berasaskan durian yang merupakan sejenis buah yang unik dan eksotik.

dollah yankee -
Now everyone can fly eat ... but it's not FREE ! Kah..Kah..Kah..




Tiada ulasan: