Kelab Greenboc |
- Hentikan Salahguna Kuasa, Bebaskan Husam Segera! - Kit Siang
- Undian Speaker TIDAK Dijalankan Secara Rahsia, BN Takut MPnya Belot!
- Himpunan Black 505 Aman, Huru-hara Dakwaan BN Bohong
- [VIDEO] UMNO-BN Menang Minoriti, Tapi Berlagak Besar
- [KETERLALUAN] Kes Husam: Halang Jumpa Isteri, Peguam & MB, Tindakan PDRM Dikecam!
- Rakyat Tetap Hadir Black 505 Walau Cuba Dihalang & Diugut Pelbagai Cara
Hentikan Salahguna Kuasa, Bebaskan Husam Segera! - Kit Siang Posted: 24 Jun 2013 12:50 AM PDT Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendesar agar Naib Presiden PAS, Husam Musa dibebaskan segera dari tahanan kerana ia jelas merupakan salah guna kuasa yang amat memalukan. Menurut beliau, tindakan polis mengenakan reman selama 2 hari itu juga perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua pihak. "Reman dua hari terhadap Husam atas alasan siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 mesti dikutuk sekerasnya semua rakyat yang waras pemikirannya. "Penahanan ini merupakan bukti bahawa langsung tidak ada apa-apa perubahan dilakukan BN, selama ini mereka melaungkan untuk mengembalikan kebebasan, kesaksamaan dan profesionalisme institusi negara. Laungan kosong semata," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam sebuah kenyataan media. Menempelak tindakan itu, Kit Siang turut mempersoal ketelusan polis dalam menjalankan tugas apabila langsung tidak mengambil sebarang tindakan terhadap individu dari UMNO/BN yang lebih terbukti bersalah. "Rakyat tertanya mengapa bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad langsung tidak pernah dipanggil untuk disoal? Mahathir sepatutnya ditahan kerana beliau terbukti bersalah kerana membuat pelbagai kenyataan berbaur hasutan sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya Umum. "Mengapa orang yang sengaja mengeluarkan kenyataan menjejaskan keharmonian negara seperti Mahathir tidak pula ditahan? "Rakyat juga ingin tahu mengapa bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Noor Abdullah tidak pernah dipersoalkan apatah lagi ditahan ke dalam lokap?, beliau telah membuat ucapan paling rasis apabila memberi amaran bahawa kaum Cina akan menerima balasan dari Melayu kerana melakukan 'pengkhianatan' dalam PRU lalu," soalnya. Kata Kit Siang, penahanan ini juga membuktikan UMNO/BN tetap tidak pernah berubah dengan sering menyalahgunakan kuasa demi kepentingan diri sendiri. "Penahanan Husam, dengan jelas menunjukkan bahawa pendakwaan terpilih, layanan diskriminasi, penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah terus menjadi taktik mereka sehingga hari ini," ujarnya. – Roketkini
|
Undian Speaker TIDAK Dijalankan Secara Rahsia, BN Takut MPnya Belot! Posted: 23 Jun 2013 11:00 PM PDT Persidangan Dewan Rakyat kali ke-13 yang bermula hari ini memilih Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekali lagi sebagai Speaker dengan memperoleh 133 undi. Sementara calon yang dinamakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim iaitu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman telah mendapat undi penuh daripada PR sebanyak 89 undi. Keputusan pemilihan Speaker ini menyerupai keputusan Pilihan raya Umum ke-13 lalu, BN memenangi 133 berbanding Pakatan Rakyat 89 kerusi parlimen. Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila ahli Parlimen PR mempertikaikan cara pengundian yang dilakukan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencalonkan Pandikar untuk mengekalkan jawatan sebagai Yang di Pertua Dewan Rakyat. Pencalonan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sementara itu, Khalid bagi pihak PR, mencadangkan Kadir dan disokong oleh ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh. Oleh sebab lebih dari seorang nama dicadangkan, mengikut peraturan 4 (3), undian bersurat dilakukan dan Dewan mengedarkan kertas undi kepada ahli-ahli Dewan Rakyat. Bagaimanapun, keadaan tenang pada pemulaanya bertukar kecoh apabila ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, bangun memulakan bantahan berikutan kertas undi itu memerlukan ahli Parlimen menulis nama (masing-masing) di kertas undi. Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut bangun membacakan peraturan 4 itu yang sepatutnya undi dibuat secara rahsia. Keadaan dewan semakin gamat apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa tindakan itu berikutan ketidakpercayaan Perdana Menteri terhadap ahli parlimen BN. Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin bangkit menyelar tindakan ahli parlimen PR itu. "Apa masalah tulis nama?" katanya dengan nada jenaka. Bagaimanapun, bantahan itu tidak boleh diterima berikutan semua ahli Parlimen masih belum mengangkat sumpah semasa pemilihan dilakukan. Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan upacara mengangkat sumpah Dewan Rakyat hari ini disambut dengan demonstrasi sekumpulan lebih 100 anak muda berbaju hitam di jalan masuk menuju ke Parlimen. Lebih 100 anak muda daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhimpun sambil melaungkan "SPR Syaitan" "SPR Penipu" dan "Reformasi" dengan membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan atas dakwaan Pilihan Raya 2013 yang berat sebelah. Mereka turut menyanyikan lagu "Rasa Sayang" dan "SPR Bangsat" sepanjang berarak dari Padang Merbok, berhampiran kawasan Parlimen. Sekitar 9.15, mereka berarak menuju ke Jalan Parlimen, dengan polis kemudiannya membenarkan mereka duduk di bahu jalan. Turut kelihatan bersama kumpulan berkenaan adalah ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang. |
Himpunan Black 505 Aman, Huru-hara Dakwaan BN Bohong Posted: 23 Jun 2013 08:15 PM PDT Kejayaan himpunan Blackout505 secara aman dengan kehadiran lebih 50,000 peserta membuktikan dakwaan dangkal pemimpin-pemimpin UMNO-BN adalah bohong sama sekali. Malah, perhimpunan kali ini sekali lagi menunjukkan perpaduan erat rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama selepas kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat awal tahun lalu. Menzahirkan rasa bangga, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, himpunan pada hari ini merupakan manifestasi keberagaman dan wajah sebenar Malaysia. "Kita boleh berhimpun bersama-sama merentasi semua batas agama, kaum mahu pun daerah demi menuntut keadilan dan hak rakyat dalam pilihan raya lalu," ujar beliau. Menurutnya, keadilan dan persefahaman seluruh rakyat merupakan asas penting pembentukan Malaysia yang sebenar. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan terus melawan semua penipuan Pilihan Raya Umum ke 13 samada di dalam mahu pun di luar dewan (Parlimen). "Rakyat sudah tunjukkan isyarat jelas mahu pegawai-pegawai tertinggi SPR berundur," katanya. Bagaimana pun, Anwar bertegas bahawa setiap tindakan yang dibuat haruslah mengikut landasan demokrasi dan berperlembagaan. "Kita mahu lakukan perubahan cara aman," ujar beliau. Beliau juga turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan hadir ke Dewan Rakyat bagi majlis angkat sumpah. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula mahu segala penipuan SPR ini perlu dihentikan segera demi memastikan PR tidak menerima nasib yang serupa dalam setiap pilihan raya. "Jika himpunan ini dan sidang parlimen tak lama lagi tidak merubah peranan SPR, maka setiap kali pilihan raya, kita akan hanya buat 'post mortem' kenapa kita kalah," katanya.- Roketkini |
[VIDEO] UMNO-BN Menang Minoriti, Tapi Berlagak Besar Posted: 23 Jun 2013 04:40 PM PDT Anwar tegaskan perubahan akan berlaku secara aman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sebarang perubahan yang bakal berlaku di negara ini akan dibuat secara aman. Berucap dalam Himpunan Black 505 di Padang Merbok semalam, Anwar mengulangi tuntutan Pakatan Rakyat agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan. Katanya, tuntutan rakyat jelas iaitu mahu kedua-dua pemimpin SPR itu berundur, namun ia akan dibuat secara aman sepertimana himpunan hari ini. "Apapun tindakan boleh kita buat, tapi kita pastikan ikut jalur yang aman, lakukan perubahan cara aman," katanya depan puluhan ribu rakyat yang hadir. Pakatan sebelum ini memfailkan 39 petisyen berhubung penipuan dan salahlaku pilihan raya membabitkan kawasan parlimen dan DUN seluruh negara. Tegas Anwar, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Tan Sri Wan Ahmad Wan Omar perlu meletak jawatan kerana kegagalan mereka, khususnya dalam isu dakwat kekal dan berpihak kepada Umno-BN. "Kamu tidak layak (memimpin SPR). Kamu bicara dengan sombong. Orang ini sepatutnya didakwa di mahkamah," katanya dipetik harakahdaily. Beliau juga memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar tidak mempertahankan SPR. "Kamu dah hilang mandat. Kamu tak sanggup ambil tindakan kepada mereka sebab mereka berjasa kepada Umno," katanya. Anwar turut menafikan pemergian beliau ke Indonesia untuk berjumpa perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini seperti didakwa pihak tertentu. Namun katanya tujuan beliau ke sana adalah atas undangan presiden negara republik itu. "Saya beri penjelasan bahawa penipuan paling besar berlaku pada PRU13 lalu (dengan) kecurangan SPR mempertahankan penguasa Umno BN," katanya. Selain mendesak pemimpin SPR berundur, Himpunan Black 505 menuntut agar pilihan raya diadakan semula di kawasan berlaku penipuan. Di samping itu, ia juga menggesa agar persempadanan semula tidak dilakukan hingga anggota SPR yang dipersetujui Pakatan Rakyat dilantik. -KD |
[KETERLALUAN] Kes Husam: Halang Jumpa Isteri, Peguam & MB, Tindakan PDRM Dikecam! Posted: 23 Jun 2013 06:41 AM PDT Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa direman selama dua hari selepas ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan di Kuala Lumpur petang semalam. Majistret Nik Ambri Mohamad membuat keputusan itu pada permohonan reman dikemukakan polis di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu hari ini. Peguam Hisham Fauzi yang mewakili Husam berkata, pada awalnya pihak polis memohon tahanan reman sehingga empat hari. "Namun kami pasukan peguam membantah dengan alasan Husam ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, di mana akta itu mensyarat sama ada perkataan yang diucap termasuk dalam kategori menghasut atau tidak. "Lagi pun polis sudah mendapat rakaman ucapan dan boleh buat keputusan sama ada menghasut atau tidak. Kalau menghasut polis boleh buat pertuduhan di mahkamah dan jika tidak hendaklah bebaskan segera," katanya kepada pemberita di luar IPD. Hisham bersama empat lagi peguam mengendalikan kes tersebut bagi pihak Husam yang juga Adun Salor. Menurutnya tidak timbul keperluan polis menahan lebih lama Husam dan tidak memerlukan kehadirannya lebih lama di lokap IPD. Malah keterangan saksi-saksi lain yang diperlukan boleh dilakukan tanpa perlu Husam berada di lokap. "Tidak perlu menahan lebih lama. Mahkamah arah bebas esok sebelum jam 12 malam," ujarnya. Menurutnya juga permohonan reman dibuat polis kepada mahkamah negeri Kelantan bagi mengadakan mahkamah tertutup di IPD. Sedangkan kata Hisham, Naib Presiden PAS itu bersedia untuk hadir ke mahkamah bagi permohonan reman tersebut. "Sepatutnya didengarkan di mahkamah majistret. Kalau polis hendak sambung reman mereka kena buat permohonan lagi kepada mahkamah. "Jadi siasatan perlu diselesaikan hari ini dan esok. Malam ini Husam akan bermalam di lokap," katanya.Hisham yang juga Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan turut melahirkan rasa kesal terhadap polis Kelantan kerana tidak membenarkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob datang melawat Husam yang tiba sekitar jam 12.10 tengah hari. Menurutnya, polis perlu sedar Husam merupakan Naib Presiden PAS dan seorang Yang Berhormat mewakili rakyat Kelantan dan bukannya rakyat biasa. "Sepatutnya polis benarkan MB datang menziarahi Husam di lokap IPD. Kami peguam meluah rasa kesal kerna polis enggan membenarkan MB atau mana-mana Exco menziarahi Husam di lokap, tanpa sebarang alasan. "Kami amat kesali. Sepatutnya tidak dilakukan polis. Ini menggambarkan mereka tidak menghormati kerajaan dan rakyat negeri Kelantan. "Saya berharap polis segera mengubah keputusan itu dan membenarkan MB hadir menziarahi Husam. Negeri ini ada ketua dan sepatutnya MB dibenarkan menziarahi mana-mana Adun yang ditahan," ujarnya. Kata beliau polis bersikap tidak profesional dan memberi imej yang buruk dalam sebuah negara demokrasi. -HD
|
Rakyat Tetap Hadir Black 505 Walau Cuba Dihalang & Diugut Pelbagai Cara Posted: 23 Jun 2013 02:20 AM PDT Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang berani hadir ke himpunan aman Black 505 di Padang Merbok, di sini walaupun diugut dengan kenyataan-kenyataan bersifat provokasi untuk menakutkan mereka. "Tapi hari ini kita buktikan kita masuk ke sini dengan aman," katanya. Dulu katanya, rakyat disembur dengan gas pemedih mata, rakyat dihalang, tetapi kini kerajaan mula sedar dengan kekuatan rakyat. Beliau turut mengulangi tuntutan himpunan pada hari ini iaitu mendesak seluruh pimpinan SPR meletak jawatan dan diganti dengan kepimpinan baru. "Kita juga minta semua kawasan yang ada petisyen sama ada dari Pakatan atau dari BN, buat balik pilihan raya kecil selepas pimpinan SPR baru dilantik," tegasnya yang juga AJK PAS Pusat. Satu lagi tuntutan adalah jangan membuat persempadanan semula selagi kepimpinan baru SPR tidak ditukar. "Kalau tidak persempadanan ini hanya akan dibuat untuk memberi kemenangan Umno BN sahaja," katanya. -HD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan