bumiperak |
Pandikar Amin cadang Pakatan tubuh “Kabinet Bayangan” Posted: 23 Jun 2013 11:04 PM PDT PARLIMEN 24 Jun (M'siaInsider) Pakatan Rakyat (PR) dicadangkan untuk menubuhkan satu "Kabinet Bayangan" dalam sidang Dewan Rakyat Ke-13, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas dilantik untuk penggal kedua dalam ucapan pemasyhuran di Parlimen pagi ini. Pandikar yang baru dilantik selepas memenangi pengundian dengan 133 undi berkata cadangan tersebut bertujuan untuk memudahkan proses perdebatan apabila Dewan Rakyat mula bersidang secara rasminya nanti. "Saya berharap perubahan ini akan disusuli dengan pengwujudan barisan Kabinet Bayangan untuk memudahkan pengendalian perbahasan dalam konteks mengenalpasti pembahas-pembahas utama daripada pihak pembangkang," kata Pandikar. "Sementara itu, dalam hal-hal berhubung dengan pengendalian majlis mesyuarat pasti stailnya juga akan berbeza dari Parlimen ke-12. "Disamping itu, saya perhatikan tempat duduk ahli-ahli Parlimen terutama sekali daripada pihak pembangkang telah juga diubah mengikut ke kananan sebagai satu parti berbeza semasa Parlimen ke-12 dimana tempat duduk MP mengikut blok parti masing-masing," tambahnya lagi. Pandikar menang pengundian selepas menewaskan calon pembangkang PR, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi. Pandikar dalam ucapannya lagi juga menggesa supaya MP yang baru mengangkat sumpah agar mencerminkan imej sebagai seorang wakil kepada rakyat dan menunjukkan kematangan semasa berdebat. "Marilah sama-sama kita menunaikan tanggungjawab sebagai ahli dewan yang mulia dengan penuh dedikasi, beramanah dan berkesan," kata Pandikar. - 24 Jun, 2013. |
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan