Isnin, 24 Jun 2013

.

.


Husam Dibebas Lewat Petang Ini

Posted: 24 Jun 2013 02:47 AM PDT

BERITA BARU                                                                                   

Husam saling bercerita dengan Tokguru.
Husam Musa yang ditahan polis Sabtu lalu di Kuala Lumpur kemudian dibawa ke Kota Bharu dibebaskan lewat petang ini. Demikian menurut Exco Kelantan Nasaruddin Daud yang dihubungi setengah jam lalu.

Katanya beliau turut berada di IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa bersama Speaker Dun Kelantan Abdullah Yaakob menanti pembebasan Husam. Menurut Nasarudin Adun Salor itu kelihatan sihat dan ceria.

Husam diremen selama dua hari untuk disiasat dibawah Akta Hasutan 1948. Tidak diketahui apakah beliau akan didakwa atau pun tidak.

Malam ini Husam dijangka hadir pada majlis kesyukuran pembebasan beliau yang diadakan di Pasir Tumbuh Kelantan.

Sebaik dibebaskan Husam dibawa ke Pulau Melaka untuk berjumpa dengan Tokguru Nik Aziz. Difahamkan selepas pilihan raya lalu ini pertemuan pertama Husam dengan Nik Aziz. Semasa majlis angkat sumpah wakil rakyat baru-baru ini Husam tidak hadir kerana bercuti di luar negara. [wm.kl.5:46 pm 24/06/13]

Apakah Najib - Anwar Berjumpa di Jakarta?

Posted: 23 Jun 2013 08:06 AM PDT

Kedatangan serentak Najib Razak dan Anwar Ibrahim ke Indoneisa yang kemudian digossipkan mereka bertemu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) masih tidak terbongkar sepenuhnya. Tidak ada mana-mana pihak membuat catatan mengenai pemergian mereka berdua itu.

Baik Anwar atau Najib tidak menafi atau mengiyakan akan peristiwa itu. Apakah keduanya berjanji untuk mendiamkan peristiwa itu dari mana-mana, atauu pun memang tiada apa-apa yang berlaku.

Timbul juga persoalan apakah mereka sama-sama bertemu dengan SBY atau sebaliknya? Esok saya akan cuba membongkar cerita mengenai pemergian serentak kedua pemimpin Melayu itu ke Indonesia minggu lepas atau tepatnya selepas lima hari saya pulang dari Jakarta.

Beberapa maklumat dari sumber dipercayai telah mulai sampai kepada saya. Tunggu. [wm.kl.11:05 pm 23/06/13]

Tiada ulasan: