WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- KuLi buat Najib temu Anwar di Indonesia (LM)
- KU LI SASARKAN JAWATAN PM ?
- MUKTAMAR: JIKA PAS SINGKIR GOLONGAN YANG DIANGGAP ANWARITAS, PAS TIDAK KEMANA.
- Najib Bakal Hadapi Undi Tak Percaya ?Ku Li Kuasa ketiga?
KuLi buat Najib temu Anwar di Indonesia (LM) Posted: 14 Jun 2013 06:32 PM PDT KuLi buat Najib temu Anwar di IndonesiaNajib, Anwar di Jakarta, terdapat spekulasi akan bertemu KUALA LUMPUR, 15 Jun – Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013. | ||||||
Posted: 14 Jun 2013 08:50 AM PDT
| ||||||
MUKTAMAR: JIKA PAS SINGKIR GOLONGAN YANG DIANGGAP ANWARITAS, PAS TIDAK KEMANA. Posted: 14 Jun 2013 03:54 AM PDT Proses Pembersihan Golongan Pro Pakatan Sudah Bermula????Maklumat Tulang Besi dapat maklumat dari satu sumber yang sangat2 boleh dipercayai. Bahawa adalah sebuah "war-room" telah pun ditubuhkan. Matlamat "war-room" tersebut adalah untuk memandu serta mengkoordinasi kempen bagi menghadai pemilihan PAS bulan November ini. Apakah matlamat kempen tersebut? Tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan tokoh dalam PAS yang dilihat tidak "wala'" kepada ulama dan Presiden dibersihkan sama sekali dari kepimpinan tertinggi parti. Antara nama-nama yang telah disenaraikan dalam senarai "bersih" adalah : Khalid Samad, Salahuddin Ayub, Dr Dzul, Dr Hatta Ramli, Dr Syed Azman, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Husam Musa dan ramai lagi. Dengar ceritanya Dr Siti Mariah serta Siti Zailah pun bakal disembelih. Mereka2 ini dilabel sebagai "pro Anwar" dan dianggap meletak Anwar lebih tinggi dari Presiden kerana banyak memangkah serta menegur Presiden PAS. Tulang Besi tidak tahu maklumat ini benar atau tidak. Maklumat diatas adalah maklumat yang didedahkan oleh Tulang Besi.Jika maklumat ini betul, maka elok sangat lah para pejuang islam cerdik pandai fikirkan semula siapa yang akan tinggal dalam PAS.Selama ini mereka inilah, walau tidak bergelar ulama, namun aku percaya mereka juga alim,baik dan telah di tarbiahkan dalam Islam.Cuma mereka bukan ulama,mereka ini golongan cerdik pandai muslim, Kalau anak muda PAS menganggap sebagaimana perancangan yang di atur dan mahukan golongan ini disingkirkan dari Pas, maka Pas hanya akan ada golongan yang jumud dan tunduk pada Umno dan dipermainkan sejak sekian lama.Peristiwa ini akan berulang dan Pas akan lemah. Nak harapkan Nik Abduh,Din Ayam.....mereka ini golongan mdakah golongan ini akan menyatakan bahawa demontrasi bukan cara kami, dan sudah itulah jawapannya, cara lain banyak lagi, Cara apa ya???? berserah pada takdir agar di tipu hidup hidup? | ||||||
Najib Bakal Hadapi Undi Tak Percaya ?Ku Li Kuasa ketiga? Posted: 13 Jun 2013 10:39 PM PDT Najib Bakal Hadapi Undi Tak PercayaTengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak. Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib. "Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan," kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu. "Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga," tambah beliau. PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008. Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya. Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu. "Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin. "Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu," kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi "bilik perang" kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan. Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi. Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka. Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. -TMI |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan