Isnin, 10 Jun 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[PERHATIAN] Himpunan ‘Black 505’ Ditunda Ke 22 Jun 2013

Posted: 10 Jun 2013 12:45 AM PDT


Perhimpunan Aman #Blackout505 yang sebelum ini dijadual berlangsung pada 15 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur, ditunda kepada tarikh 22 Jun depan.

Pengumuman terkini himpunan itu dibuat Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Menurut Rafizi, penundaan tarikh ini diputuskan setelah mengambil kira rayuan pihak-pihak tertentu yang mempunyai perancangan di Padang Merbok pada 15 Jun nanti.

"Permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun telah pun dibuat pada hari Jumaat, 7 Jun lepas iaitu dua hari selepas permohonan pertama dibuat.

"DBKL yang sebelum ini telah mengesahkan bahawa semasa permohonan dibuat pada 7 Jun, tidak ada mana-mana pihak yang membuat permohonan acara di Padang Merbok pada 22 Jun nanti," jelasnya.

Tambahnya, atas alasan yang diberikan DBKL maka tidak ada sebab untuk mereka melengah-lengahkan permohonan yang telah dihantar bagi program himpunan pada 22 Jun nanti.

Rafizi yang turut mengingatkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa majoriti besar rakyat di Wilayah Persekutuan adalah bersama-sama Pakatan Rakyat dan atas dasar itu beliau mengharapkan Adnan perlu menghormati hasrat rakyat Wilayah Persekutuan yang mahu berhimpun secara aman di Padang Merbok.

Beliau juga memberitahu, notis kepada pihak polis akan dibuat esok di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, sepertimana yang dituntut iaitu sepuluh hari sebelum program dilakukan.

"Ini adalah ketetapan terakhir dan tidak akan ada sebarang perubahan selepas ini tidak kira apa jua alasan yang diberikan oleh DBKL.

"Himpunan ini adalah kerana kita cintakan kebenaran dan menolak penipuan pilihanraya, jadi Pakatan harap rakyat akan turun beramai-ramai pada 22 Jun nanti," katanya. -HD


Sasaran 300,000 rakyat turun Himpunan Black 505


PETALING JAYA 10 JUN: Himpunan Black 505 akan diadakan pada Sabtu, 22 Jun 2013 di Padang Merbok, Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari, umum Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, penganjur membuat keputusan menukar tarikh perhimpunan yang pada asalnya dijadual pada 15 Jun, setelah berbincang dengan pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi.

Beliau mensasarkan 300,000 rakyat hadir dalam himpunan itu bagi menuntut tiga perkara iaitu seluruh ahli SPR meletak jawatan dan ahli SPR yang baru dilantik perlu persetujui oleh Pakatan Rakyat dan kumpulan masyarakat sivil.

Selain itu, Pakatan turut menuntut agar pilihan raya semula diadakan di kawasan Parlimen yang terdapat bukti penyelewengan.

"Rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan menolak penipuan pilihan raya diseru turun beramai-ramai," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Rafizi berkata, permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok dibuat pada 7 Jun 2013, dua hari selepas permohonan pertama dibuat.

"DBKL mengesahkan tidak ada mana-mana pihak yang membuat permohonan mengadakan acara di Padang Merbok pada 22 Jun 2013.

"Oleh itu, tidak ada alasan untuk DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan bermain politik dengan melengah-lengahkan permohonan," kata Rafizi menambah notis kepada IPD Dang Wangi dibuat pada 11 Jun dalam tempoh 10 hari seperti yang dituntut PDRM.

Tegasnya, Menteri Wilayah perlu menghormati hasrat rakyat yang mahu berhimpun secara aman di Padang Merbok yang merupakan padang milik rakyat.

"Ini adalah ketetapan akhir dan tidak akan ada sebarang perubahan selepas ini, tidak kira apa alasan yang diberikan DBKL," kata Rafizi sambil menggalakkan orang ramai berpakaian hitam dalam himpunan tersebut.
-KD

[KISAH MASYARAKAT] Remaja Mengaku Pernah Terlanjur

Posted: 09 Jun 2013 11:10 PM PDT


Kulim - Polis menahan tiga pelajar lelaki dan seorang perempuan, berusia di antara 16 hingga 17 di dalam pondok rehat di Taman Tasek Kulim kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketika ditahan ke semua terlibat berada dalam keadaan gelap manakala pelajar perempuan berkenan dilihat sedang baring di paha teman lelakinya.

Menurut pelajar perempuan terlibat, dia bersekolah di Selama Perak dan datang bersama tiga rakan lain ke Kulim untuk bersiar-siar.

Dari siasatan dijalankan, pelajar perempuan itu mengaku pernah terlanjur bersama kekasihnya itu beberapa kali.

"Ibu saya sudah tahu perkara itu kerana sebelum ini kami pernah ditangkapnya.


"Kami juga merancang untuk berkahwin sebaik sahaja tamat persekolahan nanti. Bagaimanapun teman lelaki saya harus mencari pekerjaan terlebih dahulu.

"Keluarga kami juga sudah tahu hubungan kami ini dan mereka mendesak supaya kami dinikahkan dengan seberapa segera. Bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan kerana kami masih bersekolah. Sekiranya kami sudah bekerja, sudah pasti sekarang ini kami sudah pun menjadi suami isteri," katanya.

Kesemua suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum diserahkan kepada Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) untuk tindakan lanjut.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa PADK, Azmi Rejab berkata, dari kenyataan diambil keluarga pelajar perempuan mendapati dia sering keluar bersama teman-teman dan enggan mendengar nasihat keluarga.

"Saya berpendapat sekiranya ada dalam kalangan remaja perempuan bawah umur terutama pelajar sekolah terlibat dalam perhubungan sosial sehingga menjejaskan maruah mereka, saya cadangkan supaya mereka dinikahkan dari terus melakukan zina.

"Ibu bapa boleh membuat permohonan di Mahkamah Syariah untuk menikahkan anak perempuan mereka. Dengan cara ini saja mereka berada di laluan yang betul dan belajar erti tanggungjawab," katanya. -SH

Ulasan GB

Pertama, ibu bapa remaja berkenaan sudah maklum kenakalan anak perempuannya tetapi masih membiarkannya anaknya untuk meneruskan gelagat dan perlakuannya.

GB ingin mengetahui respons dan pendapat pembaca mengenai syor Ketua Bhgn Penguatkuasa PADK supaya remaja di bawah umur yang terlibat di dalam masalah sosial ini dinikahkan saja dari terus melakukan zina. Anda bersetuju atau ada syor lain?

Muhyiddin Dihentam Kerana Mahu Hukum Penyokong Pembangkang

Posted: 09 Jun 2013 08:30 PM PDT


Barisan Nasional (BN) memaksa pengundi untuk kembali menyokong kerajaan dengan menghukum penyokong pembangkang menerusi bantuan terpilih, kata pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.

Gabungan pembangkang menghentam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjanji untuk memberi lebih banyak pertolongan kepada mereka ang menyokong BN pada Pilihan Raya 2013, menyifatkan langkah tersebut sebagai "memangsakan" pengundi dalam usaha mengekalkan dominan kuasa politik.

"Ia tidak memeranjatkan memandangkan perkara ini selalu menjadi cara BN yang suka menjadikan pengundi yang tidak memilih mereka sebagai mangsa dan hanya bantu pihak yang menyokong mereka," kata ahli jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.

"Ini cara kekal berkuasa. Dengan menjadikan pengundi mangsa. Mereka akan mengekalkan keadaan ekonomi supaya Melayu akan terus menyokong mereka," kata ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum lalu, ia dilihat bertentangan dengan hasrat pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu mengadakan perdamaian kebangsaan.

"Mesej yang jelas adalah majoriti orang Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, masyarakat Siam serta orang-orang di Sabah dan Sarawak masih menyokong BN.

"Mereka ini akan terus kita bantu dengan lebih kuat, itu yang akan kita lakukan," kata Muhyiddin dipetik semalam daripada agensi berita nasional Bernama semasa berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, Muar.

Ahli Parlimen Seremban daripada DAP, Anthony Loke berkata kenyataan Muhyiddin itu jelas mensasarkan kepada masyarakat Cina yang majoritinya telah mengundi pembangkang pada pilihan raya 5 Mei lalu.

"Ini menunjukkan beliau mahu menghukum masyarakat Cina.


"Segala yang diperkatakannya menunjukkan dia bukan timbalan perdana menteri untuk semua tatapi hanya untuk BN. Lagipun, dia dikenali sebagai seorang yang sering mengatakan dia adalah 'Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudiaan," kata Loke kepada The Malaysian Insider.

Ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP tersebut kemudiaan memetik analisis yang menunjukkan beberapa peningkatan peralihan sokongan orang Melayu kepada pembangkang dan menuntut kerajaan menjelaskan mengapa mereka hanya menghukum orang Cina.

"Ia kenyataan yang bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab. Dia mengatakan sesuatu yang sama sekali berbeza dengan perdamaian yang Najib katakan, malah dia membuat kenyataan yang memecah-belahkan," tambahnya lagi.

Najib mengatakan sebaik sahaja menerima keputusan Pilihan Raya 2013, kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai "tsunami Cina" dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia, selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu turut mengeluarkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.

Walau bagaimanapun penganalisis menolak tanggapan sedemikian, Merdeka Center sebaliknya menegaskan keputusan pilihan raya menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN.

Khalid mengganggap kenyataan Muhyiddin itu mendedahkan sifat sebenar BN dan menegaskan selagi kerajaan sedia ada ini tidak dihumban, mereka akan terus mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang menentang.

"Sebab itulah kami berada di sini. Untuk menentang mereka. Setelah sekian lama dalam kuasa mereka masih tidak memahami bahawa wang itu adalah milik rakyat. Sudah tentu tidak semua orang akan mengundi untuk mereka tetapi apabila mereka dipilih berkuasa, mereka mesti berkhidmat kepada semua orang," kata beliau.

Walau pun terdapat pemimpin berhaluan kanan dalam BN, beberapa pemimpin dalam gabungan pemerintah berkata sebaliknya dan menyifatkan tidak wajar hanya menyalahkan masyarakat Cina ekoran keputusan buruk mereka dalam pilihan raya lalu.

BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan.

BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013.


Beberapa tangkapan ke atas pemimpin dan aktivis pembangkang kebelakangan ini juga mengaburkan lagi perdamaian kebangsaan seperti yang diuar-uarkan oleh perdana menteri. -TMI

Ima Sufi, Muslimat PAS Yang Hangat Diperkatakan Di FB!

Posted: 09 Jun 2013 06:31 PM PDT


Sepanjang May 2013 pasca pilihan raya umum ke13, nama Muslimat PAS, Ima Sufi mendapat perhatian terhangat di facebook kalangan peminat wacana politik negara.

Dalam satu statusnya, Ima Sufi menulis:

Politik balas dendam UMNO be end sudah bermula!!!..... 400 org guru drp Pasir Puteh akan menerima memo pertukaran ke luar kelantan atas alasan menjd jentera PAS dan PR dlm PRU 13, salah seorgnya ialah adik saya yg tdk pernah memegang walau sehelai bendera pun, tdk pernah menampal walau sehelai poster pun dan tdk pernah menjejakkan kaki pun ke Bilik Gerakan PAS.... alasan... krn saya iaitu kakaknya adalah muslimat PAS yg aktif.... wahai umnobeend... engkau ku laknat dan tak ku redha atas perbuatan mu dunia hingga akhirat... Allahuakhbar


Status muslimat PAS tersebut telah di 'share' oleh ribuan pemilik akaun Facebook dan mendapat belasan ribu 'LIKE' secara keseluruhan daripada pelbagai akaun Facebook lain yang turut berkongsi status. -kerajaanrakyat




Black 505 Padang Merbok Tetap 15 Jun: PAS Kerah Ahli Turut Serta

Posted: 09 Jun 2013 07:05 AM PDT


PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.

"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.

"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.

Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.

"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.

"Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.

Dalam pada itu, beliau yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Merbok dengan menjelaskan perkara tersebut akan diputuskan Jawatankuasa Penganjur.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR esok pada jam 11 pagi berhubung dengan himpunan aman Black 505. -HD


Himpunan 15 Jun kekal di Padang Merbok – Rafizi


Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 15 Jun ini kekal sebagaimana dirancang, kata Pengarah Stratgei KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, himpunan itu tetap diteruskan meskipun Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan tiada kebenaran diberi kepada Pakatan Rakyat.

"Setakat ini, rancangan berhimpun itu diteruskan. Kenyataan Tengku Adnan bukan penghalang," katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka akan membuat beberapa perbincangan dengan pihak polis, tetapi mengulangi pendirian lokasi asal dikekalkan.

"Kami akan mengambil berat tentang maklum balas dan konsultansi dengan PDRM setakat ini. Dan kami akan buat beberapa perubahan ke atas rancangan awal kami, tapi lokasi kekal di Padang Merbok," tambah Rafizi, dilapor The Malaysian Insider.

Sementara itu, Timbalan presiden Pas Mohamad Sabu berkata parti itu memutuskan untuk menyertai perhimpunan 'Black 505′ anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

Malaysiakini melaporkan Mohamad sebagai berkata, jawatankuasa Pas pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan dalam pilihan raya 5 Mei.

"Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjawab teka-teki ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam himpunan berkenaan.

Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -KD

Tiada ulasan: