. |
- Harun Taib Tidak Faham Politik
- Untuk Apa Ahli Parlimen Sabah, Sarawak Jumpa Tengku Razaleigh
- Perjalanan Melewati Puncak Yang Mengasyikkan
Harun Taib Tidak Faham Politik Posted: 09 Jun 2013 08:37 PM PDT SINGGUNGAN RASA Kata Harun Taib beliau tidak setuju kalau himpunan diadakan untuk melakukan revolusi, sebaliknya dia setuju kalau himpunan secara aman dengan mengadakan ceramah. Kerana ujarnya cara itu pernah dibuat oleh Pas. Kenyataan beliau ini seperti dia menarik balik kenyataannya sebelum ini yang tidak setuju dengan himpunan politik seperti Black505 bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak ada dan jahat. Justifikasinya untuk menarik kenyataan itu ialah kerana parti (Pas) bersetuju dengan himpunan Black505. Semalam mesyuarat jawatankuasa Pas membuat keputusan semua ahli Pas diarah menghadiri himpunan Black505 pada 15 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur. Harun juga mengakui pendapat beliau sebelum ini yang melarang himpunan Black505 adalah pendapat peribadi. Walaupun Ketua Urusan Dewan Ulama' ini akur dengan kehendak parti tetapi alasan diberikan untuk membolehkan himpunan diadakan masih mengelirukan, ertinya bukan persetujuan 100 peratus. Dia bersetuju kalau himpunan itu bukan untuk melakukan revolusi? Apakah Harun Taib ini faham atau tidak dengan politik? Atau beliau bercakap dari atas bendul rumahnya dan mengikut perasanya sendiri saja? Apakah politik yang beliau faham dan apaklah politik yang beliau tidak faham? Siapa yang mentafsirkan kepadanya himpunan Black505 itu untuk menggerakan revolusi? Apakah dia juga faham dengan perkataan dan pengertian revolusi? Harun telah meletakkan dirinya dalam keadaan yang berat. Dia berfikir sesuatu yang orang tidak berfikir dan menganggap orang berfikir seperti dia fikir. Saya rasa Harun mendapat maklumat mengenai himpunan itu bukan dari partinya tetapi dari akhbar Utusan Malaysia dan wartawan yang sering menghubunginya. Telatah atau cara Harun berfikir lari jauh. Ibarat berpakat hendak mengusung rumah, tetapi dia berfikir orang ramai diajak untuk meruntuhkan bukit dan mengusung batu bawa balik ke rumah. Pemahaman Harun dalam soal ini terlalu jauh sebenarnya dan menyekasakan dirinya sendiri. Percanggahan fahaman ini juga meroakkan reputasi beliau dan dewan yang beliau ketuai itu. Elok berhenti sajalah. Baik juga rasanya kalau Harun Taib dimasukkan semula ke dalam madrasah politik yang realistik iani politik berasaskan fakta semasa bukannya politik berasaskan hukum agama. Pemikiran dan pemahaman seperti Harun inilah yang mencemarkan demokrasi dan merosakkan strategi politik Pas dan rakannya sebagai sebuah gerakan massa. Orang seperti Harun sebenarnya tidak layak untuk mengulas mengenai politik. Ia bukan memberi kebaikan sebaliknya keburukan kerana ada pendapat dan kenyataanya kontra dengan keputusan parti. Ahli Pas pula jangan mudah menerima pandangan politik dari seseorang yang mendapat pendidikan tinggi dari institusi terkenal, atau digelar ulama tanpa diadaptasikan dengan politik semasa berdasarkan realiti. Untuk pengetahuan Harun, Pakatan Rakyat masih menerima konsep dan prinsip demokrasi. Belum ada tanda-tanda untuk mereka melaikukan aksi revolusi merampas kuasa secara kekerasa atau pun meruntuhkan institusi raja. Cara Harun mentafsir sesuatu tidak ubah seperti dia metafsirkan keadaan dirinya yang hanya demam tetapi dirasakan sudah mengalami sakit jantung. Maka ubah yang diambil adalah untuk jatung sedangkan dia hanya demam saja. Sampai ke bila pun Harun tidak akan sembuh dan rasional. Saya melihat orang macam Harun Taib ini bukan lagi membantu menggalakkan perjuangan Pas tetapi banyak menyusah dan membantutkan usaha pihak lain. Seelokknya menjelang muktamar ini Harun berundur sajalah. [wm.kl.11:34 am 10/06/13] | ||||||||||||||||
Untuk Apa Ahli Parlimen Sabah, Sarawak Jumpa Tengku Razaleigh Posted: 09 Jun 2013 04:41 PM PDT BERITA KECIL Dua minggu lepas khabarnya beberapa orang ahli parlimen dari Sabah dan Sarwak telah mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah di kediaman ahli parlimen Gua Musang itu di Langgak Golf, Jalan Ampang. Kunjungan itu katanya ada kena mengena dengan perkembangan mutakhir politik di kedua buah negeri itu selepas pilihan raya ke-13. Ahli parlimen yang hadir adalah mereka yang tidak dilantik menjadi anggota kabinet Najib Razak. Untuk apa dan apa tujuan tidak diketahui dengan jelas. Saksi mata memberi tahu pertemuan itu berlaku di mana sekurang-kurang lima atau enam orang yang hadir bertemu Tengku Razaleigh. "Mereka berbual panjang sampai lebih dua jam," beritahu saksi. Bagaimana pun mereka tidak hadir serentak tetapi berasingan. Khabarnya selepas ini akan ada satu lagi pertemuan di antara ahli parlimen itu dengan Tengku Razaleigh. Mengenai tujuan pertemuan itu ada juga yang menjangkakan mereka mahu meminta nasihat Tengku Razaleigh mengenai kedudukan dan pendirian mereka dalam BN. Difahamkan mereka mahu Tengku Razaleigh berbuat sesuatu agar kepincangan ataupun lebih tepat meredakan perasaan kurang senang mereka dengan Najib. Bagaimana pun Tengku Razaleigh khabarnya memberi masa untuk mereka menyelesaikan apa yang kurang senang itu terlebih dahulu baru beliau akan memberi kata dua. Tengku Razaleigh tidak terburu-buru menerima pandangan atau memenuhi kehendak ahli parlimen berkenaan. [wm.kl. 7:37 am 10/06/13] | ||||||||||||||||
Perjalanan Melewati Puncak Yang Mengasyikkan Posted: 09 Jun 2013 05:46 AM PDT CATATAN PERJALANAN Sudah kerap juga saya ke Puncak di persekitaran daerah Bogor, Indonesia atau pun bermalam di sana sehari dua untuk menghirup udara segar dan merawat mata dengan pemandangan alamiah yang indah. Gumpulan kabus yang menyelimuti puncak perbukitan atau mentari yang menjolorkan mata apinya membawa sejadah 'dhuha' menjadikan pemandangan itu tidak terkata. Kehijauan sawah padi atau kuningan emas
Sayang semua keindahan dan panorama itu sudah tidak ada lagi di kampung kelahiran saya. Dan di Puncak, menyaksikan semua keindahan panorama itu, bagi yang berjiwa insaf akan menggabungkan elemen itu semua sebagai kebesaran dan keagungan ar-Rabb. Waduh... fikiran menjadi tenang, hati juga menjadi damai terasa terlepas segala masalah dan bebas belenggu beban dengan melihat pemandangan itu. Terlupa permasalahan bangsa dan juga kemelut politik partian yang tidak pernah lengsai kerana gelodak nafsu manusia.
Perjalanan yang memakan masa kira-kira empat ke lima jam dari Jakarta menerusi Puncak ke Bandong atau sebaliknya itu tidak akan bosan. Lenggeng lenggok jalannya serta menuruni lembah dan mendaki bukit tinggi atau terpaksa merembas tikungan tajam, meskipun agak meletihkan tetapi ia menyeronokkan. Perjalanan itu persis aksi senaman untuk kesihatan diri. Kita, semacam mana kecepekan tidak betah untuk tidur, bimbang manalah tahu akan berlaku kegelusuran ke gaung, biasa naas dong.
Menjelang tengah hari laluan itu ke Jakarta agak lenggang. Perjalanan mulus dan lancar. Sebaliknya dari Jakarta menuju Bandong agak repot. Seperempat perjalanan singgah di restoran Bumi Aki, sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan ikan Guramis bakar atau goreng serta pelbagai sop. Sambutan pelanggan atau pun pelancong khasnya yang melalui jalan ini terhadap restoran ini sungguh hebat.
Selepas makan di sini kita akan meneruskan perjalanan, menaiki bukit atau gunung dan singgah di puncak paling puncak. Di sini satu pemandangan yang menakjubkan akan dapat disaksikan. Waktu senja atau pagi adalah saat paling indah dan menggoda. Hamparan sawah dan ladang tea yang menghijau hingga seolah-olah rapat ke kakit gunung di sebelah kiri dari arah Bandong menjadikan kita tidak puas memandang. Panorama di dua tempoh ini mengalahkan keayuan dan kejelitaan gadis-gais Sunda yang geletah.
Hari minggu tempat ini menjadi lokasi peleseran anak-anak muda tempatan atau yang datang dari pekan berdekatan Cianjur atau Bogor yang sedang pacaran. Mereka akan berbondong naik ke Punca untuk berpacaran sekadar 'manis-manis buah' atau ada yang membawa ke malam untuk menginap di vila-vila yang berlambakan di kiri kanan jalan. Harga vila atau rumah tumpangan sementara ini ditawar dengan berbagai kadar serendah RM50 sampai RM250 semalaman.
Satu lagi penemuan atau pengalaman baru anda akan perolehi bila meleeati jalan ini kalau kebetulan anda melewati sekitar jam 3:00 atau 4:00 petang ialah kemacetan jalan raya, atau kesesak lalu lintas. Anda terpaksa berjam-jam berada di atas jalan raya untuk menuruni puncak. Kemecatan ini sering kali berlaku terutama waktu lepas pejabat. Keadaan menjadi parah pada hujung minggu dan hari minggu.
Tetapi seperti dikatakan ia satu pengalaman baru. Kesesakan ini memberi peluang kepada para peniaga dan penjaja untuk mendapat rezeki seharian. Bermacam-macam barangan jualan khasnya makanan yang dijajah dan disuakan kepada kita. Apa sahaja yang anda ingin semua tersendia oleh penjaja jalanan ini. Bersambung. [wm.kl.8:28 pm 09/06/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan