Isnin, 10 Jun 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pakatan Failkan 25 Petisyen Pilihanraya Bermula Hari Ini

Posted: 10 Jun 2013 01:02 AM PDT

Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan 24 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen Pilihan Raya 2013 di seluruh negara minggu ini. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata PR juga akan turut memfailkan 10 lagi petisyen pilihan raya membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada keseluruhan jumlah petisyen kerusi Parlimen itu, 19 daripadanya adalah daripada PKR, dan baki masing-masing empat bagi PAS dan dua bagi DAP.


"Satu petisyen membabitkan jumlah RM10,000 untuk petisyen dan RM5,000 bagi urusan pemfailan kes, justeru kami memerlukan sekitar RM1.5 juta bagi kesemua petisyen," kata Rafizi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.

Jelas ahli Parlimen Pandan itu lagi, untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh yang dimenangi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pihaknya akan memfailkan dua petisyen, yang mana salah satunya adalah petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000 seperti yang diperuntukkan Akta Pilihan Raya.

"Kami mendapat maklumat beliau memberikan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 pengundi di sana yang mana menjadikan perberbelanjaan untuk itu sahaja lebih RM2 juta," katanya.

Kesemua petisyen berkenaan juga jelasnya akan difailkan secara berasingan mengikut negeri masing-masing. ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat akan memfailkan petisyen pilihanraya di kawasan-kawasan Parlimen berikut:

Difailkan oleh PKR
1. P014 Merbok
2. P018 Kulim Bandar Baru
3. P026 Ketereh
4. P029 Machang
5. P053 Balik Pulau
6. P072 Tapah
7. P075 Bagan Datok
8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)
9. P092 Sabak Bernam
10. P118 Setiawangsa
11. P140 Segamat
12. P144 Ledang
13. P146 Muar
14. P158 Tebrau
15. P159 Pasir Gudang
16. P168 Kota Marudu
17. P177 Beaufort
18. P182 Pensiangan
19. P220 Baram

Difailkan oleh PAS
1. P093 Sungai Besar
2. P096 Kuala Selangor
3. P119 Titiwangsa
4. P161 Pulai

Difailkan oleh DAP
1. P078 Cameron Highlands
2. P142 Labis Ini bermakna 25 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen telah dan akan difailkan bermula hari ini sehingga hari Rabu.

- ASD


Rayuan Sirul Dan Azilah Di Mahkamah 24 Jun

Posted: 10 Jun 2013 12:32 AM PDT


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini membenarkan permohonan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri bagi kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 bagi memasukkan dua alasan baru.

Kedua-dua alasan tambahan itu ialah dengan mempersoalkan sama ada wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana kemungkinan terdedah kepada 'publisiti buruk' secara meluas semasa perbicaraan hingga menimbulkan prejudis terhadap dirinya.


Selain itu alasan lain ialah bagi memasukkan dokumen tambahan ke dalam rekod rayuan.

Panel Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Mohamed Apandi Ali menangguhkan pendengaran rayuan sehingga 24 Jun ini dan memerintahkan peguam yang mewakili pihak berkenaan memfailkan dokumen berkaitan dalam tempoh 10 hari.

Panel itu juga termasuk Hakim Linton Albert dan Tengku Maimun Tuan Mat.

Sirul Azhar Umar, 39, dan Azilah Hadri, 34, diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan peguam J. Kuldeep Kumar, manakala pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Sirul Azhar dan Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 bagi kesalahan membunuh Altantuya, ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam, Selangor antara 10 malam pada 19 Oktober 2006 dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.


Selangor Sedia Biaya Kor Guaman Petisyen

Posted: 09 Jun 2013 11:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor bersedia manampung kos guaman mana-mana pihak yang memfaikan petisyen pilihan raya pada kali ini.

Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, langkah tersebut diambil bagi memastikan usaha memperbaiki proses demokrasi di negara ini dapat berjalan dengan lebih lancar.

“Mereka yang menyaman di mahkamah, jika betul kita dapati usaha mereka itu munasabah dan kita kerajaan negeri melalui (program) Pendemokrasian, akan beri sumbangan atas kos guaman mereka,” kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri sebelum ini turut menjalin kerjasama dan berkongsikan data menerusi Program Pendemokrasian Selangor dengan pihak yang yang berusaha mengumpul bukti kepincangan pilihan raya.

Data-data tersebut diperolehi menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh Unit Pendemokrasian Selangor sebelum PRU-13 berlangsung.

“Kita juga membenarkan data-data itu dianalisa, Kerajaan Negeri menggalakkan usaha tersebut untuk melahirkan pilihan raya yang adil dan saksama,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, kerajaan negeri melalui geran Selangorku mengambil langkah pengukuhkan demokrasi dengan menyediakan peruntukkan berjumlah RM5 juta.

Petisyen PRU13 - Edaran Segera

Posted: 09 Jun 2013 09:18 PM PDT

Siaran media
Edaran segera

PETISYEN PILIHAN RAYA PERLU DITANGGUHKAN, BORANG 16 DI 727 KERUSI BUKTI UTAMA KESAHIHAN WARTA PRU13

Esok (10 Mei 2013) adalah hari terakhir kepada mana mana calon PRU13 yang berhasrat memfailkan petisyen pilihan raya di semua mahkamah tinggi di negeri masing masing. Pihak SPR telah mengeluarkan warta PRU13 pada 22 Mei 2013 dan memberi masa 21 hari daripada tarikh warta. Saya MOHD AZLAN BIN MOHD SHARIF telah membuat TUJUH (7) laporan polis pada 30 Mei 2013 dan 6 Jun 2013 di Balai Polis Klang bagi menyiasat undi hilang, salah kira undi, maklumat yang telah berubah,perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan dun, kerusi parlimen dan dun berbeza maklumat sebelum dan selepas diwartakan, tindakan untuk anggota polis yang cuai dan kesilapan dalam warta corrigendum. Kemudian, warta corrigendum dikeluarkan pada 31 Mei 2013 dan hasil kajian saya kemudian mendapati terdapat TUJUH (7) kecacatan pada warta PRU13 iaitu:


1) 641 KERUSI YANG TERDAPAT PERBEZAAN MAKLUMAT ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS DIWARTAKAN CORRIGENDUM PEMBETULAN
2)617 KERUSI BERBEZA UNDI DIKELUARKAN
3) 422 KERUSI BERBEZA UNDI DIKELUAR DAN DARI TIADA KEPADA ADA UNDI HILANG
4)189 KERUSI BERBEZA UNDI DIKELUAR DAN UNDI HILANG
5) 40 KERUSI BERBEZA MAJORITI
6) 9 KERUSI BERBEZA PEMILIH
7) 36 KERUSI BERBEZA UNDI DIPEROLEHI CALON

Oleh itu, saya menggesa pihak SPR dan Pejabat Peguam Negara mengkaji semula tempoh masa petisyen bermula 31 Mei 2013 bermula tarikh corrigendum diwartakan bagi memberi masa kepada calon PRU13 membuat persediaan rapi. Sebenarnya warta PRU13 hanya boleh dibeli pada 27 Mei 2013 (6 hari menunggu mendapatkan warta rasmi dari 22 Mei 2013) dan warta corrigendum hanya mula dijual pada 5 Jun 2013 (5 hari menunggu dapat warta corrigendum dari 31 mei 2013). Oleh itu calon hanya ada 10 hari untuk bersedia berbanding 21 hari yang ditetapkan dalam undang undang.

Pada pandangan saya, pihak polis dan pihak mahkamah (melalui petisyen pilihan raya) boleh membuktikan wujud undi hilang iaitu 52,972 undi (sebelum warta : 65,286/selepas warta 22 mei 2013: 53,045) memandangkan sepanjang PRU13 lalu tiada tangkapan berhubung kes pengundi membawa keluar kertas tetapi semua fakta ada di dalam Borang 16 dan warta keputusan PRU13 yang digazetkan. Hanya di 3 DUN yang tiada undi hilang iaitu DUN Sungai Acheh(Pulau Pinang), Banggi (Sabah) dan Labuk (Sabah).

Menurut Seksyen 3(1) (h) dan Seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, di mana undi dibawa keluar tanpa keizinan satu kesalahan jenayah.Saya berharap pihak polis dapat menyiasat kes jenayah ini tanpa campurtangan politik dan pihak SPR memberi kerjasama sepenuhnya termasuk memberi salinan borang 16 di 727 kerusi PRU13 kepada pihak berkuasa bagi membuktikan kesahihan warta keputusan PRU13.
Sekian terima kasih


Harga Kereta Malaysia Turun Antara 0.7% Hingga 5.4% Sahaja

Posted: 09 Jun 2013 07:32 PM PDT



KUALA LUMPUR 9 Jun - Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.

Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.



Kisah Sebenar Cubaan Larikan Peti Undi di Tumpat

Posted: 09 Jun 2013 06:05 PM PDT


Rakyat Kedah Kena Kencing Lagi Dengan Umno

Posted: 09 Jun 2013 04:26 PM PDT



Harap-harap Melayu tak mudah lupa bila Pengerusi UMNO Kedah Datuk Md Bashah Mat Hanipah buat sidang media khas membantah kewujudan pusat hiburan House Bar, Jalan Alor Mengkudu. UMNO mendesak supaya kerajaan PR Kedah menutup pusat hiburan tersebut.

Sekarang UMNO dah ada kuasa, so nak tunggu apa lagi pi tutuplah! Jangan dok bagi banyak alasan kerajaan UMNO Kedah hoiii.

Bagaimanapun rakyat Kedah bagi masa kepada UMNO Kedah untuk melaksanakan kerja penutupan semua pusat hiburan tu dalam masa 100 hari seperti yang mereka janjikan sewaktu kempen PRU lalu.

Kalau lepas 100 hari depa tak tutup jugak, maka kita turun buat demo depan Wisma Darul Aman. Kita ajak sekali Cot Salihiah, Sobri Sudin dan Mursyid Pekida... amacam, boleh?

Dipetik dari - Kedahla



Cina Pulau Pinang Hina Islam Lagi..

Posted: 09 Jun 2013 07:37 AM PDT




Pg tadi, sahabat saya menunjukkan satu resit kepada saya.

"Saudari, nak tengok x? Jangan terkejut plak.." kata sahabat saya sambil menghulurkan resit Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat kepada saya.

Nama Penderma: Cheng Sin Enterprise. Jumlah RM500. Tujuan : Wakaf Bil Eletrik Dan Air Masjid. Subhanallah..... Orang bukan Islam pun hari ini sudah pandai menderma kepada Masjid...

"Ni baru satu, ada 3 resit kat saya semuanya. RM500 lagi untuk Masjid Hijau Kg Kedah, RM500 lagi untuk Surau Simpang 4, Kg Kedah," kata sahabat saya kepada saya.

"Masya Allah. Banyaknya. Sampai RM1500 dia sumbang," saya mencelah.
"Ni untuk bulan Ogos, dia kata kalau berniaga untung lagi, bulan September nanti dia bagi lagi," sahabat saya menambah.

Allah Allah. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.

Kepada para sahabat, ayuh. Kita sama sama ambil iktibar. Jadikan apa yang saya lalui untuk memberi keazaman kepada kita untuk terus menyumbang untuk agama kita.

Moga Allah merahmati kita semua. Amin...

Wassalam

— in Damansara, Wilayah Persekutuan.


PR Tolak Penyertaan PSM

Posted: 09 Jun 2013 02:55 AM PDT

PR menegaskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai perikatan itu telah ditolak, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Menurutnya, keputusan tersebut jelas telah dilakukan bersama ahli Majlis Tertinggi PR yang lain selepas mesyuarat yang diadakan sebelum ini.Tambahnya, berkenaan surat "hitam putih" yang diminta PSM akan diuruskan oleh sekretariat perikatan tersebut.



Keputusan kita jelas, kita tak terima, kita tolak. Soal paling penting adalah soal keputusan permohonan, jadi kita dah putuskan sebelum ini untuk tolak," katanya seperti dipetik laman tersebut.

Kenyataan itu bagi menjawab tuntutan setiausaha agung PSM S Arutchelvan agar Pakatan mengeluarkan surat rasmi berhubung keputusan berkenaan.Arutchelvan membuat tuntutan berkenaan susulan kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh, yang mahu Pakatan mempertimbangkan permohonan PSM untuk menyertai gabungan parti berkenaan.

Mengulas mengenai saranan Karpal itu, Saifuddin berkata MP berkenaan tidak mengetahui keputusan yang dibuat pemimpin tertinggi Pakatan berhubung keputusan tersebut kerana tidak hadir ke mesyuarat itu.

"Keputusan itu dibuat bersama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Tanyalah mereka," katanya."Memang mesyuarat masa itu, kita tolak PSM... Karpal tidak hadir mesyuarat itu, sebab itu beliau tidak tahu," katanya 


Tiada ulasan: