Isnin, 24 Jun 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


YA AMPOON GENG JAHAT SUKA PUKUL ABANG POLIS

Posted: 24 Jun 2013 06:00 PM PDT



NOTA
ya ampoon
siapa punya kerja ini
ya ampooon
 apa sudah jadi
ya ampoon
ini mesti kerja geng jahat
suka pukul abang polis
geng samseng jahat


  • Polis KL: Ada anggota yang cedera, patah gigi
  • Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, beberapa orang anggotanya cedera dalam pertembungan dengan kumpulan peserta perhimpunan berhampiran bangunan Parlimen hari ini. 

YA AMPOOON
INI MESTI GENG   JAHAT
GENG  JAHAT SUKA 
PUKUL ABANG POLIS

-----------

TERKINI BERITA DARI RUMAH PASONG JINJANG

Posted: 24 Jun 2013 02:48 PM PDT




SEMUA BEBAS
adalah diberitahu
kesemua 32 penunjuk perasaan
yang ditahan di rumah pasong jinjang telah bebas
mereka dibebaskan dengan jamin polis

pada jam 2:30  pagi
semua  tahanan telah dibebaskan

mereka di tangkap  awal pagi tadi
di hadapan pintu masuk ke parlimen 
mereka telah berdemo
menuntut 7 pesuruh jaya spr letak jawatan



DI RUMAH PASONG JINJANG
hampir 200 orang telah berhimpun memberi sokongan
dan menunggu mereka di bebaskan
orang ramai telah berkumpul di bawah pokok kayu di hadapan
rumah pasong 

ucapan telah kedengaran
sajak telah dibacakan oleh rozan dan piyan habib
nik jidan telah bermain gitar
anak muda dari tim kota
telah menyanyikan  lagu lagu revolusi


cik gu bard   yang juga telah dibebaskan 
telah berucap dan berterima kaseh
kepada semua yang menyokong dan membantu
duduk bantah di dataran padang merbok

menurut cik gu bard
selagi  spr tidak meletak jawatan
anak anak muda akan terus melakukan aksi

apa bentuk aksi ini
kita lihat dan nanti

kepada semua warga yang datang
ke jinjang cik gu bard yang mewakili
semua tahanan telah
mengucapkan ribuan terima kaseh
atas setia kawan dan solidariti mereka

NOTA
hanya tukar tiub
berani melapor kebenaran

--------

BERITA TERKINI BARU MASUK

Posted: 24 Jun 2013 05:47 AM PDT



PENUNJUK PERASAAN AKAN DI BEBAS

berita baru diterima
pada malam ini 32 penunjuk perasaan
yang menuntut 7 pesuruhjaya spr
letak jawatan akan dibebaskan

kini mereka di tahan di rumah pasong jinjang

warga kota kuala lumpur
diminta datang beramai ramai
untuk menyambut kebebasan mereka



--------------------


MALAM INI JAM 8:30 MALAM

Posted: 24 Jun 2013 03:03 AM PDT




MARI BERSAMA
AUNTIE BERSIH
MALAM INI

MALAM  BERSETIA KAWAN DENGAN 32 TAHANAN DATARAN MERBOK

semua di jemput datang malam ini
jam 8:30 malam
di hadapan rumah pasong jinjang

orang ramai diminta datang
untuk bersetia kawan
untuk bersolidariti
dengan 32 warga dataran padang merbok
yang ditashan kerana menuntut
7 pesuruhjaya spr meletak jawatan kerana menipu 

BERSAMA ANAK MUDA
sila bawa lilin
sila bawa air
sila bawa diri untuk membuat ramai

ANAK MUDA
BANGUN MELAWAN

BERITA TERKINI DARI RUMAH PASONG

Posted: 24 Jun 2013 02:03 AM PDT





TUNJUK PERASAAN DI TANGKAP

seramai 32 penunjuk perasaan telah di tahan
kini mereka di tahan di rumah pasong jinjang

di laporkan  ekhsan bukhari  seorang
ditahan di rumah pasong dang wangi

mereka menunjuk perasaan  kerana
menuntut 7 pesuruhjaya spr letak jawatan
kerana telah menipu dalam pru13

peguam g. sivalingan
peguam   roger chan
telah dapat bertemu dengan yang dipasong


yb tian chia
rozan dari amk
telah dibenarkan melihat mereka yang dipasong

besar kemungkinan kesemua ini
akan dipasong hingga dibawa ke mahkamah esok

mereka mungkin didakwa 
dengan undang-undang : jangan berani bercakap benar
4 ( section2)(b) paa


TER BARU TER NOW - MEMECAH BERITA

Posted: 23 Jun 2013 10:29 PM PDT




 AUNTIE BERSIH
DI TANGKAP
DARI WARTAWAN TUKAR TIUB

seramai 28 penunjuk perasaan telah ditangkap
dalam tangkapan ini ada yang cedera 

mereka menunjuk perasaan dihadapan parlimen 
kerana menuntut pesuruh jaya spr letak jawatan
pesuruh jaya spr ini telah dibuktikan
sebagai penipu dalam pru13 yang lalu
kaki tipu wajib didakwa

penunjuk perasaan ini 
telah di bawa ke rumah pasong jinjang
ada yang dibawa ke rumah pasong dang wangi

jalan ke rumah pasong jinjang
kini di laporkan terlah ditutup
ini kerana orang ramai telah mula
bergerak menujuk ke sana
untuk bersetia kawan dengan yang di tangkap

antara yang ditangkap:
adam adli
safuan anang
aunti bersih
cik gu bard
eddy smm
shauki
yasir
sani
nora
akram
muaz
shukri razab
aiman hakim
esham bukhree
hafiz
kawan kawan dan para pembaca tt
sila bersedia untuk bersetiakawan
dengan yang ditangkap

sila layari tt
untuk berita terkini
berita terus menyusul
------------

TER HOTT - GAMBAR TERBARU

Posted: 23 Jun 2013 09:54 PM PDT





MEREKA YANG BERANI
MEREKA YANG MENUNTUT
SPR LETAK JAWATAN
anak anak muda 
meneruskan garis juang
kini di bawa ke 
rumah pasong jinjang



-------------

TUKAR TIUB MEMECAH BERITA - TERKINI

Posted: 23 Jun 2013 09:41 PM PDT




DARI HADAPAN BANGUNAN PARLIMEN

tangkapan telah berjalan
berita awal dari wartawan tukar tiub
melaporkan lebih dari 25  penunjuk perasan 
telah di tangkap

demo di hadapan parlimen ini
bertujuan menuntut 
7 pesuruhjaya spr letak jawatan
kerana mereka telah menipu dalam pru 13

laporan awal melaporkan  bahawa:
adam adli
cik gu bard
auntie bersih
shukri razab
hakim ubu
telah di tahan
nama nama yang lain belum diketahui lagi 

jumlah mungkin meningkat ke 30 orang

diberitakan mereka yang ditangkap
sedang di bawa ke rumah pasong jinjang

ketika ini anak anak muda
telah berundur kembali ke 
dataran padang merbok
dan mereka merancanga 
untuk  berhimopuan di hadapan
rumah pasong jinjang

NOTA
warga diminta
mengikuti tukar tiub
untuk laporan selanjutnya
sila lakukan kempen setiakawan
bersolidariti dengan yang kena tangkap

----------

TERBARU TER NOWW DARI PARLIMEN

Posted: 23 Jun 2013 08:56 PM PDT


BERITA BARU MASUK

para penunjuk perasaan telah disernag
5 penunjuk perasaan telah di tahan

anak anak muda
penunjuk perasaan ini 
mahu 7 pesuruhjaya spr letak jawatan
kerana spr telah  menipu dalam pru13


TUKAR TIUB MEMECAH BERITA SEDUNIA

Posted: 23 Jun 2013 07:50 PM PDT





PENGUNDIAN TELAH BERJALAN
keputusan pemilihan speaker dewan
kembali ke  status quo
united malays national organisation dapat 133 undi
pakatan rakyat dapat 89 undi

pandikar kembali jadi barua
najib selamat





APA YANG BERLAKU DARI DALAM PARLIMEN

Posted: 23 Jun 2013 07:28 PM PDT





APA YANG  AKAN BERLAKU DALAM PARLIMEN PAGI INI

pagi ini akan  diadakan pemilihan  speaker parlimen
untuk pertama kalinya pemilihan  akan dilakukan

mengikut undang undang tubuh parlimen
pemilihan wajib dijalankan secara sulit

undi sulit ini telah diminta oleh pakatan rakyat
jika TIDAK dijalankan undi sulit
maka mengikut kata anwar ibrahim
' perang akan pecah' dalam parlimen

pakatan rakyat telah mencadangkan
abdul karim muhamad
bekas hakim mahkamah persekutuan
sebagai calon pakatan rakyat

united malays national organisation
masih mencadangkan speaker lama 
pandikar amin mulia sebagai calon

222 AHLI PARLIMEN

ada 222 ahli parlimen yang akan bersidang
semua  222 ini akan mengundi

pakatan rakyat ada 89 undi
united malays national organisation 
dan kuncu kuncunya ada 133 undi

pengundian pagi  ini memberi 
makna yang penting  amat amat penting
untuk najib razak

jika undi  untuk pandikar kurang dari 133
ertinya gerombolan  telah pecah
sokongan untuk najib sebagi pm telah pecah

jika undi  untuk pandikar kurang dari 133
ertinya geng 24 dibawah pimpinan ku li telah berjaya

ertinya yb dari sabah
ertinya  yb dari sarawak
ertinya ada yb dari semenanjung
TIDAK  menyokong najib sebagi pm

tetapi
awas dan waspada
jika undi kurang dari 89 untuk abdul karim
maka kita tahu siapa yang belot dalam pakatan rakyat


KOMENTAR TUKAR  TIUB


LATAR BELAKANG PAGI INI
dua minggu dahulu
najib telah pergi ke indonesia
diwaktu yang sama
ketika anwar menjadi tamu presiden susilo
tidak dapat tidak
jelas terbukti bahawa
najib ingin bertemu dengan anwar

tidak ada pertemuan
antara anwar dan najib 
di jakarta

najib telah dimalukan
susilo hanya angkat talipon
manakala anwar disambut hebat
malah disekitar kota jakartya
papan iklan  yang besar besar
memapar  gambar anwar dan wan azizah
dengan ucapan selamat datang

najib ingin berbaik baik dengan anwar
untuk mengelakkan  dari ditikam musuh dalaman
langkah najib ke jakarta ini
mengejutkan anak lelaki iskandar kutty
dengan segera anak lelaki iskandar kutty ini
memgubah pandangan
kalau dulu mahu najib disingkit
kini berkata 'tidak perlu ada perlawanan '
untuk presiden dan timbalan presiden gerombolan

dari segi ini
lawatan main golf najib
ke jakarta berjaya
najib telah diselamatkan 
oleh anak lelaki iskandar kutty




Tiada ulasan: