Khamis, 6 Jun 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Mengapa Zahid Hamidi TIDAK Dikenakan Tindakan Mahkamah?

Posted: 06 Jun 2013 06:14 AM PDT


[TMI] Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini membangkitkan persoalan mengapa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dikenakan tindakan mahkamah ekoran tindakannya memukul seorang ahli perniagaan pada 2006.

Lim mendakwa Ahmad Zahid pernah disaman oleh Amir Abdullah Bazli kerana didakwa menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights, Kajang sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan tulang hidung dan bengkak di mata. 

"Najib perlu menjelaskan sama ada beliau mengetahui perkara itu, yang mana Zahid ketika itu adalah timbalan menteri penerangan, dan sama ada perdana menteri telah menyiasat mengapa polis tidak mendakwa Zahid kerana tindakannya itu," tegas Lim merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mendakwa Ahmad Zahid telah menafikan perkara itu dan memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya menolak kes berkenaan yang mana telah dilakukan pada 21 April 2010. 

Ahmad Zahid kemudiannya dakwa Lim telah mengemukakan saman balas atas alasan mengalami rasa malu dan trauma emosi disebabkan tuduhan tersebut. 

Namun tahun lalu jelas Lim, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak cubaan Ahmad Zahid dan mengarahkan beliau membayar RM5,000 kos, dan menggesa beliau memberikan maklum balas terhadap tindakan berkenaan. 

"Kes ini dibangkitkan bagi menjawab persoalan mengapa Ahmad Zahid tidak didakwa di mahkmah oleh polis kerana perlakuan jenayah. 

"Ia menimbulkan persoalan adakah Malaysia mempunyai penjenayah sebagai Menteri Dalam Negeri?" kata Lim. 

Beliau turut menambah "adakah Najib atau Ahmad Zahid bersedia menjelaskan berhubung isu ini dan kesesuaian beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dengan kes berkenaan." 

Veteran DAP itu turut menuntut penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low sama ada beliau bersetuju Ahmad Zahid harus meletak jawatan sebagai usaha "integriti" dan "tatakelola kerajaan yang baik" sehingga beliau membersihkan dirinya daripada dakwaan kes berkenaan. 



[PANAS] Papa Gomo Umum Bersara daripada Dunia Blog

Posted: 06 Jun 2013 12:08 AM PDT


[SH] SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.

Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.


P/s: Bersara, bersaralah, SAMAN tetap jalan!!!



Tiada ulasan: