Tukar Tiub |
- MENANTU AYAH PASANG PERANGKAP
- TIPU PILIHAN RAYA -TURUN JALAN RAYA
- MESRA ALTANTUYA SAMPAI MATI
- SATU PENCERAHAN DARI PEMBACA
- KITA KE JALAN RAYA SEKALI LAGI
- SILA BERI TAHU APA ITU DULI
- SEMUA TERTAKLOK DI BAWAH PERLEMBAGAAN
- SEMUA WAJIB BERSEDIA
- RAJA RAJA TELAH DI BERI INGATAN
Posted: 06 Jun 2013 07:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menyokong cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dicabar pada pemilihan parti akhir tahun ini. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sayap UMNO itu berpendapat Presiden UMNO, Najib Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin adalah gandingan paling layak untuk mengetuai parti. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH kah kah kah...TERIMA KASEH KERANA DILANTIK JADI MENTERI....kah kah kah... woit... KENA TUNGGU APA KATA KADIR JASIN.... kah kah kah.. kah kah kah..KENA TUNGGU APA KATA DAIM ZAINUDDIN.... kah kah kah.. kah kah kah...BILA DAIM BERSUARA.... ERTINYA SABDA DARI ANAK LELAKI KUTTY...kah kah kah BERJUMPA DATARAN PADANG MERBOK JALAN PARLIMEN SABTU 15 JUN 2013 JAM 2:00 PETANG ------ |
TIPU PILIHAN RAYA -TURUN JALAN RAYA Posted: 06 Jun 2013 06:00 PM PDT SAMM Sahut Himpunan 15 Jun Dengan Gerakan Mobilisasi Besar Sehingga kenyataan ini ditulis, jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum melepaskan jawatan masing-masing. Perkembangan ini pastinya mengundang perasaan tidak senang majoriti rakyat Malaysia yang mahukan SPR letak jawatan atau dipecat. Ia mencabar kesabaran rakyat. Sebelum PRU-13, amaran demi amaran telah diajukan kepada SPR supaya pilihanraya dapat berlangsung dengan bersih dan adil. Rakyat telah menunjukkan menifestasi dalam bentuk aksi beberapa himpunan seperti Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan aksi KL112, menghimpun ratusan ribu rakyat menuntut supaya demokrasi ditegakkan. Namun SPR telah mengkhianati peluang yang diberikan setelah rakyat masih memilih pilihanraya sebagai jalan untuk benar-benar meraikan demokrasi sebaliknya demokrasi itu dinafikan. Oleh demikian, tiada lagi amaran wajar diperuntukkan kepada SPR yang dibuktikan menjadi alat untuk mengekalkan pemerintah yang ditolak rakyat. Tanggal 5 Mei menjadi hari hitam buat tanahair apabila demokrasi digelapkan dalam pilihanraya yang penuh penipuan, seterusnya merampas kemenangan rakyat. Maka lahirlah gerakan #Blackout505, gerakan NGO #SuaraRakyat505 dan beberapa lagi gerakan anak muda serta gerakan aktivis menuntut SPR dihumban dan pilihanraya yang baru mengambil tempat. Gerakan rakyat bertemakan hitam ini juga telah berjaya menghimpun hampir satu juta rakyat dalam belasan himpunan di seluruh negara. Himpunan hitam ini juga bakal memasuki fasa seterusnya apabila Kuala Lumpur menjadi destinasi yang ditunggu-tunggu oleh seluruh tanahair untuk bersatu menghumban SPR dan sekutunya. Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik pengumuman beberapa pihak termasuklah dari Pakatan Rakyat, dari Dato' Ambiga yang mewakili BERSIH dan dari Gabungan lebih 50 NGO #SuaraRakyat505 yang telah memilih 15 Jun 2013 sebagai tarikh kemuncak satu lagi perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur. SAMM akan menggerakkan seluruh kekuatan mobilisasi ke arah perhimpunan kemuncak #Blackout505 15 Jun. Padang Merbok yang dipilih sebagai venue terletak di antara Dataran Merdeka dan Parlimen Malaysia, harus menjadi lokasi yang sangat ideal untuk rakyat berhimpun kali ini. Kedudukan Padang Merbok juga memberi signifikasi yang tepat dalam soal rakyat merebut kembali demokrasi yang dicuri oleh penyangak kuasa. Sepertimana Dataran Merdeka, Padang Merbok merupakan premis yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Jika Bersih 3.0 Dataran Merdeka tidak dibenarkan masuk, maka tidak mustahil Padang Merbok juga mendapat tentangan yang sama dari DBKL. Namun yakinlah, rakyat tetap akan hadir berhimpun memenuhi Kuala Lumpur dan percayalah bahawa tiada entiti yang mampu menghalang kuasa rakyat walaupun pemerintah itu sendiri. Bagi SAMM, jika perhimpunan sebelum PRU-13 sebagai amaran untuk pilihanraya bersih dan adil menyaksikan peserta demo datang dan pulang mengikut waktu yang ditetapkan, maka himpunan pasca PRU-13 seharusnya lebih dari itu. Peserta demonstrasi harus sedia bukan sahaja untuk turun ke jalanraya, malah untuk datang dan tidak pulang selagi SPR tidak letak jawatan atau dipecat, ini harus menjadi tuntutan paling minima pada aksi tersebut. Kita berhimpun masih secara aman, bezanya kita terus berhimpun hingga tuntutan rakyat dicapai secara langsung. Biarlah ia mengambil masa samada 24jam atau 48jam, atau sehingga hari parlimen angkat sumpah, kali ini wajar untuk rakyat terus duduk dan bantah. Akhir sekali, SAMM menyeru kepada semua pihak khususnya media supaya membantu promosi dan kepada semua penggerak agar memperhebatkan mobilisasi bagi memastikan 15 Jun menjadi sejarah baru simbol kekuatan sebenar rakyat. 15 Jun adalah hari di mana rakyat berjuang menuntut hak demokrasi dikembalikan. Tipu pilihanraya, rakyat turun jalanraya dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata! EDY NOOR REDUAN Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) BERJUMPA SABTU 15 JUN 2013 |
Posted: 06 Jun 2013 08:00 AM PDT MESRA WANITA HINGGA SAMPAI MATI Rosmah: Wanita M'sia tak perlu turun jalan raya Wanita Malaysia sudah bebas dan tidak perlu turun ke jalan raya demi memperjuangkan perkara yang mereka kehendaki, kata suami perdana menteri, Rosmah Mansor. Menurutnya, wanita di negara ini sangat bertuah apabila Najib Razak sendiri menegaskan bahawa beliau mesra wanita. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... ROSMAH GEMOK INI CAKAP BETUL... kah kah kah... kah kah kah.... ROSMAH GEMOK KATA NAJIB MESRA WANITA... kah kah kah.. kah kah kah.... BETUL...BETUL.... TEPAT...kah kah kah woit... NAJIB MESRA ZIANA ZAIN...kah kah kah.. kah kah kah...NAJIB MESRA FLORA.... kah kah kah... kah kah kah..NAJIB MESRA ALTANTUYA....kah kah kah... woit... ALTANTUYA TERLAMPAU MESRA... SAMPAI MATI... kah kah kah MINAH KAKI SEDUT |
Posted: 06 Jun 2013 06:30 AM PDT DATARAN PADANG MERBOK SABTU 15 JUN JAM 2:00 PETANG Sikap dwi standard syarikat swasta milik kaum Cina, Hak graduan Melayu dinafikan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Ahmad Bukhari A. Rahim berkata, tindakan itu juga memperlihat sikap diskriminasi dan perkauman menebal syarikat milik kaum Cina tersebut. HAJI DAN APEK wan sahabiri, gua penah bekeje untuk beberapa orang, maksudnya penah mintak keje dan penah makan gaji sebagai pekeje/kuli pada majikan. majikan pertama selepas gua rasmi jadi graduan u-ni-obesiti, adalah seorang melayu berpangkat haji. gua dapat bekeje dgn kompeni haji ni pun selepas gua mintak menerusi intebiu yg dianjurkan "org kenal". lepas 2 tahun dapat pengalaman pahit manis bekeje pertama kali, gua pun bagi notis sebulan dan blah. bukan sebab gua tak berterimakasih atau tak kenang budi diberi peluang keje, tapi haji org kuat amenu ni sesen bones (bonus) pun takde nak hulur mana2 staf walaupun yg senior2 yg dah banyak tahun bertungkus-lumus naikkan syarikat dia bagi untung hingga angka juta. lepas 1 minggu gua berhenti, gua dapat intebiu dgn kompeni lain dan terus diambil jadi kuli terbaru. majikan kali ni 3 org cina apek baka pendatang dari tanah besar china yg tak penah jejak kaki kat mekah atau madinah. hujung tahun pertama gua keje situ, apek2 tu hulur gua 1.5 bulan gaji on SAEKOR LAGI KANG KONG BUAT REKOD Publish | Delete | Spam Anonymous on 6/6/13 DATARAN PADANG MERBOK --------- |
KITA KE JALAN RAYA SEKALI LAGI Posted: 05 Jun 2013 10:30 PM PDT KALAU PILIHAN RAYA BOLEH MENGUBAH APA APA pasti PILIHAN RAYA TELAH LAMA DIHARAMKAN di malaysia POLITIK – DUNIA KE TIGA Biar saya mulakan dengan tiga tuntutan rakyat yang kini telah menjadi asas Tuntutan Gerakan Anti Tipu 505. Pertama: Tidak akan menerima keputusan PRU13 Kedua : Menuntut ditubuh SPR baru Ketiga : Mengadakan pemilihan semula dikawasan berlaku penipuan Tiga Tuntutan ini adalah tuntutan minima dari rakyat yang semakin marah kerana undi mereka telah ditipu. Kemarahan para pengundi ini sedang diterjemahkan dengan gerakan anak muda yang mahu turun ke jalan raya. Turun ke jalan raya ini adalah manifestasi bahawa para pengundi tidak mahu ditipu. Paling menjolok mata ialah kehadiran ratusan ribu anak anak muda di jalan raya – walau pun mereka mungkin belum mengundi – tetapi mereka tidak mahu menerima penipuan. Ramainya orang turun ke jalan raya itu adalah bukti saheh bahawa penipuan telah berlaku. Jika penipuan tidak berlaku mustahil ratus ribu orang ramai akan turun ke jalan raya. Mereka yang turun ke jalan raya ini bukan diupah. Mereka bukan dibawa dengan bas. Mereka bukan pegawai kerajaan yang dipaksa datang. Mereka bukan murid sekolah yang dibawa oleh guru. Mereka bukan anak muda dari sekolah asrama penuh. Mereka TIDAK dibekalkan dengan nasi bungkus. Mereka ke jalan raya dengan kedesaran. Beratus ribu turun ke jalan raya kerana mereka sedar bahawa SPR telah menipu. Mereka sedar bahawa kemenangan United Malays National Organisation adalah kemenangan melalui jalan tipu. Mereka sedar bahawa SPR telah menjadi alat untuk memastikan Parti Ketuanan Melayu akan terus berkuasa. Bermula dengan Himpunan #Tipu505 di Kelana Jaya kini telah merebak ke seluruh negara. Turun ke jalan raya ini kini telah menjadi ampoh dan sedang mendobrak lembaga-lembaga yang bersekongkol dalam merancang penipuan PRU13. Tidak dapat tidak rakyat Satu Malaysia akan menunggu 'grande finale' gerakan jalan raya ini. Jelas terbukti bahawa kesedaran wujudnya PENIPUAN dalam PRU13 adalah pemangkin orang ramai dan anak anak muda untuk turun ke jalan raya. Menolak penipuan dalam PRU13 menjadi motivasi utama. Pernipuan PRU13 adalah penyebab rakyat turun ke jalan raya. Turun berdemo ke jalan raya bertujuan untuk mengembalikan yang hak. Seluruh dunia tahu PRU13 telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. PRU13 ini telah dicuri. Kemenangan PRU13 telah dicuri oleh United Malays National Organisation. Justeru perjuangan untuk mengembalikan kemenangan ini telah memanggil anak-anak muda ini turun ke jalan raya. Jika TIDAK ada penipuan mustahil beratus ribu orang ramai akan turun ke jalan raya. Anak anak muda bukan bodoh. Anak anak muda bukan bangang boleh ditarik hidung. Anak muda turun ke jalan raya melawan kezaliaman kini sedang menjadi trend dan feshen seluruh dunia. Dimulakan oleh anak muda dari Tunisia, kemudian ke Mesir, ke Paris, ke London, ke Bahrain, ke New York – dan terakhir ke Turkey. Rejim-rejim zalim satu demi satu telah disingkirkan oleh gerakan anak muda di jalan raya. Anak muda tahu akhirnya dunia ini adalah milik mereka. Justeru mereka wajib bertindak untuk melakar masa depan mereka. Ini hakikat. Dua soalan ini adalah soalan yang amat adil. Ini soalan berhemah. Ramai yang telah menyuarakan soalan ini. Justeru disini saya cuba memberi jawapan sejelas mungkin. Awal wahid kita mesti menerima hakikat bahawa Malaysia adalah Negara Dunia Ketiga. Dalam sejarah Negara Dunia Ketiga TIDAK pernah berlaku perubahan rejim melalui pilihan raya. Hukum-hukum dan syarat dalam Negara Dunia Ketiga ini amat berbeza dari hukum dan syarat politik di Amerika, di Eropah , di New Zealand, di Australia atau di Canada. Ada perbezaan hakiki antara Negara Dunia Ketiga dengan negara kuasa imperial Anglo-Amerika dan Negara Kedua di Eropah. Kesemua Negara Dunia Ketiga muncul hasil dari pertembungan dengan negara imperial. Tanah Melayu ini wujud kerana British. Malaysia wujud kerana perancangan British. India, Burma, Pakistan, Iran, Iraq dan dan dan... semua diwujudkan oleh kuasa imperial British. Malah Siam yang tak pernah dijajah itu pun diwujudkan oleh dua kuasa kolonial. Siam dijadikan negara pemisah dengan perjanjian kuasa imperial Peranchis yang menjajah Indo-China dengan kuasa imperial British yang menjajah Tanah Melayu. Hakikatnya Negara Dunia Ketiga ini muncul kerana kuasa kolonial. Sejarah Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi Malaysia adalah sejarah kolonial Briitish. Kuasa penjajah British ini telah memilih United Malays National Organistaion untuk mengambil alih pentabiran Bristish pada 31 Ogos 1957. Salah satu ciri yang amat penting dalam Negara Dunia Ketiga ini ialah kaum kapitalis dan kaum pemodal nasional amat lemah. Mereka hanya menjadi orang tengah untuk kaum pemodal internasional. Kerana mereka lemah maka mereka bergantung kuat dengan kuasa politik. Justeru kita melihat Daim Zainuddin, Vincent Tan, Syed Mokhtar, Halim Saat, Cucu Iskandar Kutty, Ananda Krishna semuanya bergantung dengan kuasa daulah United Malays National Organisation untuk mengembangkan jaringan perniagaan mereka. Tanpa sokongan daulah kaum kapitalis ini akan reput. Ini perbezaan politikal ekonomi yang wajib difahami. Inilah sebab utama kenapa pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga tidak akan pernah menukar kerajaan. Kaum kapitalis ini bergantung kuat dengan kuasa daulah. Malah tidak ada garis pemisih antara kuasa daulah dan kuasa kaum kapitalis nasional ini. Kepentingan ekonomi kaum kapitalis nasional ini dijaga dan dibentuk oleh kuasa daulah. Menteri jaga politik – menteri yang sama juga jaga kroni. Menteri ada kepentingan dalam syarikat milik kroni. Yakinlah di belakang syarikat kroni ini ialah para menteri. Ini politikal ekonomi Negara Dunia Ketiga. Justeru ikatan ini memustahilkan berlaku apa-apa perubahan melalui pilihan raya. Daim Zainuddin, Syed Mokhtar, Nazir Razak, Vincent Tan, Ananda Krishan – semua sedar jika United Malays National Organisation tutup kedai mereka bukan sahaja mereka akan hilang harta malah ramai diantara mereka akan diheret ke penjara. Anak Suharto masuk penjara. Anak Husni Mubarak masuk penjara. Ini hakikat politik Negara Dunia Ketiga. Ini tidak akan berlaku di Canada, New Zealand, Australia, German , Sweden atau Britain atau Amerika. Dalam Negara Dunia Pertama dan Kedua ini – kaum kapitalis telah kukuh bertapak. Kepentingan ekonomi mereka berselirat didunia. Sama ada Parti Konservatif menang atau Parti Buruh menang di Britain – perniagaan Mark and Spencer saperti biasa. Sama ada Demokrat menang atau Republican menang Esso dan General Motors akan terus berniaga. Pilihan raya dalam Negara Pertama dan Kedua adalah tentang dasar. Dasar parti politik mana yang akan dapat membawa keuntungan untuk kaum pemodal. Dasar parti mana yang akan membawa kestabilan ekonomi. Tidak saperti di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia ini akan menentukan saudara mara siapa atau syarikat kroni menteri yang mana yang akan dapat kontrek, dapat tanah atau dapat lesen cari gali. Politikal ekonomi inilah yang menjadikan pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga ini satu sandiwara. Untuk saya PRU13 ini cukup cantik sebagai satu sekolah politik. Bertahun-tahun saya telah memberi kuliah/menulis tentang penipuan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan dalam pilihan raya. Ada yang percaya dan ramai yang TIDAK percaya. Tetapi PRU13 ini telah membuktikan bahawa apa yang saya tulis selama ini adalah tepat dan benar. Akhirnya saya akan ditanya apa kesudahannya? Ini juga satu soalan yang berhemah. Saya yakin ramai yang bertanyakan soalan ini. Apa seterusnya? Dari apa yang kita semua baca kita dapat mengetahui bahawa kedudukan Najib Razak amat lemah. Kita juga melihat bahawa kerajaan Najib ini lebih lemah dari kerajaan Dolah Badawi. Dari segi politik ini amat penting untuk kita menilai kekuatan musuh kita. Seluruh dunia – Dari Obama di Rumah Puteh – dari akhbar di Austarlia, New Zealand, Hong Kong, Jepun, United Kingdom, German, Peranchis dan dan dan... malah The New York Times telah membuat karton memperli Najib menipu dalam PRU13. Semua ini adalah berita baik untuk rakyat Malaysia. Rakyat dunia telah tahu bahawa kerajaan Najib Razak ini kerajaan haram. Najib dan United Malays National Organisation juga tahu bahawa mereka menang kerana penipuan. Justeru kita lihat bagaimana Allah telah digunakan untuk melobi agar rakyat menerima keputusan PRU13. Kita juga melihat bagaimana Mufti telah direkrut untuk menghalalkan penipuan. Kita melihat para penjual agama yang berjanggut dan berserban meminta agar orang ramai menerima keputusan PRU13. Akhir ini kita melihat bagaimana Yang DiPertuan Agong telah direkrut untuk membuat rayuan kepada orang ramai agar menerima keputusan PRU13. Ini ertinya penolakan keputusan PRU13 adalah tepat. Garis turun ke jalan raya itu tepat dan membawa hasil. Apabila Najib mula berkelentong untuk membawa SPR ke bawah jawatan kuasa Parlimen - memberi tanda bahawa Najib sedang terdesak. Bila musuh terdesak adalah masa yang tepat untuk mengasak. Justeru pengumuman Anwar Ibrahim bahawa pada petang Sabtu 15 Jun 2013 ini rakyat akan berhimpun adalah langkah tepat. Perhimpunan ini adalah sambungan #Blackout505 dengan tiga tuntutan. Kemarahan orang ramai kerana ditipu tidak akan dapat diredakan hanya dengan satu ucapan Agong. Tiga Tuntutan wajib ditunaikan. (TT) ANAK MUDA #TIPU 505 NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN terkini sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon : 03-92-21-10-45 ------------- |
Posted: 05 Jun 2013 10:02 PM PDT APA ITU DAULAT KAH KAH KAH Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah mencadangkan supaya satu akta baru dengan nama Akta Derhaka digubal untuk membendung perbuatan menghina institusi beraja yang didakwa semakin serius sejak kebelakangan ini. Menurut laporan Utusan Online hari ini, Mohd Noor turut turut mencadangkan agar akta berkenaan memperuntukkan hukuman minimum tidak kurang daripada dua tahun penjara bagi kesalahan menderhaka kepada raja. Katanya, undang-undang derhaka kini terletak bawah cabang Akta Hasutan 1948 sedangkan perbuatan menghasut dan menderhaka adalah dua perkara yang berbeza. Beliau merupakan seorang pembentang kertas kerja di program Seminar Institusi Raja di bangunan Bank Negara Malaysia, hari ini KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... SEBELUM GUBAH AKTA DERHAKA ADA SATU PEKARA PENTING... kah kah kah.. kah kah kah... TOLONG BERI TAHU ORANG MELAYU APA ERTINYA DULI.... kah kah kah.. kah kah kah...BERI TAHU ORANG MELAYU APA ERTINYA PATEK.... kah kah kah.. kah kah kah....APA ERTINYA PACAL... kah kah kah... kah kah kah... BERI TAHU ORANG MELAYU KENAPA MENYEMBAH DULI....kah kah kah woit...KALAU ORANG MELAYU DAH TAHU ...BARU BOLEH BINCANG AKTA DERHAKA...kah kah kah INI DULI SIAPA? KAH KAH KAH KAH KAH KAH ----- |
SEMUA TERTAKLOK DI BAWAH PERLEMBAGAAN Posted: 05 Jun 2013 09:00 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB ini satu pandangan yang amat jelas semua rakyat malaysia tertaklok di bawah perlembagaan raja nazrin ke agong ke sulatan mana pun semua tertaklok dibawah perlembagaan NOTA: tolong jagan bodohkan melayu jangan minta melayu sembah tapak kaki jangan panggil melayu anak anjing DARI MANA RAJA RAJA DAPAT HARTA? INI ORANG RAMAI NAK TAHU Bahas titah Agong tiada masalah – Aziz Bari KUALA LUMPUR 4 JUN: Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, tiada masalah untuk rakyat Malaysia mengkritik titah Yang di-Pertuan Agong dan mempersoalkan keputusan pilihan raya kerana kedua-dua tindakan itu merupakan hak yang dijamin oleh perlembagaan. "Kita mesti selalu ingat bahawa di negara ini, perlembagaan yang paling tinggi dan semua orang, termasuk Agong, tertakluk kepadanya. "Tiada seorang pun, termasuk Agong, mempunyai kuasa untuk menafikan hak yang dijamin oleh undang-undang dan perlembagaan negara. "Ini termasuk hak untuk mempersoalkan keputusan pilihan raya, selama mana ia dibuat menurut perlembagaan," katanya dipetik Malaysiakini. DATARAN PADANG MERBOK ------ |
Posted: 05 Jun 2013 08:11 PM PDT TURUN JANGAN TAK TURUN PENGUMUMAN UNTUK SEMUA diminta semua anak anak muda yang bijak melakar poster yang bijak membuat flyer flyer dan poster untuk alam siber sila buat flyer sila buat poster sila buat butang untuk demo dataran padang merbok PASTIKAN lakaran desin dilihat cool dilihat counter culture dilihat bangun melawan BUKAN poster ceramah MASUKKAN MAKLUMAT INI sabtu: 15 jun 2013 waktu: 2:00 petang tempat : dataran padang merbok TIGA TUNTUTAN 1 - 7 pesuruhjaya spr letak jawatan 2 - 30 pemilihan baru dikawasan penipuan 3 - hentikan serta merta persempadanan semula ---------- |
RAJA RAJA TELAH DI BERI INGATAN Posted: 05 Jun 2013 07:53 PM PDT SILA BACA APA KATA PEMUDA UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION TERHADAP RAJA RAJA 'Tolak amalan ekstremisme' Kuala Lumpur: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah institusi Raja ialah lambang perpaduan dan simbol penyatuan yang bertenaga untuk membina kesatuan dalam kepelbagaian. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH kah kah kah..YA AMPOON...SEMUA MESTI TOLAK EKSTREMISME.... kah kah kah.. kah kah kah...TAPI MENGAPA TAK TOLAK TIPU UNDI.... kah kah kah... kah kah kah...NAPA TAK TOLAK RAJA POTONG GILIRAN.... kah kahj kah.. kah kah kah...NAPA TAK TOLAK RAJA TAK IKUT ADAT... kah kah kah... woit... TOK EEEEEEEZI...... JANGN BODOHKANB MELAYU....kah kah kah DEMO KEMARAHAN RAKYAT SILA TURUN KE DATARAN PADANG MERBOK SABTU 15 JUN 2013 JAM 2:00 PETANG |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan