ALHUSSEYN |
Kisihanilah orang ini ... korang bolehkah membantunya? Posted: 06 Jun 2013 04:27 AM PDT Pagi tadi, kami tiga beranak pergi ke pasar besar untuk membeli barangan harian.Keluar dari kereta di tempat parkir bawah tu, kami di hampiri oleh seorang ibu Melayu yang menyorang anaknya yang jelas seorang anak OKU. "Encik boleh tolong kami ... anak saya ni ... " sambil menuding ke arah anak yang OKU didalam kereta sorongnya itu. Dalam hatiku, aku berkata, aku pun OKU juga....jalan pun pakai tongkat! Sayu kedengaran. Aku bersimpati lalu menghulurkan sedikit wang.Tak banyak sekadar yang termampu. "Terima kasih, encik," sambil mengesat air matanya kerana sebak. "Tak minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat ke?" tanya ku. "Ada, diaorang bagi RM150.00 sebulan..." Jawapan ibu itu mengejutkan aku, "RM150.00 sahaja??" Aku tanya dia lagi untuk mendapat kepastian. "Itu untuk abang dia, ada dalam kereta sana tu. Dia ni baru 17 tahun, kena tunggu 18 tahun baru boleh dapat," terang ibu itu. Aku tersentak dan termangu sebentar. Pertamanya, aku sangkakan budak lagi yang ada dalam kereta sorong tu,(gambar atas) rupa-rupanya dia dah remaja! Memanglah tidak patut benar jika Pejabat Kebajikan hanya memberi sejumlah itu untuk menampung kehidupan dua anak OKU. Itulah pertama kali aku terserempak dengannya di situ walaupun aku kerap ke pasar besar tu.Entahlah betul atau tidak cerita orang tu, tapi aku telah mengambil maklumat tentangnya dan berjanji akan aku adukan perkara ini kepada Adun baru Sungai Rapat, Ust Radzi Zainon. Apalah sangat yang dapat dibantu, Adun kita tu bukannya dapat apa-apa peruntukan. Harap koranglah bolehlah hulurkan bantuan melalui Adun kita tu melalui Pusat Khidmat Adun di Pengkalan Pegoh tu. Menurut ibu itu, dia juga telah pergi ke Baitulmal, tapi tidak juga diberi layanan sewajarnya. Tak ada pula aku tanya dia samada dah mengadu ke Hamidah Osman, adun tengin tu , sebelum ini ....Ini bukan perkara baru...aku mula berfikir begitu. Aku tanya dia, "Suami kerja apa?" "Polis pencen...berapalah sangat dapatnya. Susu untuk budak ni saja satu tin pun dah RM70/- ..." Aku memang bersimpati dengannya. Tapi bila dia sebut suaminya tu 'pencen polis' aku ada berasa 'lain' sedikit .... Bukan apa, tetiba aku teringatkan Papa gomo, bekas polis yang kena buang pasal rasuah tu.... Dalam hati ku berkata , alahai...ingatlah sekalian polis... korang pun akan pencen juga nanti! Walau apa pun aku akan panjangkan perkara ini kepada Ust Radzi Zainon. |
Mak Ooii… baiknya hati budi Datuk yang kaya ini! Posted: 05 Jun 2013 09:08 PM PDT Aku pergi Pejabat POS untuk mengantar dengan pos laju beberapa salinan aduan laporan polis mengenai bantahan penipuan dakwat kekal yag tidak kekal ke Ibupejabat PKR, Petaling Jaya kelmarin. Kemudian aku pi singgah naik pi pejabat YDP Gopeng, HJ Rahim Mat Arif yang terletak betul-betul dihadapan Posopis di Medan Gopeng ni. Kami pun berbual-bual. Banyaklah bendanya yang kami bualkan.Orang berumur macam kami, bila berbual tentunya tak lepas dari bercerita tentang masalah penyakit yang masing-masing ada …. Tetiba, keluar cerita pasal sorang mangsa tragedi berdarah flashmob yang diserang samseng jalanan Umno tajaan Hamidah Osman, bekas Adun tengin Sungai Rapat. Ceritanya di sini Mangsa, Amirul Zarin Asyraf bin Ahmad Tajudin , 20 tahun, menurut Hj Rahim, kini akan mendapat rawatan yang sewajarnya dalam tempoh masa 6 bulan (proses menuggu gusi bengkak mengecut). Beliau lalu menunjukan kepada aku sekeping surat 'sebutharga' dari sebuah klinik pergigian. Aku tengok agak mahal juga kos rawatan yang bakal dikenakan tu. "Mak OOi! Mahal nih!" spontan aku berkata bila tengok jumlah harag cadangan itu… "RM8720.00" agar terbeliak biji mata aku melihat jumlah tu. "Ada seorang Datuk, sanggup bayarkan untuknya", terang Hj Rahim… "Betul! Ada sorang Datuk tu, bila dia baca kat Harakah cerita pasal budak ni, terus dia hubungi pejabat PAS Pusat," terangnya lagi. Hj Rahim menceritakan, orang pejabat PAS telah memberikan nombor telepon Datuk itu kepadanya dan suruh menghubunginya. Bila dihubunginya, Datuk itu beritahu, yang dia sanggup membiayai segala kos rawatan simangsa. "Tak perlu!" jawap Datuk itu. "Bagi tahu saya berapa kosnya dan bagi saya nombor akaun bank untuk saya masukkan duit!" Datuk tu cakap senang-senang saja macam itu….!! Mak Ooii… baiknya hati budi Datuk yang kaya ini.Pemurah dan tidak lokek. Tak payah nak tengok sebutharga tu.Tak ada banyak soal itu ini, tapi dengan mudah sahaja sanggup nak masukan duit untuk membiayai kos rawatan tersebut.Mudah-mudahan Allah tambahkan rezekinya. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan