DUNIACACAMARBA |
- Presiden dan Timbalan Presiden UMNO Boleh Dicabar, Najib Yakin atau...
- Janda Dinoda dan Dikurung di dalam Tandas
- Nelson Mandela NAZAK
- Pelakon Gian Dadah Dicekup Lagi
Presiden dan Timbalan Presiden UMNO Boleh Dicabar, Najib Yakin atau... Posted: 26 Jun 2013 11:01 PM PDT Presiden, Timbalan Presiden Umno Boleh Dicabar - Ku Nan [Mstar] KUALA LUMPUR: Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno akan dipertandingkan dalam pemilihan parti itu tahun ini. Mengesahkan perkara tersebut, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Masor berkata, parti itu tidak menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan diri bertanding termasuk bagi merebut jawatan nombor satu parti. "Semua jawatan boleh bertanding. Semua jawatan dari peringkat presiden hinggalah ke jawatan Majlis Tertinggi. "Hanya daftarkan diri...semua boleh bertanding," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Khamis. Isu mengenai pertandingan membabitkan kedua-dua jawatan tertinggi Umno itu mula ditimbulkan Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang dilaporkan mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh. Cadangan itu disambut baik oleh kepimpinan Umno termasuk sayap parti itu. Bagaimanapun terdapat juga pandangan yang tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaako yang tidak mahu Umno menjadi parti yang eksklusif. Adnan dilaporkan berkata bahawa kesemua jawatan harus terbuka untuk dipertandingkan bagi menjadikan Umno kekal relevan kepada golongan muda dan berpendidikan. P/s: ...atau sudah ada "perjanjian" antara dia dengan Muhyiddin?? | ||
Janda Dinoda dan Dikurung di dalam Tandas Posted: 26 Jun 2013 08:23 PM PDT
[SH] SEGAMAT - Malang berganda menimpa seorang janda yang bukan saja rumahnya dekat sini, dipecah masuk, malah dia turut dirogol dalam kejadian awal pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, ketika kejadian, mangsa yang tinggal di rumah berkenaan bersama rakannya, tidak menyedari suspek memasuki biliknya kerana sedang tidur. "Mangsa yang tidur sendirian di biliknya hanya tersedar apabila suspek bertindak menutup mulutnya menggunakan selimut dan mengikat tangannya menggunakan tali. "Selepas merogol mangsa, suspek bertindak mengurungnya di dalam tandas sebelum berjaya melepaskan diri dengan bantuan teman serumahnya dan ketika itu suspek sudah meninggalkan rumah tersebut," katanya kepada Sinar Harian. Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat. Menurut Kamil, sejam selepas mangsa membuat laporan polis, anggotanya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan. "Hasil pemeriksaan, suspek yang berumur 29 tahun itu didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu rogol dan pecah rumah dan baru saja selesai menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan dibebaskan pada 2010 kerana kesalahan yang sama. "Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. "Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat kes, diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya. | ||
Posted: 26 Jun 2013 07:51 PM PDT [Kosmo] PRETORIA - Anggota keluarga Nelson Mandela berkumpul di sebuah hospital di sini untuk mendengar bacaan doa mengharapkan ikon anti apartheid itu pergi dengan tenang. Paderi Besar Cape Town, Thabo Makgoba melawat Hospital Jantung Mediclinic di sini bersama isterinya kelmarin untuk mendoakan Mandela yang sedang nazak. Pernah dipenjara selama 27 tahun kerana menentang pemerintahan minoriti kulit putih di Afrika Selatan, Mandela dimasukkan ke hospital itu pada 8 Jun lalu kerana jangkitan paru-parunya berulang. Beliau juga merupakan Presiden kulit hitam Afrika Selatan yang pertama. Semasa 19 hari terlantar di hospital, keluarganya dan masyarakat dunia hanya mampu melihat keadaan kesihatan pemimpin berusia 94 tahun itu semakin merosot. Dalam pada itu, lebih ramai anggota polis dilihat berkawal di kawasan kejiranan Mandela semalam berbanding hari sebelumnya. Di luar hospital, orang ramai tidak berhenti menghantar kalungan bunga dan mesej ucap selamat dengan sebahagian mereka menyanyikan lagu pujian kepada Mandela. "Saya berada di sini kerana Tata (bapa) Mandela," kata penduduk berusia 38 tahun, Tolly Mogane. "Berkat perjuangan Mandela, hari ini saya bebas, tiada siapa yang akan menghalau saya dari sini," tambahnya. Selepas dibebaskan dari penjara pada 1990, Mandela melakukan rundingan yang menamatkan pemerintahan apartheid di Afrika Selatan. Beliau kemudian memenangi pilihan raya pertama di negara itu yang diadakan melalui proses demokrasi sepenuhnya. Mandela memegang jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan selama satu penggal, sebelum mengambil peranan baru sebagai seorang negarawan dan aktivis kempen memerangi AIDS. Mandela membuat keputusan untuk menjalani kehidupan lebih tenang bersama keluarganya pada 2004.- AFP | ||
Pelakon Gian Dadah Dicekup Lagi Posted: 26 Jun 2013 05:43 PM PDT [HM] Ampang: Seorang pelakon lelaki yang sebelum ini pernah dicekup berkaitan kes dadah, sekali lagi ditahan polis di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, di sini, pagi semalam kerana disyaki melakukan kesalahan sama. Pelakon berusia 30-an itu ditahan selepas ujian air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati dia positif mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu. Sumber polis berkata, pelakon itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi di kondominiumnya oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang melakukan serbuan di rumah berkenaan. "Ketika serbuan dilakukan, dia berada dalam rumah itu seorang diri. Namun, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan tidak menemui sebarang dadah. "Dia kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk ujian saringan air kencing dan hasil ujian mendapati pelakon itu dapati positif mengambil dadah," katanya. Berikutan itu, katanya, pelakon terbabit kini ditahan dan polis dijangka mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya hari ini. Menurutnya, pelakon itu akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan. Sebelum ini, pelakon berbakat itu ditahan pada Mac 2010 dan penahanannya ketika itu mencetuskan kegemparan selepas polis turut menemui makmal memproses dadah di lokasi dia ditahan di pinggir ibu negara. Ketika dibicarakan di mahkamah, pelakon itu dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, namun didapati bersalah memiliki dadah dan dikenakan denda RM5,000. Dia dibebaskan selepas membayar denda itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi Harian Metro, malam tadi mengesahkan penahanan pelakon terbabit. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan