Biaqpila |
- MASJID DICONTENG LAMBANG NAZI
- MOHON PENCERAHAN:BOLEHKAH ZIKIR SAMBIL MENARI?
- RAFIZI BIKIN SPR PANAS PUNGKOQ
Posted: 27 Jun 2013 05:49 AM PDT KEBANYAKAN grafiti kebencian disembur di kawasan yang akan menjadi ruang solat di tingkat bawah Masjid Redditch Central. London: Polis memburu samseng yang memecah masuk sebuah masjid awal pagi semalam dan membuat contengan lambang Nazi pada bangunan itu. Kebiadapan itu dikesan pada Masjid Redditch Central di Worcestershire selepas anggota polis menyiasat laporan berlaku pencerobohan di situ jam 4.30 pagi. Penceroboh dipercayai memecah masuk ke kawasan masjid yang masih dibina itu kira-kira jam 2 pagi sebelum menggunakan cat yang ada untuk menyembur mesej kebencian. Polis masih mengawal masjid di Jalan Jinnah itu ketika anggota forensik menjalankan siasatan. Tidak dapat dipastikan jika ada barang lain dicuri ketika kejadian. Sementara itu pegawai polis West Mercia, Kevin Purcell berkata selama ini hubungan antara komuniti Muslim dan penduduk setempat berlangsung dengan amat baik. "Disebabkan beberapa kejadian seperti ini berlaku di seluruh negara, anggota polis diarah berkawal dengan lebih ketat dan kejadian sebegini tidak boleh diterima," katanya. Purcell berkata, dia akan mengatur mesyuarat dengan pengerusi masjid, pemimpin setempat dan Kumpulan Penasihat Bebas bagi memastikan semua pihak komited mengelak sebarang serangan seumpama itu berulang. Grafiti kebencian perkauman itu bukan yang pertama berlaku di masjid berkenaan. Pada Julai 2006, Masjid Redditch Central dibakar dan menyebabkan kerosakan bernilai £3,000 (RM14,760). Pengkhianat turut cuba membakar masjid sama pada Januari lalu tetapi api yang dihidupkan pada pintu depan bangunan itu tidak merebak. Tiada sesiapa yang cedera atau berlaku kerosakan serius dalam insiden itu. - Agensi HM RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
MOHON PENCERAHAN:BOLEHKAH ZIKIR SAMBIL MENARI? Posted: 27 Jun 2013 12:18 AM PDT |
RAFIZI BIKIN SPR PANAS PUNGKOQ Posted: 26 Jun 2013 06:00 PM PDT Pakatan mahu SPR namakan pembekal dakwat Pakatan Rakyat mengancam untuk mendedahkan nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sekiranya suruhanjaya itu masih enggan berbuat demikian. "Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan," kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini. Beliau mendakwa siasatannya menunjukkan bahawa kontrak untuk membekalkan dakwat kekal tersebut dianugerahkan kepada satu syarikat Singapura. Rafizi seterusnya mendakwa bahawa syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan dana – malah terpaksa membuat pinjaman dengan seorang ahli perniagaan untuk mendapatkan modal RM7 juta bagi transaksi tersebut. MP Pandan tersebut berkata demikian susulan celahan oleh Anthony Loke (DAP-Seremban) yang membangkitkan mengenai satu jawapan menteri bahawa suruhanjaya itu tidak boleh menamakan pembekal dakwat berkenaan atas sebab keselamatan. MK RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan