Khamis, 27 Jun 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Surendren: Kerajaan Perlu Ambil Serius Saranan Hakim Berkenaan IPCMC

Posted: 27 Jun 2013 02:47 AM PDT


surendran speech mic 01

KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia perlu mengambil serius saranan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham yang menyokong cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera bagi menangani peningkatan kes kematian dalam tahanan.

Naib Presiden PKR, N Surendran ketika ditemui berkata, saranan mahkamah itu seharusnya dipandang serius oleh pihak kerajaan bagi memberi jaminan supaya kematian dalam tahanan dapat dikurangkan.

"Ini adalah kritikan hebat dan perlu diambil perhatian oleh kerajaan walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hami di nyatakan sebelum ini ia tidak perlu," katanya.

Singham berkata demikian ketika membacakan penghakimannya dalam kes saman ke atas polis dan kerajaan yang dikemukakan oleh keluarga seorang tahanan yang meninggal dunia, A Kugan empat tahun lalu.

Jelasnya, saranan suruhanjaya siasatan diraja untuk menubuhkan IPCMC tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja.

Tindakan ini katanya perlu dilakukan secepat mungkin bagi memberi keyakinan kepada semua pihak termasuk anggota keluarga individu yang meninggal dunia.

Surendren yang juga Ahli Parlimen Padang Serai turut mengesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meletak jawatan apabila mahkamah memutuskan Khalid cuai dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Selangor ketika itu.

"Ia adalah keputusan mahkamah yang amat penting kerana hakim dengan jelas menyatakan bahawa Kugan dibunuh semasa berada dalam tahanan polis.

"Khalid tidak mempunyai pilihan lain selain meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memberi respon segera terhadap kejadian ini.

"Saya mahukan jawapan jelas daripada menteri dan bertindak sesuai dengan apa yang dibangkitkan untuk mendapat maklumat jelas tentang apa yang berlaku," tegasnya.

Statistik 2000 hingga Mei 2013 menunjukan seramai 231 kes kematian dalam lokap dicatatkan.

Kerajaan Negeri Sokong JAIS Tutup Sementara Sekolah Agama

Posted: 27 Jun 2013 02:41 AM PDT


Sekolah Jerebu

SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri menyokong penuh cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menutup sementara sekolah agama kerana jerebu bagi kawasan yang mengalami Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 300.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semua Sekolah Agama Negeri, sekolah yang menerima bantuan (KAFA Intergrasi) dan sekolah persendirian yang berdaftar di bawah JAIS secara automatik wajib ditutup untuk sementara apabila IPU melebihi 300.

Ujar Abdul Khalid, ia seperti yang diarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagi kawasan IPU antara 250 hingga 300, pihak pentadbiran sekolah yang berkenaan perlu memaklumkan kepada jabatan tentang penutupan sekolah.

"Sekolah di kawasan IPU di bawah 250 masih boleh dibuka dengan mengambil langkah seperti memakai topeng muka, menghadkan aktiviti luar kelas dan segera merujuk ke hospital jika pelajar atau guru mengalami gangguan kesihatan.

"Semua sekolah perlu mematuhi panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menutup sekolah atau memberi cuti kepada guru dan murid akibat jerebu," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media.

Dr Nasir : PAS dan PSM Tidak Bercanggah

Posted: 27 Jun 2013 02:40 AM PDT


KLSCAH 01

KUALA LUMPUR  : Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PAS dilihat mempunyai persamaan dalam perjuangan apabila menitikberatkan kebajikan rakyat dan membela pihak yang tertindas akibat kerakusan pemerintah mengekalkan kuasa.

Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim berkata, parti tersebut yang berteraskan fahaman sosialis bergerak demi menegakkan nasib rakyat yang dinafikan hak yang sepatutnya menjadi milik mereka.

"Kita sebagai sosialis memperjuangkan hak dan keadilan. Kita tidak membenarkan sesiapa menindas sesiapa. Asas kami adalah kasih sayang.

KLSCAH 02

"Dari situ kita dapat keadilan, keharmonian dan atasi pelbagai perkara lagi. Bermakna kita hormati rakyat dan maju ke depan selain memperkasakan mereka," katanya sebagai panelis dalam wacana "Islam, Sosialis, Liberal! PAS Di Mana? anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF) di sini semalam.

Panelis lain ialah Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; Pengarah Eksekutif Middle Eastern Graduate Center (MEGC), Al-Mustaqeem Mahmod Radhi dan aktivis politik, Hishamuddin Rais.

Dr Nasir berkata, apa yang berlaku dewasa ini adalah rakyat sering menjadi mangsa kepada kerajaan yang memerintah dengan berpihak kepada golongan kapitalis.

Menurutnya, PSM boleh bersama dalam perjuangan seandainya terdapat parti politik atau pihak lain turut menyuarakan perkara sama.

"Kalau ada pihak yang memperjuangkan penindasan, mengapa tidak kita turut serta. Kalau kita dalam pergerakan sama, mengapa tidak boleh bersama,?" soalnya.

Bagi Dr Mujahid, agenda negara berkebajikan diperjuangkan PAS sejak 1960an adalah gambaran jelas parti itu mementingkan pembelaan terhadap rakyat serta menegakkan syiar Islam di negara ini.

Tambahnya, biarpun berfahaman atau berideologi berbeza namun PAS boleh berganding tenaga dengan parti politik seperti DAP dan PKR menerusi persamaan yang wujud.

"Kita turut bersama menentang penindasan yang terjadi. Jika dilihat ada banyak pemimpin PAS yang turut ditahan menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memperjuangkan golongan tertindas.
"PAS masuk politik sebab apa? Ada yang kata kita gila kuasa. Ya. Apa guna masuk politik dan bertanding kalau tidak mahu menang.

"Apa guna satu ideologi kalau ideologi itu tidak mampu mengubah keadaan. Bagi kami parti Islam, kami yakin Islam boleh membawa perubahan dengan maksudnya yang sama sepertimana dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Isu PSM dan PAS menjadi hangat dalam pilihanraya lalu apabila berlaku pertandingan antara calon kedua parti itu seperti di DUN Kota Damansara yang menyebabkan Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kawasan berkenaan.

Menteri Perlu Perjelas Dakwaan Ijazah Palsu

Posted: 27 Jun 2013 02:36 AM PDT


ijazah palsu

KUALA LUMPUR  : Dua menteri kabinet Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan ijazah palsu dari luar negara digesa memperjelaskan perincian berkenaan dakwaan tersebut.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming mendakwa beliau memperolehi maklumat mengenai kelulusan Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem daripada laman web Kementerian Luar Negeri.

"Kami menyeru menteri untuk menjelaskan mengapa Kementerian Luar Negeri menyenaraikan kelayakan beliau sebagai sedemikian dan bukannya apa yang menteri sebut bahawa beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dari University of Hertfordshire seperti mana yang dilaporkan dalam pelbagai laman online semalam," katanya.

Dr Ong berkata demikian dalam satu sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Richard didakwa memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland), Teoranta pada tahun 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Preston University, Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Richard dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan berkenaan.
Mengulas lanjut, Dr Kian Ming menyatakan kesediaan berdepan dengan tindakan undang-undang berhubung kenyataannya.

Menurut Dr Kian Ming, laman web Kementerian Sains dan Teknologi juga tidak lagi menampilkan butir peribadi menterinya, Datuk Dr Ewon Ibin pada hari ini.

Sebelum ini, Dr Kian Ming mendedahkan menteri (Ewon) berkenaan memperolehi Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Commonwealth Open University dan Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan (DBA) daripada Golden State University, Wyoming, Amerika Syarikat.

"Kami menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meminta perletakan jawatan serta merta salah seorang atau kedua-dua menteri tersebut sekiranya mereka tidak ikhlas mengenai kelayakan pendidikan mereka atau telah memperolehi ijazah ragu daripada kilang ijazah," ujarnya lagi.

SPR: PRK Kuala Besut selewat-lewatnya 27 Ogos

Posted: 27 Jun 2013 02:33 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini menyerahkan surat pemakluman rasmi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu.

Yang Dipertua DUN Mohd Zubir Embong menyerahkan surat itu kepada Pengarah SPR negeri Fakhrul Razi Ab Wahab di pejabat beliau di Wisma Darul Iman di sini pada 10 pagi ini.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pagi semalam akibat kanser paru-paru.

Fakhrul Razi berkata beliau akan menyerahkan surat itu kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
"Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut boleh diadakan selewat-lewatnya pada 27 Ogos depan," katanya. Peraturan pilihan raya menetapkan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pemakluman rasmi kekosongan kerusi.

A. Rahman ialah  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri.

Pada pilihan raya umum ke-13 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi itu bagi Barisan Nasional (BN) setelah mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu apabila memenangi 17 kerusi, PAS menguasai 14 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu kerusi. - Bernama

PKR puas hati keputusan kes Kugan, namun desak penubuhan IPCMC

Posted: 27 Jun 2013 02:27 AM PDT

Oleh Md Izwan

PKR berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kematian A. Kugan semalam, namun pada masa sama bertegas supaya penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dipercepatkan.

Keputusan tersebut dialu-alukan oleh semua pihak kerana tiada sesiapa yang boleh menafikan keluarga Kugan berhak mendapat keadilan dan kebenaran di dalam tragedi malang ini, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini.

"KEADILAN mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kematian A. Kugan."

"Saya yakin semua rakyat Malaysia yang berperikemanusiaan tidak boleh menafikan bahawa keluarga Kugan berhak mendapat keadilan dan kebenaran di dalam tragedi malang ini," kata Nik Nazmi.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V. T. Singham dalam penghakimannya memutuskan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar dipertanggungjawabkan ke atas kematian A. Kugan ketika berada dalam tahanan polis, kerana didera secara fizikal semasa soalsiasat polis empat tahun lalu.

Singham juga memberikan pampasan sebanyak RM851,700 kepada N. Indra di atas serangan terhadap Kugan, penahanan salah, kecuaian dan pampasan kecederaan dan penderitaan.

Bagaimanapun, Nik Nazmi menegaskan Putrajaya dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh mengambil ringan dan melengah-melengahkan gesaan supaya IPCMC ditubuhkan secara serta-merta kali ini kerana Singham secara terbuka juga menggesa badan tersebut ditubuhkan.

"Pada masa yang sama, keputusan ini membangkitkan persoalan yang serius dan berterusan mengenai integriti PDRM dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang mana ketika menjadi Ketua Polis Selangor didapati bertindak tidak wajar di dalam kes Kugan."

"Kami mendesak Kerajaan Persekutuan dan PDRM untuk memandang serius gesaan Hakim V. T. Singham untuk ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebagaimana dicadangkan Suruhanjaya Tun Dzaiddin Abdullah, malah mempercepatkan penubuhan institusi tersebut," tambah Nik Nazmi lagi.

Menurut kumpulan hak asasi SUARAM, terdapat 218 kes kematian dalam tahanan yang didakwa berlaku di Malaysia dari tahun 2000 hingga bulan ini, dengan rekod menunjukkan sembilan daripada kes tersebut berlaku pada tahun 2012, manakala lapan kes kematian setakat ini dilaporkan berlaku dalam tempoh lima bulan tahun ini.

Satu Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) yang melawat penjara Malaysia dan pusat tahanan melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, "seramai 1,500 orang mati semasa ditahan pihak berkuasa".

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan.

Ibunya mendakwa defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis. Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.

Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, empat hari kemudian, beliau ditemui mati.

Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan.

Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu.



Penyelaras SAMM Selangor didakwa anjur perhimpunan haram

Posted: 27 Jun 2013 02:23 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor, Azhar Achil dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Klang hari ini atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram di Sabak Bernam dekat sini minggu lepas.

Azhar, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Tertuduh didakwa menganjurkan perhimpunan jelajah suara rakyat Black 505 dengan tidak memberikan notis kepada Ketua Polis Daerah dalam tempoh 10 hari sebelum program itu diadakan.

Azhar didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Tembak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam, pada pukul 9 malam, 18 Jun lepas serta didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 9 (5) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM15,000.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail mencadangkan agar Azhar dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin atas alasan keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu supaya mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang rendah memandangkan dia telah memberi kerjasama yang baik kepada polis.

Tasnim kemudian membenarkan Azhar dibebaskan dengan jaminan RM4,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 20 Julai ini untuk sebutan semula kes. - Bernama,

Kempen 1Malaysia sudah mati, kata Guan Eng, Perkasa

Posted: 27 Jun 2013 02:20 AM PDT

OLEH YISWAREE PALANSAMY DAN ELIZABETH ZACHARIAH





Sebelum Pilihan Raya 2013, konsep 1Malaysia merupakan perbualan harian di negara kita, diasaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyatukan rakyat berbilang kaum selain untuk memenangi sokongan bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke 13.

Akan tetapi selepas pilihan raya 5 Mei, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa tanpa mendapat kembali majoriti dua pertiga di Parlimen dan undi popular, dengan perasaan kecewa kerana merasa dikhianati, konsep 1Malaysia kelihatan asing kepada Najib dan orang-orang bawahnya.


Perdana menteri juga dilihat tidak lagi didengari bercakap tentang slogan itu. Kebanyakan menterinya seolah-oleh sudah melupakannya. Oleh kerana sebahagian besar masyarakat Cina mengundi pembangkang dalam pilihan raya 5 Mei lalu, sebahagian daripada pemimpin Umno dan Perkasa merasakan konsep 1Malaysia telah ditolak pengundi oleh itu, Najib perlu menjadikannya sebagai artifak.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang kalah di kerusi Parlimen Pasir Mas dalam Pilihan Raya 2013 mengatakan konsep 1Malaysia telah mati sebaik sahaja pentadbiran Najib menyalahkan masyarakat Cina kerana kelemahan prestasi BN.

Pada pengalaman lalu, idea penyatuan antara kaum berlainan tidak menjadi kerana ia berlandaskan andaian salah: masalah utama dihadapi oleh bukan Melayu boleh ditangani dengan pemberian wang tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

"Bagi Najib, cara paling mudah adalah pemberian BR1M dan terus memberinya. Ini merupakan satu penghinaan kepada bukan Melayu. Lagipun, selepas pemberian BR1M, pemberian terhadap pembangunan sekolah dan MOU dengan Hindraf, apakah undi Cina dan India kembali?" kata Ibrahim ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

"Kedua-dua BR1M dan 1Malaysia mempunyai satu kesamaan. Kedua-dua mempunyai jangka hayat pendek," tambah beliau lagi.

Napisah ziarah keluarga Allahyarham Dr A. Rahman

Posted: 27 Jun 2013 02:13 AM PDT

Anis Nazri,


KUALA LUMPUR: Biarpun berbeza pandangan politik, ia tidak membataskan bekas calon PAS di Kuala Besut, Napisah Ismail untuk menziarahi keluarga Adun Kuala Besut, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar yang meninggal dunia, pagi semalam akibat penyakit kanser paru-paru.

Napisah, menziarahi keluarga Allahyarham pagi ini bersama tujuh anggota Hal Ehwal Wanita (Helwa) PAS Besut dan sempat meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama isteri Allahyarham.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Napisah yang turut merakamkan takziah kepada allahyarham berkata isteri Allahyarham kelihatan begitu tabah dengan ujian yang menimpa ini dan melayani beliau dan rombongan dengan begitu mesra sekali.

"Biarpun baru kehilangan insan tersayang, beliau tidak jemu-jemu melayan kami dengan baik.  Begitu juga dengan Allahyarham, yang sepanjang kami kempen bersama, tidak pernah menyerang peribadi antara satu sama lain," kata beliau.

Serah pimpinan parti

Menyentuh soal calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, Napisah menyerahkan segala keputusan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.

Tambah Napisah, sama ada beliau dicalonkan semula atau calon lain diletakkan bertanding di situ, ia tidak sesekali menjejaskan gerak kerja PAS Besut untuk memenangkan calon PAS kelak.

"Saya tidak kisah, sama ada dicalonkan semula atau tidak. Bukan tujuan saya untuk berebut menjadi calon. Yang penting, sesiapapun calon yang diketengahkn kelak, saya akan berkerja keras untuk memastikan calon itu mendapat kemenangan," kata beliau lagi.

Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar yang juga Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi semalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, allahyarham Dr A. Rahman menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

Selesaikan isu SPR sebelum cadang perdamaian

Posted: 27 Jun 2013 02:11 AM PDT

Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR: PAS bersedia duduk bersama dalam pendamaian nasional jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan terlebih dahulu isu yang mambabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta penyelewengan yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika dihubungi Harakahdaily menegaskan, PAS tidak akan berkompromi dalam perkara-perkara asas yang melibatkan isu-isu keadilan, keselamatan, perundangan termasuk isu integriti SPR.

Menurutnya segala isu ini perlu diselesaikan secara menyeluruh mengikut apa yang dituntut oleh Pakatan Rakyat terutamanya melibatkan penipuan di dalam PRU13 pada 5 Mei lalu.

"PAS sedia duduk semeja dalam pendamaian nasional sepertimana yang dicadangkan oleh Najib tetapi syarat utama Perdana Menteri perlu menyelesaikan secara menyeluruh apa yang dituntut oleh kita terutamanya penipuan dalam PRU13 serta memulihkan SPR sepenuhnya.

"Perkara-perkara asas ini perlu diselesaikan oleh Najib sepenuhnya barulah beliau boleh mengemukakan cadangan tersebut dan kita dari Pakatan Rakyat khususnya PAS bersedia untuk duduk bersama," jelasnya.

Salahuddin turut menegaskan, Najib tidak perlu mengemukakan cadangan untuk pendamaian nasional jika perkara asas yang membabitkan keputusan PRU13 yang penuh dengan penyelewengan serta jelas bertentangan dengan perundangan tidak dapat beliau atasi.

"Selagi tonggak utama membabitkan SPR dan PRU13 tidak diselesaikan, Najib perlu melupakan pendamaian nasional.

"Kami menuntut ia diselesaikan, pulihkan SPR mana-mana anggota tertinggi di dalam SPR perlu letak jawatan dan lantikan hendaklah dilakukan mengikut satu kaedah yang khusus barulah usaha damai ini boleh dikemukakan," tegas beliau.

Zahid Hamidi gagal ketepikan kes saman terhadapnya daripada dibicarakan

Posted: 27 Jun 2013 02:08 AM PDT

Oleh Rita Jong

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menggunakan semua ruang undang-undang untuk menghalang kes saman terhadapnya didengari di mahkamah.

Mahkamah Persekutuan pagi ini menolak permohonan menteri dalam negeri itu yang cuba mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah lebih rendah mengatakan kes saman itu perlu dibicarakan.

Saman itu difailkan oleh Amir Bazli Abdullah terhadap Ahmad Zahid yang dituduh menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor.

Amir Bazli mengalami patah hidung (kecederaan kekal) dan rosak kekal di bahagian sebelah kiri mata.

Lima orang Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Tan Sri Md Raus Sharif mengatakan persoalan undang-undang sudah selesai.

"Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kes itu perlu dibicarakan dan Mahkamah Rayuan mempunyai pendapat sama," kata hakim itu.

"Biarlah ini dibicarakan di mahkamah dan biarkan mahkamah membuat keputusan. Dia akan mempunyai ruang untuk merayu kemudian."

Md Raus kemudian menolak permohonan Ahmad Zahid dengan kos RM5,000.

Semasa kejadian itu dikatakan berlaku, Ahmad Zahid merupakan timbalan menteri penerangan.

Dalam satu kenyataan tuntutannya, Amir Bazli berkata, kira-kira jam 10 malam pada 16 Jan, 2006, dia berada di sebuah stesen minyak di Bangi apabila ejen defendan mendekati dan mengugutnya.

Mereka membawanya secara paksa ke kelab rekreasi Country Heights di Kajang.

Terdapat, plaintif menyaksikan Ahmad Zahid dengan menantunya bernama Hisham dan anak lelakinya yang dikenali sebagai KK. Terdapat juga beberapa yang lain bersama mereka.

Dedah nama syarikat pembekal dakwat kekal

Posted: 27 Jun 2013 01:52 AM PDT

Salmiyah Harun,

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa mendedahkan nama syarikat yang yang membekalkan dakwat kekal pada piliha raya umum (PRU) ke-13 lalu.

Menurut Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook dakwat kekal yang dibekalkan syarikat terbabit bukan sahaja kosnya yang melambung dan tidak berpatutan tetapi ia tidak memenuhi fungsinya kerana dakwat tersebut langsung tidak kekal.

Malah katanya, SPR dan kerajaan Malaysia sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal tersebut untuk menuntut ganti rugi kerana barangan yang dibekalkan tidak mematuhi spesifikasi.

Malangnya, katanya beliau, SPR bukan sahaja tidak mengambil tindakan terhadap pembekal malah terus melindungi pembekal tersebut dengan merahsiakan maklumat syarikat atas sebab keselamatan.

"Apa isu keselamatan yang dimaksudkan? Bagaimanakah maklumat pembekal dakwat kekal boleh menimbulkan masalah keselamatan? Sebelum PRU13, maklumat pembekal tersebut dirahsiakan oleh SPR atas alasan bahawa kemungkinan di sabotaj.

"Kini PRU telah berlalu dan tidak ada sebab pembekal tersebut tidak boleh diumumkan," tegasnya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.   

Katanya, tindak-tanduk SPR untuk terus berdolak-dalik dalam isu ini akan memperkuatkan presepsi negatif terhadap SPR dan tuntutan untuk perletakkan jawatan Pengerusi, Timbalan dan ahli-ahli SPR terus diperhebatkan.

Sementara itu, Loke turut terkilan dengan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendedahkan jumlah kos penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal pada PRU lalu sebanyak RM7.1 juta.

Sedangkan katanya, pada tahun 2008 lalu kos yang digunakan untuk membeli dakwat oleh SPR sebanyak RM2.4 juta walapun dakwat itu dimusnahkan selepas tidak dibenarkan oleh kerajaan beberapa hari sebelum PRU12.

Jelasnya, jumlah pengundi pada tahun 2008 adalah 10.9 juta manakala jumlah pengundi pada tahun 2013 ialah 13.3 juta iaitu pertambahan 20 peratus.

"Mengapakah pertambahan pengundi sebanyak 20 peratus boleh menyebabkan peningkatan kos dakwat kekal dari RM2.4 juta ke Rm7.1 juta. Satu peningkatan tiga kali ganda," soalnya.

Tambahnya, pada 19 jun 2013 kerajaan India menyumbang 40,000 botol dakwat kekal kepada Cambodia untuk pilihan raya umum mereka dengan kos US877,800 (RM2.8 juta) di mana Cambodia mempunyai lebih 9 juta pengundi.

"Mengapa perbezaan kos ini begitu ketara dan apa sahaja yang dibeli oleh kerajaan Malaysia sentiasa mahal? Apa sahaja yang kita beli mesti lebih mahal," katanya.

Dakwat: Tadi kata tiada bahan kimia, sekarang ada

Posted: 27 Jun 2013 01:48 AM PDT

Hazayani Zakaria,


KUALA LUMPUR: Jawapan bercanggah kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin menimbulkan keraguan banyak pihak.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli mempertikai jawapan berbeza menteri kepada wakil rakyat yang berbeza pada hari yang sama mengenai dakwat kekal.

Menurut beliau, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia Silver Nitrate.

Namun pada hari yang sama, menteri memberi penjelasan berhubung peratusan Silver Nitrate yang terkandung dalam dakwat yang digunakan.

"Semalam kita dengar jawapan kepada Ahli Parlimen Segambut bahawa dakwat tidak ada bahan kimia tetapi mengandungi pewarna makanan.

"Hari yang sama SPR menjawab melalui menteri kepada saya atas soalan mengapa kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan raya Umum ke-13 di bawah paras 1% sedangkan piawaian asal yang ditetapkan ialah 4%.

"Isunya, tadi menteri kata tiada bahan kimia sekarang ada bahan kimia pula, jawapan diberi pada hari yang sama kepada wakil rakyat yang berbeza," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menjawab soalan beliau itu, menteri memaklumkan bahawa mengikut prosedur operasi standard (SOP) tidak menetapkan sebarang piawaian bagi peratus Silver Nitrate dalam dakwat kekal bagi digunakan dalam PRU13.

"Semakan SPR mendapati kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal adalah berbeza-beza mengikut negara.

"Mengambil maklum akan pengalaman Kementerian Kesihatan yang menggunakan Silver Nitrate dalam rawatan untuk penyakit kulit tanpa memudaratkan pesakit ialah sebanyak 0.5 hingga satu peratus.

"Atas dasar mengutamakan kesihatan pengundi yang pertama kali menggnakan dakwat kekal, SPR mengambil pendekatan melalui prinsip penggunaan bahan kimia pada paras terendah seterusnya memutuskan kandungan Silver Nitrate satu peratus bagi penggunaan dakwat kekal dalam PRU yang lalu," kata menteri dalam jawapan bertulis kepada Hatta.

Hatta yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS juga berkata, dakwaan bahawa penggunaan Silver Nitrate boleh mengakibatkan penyakit sangat tidak masuk akal kerana pengundi hanya menggunakannya dalam kuantiti yang sedikit dan bukan digunakan setiap hari.

"Baru-baru ini SPR ada menyebut dalam temu bual di televisyen bahawa dakwat kekal ini yang mengandungi Silver Nitrate bahaya dan boleh menyebabkan kanser dan buah pinggang.

"Kalau kita guna secara berterusan dalam kuantiti yang banyak mungkinlah boleh sebabkan penyakit tapi kita mencalit sedikit sahaja atas kuku dan mengenai kulit lima tahun sekali.

"Jadi di mana logiknya bahaya dakwat kekal ini?" soalnya.

NFC: Berapa ganti rugi dibayar kepada kerajaan

Posted: 26 Jun 2013 05:23 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Siti Zailah Mohd Yusoff [PAS-Rantau Panjang] meminta Menteri Kewangan menyatakan kerugian yang ditanggung oleh kerajaan hasil kegagalan projek NFC.

Dalam soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini, beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut meminta Perdana Menteri menyatakan setakat ini berapakah bayaran ganti rugi yang telah dikembalikan kepada kerajaan oleh pihak yang terbabit.

Soalan ahli-ahli Dewan Rakyat daripada PAS yang lain adalah seperti di bawah.

Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha-usaha yang telah diambil untuk mengawal peningkatan harga rumah kediaman di kawasan bandar.

Dr. Haji Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah Kerajaan sedar hampir semua Pusat Hemodialisis sekarang ini dikenakan syarat oleh Malaysia Society of Nephrology (MSN) supaya 'person in charge (PIC)' mesti dari kalangan Doktor Pakar Perubatan Penyakit Dalaman (internal medicine), sedangkan syarat tersebut tidak wujud dalam mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan di mana tapak pelupusan sisa  radioaktif Lynas akan ditempatkan. Lebih-lebih lagi, apabila Nicholas Curtis, pengerusi Syarikat Lynas berkata tidak ada peruntukan untuk membawa sisa-sisa Lynas ke luar negara sebelum ini.

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimanakah perlaksanaan meletakkan SPR di bawah  pengawasan Parlimen.

Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan pelan tindakan Kementerian untuk memastikan jumlah perwakilan wanita meningkat di dalam Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.

Datuk Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kontrak yang berasaskan Risk Service Contract (RSC) yang dikeluar dan diluluskan oleh Petronas dan senaraikan nama syarikat tempatan mengikut pecahan Bumiputera dan bukan Bumiputera yang telah dianugerahkan kontrak tersebut.

Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Perdana Menteri menyatakan usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak JAKIM untuk memastikan status halal dalam bidang farmaseutikal di Malaysia.

Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan apakah jenis-jenis peruntukan untuk Kerajaan Negeri Kelantan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, sejak ditubuhkan hingga kini dan berapakah jumlahnya.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan isu sebenar yang melatari kes penggantungan bekas ketua jurulatih olahraga kebangsaan dan enam atlet pecut negara baru-baru ini.

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan bila pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Berchang, Kuala Lipis akan dimulakan.

Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah pihak polis telah menyiasat pendedahan Peguam Americk Singh Sidhu pada 16 Mac 2013 di Mesyuarat Agung Majlis Peguam yang menyatakan Peguam Cecil Abraham mengakui kepada Americk bahawa Perdana Menteri telah meminta beliau menyediakan Akuan Bersumpah palsu mendiang P. Balasubramaniam.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah polisi rasmi Kerajaan tentang pengawasan-pengawasan kerja di tapak projek yang dikendalikan oleh perunding swasta dipantau oleh wakil perunding swasta atau Kerajaan.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah hospital baru daerah Dungun akan dimulakan pembinaan dan bilakah jangkaan operasi sepenuhnya.

Datuk Kamarudin bin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan bilakah Kedutaan Malaysia di Palestin akan dibuka.

Isu "perlekeh" institusi diraja hangatkan Parlimen

Posted: 26 Jun 2013 05:19 PM PDT

SINAR HARIAN

Bung Mokhtar Radin
Bung Mokhtar Radin
 
KUALA LUMPUR - Tindakan sesetengah pihak yang seolah-olah memperlekeh dan tidak menghormati institusi diraja menghangatkan Dewan Rakyat hari ini, sehingga ada yang mencadangkan akta khusus diwujudkan bagi membolehkan tindakan diambil sebagai pengajaran kepada mereka yang bersalah.
  
Cadangan itu disuarakan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang penuh bersemangat menggesa akta khas digubal agar tindakan tegas, termasuk hukuman penjara, dikenakan terhadap mereka yang didapati menghina institusi diraja.
  
"Saya cadang diwujudkan Akta Derhaka supaya tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong...mana-mana orang yang menghina kenakan hukuman tegas termasuk dipenjara," katanya ketika mencelah perbahasan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
  
Shamsul Anuar ketika itu berucap mencadangkan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 semalam.
  
Menurut Bung Moktar, perkara itu telah diamalkan di Thailand terhadap rakyatnya mahupun orang luar yang menghina institusi diraja dengan mengenakan hukuman penjara.

Turut mencelah, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang menegaskan semua pihak perlu menghormati raja dan mencadangkan supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan sebaliknya.
  
Bersetuju dengan pandangan Bung Moktar, Shamsul Anuar menggesa kerajaan mengkaji cadangan mewujudkan undang-undang baharu atau bertindak mengukuhkan undang-undang sedia ada bagi menghalang mana-mana pihak daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh meruntuhkan institusi tertinggi negara itu.
  
Beliau turut mencadangkan undang-undang penyalahgunaan media sosial dipertimbangkan termasuk mengemas kini peruntukan sedia ada bagi meletakkan sikap kebertanggungjawaban rakyat terhadap kebebasan bersuara yang didokong negara.
  
"Institusi diraja adalah tonggak yang perlu dihormati dan tidak kira fahaman politik, kaum atau agama, ia adalah lanjutan pemerintahan diraja yang diwariskan dengan konsep raja berperlembagaan dan melalui sistem itu telah berjaya meletakkan negara di tempat yang tinggi.
  
"Institusi ini bagaimanapun dikritik golongan tertentu kononnya atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara dan ini tidak boleh diterima sama sekali," katanya.

Menjurus perhatian mengenai penahanan dua individu berikutan kenyataan menyindir Yang di-Pertuan Agong awal bulan ini, Shamsul Anuar turut membidas tindakan mengheret institusi diraja ke kancah politik dan emosi, dengan menyifatkannya sebagai contoh penghinaan terhadap institusi diraja.
  
Dalam pada itu, hujah sinis Shamsul Anuar yang menyentuh kenyataan beberapa anggota Parlimen yang dilaporkan seolah-olah tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong semalam, menyebabkan sesi perbahasan beberapa kali terganggu apabila beberapa anggota pembangkang bangun membantah sehingga berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua belah pihak.
  
Tian Chua (PKR-Batu) dan Haniffa Maidin (Pas-Sepang) antara yang berulang-kali bangun menolak kenyataan Shamsul Anuar yang disifatkan sebagai "kenyataan jahat".
  
Kekecohan itu menyebabkan beberapa anggota Parlimen hilang kawalan sehingga ada yang melontarkan kata-kata kesat menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee terpaksa mengingatkan mereka supaya tidak mengulangi ungkapan yang dilontarkan. - Bernama

SPR: Tempoh 60 hari PRK dilaksana bermula esok

Posted: 26 Jun 2013 05:08 PM PDT

SINAR HARIAN

Abdul Aziz Mohd Yusof
Abdul Aziz Mohd Yusof
 
KOTA KINABALU - Pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kuala Besut di Terengganu yang bakal diadakan berikutan kematian penyandang Dr A.Rahman Mokhtar, akan dilaksanakan dalam tempoh 60 hari mulai esok.
  
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil itu diadakan pada Ramadan.
  
"Apa pun, SPR akan bermesyuarat untuk menentukannya (tarikh penamaan calon dan pengundian)," katanya ketika berucap pada majlis penghargaan dan penyampaian sijil pilihan raya umum negara ke-13 negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di sini malam ini.
  
Berikutan kematian Dr A.Rahman akibat kanser paru-paru hari ini, pilihan raya kecil pertama bakal diadakan selepas pilihan raya umum diadakan pada 5 Mei lepas.
  
Kawasan itu akan menjadi tumpuan sekiranya pilihan raya kecil diadakan memandangkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Terengganu dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 kerusi berbanding 14 kerusi dimenangi Pas manakala satu lagi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam pada itu, Abdul Aziz menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya SPR menipu dalam pilihan raya umum lepas sebaliknya beliau menegaskan ia diadakan secara baik dan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
  
"Hari-hari kita dengar orang cakap SPR menipu sahaja. Sebenarnya perkara ini tidak benar kalau calon itu menang bukan kerana SPR tetapi itu adalah pilihan rakyat dan kalau calon itu kalah, itu bukan kerana SPR menipu itu juga pilihan rakyat," katanya.
  
Menurutnya mereka yang tidak berpuas hati dengan pilihan raya umum itu boleh memfailkan petisyen di mahkamah.
  
"SPR difahamkan terdapat dua petisyen Parlimen dan tujuh DUN di Sabah yang difailkan. Namun setakat hari ini, kita hanya menerima pemberitahuan secara rasmi dua petisyen Parlimen dan tiga DUN dan yang lain akan menyusul kemudian," katanya.
  
Abdul Aziz berkata satu post mortem untuk perjalanan pilihan raya di Sabah akan diadakan esok. - Bernama

Mahkamah putuskan KPN bertanggungjawab terhadap kematian Kugan

Posted: 26 Jun 2013 04:59 PM PDT

Oleh Rita Jong

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar  dipertanggungjawabkan ke atas kematian A. Kugan ketika berada dalam tahanan polis, kerana didera secara fizikal semasa soalsiasat polis empat tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V. T. Singham mengatakan, Khalid yang pada ketika itu merupakan ketua polis Selangor, cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes ini.

Keputusan hakim ini dijangkakan akan membuka ruang kepada lebih banyak saman kepada pihak polis.

Singham, dalam membenarkan saman kecuaian itu berkata, beliau juga percaya kecederaan yang berlaku ke atas Kugan tidak mungkin dilakukan oleh seorang pegawai.

"Mahkamah juga mendapati beberapa percanggahan ketara antara Khalid dan lain-lain saksi berkenaan dengan penyiasatan ke kematian si mati," katanya.

"Tiada seorang pun dalam mana-mana kedudukan atau pangkat apabila memberi keterangan di mahkamah mengambil mudah mahkamah ini dan cuba menutup kebenaran untuk melarikan diri."

Singham juga memuji peguam hak asasi manusia, N. Surendran yang membawa kes ini dan membantu untuk bedah siasat kedua dilakukan.

"Jika tidak kerana dia, perkara itu telah disapu di bawah karpet."

Beliau juga berkata terdapat keperluan segera untuk mempertimbangkan cadangan suruhanjaya diraja itu dalam menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana peningkatan kematian dalam tahanan.

Singham juga memberikan pampasan sebanyak RM851,700 kepada N. Indra di atas serangan terhadap Kugan, penahanan salah, kecuaian dan pampasan kecederaan dan penderitaan.

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan.

Ibunya mendakwa defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis. Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.

Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, empat hari kemudian, beliau ditemui mati.

Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan.  Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu.

Politik dendam BN hancurkan aspirasi transformasi, kata Guan Eng

Posted: 26 Jun 2013 04:57 PM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

Fokus terhadap musuh politik dan kurangnya perhatian diberikan terhadap pembangunan ekonomi akan menghancurkan aspirasi menuju negara berpendapatan tinggi, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar).

Lim menegaskan Barisan Nasional (BN) hanya memberikan tumpuan kepada negeri-negeri tertentu yang berada di bawah penguasaan mereka dan meminirka negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang mana akan mengakibatkan ekonomi negara semakin buruk.

"Sikap dangkal ini dapat dilihat melalui keengganan BN untuk memanfaatkan klauster sedia ada di Pulau Pinang yang bertaraf antarabangsa dan diiktiraf dunia seperti dalam sektor elektrikal dan elektronik, peralatan perubatan dan industri ero-angkasa," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, tindakan seperti itu akan mengakibatkan pembuatan berteknologi tinggi menurun dan meningkatkan kebergantungan kepada komoditi sebagai bahagian eksport Malaysia.

Bank Dunia sebelum ni menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 5.1 peratus pada 2013 dan 2014, dan kebergantungan berlebihan kepada komoditi seperti minyak mentah, gas asli, getah dan kelapa sawit yang kini mengalami kejatuhan harga, berbanding pembuatan telah memberikan tekanan terhadap kadar pembangunan bagi negara pengeksport komoditi seperti Malaysia.

"Maka wujud keperluan untuk mempercepatkan reformasi struktural bagi memastikan kerencaman dan kedinamikan ekonomi negara," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.

Lim turut mengambil contoh berat sebelah yag diamalkan BN di negeri yang diperintah mereka, seperti di Johor apabila hanya mereka yang bekerja di Wilayah Ekonomi Iskandar diberikan kadar cukai peribadi seanyak 15 peratus, namun tidak di negeri-negeri lain.

"Dasar seperti membenarkan hanya mereka yang bekerja di Wilayah Iskandar menikmati kadar cukai peribadi pada kadar rata 15 peratus adalah suatu tindakan diskriminasi dan sepatutnya di perluaskan ke seluruh negara.

Beliau turut mengambil contoh tindakan kerajan Melaka yang menutup pusat kegiatan perniagaan malam Jonker Walk sebagai balasan kerana kekalahan banyak kerusi dalam pilihan raya yang menurutnya tidak mencerminkan pembuatan dasar yang bertanggungjawab dan pembinaan negara-bangsa.

Lim turut menegaskan di samping peningkatan hutang negara yang menakutkan daripada RM266 billion pada hujung 2007 kepada RM502 billion pada akhir 2012, kegagalan menyatukan rakyat dan serta mendiskriminasi warga Malaysia hanya akan memburukkan ekonomi negara yang sedia sarat dengan korupsi termasuk kadar aliran keluar wang negara per kapita tertinggi di dunia.

"Sebagaimana yang dinasihatkan oleh Bank Dunia, bagi mencapai matlamatnya menjadi negara berpendapatan tinggi, Malaysia harus terus menggilap bakat dan membina institusi yang menyokong kerencaman ke arah pelaburan dengan pulangan tinggi melalui peningkatan modal insan," kata Lim

Rasuah RM6 juta: Penimbang tara, ahli perniagaan didakwa

Posted: 26 Jun 2013 04:55 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Seorang penimbang tara bertauliah, Yusof Holmes Abdullah, 69, hari ini dikenakan tuduhan meminta rasuah RM6 juta sebagai dorongan bagi menyelesaikan satu pertikaian membabitkan dua syarikat termasuk satu syarikat asing tahun lalu.

Ia merupakan kes besar bersejarah membabitkan seorang penimbang tara bertauliah.

Turut didakwa seorang ahli perniagaan Datuk Siaw Teck Hwa, 59, yang bertindak sebagai ejen bagi Yusof Holmes.

Yusof Holmes dan Siaw didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini pagi ini.

Kedua-dua mereka yang mengaku tidak bersalah menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Yusof Holmes, salah seorang penimbang tara dari Pusat Penimbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 1 Ogos dan 30 September lalu dengan menghantar e-mel kepada Goh Nai Kooi @ Gah Mai Kwai iaitu Pengarah JMR Construction Sdn Bhd untuk mendapatkan RM6 juta bagi membuat satu keputusan yang memihak syarikat itu.

Syarikat itu terlibat dalam pertikaian dengan Nanjing Changjiang Waterway Engineering Bureau.
Hakim Zulhazmi Abdullah menetapkan wang jamin sebanyak RM50,000 setiap seorang dengan dua penjamin.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid manakala Yusof Holmes diwakili Raj Shanker manakala Siaw diwakili Messrs Zainal Badrol dan Zainal Fikri Ahmad.

Bagi kesalahan tersebut tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pertuduhan ke atas penimbang tara bertauliah itu membuktikan SPRM berjaya membongkar amalan rasuah sektor swasta melalui siasatan berpasukan.

"Ini merupakan salah satu pendekatan dalam usaha penambahbaikan dengan transformasi yang sedang dilaksanakan SPRM khususnya dalam siasatan melibatkan sektor swasta," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, petang ini.

Sehubungan itu, Mustafar meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai salah laku dalam soal penyelesaian pertikaian agar melaporkan kepada SPRM.

"Saya suka menyeru pada semua pihak sekiranya didatangai untuk cuba mendapatkan suapan supaya melaporkan kepada SPRM dan kita kena mengambil tindakan sewajarnya. Tentu kita memerlukan kerjasama semua.

"Siasatan kes ini yang telah dimulakan pada penghujung tahun lalu dengan bantuan pelbagai pihak khususnya kerjasama KLRCA dan Majlis Peguam menyebabkan kita mendapat input yang baik.
"Kita menggunakan (pendekatan) perakunan forensik dan forensik IT sehingga berjaya menyiasat kes ini," kata beliau.

Menurut Mustafar, KLRCA dengan hampir 700 orang penimbang tara bertauliah tempatan dan antarabangsa yang berpengalaman tentunya menyambut baik tindakan "yang kita ambil bersama-sama KLRCA dalam siasatan kes ini."

SPR: Dakwat kekal guna pewarna makanan, bukan bahan kimia

Posted: 26 Jun 2013 04:52 PM PDT

Oleh Md Izwan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui hari ini di Dewan Rakyat tiada bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, sebaliknya digantikan dengan pewarna makanan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu dalam transkrip jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang mahu SPR menjelaskan kandungan dakwat kekal tersebut memandangkan keberkesanannya semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dipersoalkan kerana boleh ditanggalkan.

"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan," kata Shahidan hari ini.

Kenyataan tersebut nyata berbeza dengan penjelasan SPR sebelum ini yang mengatakan mereka menggunakan Nitrat Perak dalam dakwat kekal sebelum ini dan memberikan alasan pengurangan kandungan tersebut sebagai punca kemelut dakwat kekal tersebut ditanggalkan berlaku.

Shahidan juga berkata tarikh luput dakwat kekal adalah empat bulan daripada tarikh ia dikeluarkan serta menyalahkan pengundi yang sengaja berusaha menanggalkan dakwat tersebut sebagai punca ia tidak kekal.

 "Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan.
"Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah tertakluk kepada individu dan usaha-usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal berkenaan," katanya lagi.

Dalam jawapan bertulis lagi, Shahidan juga memberitahu dewan sejumlah RM6.9 juta dibelanjakan untuk penggunaan dakwat kekal disamping perbelanjaan tambahan RM200 ribu meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM7.1 juta.

Shahidan turut berkata SPR tidak bercadang untuk memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan.

Pakatan Rakyat menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular dalam Pilihan Raya 2013.

Isu dakwat kekal yang boleh ditanggalkan antara penipuan didakwa oleh PR dilakukan oleh SPR, malahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan lalu dalam perhimpunan besar-besaran yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), telah menggesa orang awam untuk membuat laporan polis jika mereka berhadapan dengan insiden dakwat kekal tanggal daripada jari mereka sebaik mengundi pada 5 Mei lalu.

Malahan, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 tidak kekal lama selepas dicalit.

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa dalam pilihan raya 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat  112 kerusi Parlimen untuk menang majoriti mudah.

Walau bagaimanapun, kemenangan BN kali ini lebih kecil di Parlimen sejak negara Merdeka pada 1957.
PR enggan menerima kekalahan tersebut, sebaliknya mempertahankannya dengan kemenangan undi popular sebanyak 51 peratus berbanding BN 48 peratus — keputusan sama yang diperoleh pemerintah pada 1969 selepas kehilangan undi popular.

PR juga telah memfailkan 39 petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan di dalam 25 kerusi Parlimen dan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana BN menang dengan majoriti kecil, yang didakwa mereka hasil penipuan semasa pilihan raya.

Walaupun tedapat bantahan besar ke atas pengendalian PRU13, SPR menegaskan mereka telah menjalankan pilihan raya secara adil  dan berjaya, serta memberikan jumlah tinggi yang keluar mengundi sebanyak 84.84 peratus sebagai bukti keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia.

Tiada ulasan: