Selasa, 25 Jun 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Duda Gersang Nodai Nenek Uzur

Posted: 25 Jun 2013 05:00 AM PDT


[HM] Surabaya: Gara-gara terdesak mahu memuaskan nafsu, seorang duda warga emas tergamak memperkosa seorang nenek berusia 70 tahun, menyebabkan wanita terbabit kini dirawat di hospital kerana sakit pada kemaluannya.

Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira dua minggu lalu tetapi hanya terdedah kelmarin apabila nenek terbabit mengadu sakit.

"Ketika ini dia masih diberi rawatan rapi di Hospital Situbondo," katanya.

Sumber itu berkata, duda itu berusia 68 tahun dan insiden berlaku di rumah nenek terbabit di Panji.

Katanya, ketika itu nenek terbabit tinggal sendirian kerana anaknya menghadiri majlis di tempat lain.

"Suspek bertindak menceroboh masuk dan mengadakan hubungan seks dengan mangsa yang terbujur kerana uzur. 

"Dia cuba menjerit tetapi mulutnya ditutup dengan tangan suspek," katanya. - Agensi


Bahana Cinta: Anak Dibunuh; Diri Dibelasah, Didera, & Dikurung

Posted: 24 Jun 2013 09:00 PM PDT



[HM] Ipoh: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipukul hingga mati oleh teman lelaki ibunya sebelum mayat mangsa ditanam di kawasan hutan di Gunung Brinchang, Cameron Highlands.

Kejadian berlaku di Rawang, Selangor pada 2 Jun lalu, namun hanya terbongkar selepas ibu mangsa berjaya melarikan diri daripada kurungan teman lelakinya itu dan membuat laporan polis pada 18 Jun lalu. 

Bekas suami wanita berusia 30-an itu yang juga bapa kandung mangsa turut membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Kedah, Sabtu lalu, selepas dimaklumkan mengenai kejadian oleh ayah mentuanya.

Sumber polis berkata, mayat mangsa dipercayai disumbat ke dalam but kereta sebelum dibawa suspek sejauh lebih 200 kilometer dari Rawang untuk ditanam di Gunung Brinchang bagi mengelak kes berkenaan diketahui polis.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ibu mangsa yang juga janda mempunyai dua anak lelaki berusia dua dan lima tahun, berkenalan dengan suspek berusia awal 40-an pada 2010.

"Wanita terbabit mendakwa suspek membawanya tinggal di sebuah hotel di Johor pada Mac lalu sebelum berpindah pula ke sebuah hotel di Rawang pada awal bulan lalu.

"Dalam laporan polis dibuatnya, wanita itu mendakwa dia kerap dipukul oleh suspek termasuk dengan menggunakan kayu, malah anak bongsunya (mangsa) juga kerap dipukul hingga muntah dan sakit lelah.

"Wanita itu pernah merayu supaya anaknya itu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun suspek enggan berikutan bimbang kesan lebam kecederaan akibat dipukul itu diketahui oleh doktor," katanya.

Sumber itu berkata, pada malam 2 Jun lalu, wanita itu memberitahu dia tertidur akibat kepenatan dan meminta suspek menjaga mangsa.

"Kira-kira dua jam kemudian, suspek mengejutkan wanita dan memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia di atas sejadah.

"Wanita itu meminta suspek membawa mayat anaknya itu ke hospital, namun suspek enggan kerana takut ditangkap polis," katanya.

Menurutnya, keesokan hari suspek membungkus mayat kanak-kanak itu dengan kain sebelum disumbatkan ke dalam but keretanya dan terus memandu menuju Gunung Brinchang dengan membawa bersama ibu dan abang mangsa berusia lima tahun. 

"Sebaik sampai di satu kawasan sunyi di gunung itu, suspek dikatakan menggali lubang dan menanam mayat mangsa sebelum kembali semula ke hotel sewaan mereka di Rawang.

"Mereka terus menginap di hotel itu sebelum berpindah ke sebuah rumah sewa di Country Homes, Rawang, pada 6 Jun lalu," katanya.

Sumber itu berkata, wanita terbabit memberitahu ketika tinggal di rumah sewa itu dia dan seorang lagi anaknya terus dipukul serta didera, selain tidak dibenarkan keluar rumah.

"Namun, wanita itu berjaya melarikan diri pada 18 Jun lalu ketika suspek tidak berada di rumah. Dengan bantuan orang awam mangsa membuat laporan mengenai kejadian dia didera dan kematian anak bongsunya di Balai Polis Rawang.

"Dia pulang ke kampungnya di Kedah dan memaklumkan kejadian yang berlaku kepada ibu bapanya," katanya.

Menurutnya, bapa wanita itu kemudian memaklumkan kejadian kepada bekas suami mangsa yang juga menantunya sebelum satu lagi laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sabtu lalu.

"Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan daripada ibu kanak-kanak itu di Balai Polis Sungai Petani, Kedah," katanya.

Jurucakap IPD Kuala Muda yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan dan siasatan kini diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Selangor.



P/s: Adakalanya cinta itu buta dan menjadikan seseorang itu bodoh!


Silvio Berlusconi Didapati Bersalah Langgan Pelacur Bawah Umur & Salah Guna Kuasa

Posted: 24 Jun 2013 07:30 PM PDT



Selepas lebih 26 bulan dan 50 perbicaraan di mahkamah, akhirnya bekas Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi didapati bersalah melanggan pelacur bawah umur dan menyalahgunakan kuasanya untuk melindungi perbuatan tersebut. Mahkamah memutuskan bekas PM Itali itu dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan diharamkan memegang jawatan awam seumur hidup.

 Beliau masih boleh mengemukakan rayuan sebelum hukuman dijalankan dan proses ini dijangka akan mengambil masa beberapa bulan.

Berlusconi dituduh mengupah seorang remaja keturunan Maghribi untuk mendapatkan khidmat seks dan kemudian cuba menyembunyikannya dengan membuat panggilan kepada polis Milan apabila remaja terbabit ditangkap kerana mencuri.

Berlusconi dan remaja itu sebelum ini menafikan mereka mengadakan hubungan seks. Pendakwa memohon mahkamah menjatuhi hukuman penjara enam tahun terhadap Berlusconi, selain mengharamkan dia menyertai politik seumur hidup.

Pendedahan skandal itu menyebabkan kerjaya politik Berlusconi berakhir selepas dua dekad. Ketika ini Berlusconi tidak memegang sebarang jawatan rasmi tetapi tetap menjadi tokoh berpengaruh dalam gabungan beberapa parti yang membentuk kerajaan Itali.

Berlusconi didakwa menganjurkan pesta "bunga bunga" di kediaman mewahnya di Milan dengan menjemput sejumlah wanita, termasuk Karima el-Mahrouh atau lebih dikenal sebagai Ruby.

Bagaimanapun, sepanjang perbicaraan berlangsung Berlusconi atau Karima tidak dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah. Karima, kini 20 tahun, mendakwa dia mengunjungi rumah mewah Berlusconi dan diberi sampul surat berisi wang bernilai 3,000 euro (RM12,645). - DCM/AP/Guardian

Berita lanjut tentang hal ini di sini.



[Gambar] Polis Sweden Buru Lelaki Lakukan Seks "dengan" Basikal

Posted: 24 Jun 2013 06:30 PM PDT



[HM] Stockholm: Polis di Sweden melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang dirakam mengadakan seks dengan basikal.

Lelaki itu dilihat melakukan perbuatan itu selepas pemilik basikal berkenaan memasang kamera litar tertutup di luar rumah untuk menangkap orang yang sering membocorkan tayar basikalnya.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian tutup kepala mencelapak di atas tayar belakang sambil memegang kertas.

Dia kemudian memancitkan tayar itu dan beronani ketika ia kempis.
Swedish man bonking bike

Polis di bandar Osterlund melancarkan siasatan untuk menentukan sama ada perbuatan lelaki itu ada kaitan dengan beberapa kejadian jenayah di kawasan berkenaan pada 2007.

Ketika itu, seorang lelak yang berusia kira-kira 35 tahun ditangkap kerana memancitkan tayar 20 basikal sebelum beronani sambil mencelapak di atas basikal berkenaan.

Sementara itu, pemilik basikal Per Edstrom berkata, dia tidak mendendami lelaki berkenaan sebaliknya hanya mahu dia menghentikan perbuatannya itu.

"Saya tidak takut dengan dia. Hanya sakit hati kerana sentiasa terpaksa membetulkan tayar basikal saya," kata Edstrom. - AP


[Gambar & Video] Nik Wallenda Meniti Tali Menyeberangi Grand Canyon TANPA Tali Keselamatan

Posted: 24 Jun 2013 05:30 PM PDT














Nik Wallenda menyempurnakan cabaran berjalan di atas tali sejauh 0.4 kilometer merentasi Gaung Sungai Little Colorado di timur laut Arizona, semalam.

Wallenda melakukan aksi ngeri itu di atas kabel keluli setebal lima sentimeter pada ketinggian 457 meter di atas sungai itu di Navajo Nation berhampiran dengan Grand Canyon.

Dia hanya mengambil masa 22 minit untuk menyempurnakan cabaran itu. Wallenda tidak menggunakan abah-abah ketika menyempurnakan aksinya. 

Berita lanjut di sini.


P/s: Fuh!!!



Tiada ulasan: