Selasa, 25 Jun 2013

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN LIGA SUPER 25/06/13

Posted: 25 Jun 2013 07:51 AM PDT

JEREBU BERPOTENSI DIJADIKAN ACARA TAHUNAN

Posted: 25 Jun 2013 05:48 AM PDT

DEY MACHA!!!
SAPA YANG BERANI NAK DAKWA SYARIKAT MALAYSIA
YANG MENYEBABKAN JEREBU
PASAI JEREBU MERUPAKAN ACARA TAHUNAN
KAH! KAH! KAH!

LEBIH BAIK KERAJAAN TANGKAP PEMBANGKANG
WALAUPUN HANYA KES BUAT CERAMAH
DARIPADA MENANGKAP KRONI
HENDAK SERIBU DAYA
TAK HENDAK SERIBU DALIH
KAH! KAH! KAH!


Menteri: M'sia tak boleh dakwa syarikat penyebab jerebu

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel berkata kerajaan Malaysia tidak boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat Malaysia di Indonesia yang didapati menyebabkan jerebu.
Menurutnya, tugas itu adalah tanggungjawab kerajaan Indonesia.

"Ada laporan mendakwa syarikat-syarikat Malaysia terlibat dalam aktiviti pembakaran haram.

"Kerajaan Indonesia perlu menguatkuasakan undang-undang dan mendakwa mereka," katanya dalam sidang media petang tadi.

Menjawab pertanyaan wartawan kemudiannya, Palanivel menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak boleh mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat berkenaan di Malaysia.

"Tidak, tidak (boleh ambil tindakan). Undang-undang di Malaysia tidak boleh diguna pakai di Indonesia.

"Kita tak boleh saman mereka di sini. Ia tugas kerajaan Indonesia untuk ambil tindakan jika syarikat berkenaan melakukan sebarang kesalahan," katanya.

MK



JANGAN JADI BANGANG

Posted: 25 Jun 2013 12:33 AM PDT

Soal berbeza pendapat dengan Najib dan BN adalah soal lain dan begitu juga usaha menekan SPR dan untuk memastikan pengendalian pilihanraya oleh SPR betul-betul bebas dan adil, adalah juga soal lain. Ia tidak harus dibakulkan sekali dengan kehadiran di majlis angkat sumpah dan kemudian duduk minum semeja dengan Najib. Politik ialah pergaduhan berhujah dan mempertahankan prinsip. Duduk minum semeja dan bergambar asal tidak rebah prinsip perjuangan dan mengalah hujah tanpa sebab, tidaklah ada salah dan cacat-celanya.
Sementara penyokong Anwar dan PR diminta bersikap matang untuk menilai permainan ini, mereka yang membesar-besarkan isu ini juga sebenarnya tidak matang dalam memahami erti politik dan demokrasi dalam ertikata yang sebenar-benarnya.
shahbudin husin
DEY MACHA!!!
JANGAN JADI BANGANG MACAM MACAI YANG BIKIN INI DIALOG!!!

LANTIK SPEAKER PUN MENIPU?

Posted: 24 Jun 2013 06:09 PM PDT


Lantik Speaker tidak ikut peraturan – Hanipa



KUALA LUMPUR: Amat malang pelantikanYang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini dicemari apabila Setiausaha Dewan telah secara jelas melanggar Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat (standing orders).

"Saya dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun membuat bantahan kepada Setiausaha Dewan Rakyat kerana proses pengundian pelantikan Speaker telah secara jelas tidak dijalankan melalui undi yang dijamin kerahsiaannya," ujar Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) kepada Harakahdaily.

Menurutnya, memandangkan terdapat dua calon yang dicalonkan bagi pelantikan speaker Dewan Rakyat maka proses pengundian perlu dilakukan melalui undi bersurat seperti mana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 4 (3) dan (4) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat.

Katanya, peraturan 4 (4) memperuntukkan kaedah pengundian yang perlu dilakukan oleh Setiausaha Dewan.

"Apa yang perlu dibuat adalah ahli-ahli parlimen hendaklah diberi sekeping kertas undi dan ahli Parlimen itu bolehlah menulis pada kertas undi itu nama calon yang beliau ingin pilih dan kemudiannya kertas undi itu hendaklah dilipat supaya nama calon itu tidak dilihat oleh orang lain dan hendaklah ditandatangani oleh ahli-ahli Parlimen itu.

"Peraturan 4 (4 ) tersebut adalah jelas," jelas beliau lagi.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, nama ahli parlimen yang mengundi tidak boleh ada di dalam kertas undi bagi memastikan kerahsiaan undi terjaga.

Malangnya, kata beliau dalam kertas yang undi diberikan kepada para ahli parlimen, nama ahli parlimen juga diminta diisi oleh Setaiausah Dewan dalam kertas undi.

Ini, ujarnya jelas ia bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat dan jelas ia melanggar prinsip kerahsiaan undi.

"Saya dan beberapa ahli Parlimen PR telah bangun membantah tapi nampaknya pelanggaran undang-undang bagi pemilihan Spekaer juga dilanggar seperti SPR melanggar Undang-Undang Pilihanraya dalam isu dakwat kekal," ujarnya.

HD


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Tiada ulasan: