Selasa, 25 Jun 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


32 yang ditahan dekat Parlimen bebas pagi ini

Posted: 25 Jun 2013 03:50 AM PDT

 


 
Kesemua 32 orang yang ditahan dalam perhimpunan berhampiran pintu masuk Parlimen semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Nalini Elumalai berkata, mereka dibebaskan secara berperingkat bermula jam 12 tengah malam semalam dan selesai dibebaskan kira-kira jam 2.15 pagi.

Katanya, setakat ini polis belum memaklumkan lagi sama ada mereka yang ditahan semalam akan didakwa atau pun tidak.

killthebill bersih 2 one year anniversary vigil 070912 suaram executive director nalini elumalai"Belum ada apa-apa makluman daripada polis berkenaan perkara itu," katanya kepada Malaysiakini.

Polis dalam satu kenyataan semalam mengumumkan bahawa mereka yang ditahan mungkin akan berhadapan empat dakwaan.

Ia adalah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam yang menjalankan tugas,dan Seksyen 9(5) dan Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman atas tuduhan mengadakan perhimpunan tanpa notis dan berarak tanpa memberikan notis.

Keadaan menjadi tegang semalam apabila kumpulan tersebut cuba melepasi halangan polis yang didirikan kira-kira 800 meter dari pintu masuk Parlimen.

Bagaimana pun mereka gagal berbuat demikian kerana halangan itu dikawal tidak kurang daripada 300 orang semalam.

Polis mendakwa seorang pegawai polis cedera di mata kanan dan hidung manakala seorang lagi pula patah gigi dan terseliuh ibu jari kiri dalam pertembungan tersebut.

Pendakwaan: Tiada apa-apa yang boleh kaitkan Najib

Posted: 25 Jun 2013 03:48 AM PDT

 


 
Pendakwaan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa tiada apa-apa yang boleh mengaitkan timbalan perdana menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan wanita warga Mongolia itu.

Timbalan Peguam Cara Negara III, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata ia ekoran pengakuan Cif Insp Azilah Hadri dalam pembelaannya bahawa tindakannya dijalankan sendiri.

Tun Abdul Majid mengakui bahawa penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan tersebut, mengenali Najib.

Beliau juga berkata DSP Musa Safri merupakan pembantu peribadi Najib pada waktu itu.

"Hanya kerana Abdul Razak mengenali TPM pada masa itu, dan Musa (sebagai pembantu peribadi) bekerja dengan TPM, anda tidak boleh mengaitkan segalanya dengan TPM.

"Tiada apa-apa yang boleh mengaitkan TPM pada masa itu dengan apa yang didakwa dilakukan Abdul Razak," kata Tun Abdul Majid dalam hujahnya.

Beliau membalas hujah yang dikemukakan Azilah dan seorang lagi anggota Unit Tindakan Khas, Kpl Sirul Azhar Umar.

Kedua-duanya sebelum ini mengemukakan hujah untuk dibebaskan daripada tuduhan membunuh warga Mongolia berusia 28 tahun di Puncak Alam, Shah Alam di antara 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi 10 Oktober 2006.

Pelabuhan Klang bahaya, S'gor sangat tak sihat

Posted: 25 Jun 2013 03:46 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Port Klang berada di paras bahaya dengan bacaan 487, sementara kualiti udara sangat tidak sihat seluruh Lembah Klang.

azlanBacaan IPU Pelabuhan Klang itu semakin buruk berbanding 314 pada jam 3 petang semalam.

Jabatan Alam Sekitar melaporkan, sehingga jam 7 pagi, kualiti udara di di tempat-tempat lain di Selangor - Banting (292), Shah Alam (289), Kuala Selangor (242) dan Petaling Jaya (213) - merosot.

Perak juga hari ini menghampiri angka melebihi 300 di Seri Manjung (288).

IPU mengelaskan udara baik antara 0-5, sederhana 51-100, tidak sihat 101-200, sangat tidak sihat 201-300 dan berbahaya kepada kesihatan manusia apabila melebihi angka 300.

MP: Pakatan tetap mahu IPCMC, tolak EAIC

Posted: 25 Jun 2013 03:44 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Pakatan Rakyat terus menuntut agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang didakwa dilingkari pelbagai kepincangan.

Dua MP Pakatan Rakyat dalam kenyataan bersama hari ni berkata, gabungan parti itu akan tidak berganjak dari gesaan berkenaan demi "membebaskan agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan SPRM daripada pengaruh politik.

"Sandiwara EAIC yang bertujuan untuk menarik perhatian daripada kegagalan kerajaan untuk menubuhkan IPCMC harus dihentikan segera," kata MP berkenaan – Steven Sim Chee Keong
(Bukit Mertajam) dan Zairil Khir Johari (Bukit Bendera).

MP berkenaan membangkitkan bahawa penubuhan EAIC antara lainnya bagi mengelak salah guna kuasa pihak berkuasa sehingga membawa kematian tahanan.

Bagaimanapun, kes kematian dalam tahanan terus meningkat – termasuk empat kes yang menjadi tumpuan utama, yang merupakan antara sembilan kes dalam enam bulan pertama tahun ini.

"EAIC bukan sahaja tidak dapat memenuhi matlamat utamanya, ia juga tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

"Tambahan pula dengan kepincangan yang telah didedahkan baru-baru ini, adalah jelas EAIC sudah menjadi satu kegagalan besar kerajaan pimpinan Dato' Sri Najib Razak dan harus dimansuhkan dengan serta merta," kenyataan itu dipetik.

MP berkenaan turut membangkitkan semula isu yang membelit EAIC sebelum ini, termasuk kes melibatkan seorang pesuruhjayanya, Datuk Salehuddin Saidin.

Salehuddin pada awalnya menjadi peguam bela kepada salah pegawai polis yang terlibat dalam kes kematian N Dhamendran, yang kemudian mengumumkan menarik diri daripada kes berkenaan.

'Dr M ketengah Mukhriz sebagai naib presiden Umno'

Posted: 25 Jun 2013 03:43 AM PDT

 


 
WAWANCARA Dr Mahathir Mohamad didakwa mengetengahkan anaknya Datuk Mukhriz sebagai naib presiden baru Umno dalam pemilihan parti tetapi beliau mungkin akan menghadapi tentangan daripada penyandangnya Datuk Seri Zahid Hamidi.

NONEAnggota Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong (kanan) berpandangan demikian ekoran Zahid menurutnya tidak pernah digemari bekas perdana menteri itu.

"Agak jelas bahawa Mahathir mahu Mukhriz untuk bertanding sebagai naib presiden, yang bermaksud seorang naib presiden sekarang akan tewas," katanya, merujuk Zahid sebagai mangsa berpotensi.

Zahid pada 1998 pernah menghentam Mahathir dan menuntut budaya kronisme dan nepotisme ditamatkan. Beliau selepas itu ditahan bawah Akta Kesematan Dalam Negeri.

Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal daripada Sabah dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein - sepupu Najib dan anak perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn - dilihat bakal selamat.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk melihat bagaimana hasil pemilihan akan terhasil kecuali Umno memutuskan tiada pertandingan untuk jawatan itu.

102 Sekolah di daerah Manjung, Perak ditutup hari ini

Posted: 25 Jun 2013 03:30 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Kesemua sekolah menengah dan rendah di daerah Manjung diarahkan ditutup mulai sesi petang hari ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan 322 iaitu tahap berbahaya di Seri Manjung pada pukul 9 pagi.

Pegawai Pelajaran Daerah Manjung Muhd Suod Mat Thani berkata penutupan itu melibatkan 21 buah sekolah menengah dan 81 sekolah rendah dengan hampir 40,000 orang murid.

"Kami telah mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri dan telah memaklumkan kepada semua pengetua serta guru besar sekolah di sini.

Murid sesi pagi dibenarkan pulang awal memandang mereka telah hadir ke sekolah pagi ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata sesi persekolahan pada hari ini dan esok perlu digantikan pada tarikh yang ditentukan kemudian.

Mengikut laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kawasan lain yang merekodkan kualiti udara yang semakin buruk pada pukul 9 pagi ialah Jalan Tasek, Ipoh dengan bacaan 144, Kampung Air Putih, Taiping (149), Jalan Pegoh, Ipoh (188) dan Tanjung Malim (175). - Bernama,

Parlimen: PR bakal bawa usul tergempar

Posted: 25 Jun 2013 03:25 AM PDT

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
 
KUALA LUMPUR - PR bakal membawa satu usul tergempar mengenai jerebu, Rabu ini, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, perkara tersebut antara isu terawal yang akan dibawakan PR pada sidang Parlimen kali ini.

"Isu jerebu ini penting untuk dibincangkan dan diberi perhatian khusus.

"Kita harap ada satu tindakan yang dapat diambil bagi mengurangkan kesan jerebu, di samping memikirkan bagaimana krisis jerebu dapat dihindari daripada berulang lagi," katanya.

Beliau berkata, usul tergempar itu akan dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai, Teo Ni Ching.

"Kami harap usul ini akan diterima Speaker dan dapat dibincangkan bersama supaya rakyat tahu apakah langkah yang dapat mengurang masalah ini," katanya.

Pelabuhan Klang, Seri Manjung catat IPU bahaya

Posted: 25 Jun 2013 03:22 AM PDT

SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor dan Seri Manjung, Perak kini dikategori paras bahaya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing mencatatkan 495 dan 308, setakat 8 pagi hari ini.

Portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan empat kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya, Banting, Shah Alam dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200.

Sementara itu, Muar yang diisytihar kawasan darurat jerebu pada Ahad lepas menunjukkan perkembangan positif apabila mengekalkan IPU pada paras tidak sihat dengan bacaan 163, berbanding 507 yang dicatat Ahad lepas.

Setakat 8 pagi ini 17 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 24 sederhana dan dua kawasan iaitu di Tawau dan Sandakan, Sabah adalah baik.

Kawasan yang berada pada tahap tidak sihat ialah Jalan Tasek, Ipoh (142); SK Jalan Pegoh, Ipoh (186); Kampung Air Putih, Taiping (146); Tanjung Malim (176) di Perak; USM (121), Perai (120), Seberang Jaya (132) di Pulau Pinang; Batu Muda (200), Cheras (186) di Kuala Lumpur dan Putrajaya (197).

Tempat lain ialah Nilai (176), Seremban (161) dan Port Dickson (167) di Negeri Sembilan; Bukit Rambai (159) dan Bandaraya Melaka (134) di Melaka, Kemaman, Terengganu (121) dan Jerantut, Pahang (136).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. - Bernama

Jerebu: Fatwa larangan solat Jumaat tak wajar

Posted: 25 Jun 2013 03:20 AM PDT


Tamyes
Tamyes
 
JABATAN Mufti Selangor mengulas berhubung fatwa yang dikeluarkan ulama Indonesia yang tidak mewajibkan solat Jumaat sekiranya keadaan jerebu teruk sangat.

Muftinya, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata, dalam keadaan jerebu seperti sekarang ini tidak sewajarnya fatwa melarang umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat kerana udara masih belum tahap memudaratkan.

"Buat tempoh ini keadaan jerebu yang melanda atmosfera sekitar Selangor dan Kuala Lumpur hanya berada di tahap tidak sihat belum darurat sehingga status bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 1,000.

"Kalau IPU dah cecah 1,000 itu barulah darurat  dan memudaratkan kesihatan orang ramai dan dalam keadaan seumpama ini seharusnya akan wujud larangan keluar rumah kerana membahayakan kesihatan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Tamyes turut memaklumkan bahawa setiap bencana atau bala yang diturunkan Allah tidak akan menjejaskan ibadah umat Islam.

"Hari ini walaupun IPU mencatatkan udara tidak sihat tetapi orang awam masih boleh keluar bekerja dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.

"Manakala istilah darurat ialah apabila seseorang itu keluar dari rumah ditimpa mala petaka atau rebah tiba-tiba akibat udara kotor barulah layak.

Peguam syarie berjaya ketepi keputusan MAIWP

Posted: 25 Jun 2013 03:18 AM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Seorang peguam syarie hari ini berjaya mengetepikan keputusan Jawatankuasa Peguam Syarie dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang menggantung khidmatnya.

Ia susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof yang membenarkan permohonan Muhamad Burok untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Peguam Syarie pada 23 April 2012 yang menggantung khidmatnya selama enam bulan bermula 1 Jun 2012.

Hakim Zaleha juga membatalkan keputusan yang dibuat MAIWP pada 13 Ogos 2012 yang mengenakan tindakan sama berkuatkuasa mulai Sept 2012 hingga 28 Feb lalu.

Beliau memerintahkan kedua-dua responden membayar ganti rugi am yang akan ditaksir kemudian dan kos sebanyak RM7,000 kepada Muhamad.

Muhamad memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk mengisytiharkan keputusan kedua-dua responden tidak sah pada 4 Okt 2012 kerana menggantung tugas beliau sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan selepas seorang anak guamnya membuat aduan atas alasan beliau gagal hadir dalam satu keputusan kes cerai. - Bernama

Anwar: Titah Agong bukan arahan

Posted: 25 Jun 2013 03:12 AM PDT

SINAR HARIAN
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
KUALA LUMPUR - Reaksi beberapa anggota Parlimen mewakili pakatan pembangkang dilihat seolah-olah mempersoal titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam ketika merasmikan pembukaan Penggal Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, titah Seri Paduka itu "boleh dibahas, dipertikai dan dibantah daripada segi hujah kerana fakta yang dikemukakan adalah dari kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Dalam amalan demokrasi berparlimen, titah (Yang di-Pertuan) Agong bukan arahan, ia adalah untuk dibahaskan. Kalau arahan buat apa nak dibahaskan.

"Tuanku berucap berdasarkan usul Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita akan pertimbangkan di Parlimen dan bahas," kata Anwar, yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, kepada pemberita selepas majlis perasmian itu.

Antara lain, Tuanku Abdul Halim menggesa semua pihak menerima dan menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) serta bekerjasama untuk membolehkan matlamat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 tercapai.

Ditanya sama ada pembangkang akan terus mengadakan apa yang dipanggil perhimpunan 'Blackout 505' untuk mempertikai keputusan PRU13 berikutan titah Tuanku Abdul Halim itu, Anwar berkata: "Ucapan itu dicadangkan oleh perdana menteri."

Anggota Parlimen Bukit Katil dari PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata titah Seri Paduka tentang keputusan PRU13 "merupakan pendirian kerajaan BN dan keputusan PRU itu boleh dipertikai di mahkamah".

"Tidak bermakna ia (keputusan PRU13) tidak boleh langsung dipertikai melalui saluran mahkamah dan ini yang kita sedang lakukan sekarang," katanya.

Dalam pada itu, titah Tuanku Abdul Halim supaya semua pihak bekerjasama dan membuang sifat-sifat yang membawa perpecahan dan sebaliknya mencari titik persefahaman untuk mengeratkan perpaduan mendapat reaksi positif anggota Parlimen Temerloh dari Pas, Nasrudin Hassan Tantawi.

Beliau mengalu-alukan sebarang kerjasama antara kerajaan dan pembangkang asalkan ia berlandaskan Islam serta membawa kebaikan kepada rakyat. 

"Maksud kerjasama baik seperti diajar dalam Islam ialah yang mendatangkan kebaikan, bukan kerjasama dalam perkara yang boleh membawa mudarat dan permusuhan," kata Nasrudin.

Mengenai keputusan PRU13, Ketua Pemuda Pas itu berkata: "Kita terima keputusan PRU13 dan kerana itu pembangkang telah datang angkat sumpah (sebagai anggota Dewan Rakyat semalam)."

Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dari PKR berkata selaku pengarah perhimpunan Blackout 505, beliau tidak mempunyai rancangan untuk meneruskannya.

Menurutnya, menerima keputusan PRU13 tidak bermakna menutup apa yang didakwanya sebagai "kecurangan" yang berlaku semasa pilihan raya itu.

Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dari PAS pula berkata kerajaan mahupun pembangkang perlu memainkan peranan berkesan dalam memastikan rakyat dan negara sentiasa membangun ke arah yang lebih baik.

Sementara itu, Anggota Parlimen Ampang dari PKR, Zuraidah Kamaruddin menyambut baik penekanan Tuanku Abdul Halim berhubung kepentingan institusi keluarga dan peranan wanita dalam memajukan negara.

"Pengukuhan institusi keluarga perlu dilakukan sekarang, menteri (berkenaan) yang baharu perlu ambil langkah proaktif untuk meningkatkan guna tenaga wanita di negara ini," katanya.  - Bernama

Altantuya: Tiada niat bersama antara dua tertuduh

Posted: 25 Jun 2013 03:04 AM PDT

Oleh Rita Jong

Hakim perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu gagal untuk mendapatkan penemuan mengenai niat bersama diantara dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang disabitkan kerana pembunuhan warga Mongolia itu.

Ini merupakan pemerhatian Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Linton Albert yang mengatakan niat bersama membentuk sebahagian daripada pendakwaan.

"Akan tetapi hakim perbicaraan tidak mendapat apa-apa penemuan tentang ini," kata Albert.

Timbalan Peguam Cara Negara III Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengakui hakim itu tidak menyentuh mengenai niat bersama akan tetapi mengatakan beliau merujuk kepada kedua-dua tertuduh sebagai tertuduh pertama dan kedua.

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mengetuai tiga panel hakim kemudian berkata: " Beliau (hakim perbicaraan) tidak menyatakan langsung, apakah tiada dalam alasan penghakiman. Kelakar kan?"
Terdapat ketawa kecil dari galeri awam tetapi Albert tidak memberikan reaksi.

"Bagi dua orang tertuduh yang akan berhadapan dengan hukuman, ini tidak kelakar," kata Albert.

Tun Abdul Majib kemudiannya berkata, walaupun perbicaraan tiada halatuju, mereka mempunyai cukup bukti bagi membuktikan kes mereka.

Apandi kemudiannya menambah: "Manusia boleh merancang, Tuhan menentukan. Mungkin tiada halatuju merupakan campur tangan Ilahi. Anda mungkin mempunyai kes yang kukuh, tetapi tiada halatuju hakim boleh menjadi kerja Tuhan. "

Terdahulu, Tun Abdul Majid, dalam penghujahannya berkata mereka tidak pernah mengatakan bahan letupan yang digunakan dalam kes pembunuhan Altantuya adalah C4.

"C4 adalah nama tertentu bahan letupan yang tidak pernah ada dalam bahan bukti. Kami tidak pernah berkata bahan letupan yang digunakan adalah C4," katanya.

Beliau berkata, saksi-saksi semasa perbicaraan telah memberi keterangan pegawai UTK itu telah dilatih dalam menggunakan bahan letupan dan mempunyai akses terhadap bahan-bahan itu.

Mahkamah kemudian menangguhkan keputusan kes rayuan itu, ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
Pada 9 April 2009, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman maut kerana membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 19 dan 20 Oktober, 2006.

Syarikat sawit Malaysia di Indonesia diarah serah peta ladang mereka

Posted: 24 Jun 2013 07:26 PM PDT

 

KL TODAY

Syarikat minyak sawit Malaysia menerima arahan semalam untuk menyerahkan peta digital ladang-ladang mereka di Sumatera dalam masa 48 jam. Arahan dari Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) selepas laporan terdapat syarikat yang menjadi ahlinya terlibat dalam pembakaran hutan.RSPO, sebuah badan tidak berpaksikan keuntungan bagi pihak berkepentingan dalam industri minyak sawit, telah mengenal pasti tiga syarikat-syarikat Malaysia yang merupakan sebahagian daripada organisasi mereka: Sime Darby, Tabung Haji Plantations dan Kuala Lumpur Kepong.

RSPO bercadang menganalisis lokasi ladang-ladang daripada peta kebakaran hutan yang diterbitkan oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA) dan The National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA). Pertubuhan itu sedang menyiasat punca dan sebab kebakaran, diikuti dengan tindakan yang mungkin terhadap syarikat jika kecuaian ditemui.

Telah diperakui laporan Institut Penyelidikan Dunia menunjukkan beberapa sumber kebakaran – 47% daripada kebakaran adalah dari luar hutan atau ladang kelapa sawit, 27% di ladang-ladang kayu, 20% di ladang kelapa sawit, 4% di kawasan-kawasan dilindungi dan 1% di kawasan pembalakan.


"Sime Darby Berhad menyokong penuh inisiatif RSPO. Saya ingin mengulangi komitmen Sime Darby dan mematuhi sepenuhnya dasar pembakaran sifar," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Sementara Kuala Lumpur Kepong telah bersetuju dalam satu kenyataan untuk menyerahkan peta digital ladang-ladang mereka kepada RSPO.

Dalam kenyataannya, RSPO menekankan kebakaran hutan lazim berlaku di tanah gambut, tanah dengan tumbuh-tumbuhan separa reput. Ia mencadangkan pihak berkuasa perlu membuat protokol landskap sebelum membenarkan sebarang pembangunan. Tetapi RSPO tidak menyatakan pihak berkuasa mana perlu menguatkuasakan ini.

Sepanjang minggu lalu, syarikat-syarikat telah menafikan penglibatan mereka dalam pembakaran hutan, menyalahkan kepada petani individu kerana membersihkan tanah dengan mencetuskan kebakaran hutan.

"Ingin saya maklumkan bahawa di dalam ladang milik syarikat Malaysia (Inti- atau pemilik ladang) telah diperuntukkan sebanyak 20 peratus untuk masyarakat di sekitar ladang Inti yang dimiliki oleh syarikat Malaysia itu," kata Nor Hazlan Mutalib, setiausaha eksekutif Persatuan Pelabur Perladangan Malaysia di Indonesia (APIMI) kepada agensi berita nasional Bernama.

"Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat untuk melakukan pembakaran terbuka untuk kegiatan penanaman semula tanaman mereka," tambahnya.

Di bawah skim dikenali sebagai Program Plasma oleh pemerintah Indonesia, syarikat tempatan dan antarabangsa perlu memberikan satu perlima daripada tanah kepada petani tempatan sebagai bantuan ekonomi dan sosial. – 25 Jun, 2013.

Putrajaya mahu Jakarta mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat yang menyebabkan jerebu, tanpa mengira pemilikan. 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menghantar surat kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menggesa kerajaan Indonesia untuk bertindak terhadap pesalah-pesalah.

"Tidak kira sama ada syarikat-syarikat milik Malaysia, Singapura atau Indonesia. Tindakan perlu diambil terhadap mereka yang menyebabkan jerebu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional.

Najib berkata, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel akan bertemu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia pada Rabu untuk membincangkan mengenai isu jerebu.

Makmal politik BN kaji jadi parti tunggal

Posted: 24 Jun 2013 07:20 PM PDT

 

KL TODAY

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan penubuhan makmal politik bulan depan untuk membuat cadangan khusus mengenai perubahan yang perlu dilakukan kepada parti gabungan itu.Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata makmal berkenaan akan melihat sama ada perubahan itu melibatkan struktur, penjenamaan atau dasar BN atau ketiga-tiganya sekali.

Katanya langkah itu bagi memastikan BN terus berjaya pada masa akan datang.

"Dengan mengambil kira senario politik peringkat kebangsaan dan pencapaian BN serta aliran trend yang dapat kita lihat pada pilihan raya umum lepas, Dewan Tertinggi mengambil ketetapan supaya sebuah makmal politik dikendalikan pada Julai ini.

"Jangka waktu atau tempoh masa yang diperlukan mungkin beberapa hari, mungkin seminggu atau lebih, asalkan kesudahannya makmal ini dapat membuat cadangan khusus dan spesifik tentang perubahan yang perlu dilakukan oleh BN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn di sini malam tadi.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Berhubung cadangan BN sebagai parti tunggal, Najib berkata perkara itu juga akan diteliti oleh makmal itu.

Pada sidang media yang sama, Muhyiddin berkata makmal itu akan dianggotai tiga wakil daripada setiap parti komponen BN serta diawasi oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Setiausaha Agung BN.

Katanya makmal itu turut melibatkan wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh terkenal dan wakil belia untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung perkara itu.


Ditanya antara tokoh yang terlibat, Muhyiddin berkata perkara itu akan dimaklumkan kemudian.

Seruan jihad, merangsang dakwah bukan hasutan berjerebu

Posted: 24 Jun 2013 07:07 PM PDT

Mohammad Faizal Che Yusof,


BILAMANA Islam menjadi tunggak perjuangan, tanpa mengira siapa pun kita, Al-Quran dan Hadis lah menjadi sumber rujukan. Al-Quran, Hadis dan ijmak jugalah menjadi sumber perangsang dan aspirasi bagi mengatur gerakan demi mendaulatkan Islam.

Potongan makna ayat-ayat berikut cukup untuk merangsang setiap individu bergelar muslim bermati-matian memperjuangkan Islam agar ia didaulatkan.

1.   "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah 71)

2.   "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (Al-Saff ayat 10-12)

3.   "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu h idup, tetapi kamu tidak menyadarinya. (Al-Baqarah: 154)

Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah tuntutan untuk didokong bersama oleh setiap individu mukmin. Berusaha sedaya mampu bagi tertegaknya syariat Islam dalam sistem demokrasi berparlimen adalah antara urusan kebaikan yang mesti dilakukan.

Demikian pula mengekang setiap kepincangan dalam pilihan raya dan menyatakan pendirian terhadap setiap usaha untuk menghalang Islam didaulatkan adalah termasuk dalam mencegah kemunkaran.

Sekurang-kurangnya itulah urusan jihad pada masa kini iaitu sedaya mungkin meletakkan kalimah tauhid pada tempat teratas dalam era moden termasuklah dalam amalan demokrasi berparlimen.

Allah S.W.T. juga telah mendedahkan mereka yang gugur dalam usaha mendaulatkan agamanya diberi tempat istimewa dan ia bukan lagi rahsia. Sesungguhnya itulah yang difahami dan digenggam erat oleh setiap pejuang kalimah tauhid. Jangan kita menjadikan kejahilan terus berjerebu di hati hingga kita gagal memahami rangsangan dakwah ini.

Dalam pada itu, baginda Rasul Allah S.A.W telah menyediakan satu pedoman iaitu pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak berisiko adalah peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadis baginda yang bermaksud: Daripada Abu Sa'id al-Khudri katanya, Rasulullah telah bersabda; "Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim".

Kepincangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan lagi rahsia. Sebaik pembentukan kerajaan, New York Times dalam laporannya bertajuk "Malaysia's Governing Coalition Retains Power" telah mula mendedahkan apa yang berlaku. Laporan 5 Mei tersebut disusuli pula dengan analisa ketidaktentuan dalam senario pembentukan kerajaan pada keesokan harinya dalam laporan bertajuk "Close Election Leaves the Fate of Malaysia's Premier Uncertain".

Dalam suasana semasa, antara usaha bagi menyatakan pendirian atas kebenaran dan menunjukkan protes kepada pemerintah termasuklah mengadakan perhimpunan secara aman. Ia bukanlah dibuat suka-suka. Rakyat kian faham bahawa itu adalah hak dan tanggungjawab mereka yang dijamin oleh undang-undang tertinggi Negara, iaini Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan, peruntukan berkaitan hak-hak asasi rakyat.

Dalam beberapa siri tuntutan utama rakyat seperti himpunan mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009, Bersih 2.0 (9 Julai 2010), Bersih 3 (28 April 2011), Himpunan Kebangkitan Rakyat (12 Januari 2013) dan terkini Black 505 pada 22 Jun yang lalu, tanpa provokasi, rakyat mampu berhimpun secara aman untuk menyatakan pendirian.

Tidak ragu lagi bahawa rakyat terlalu mengimpikan kebenaran dizahirkan. Tuntutan untuk satu suruhanjaya bebas diraja bagi merungkai segala macam onar dalam PRU13 adalah antara langkah bijak yang boleh diambil. Telah banyak berlaku dalam negara, hanya melalui suruhanjaya bebas diraja sahajalah apa yang tersembunyi sebelumnya akan terdedah.

Dalam pada itu, selaku pejuang kebenaran, teruslah berpegang dengan tali Allah kerana itu sahajalah penyelamat terbaik kita di dunia, mahupun akhirat. Seruan jihad adalah rangsangan dakwah dan bukan suatu hasutan yang penuh dengan jerebu.

Jerebu Bertambah Buruk : JAS Selangor Arah Kilang Kurangkan Pengeluaran Hingga 30 Peratus

Posted: 24 Jun 2013 07:04 PM PDT


jerebu-masjid1

SHAH ALAM: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada sebelah petang di beberapa kawasan yang mengalami jerebu di Selangor petang ini didapati mencatatkan peningkatan berbanding bacaan yang dicatatkan pada petang semalam dan pada jam 7.00 pagi tadi.

Di Pelabuhan Klang kualiti udara sehingga jam 5.00 petang tadi menunjukkan bacaan melepasi 317, di Banting pula mencatatkan bacaan lebih 200.

Sementara itu di Shah Alam pula mencatat IPU 171 dan Petaling Jaya 196, iaitu mendekati ke tahap sangat tidak sihat.

Justeru, menurut Exco Alam Sekitar Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengeluarkan arahan agar kilang perindustrian yang terletak di daerah yang mempunyai bacaan IPU pada tahap merbahaya agar mengurangkan pengeluaran mereka sehingga 30 peratus.

"Di Pelabuhan Klang oleh kerana tahap jerebu di kawasan tersebut telah mencecah lebih 300, jadi kalau kita ikut pelan tindakan Prosedur Arahan Tetap (SOP) menangani jerebu, beberapa kilang di kawasan Klang akan diberi arahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengurangkan pengeluaran mereka sampai 30 peratus supaya tidak menambah kepada kualiti udara yang semakin merosot," kata Elizabeth Wong ketika dihubungi TV Selangor.

Menurut beliau lagi arahan tersebut dikeluarkan cecara automatik berdasarkan SOP yang terdapat dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang dikeluarkan oleh jabatan itu.

Menurut Elizabeth, Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini turut menjangkakan beberapa kawasan di Selangor bakal menerima sedikit hujan dalam minggu ini.

"Saya jangka keadaan ini mungkin tidak ada perubahan yang besar selagi api di Sumatera tidak dipadamkan, cuma sekarang kita melihat di mana arah angin sekarang bertiup ke utara, jadi ada kemungkinan jerebu itu boleh keluar dari Lembah Klang dalam beberapa hari yang akan datang.

"Tambahan pula Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan minggu ini kita akan mendapat sedikit hujan. Itu boleh menolong dari segi kualiti udara," kata beliau lagi.

Berdasarkan indeks kualiti udara, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Pelabuhan Klang masuki paras IPU bahaya

Posted: 24 Jun 2013 07:02 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pelabuhan Klang memasuki paras bahaya, menurut exco Selangor Ean Yong Hian Wah.

"Pengesan di Lembah Klang menunjukkan, pada jam 3 petang, ia melepasi IPU 314.

"Kesemua stesen pemantauan lain masih bawah 200 sehingga 3 petang," tulis Ean Yong di Facebook beliau.

Maklumat daripada Facebook informasi bencana Majlis Keselamatan Negara pula menunjukkan bacaan di Pelabuhan Klang pada jam 4.30 petang ialah 317.

Kawasan itu yang pertama memasuki tahap bahaya melebihi IPU 300 di Lembah Klang.

MAS mungkin ubah, batal penerbangan

Posted: 24 Jun 2013 07:01 PM PDT



 
Malaysia Airlines (MAS) hari ini memaklumkan kepada penumpangnya tentang kemungkinan berlaku pembatalan penerbangan pada saat-sat akhir dan penjadualan semula penerbangan berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk di beberapa kawasan di negara ini sejak beberapa hari lepas.

Pengarah operasinya Izham Ismail berkata stesen tertentu diletakkan dalam pemantauan rapi mengenai kemungkinan ditutup atau mengalami gangguan iaitu Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Kuantan; Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Baharu; Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu; Lapangan Terbang Antarabangsa KL; dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

"MAS bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memantau keadaan dan akan melaraskan operasi penerbangan kami dari dan ke lapangan terbang yang terjejas, sekiranya perlu.

"Keselamatan adalah perkara paling penting bagi MAS. Memastikan tetamu kami sampai ke destinasi mereka dengan selamat sentiasa menjadi keutamaan kami," katanya dalam kenyataan hari ini.

MAS menubuhkan sebuah sekretariat untuk memantau keadaan jerebu sejam sekali dan mengeluarkan maklumat terkini mengenainya tiga kali sehari.

Syarikat penerbangan itu juga menasihati penumpang supaya menyemak status penerbangan masing-masing dengan melayari www.malaysiaairlines.com atau menghubungi talian bebas tol 1300 88 3000 untuk mendapatkan maklumat terkini, sebelum bertolak ke lapangan terbang.- Bernama

M'sia utus surat pada Indonesia, tawar 'water bomber'

Posted: 24 Jun 2013 06:59 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengutus surat kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono untuk memohon kerjasama republik itu supaya menguatkuasakan tindakan lebih berkesan terhadap pihak yang menyebabkan masalah jerebu.

Perdana menteri berkata beliau juga telah meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel supaya menemui rakan sejawatannya dari Indonesia berhubung perkara itu pada Rabu ini.

"Soalnya bukan siapa milik kepada ladang berkenaan tetapi kesalahan yang berlaku tidak kira sama ada milik Indonesia, Malaysia atau Singapura, asalkan mereka melakukan kesalahan, tindakan perlu diambil terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan untuk menangani masalah jerebu yang melanda negara.

Najib berkata negara turut menawarkan kapal terbang water bomber milik Malaysia yang boleh membantu memadamkan kebakaran di kawasan yang terjejas.

"Kapal terbang ini sedut air yang boleh disimbah ke kawasan yang sedang terbakar dan boleh memadamkan api walaupun dari kawasan yang dikatakan peat soil (tanah gambut).

"Ini bukan begitu mudah sebab api itu di bawah permukaan dan ia memerlukan tindakan yang lebih berat untuk memadamkan api tersebut," katanya.

Najib turut memberitahu solat hajat khas akan diadakan di Masjid Negara hari ini bagi mendoakan supaya hujan sebagai antara langkah menyelesaikan masalah jerebu.- Bernama

Kes Altantuya: Hakim terkhilaf

Posted: 24 Jun 2013 05:01 PM PDT

SINAR HARIAN
Altantuya Shaariibuu
Altantuya Shaariibuu
 
PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam mensabitkan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu hari ini.
  
Peguam Datuk Hazman Ahmad berkata anak guamnya Azilah Hadri, 34, tidak memiliki atau mengawal bahan letupan C4 yang didakwa digunakan dalam pembunuhan wanita itu.
  
"Tidak ada bahan letupan C4 yang disimpan di dalam stor Unit Tindakan Khas. Mereka (Azilah dan seorang lagi tertuduh) tidak dilatih mengendalikan bahan letupan dan bom. Bom dikawal ketat di dalam stor polis," katanya.
  
Beliau berkata rekod log Azilah menunjukkan beliau hanya dibekalkan sepucuk pistol Glock dan peluru.
  
Keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan mendedahkan bahawa Altantuya ditembak dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan di kawasan hutan yang dibersihkan pada malam 19 Okt, 2006.

Hazman berhujah terdapat ketidaktekalan dalam keterangan saksi pendakwaan berhubung maklumat yang dikatakan diberi oleh Azilah yang membawa kepada penemuan lokasi kejadian.
  
Beliau berkata Azilah tidak pernah mendedahkan lokasi Puncak Alam tempat Altantuya ditembak dan diletupkan, dan menambah terdapat salah laksana keadilan terhadap Azilah memandangkan polis terlebih dahulu memperoleh maklumat mengenai lokasi kejadian.
  
"Terdapat percanggahan serius dalam keterangan saksi pendakwaan dengan apa yang Azilah perkatakan," kata Hazman, yang berhujah dalam rayuan Azilah dan Sirul Azhar Umar, 39, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 mensabit dan menjatuhi hukuman mati ke atas mereka kerana membunuh Altantuya, 28.
  
Mereka melakukan kesalahan itu di Mukim Bukit Raja di Klang dekat sini antara 10 malam 19 Okt, 2006 dan 1 pagi 20 Okt, 2006.
  
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008 tanpa dipanggil membela diri selepas pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Hazman berkata hakim perbicaraan terkhilaf dalam undang-undang dan fakta ketika menerima sebagai keterangan maklumat yang diberi Azilah mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan dan menggesa Mahkamah Rayuan supaya tidak menerima maklumat itu.
  
Hazman berkata Azilah memberi keterangan bersumpah dan disoal balas bertalu-talu oleh pendakwaan namun hakim menolak pembelaan alibi anak guamnya itu sebagai penafian semata-mata.
  
Sementara itu, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar berkata kegagalan pendakwaan memanggil DSP Musa Safri untuk memberi keterangan menjadikan perbicaraan kes itu sebagai perbicaraan silap.
  
Beliau berkata hanya Musa yang dapat mengesahkan kebenaran afidavit yang difailkan oleh Abdul Razak yang diterima Mahkamah Tinggi, dan kemudian membebaskannya (Abdul Razak).
  
"Terdapat bahagian dalam afidavit itu yang memudaratkan tertuduh dan pembelaan dinafikan satu-satunya cara untuk mencabar afidavit itu," katanya.
  
Beliau berkata pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak.

Kamarul Hisham berkata rekod telefon Abdul Razak menunjukkan lebih 30 teks mesej yang dihantar penganalisis politik itu kepada Musa antara 7 dan 19 Okt, 2006, dengan 12 daripadanya direkodnya pada 19 Okt, 2006, malam Altantuya dibunuh.
  
Beliau juga berhujah di hadapan panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bahawa penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yassin tidak menyatakan motif pembunuhan itu.
  
Dua lagi hakim ialah Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
  
Kamarul Hisham turut berhujah Sirul Azhar terdedah kepada 'publisiti buruk' semasa perbicaraan sungguhpun tiga akuan berkanun dan salinan kenyataan beramaran dipercayai diberi oleh Sirul Azhar yang dimuat naik dalam laman web internet, menjadikannya satu perbicaraan silap.
  
Bagaimanapun, Apandi menempelak, dan bertanya di manakah dalam penghakiman itu hakim membayangkan bahawa beliau telah dipengaruhi.

Beliau berkata tidak mungkin bagi hakim secara umumnya akan terpengaruh dengan laporan media memandangkan mereka tidak ada masa untuk melayari laman web berikutan beban tugas mereka.
  
"Sekiranya penghujahan ini dibenarkan, maka semua perbicaraan jenayah, akan menjadi perbicaraan silap," kata Apandi, dan menambah hakim bertindak berdasarkan fakta dan keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan.
  
Pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah akan berhujah esok. - Bernama

Jerebu: SBY minta maaf

Posted: 24 Jun 2013 04:57 PM PDT

SINAR HARIAN
susilo
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono
 
JAKARTA - INDONESIA. Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura yang dilanda jerebu sehingga menjejaskan kualiti udara kedua-dua negara itu akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera.
  
"Atas apa yang terjadi ini, selaku presiden saya meminta maaf dan pengertian saudara-saudara kami di Singapura dan Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Presiden di sini pada Isnin malam.
  
"Tentu, tidak ada niat Indonesia atas apa yang terjadi," katanya.
  
Yudhoyono berkata pada masa ini kawasan yang terlibat dengan kebakaran itu iaitu Jambi, Bengkulu, dan Riau ditetapkan sebagai daerah bencana berstatus darurat, dan kerajaan pusat mengerahkan tenaga secara maksimum untuk menangani bencana itu.
  
Beliau berkata Indonesia bertanggungjawab penuh untuk mengatasi masalah itu dan beliau yakin ia akan dapat diatasi dengan segera.

Yudhoyono berjanji bahawa Indonesia akan berusaha memadamkan titik-titik api yang membakar hutan Indonesia dengan melakukan hujan buatan melalui pembenihan awan selain mengerah pasukan pemadam kebakaran di darat termasuk menggunakan tenaga anggota tentera.
  
Pada sidang akhbar itu Presiden Indonesia itu turut menyindir beberapa pegawai kerajaan republik itu yang menyebut nama syarikat perladangan yang dipercayai menyebabkan kebakaran itu, yang katanya tidak seharusnya mereka lakukan.
  
"Dari apa yang saya pantau setiap hari, ada pernyataan dari sejumlah pegawai yang menurut saya tidak semestinya disampaikan seperti itu," katanya.
  
Beliau berkata syarikat berkenaan belum dipastikan terlibat dalam pembakaran itu dan para pegawai kerajaan harus menghindari daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian.
  
"Kalau ada syarikat lalai, apa lagi menyebut namanya jelas tidak diperlukan seperti itu. Sama halnya menyebutkan syarikat asing yang dimiliki negara jiran kita, itu juga tidak diperlukan," katanya.
  
Apa yang lebih penting pada masa ini ialah tumpuan kepada usaha mengatasi bencana kebakaran dan asap yang sudah berlarutan selama seminggu ini, katanya. - Bernama

Sekolah ditutup jika IPU lebih 250

Posted: 24 Jun 2013 04:55 PM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Sekolah yang terletak dalam kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 250 boleh ditutup dengan memaklumkannya terlebih dahulu kepada Kementerian Pendidikan.
  
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat demi menjamin dan menjaga kesihatan murid semasa fenomena jerebu.
  
Katanya satu Mesyuarat Khas Jawatankuasa Menangani Keadaan Jerebu yang diadakan di Majlis Keselamatan Negara di Putrajaya hari ini meminta kementerian mengambil tindakan berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
  
Menurutnya berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, sekolah wajib ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 300.
  
Bagaimanapun, sekiranya keadaan jerebu di kawasan tersebut memberi kesan yang teruk kepada murid-murid atau bacaan IPU dalam lingkungan 250 hingga 300, Jabatan Pelajaran boleh merujuk Kementerian Pendidikan untuk pertimbangan arahan penutupan sekolah.
  
Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan juga semua sekolah yang telah ditutup dan terletak di kawasan bacaan IPU kurang daripada 250 perlu dibuka semula.
  
"Sehubungan dengan keputusan mesyuarat tersebut, serta demi menjamin dan menjaga kesihatan murid semasa fenomena ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju agar sekolah-sekolah yang terlibat boleh ditutup sekiranya bacaan IPU mencecah bacaan melebihi 250 dan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada KPM," kata Abd Ghafar. - Bernama

Di Luar Jerebu, Di Dalam Parlimen Pun Jerebu Juga!!

Posted: 24 Jun 2013 04:50 PM PDT



Oleh Shahbudin Husin

Majlis pembukaan dan angkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen hari ini berlangsung dalam suasana yang berbeza dengan sebelumnya. Selain kawalan ketat pihak polis di sekitar Bangunan Parlimen untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik, di laluan ke Parlimen pula berlaku tunjuk perasaan dan protes oleh anak-anak muda yang dihalau oleh DBKL daripada Padang Merbok pada 4.30 pagi tadi.

Tunjuk perasaan secara aman di laluan utama ke Bangunan Parlimen itu bukan saja membawa poster yang mengktitik dan mempertikai SPR dan pimpinannya tetapi kemudiannya diikuti dengan aksi berbaring di atas jalanraya oleh beberapa orang penunjuk perasaan itu.

Sebelum ini, pada Sabtu telah berlaku perhimpunan aman di Padang Merbok yang kemudian diikuti dengan tindakan sekumpulan anak-anak muda bermalam di dalam khemah di padang itu bagi meneruskan bantahan mereka terhadap SPR. Pada mulanya mereka merancang untuk melakukan protes dan tinggal di dalam khemah itu sehingga majlis angkat sumpah dan ada sebahagiannya yang lebih cekal mahu berbuat demikian sehingga Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.

Bagaimanapun penunjuk perasaan itu hanya dapat bermalam di Padang Merbok tidak sampai dua malam apabila pada 4.30 awal pagi tadi, khemah-khemah mereka dirobohkan oleh DBKL dan dipaksa meninggalkan tempat awam itu. Mereka kemudiannya bagaimanapun meneruskan tunjuk perasaan di laluan utama menuju Parlimen pula.

Cuaca berjerebu tebal ternyata tidak menghalang kira-kira 200 penunjuk perasaan ini meneruskan bantahan dan meluahkan perasaan mereka. Beberapa orang daripada mereka kemudiannya ditangkap polis dan dibawa ke lokap polis di Jinjang. Mungkin mereka disimpan di situ untuk beberapa hari setelah tahanan reman diperolehi nanti.

Apa pun ini merupakan suatu episod yang pertama kali berlaku di mana majlis pembukaan dan angkat sumpah diselubungi dengan pelbagai kejadian sejak beberapa hari yang lalu. Sudahlah pemandangan gelap kerana diliputi jerebu, keceriaan majlis di Parliman pagi ini juga menjadi suram dengan aksi tunjuk perasaan dan adanya kawalan ketat oleh pihak polis itu. Sudahlah pedih mata dan paru-paru dimasuki asap jerebu, ada hati yang turut pedih dibuatnya juga.

Ini tentunya boleh membawa berbagai persepsi dan perbezaan pandangan mengikut penilaian masing-masing.

Selain jerebu di luar Parlimen, di dalam bangunan Parlimen juga suasana persidangan menampakkan kecenderungan akan muncul jerebu yang lebih tebal lagi. Dengan BN hanya mempunyai kelebihan sebanyak 23 kerusi berbanding PR, persidangan sudah mula menampakkan suasana yang panas dan mendebarkan.

Dalam pemilihan Speaker, suasana kekecohan sudah mula berlaku. Sebelum ini Anwar sudah memberi amaran agar pemilihan Speaker dilakukan secara undi sulit berikutan mereka akan mencalonkan seorang bekas hakim, Abdul Kadir Sulaiman untuk jawatan itu. Sementara ternampak Najib bersedia memenuhi tuntutan undi sulit itu tetapi apa yang berlaku dalam kertas undi diperlukan pula seseorang Ahli Parlimen itu menulis nama penuhnya juga.

Logiknya undi sulit apa kalau diperlukan meletakkan nama?

Dua wakil PR, Mahfuz Omar dan Gobind Deo lantas mengemukakan bantahan kerana mendakwa ianya melanggar peraturan tetapi ditolak mentah-mentah. Tenampak bahawa Najib masih takut untuk melakukan undi sulit yang benar-benar sulit sepertimana yang difahami oleh semua orang. Mendakwa undi sulit tetapi perlu menulis nama, bukanlah sulit sebenarnya. Budah sekolah tak lulus UPSR pun tahu kaedah itu bukan sulit.

Jika undi sebegitulah yang mahu dilakukan, lebih baik guna undi angkat tangan saja. Tak ada berbeza apa-apa pun.

Tetapi itulah yang dilakukan di Parlimen pagi ini. Seperti yang diduga tentulah calon Spekaer BN, Pandikar Amin Haji Mulia menang dengan 133 kerusi menewaskan lawannya yang mendapat 89 undi.

Cara pemilihan ini menampakkan Najib masih meragui kesetiaan Ahli-Ahli Parlimen BN. Beliau seperti dibayangi ketakutan akan kemungkinan adanya Ahli Parlimen ini yang belot dan menikamnya dari belakang. Tersebarnya berita bahawa sekumpulan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak mengadakan perjumpaan dengan Tengku Razaleigh untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan Putrajaya rupa-rupanya menimbulkan ketakutan yang bukan kepalang kepada Najib.

Dengan Sabah dan Sarawak menyumbang 1/3 daripada kemenangan BN tetapi hanya diperuntukkan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri sebenarnya menimbulkan ketakutan bahawa kemungkinan Ahli Parlimen yang lain melakukan protes dan memihak kepada usaha undi tidak percaya terhadapnya. Inilah yang ditakuti Najib. Setelah menang pilihanraya, beliau kini bimbang disingkirkan melalui undi tidak percaya pula.

Disebabkan ketakutan itulah, maka pemilihan Speakar pun dilakukan secara sulit yang tidak sulit. Oleh kerana pada hari pertama lagi pun sudah berlaku kejadian seperti ini, adalah dijangkakan sidang Parlimen kali ini akan terus panas dengan pertikaman lidah, tuduh-menuduh, serang-menyerang hujah dan pelbagai aksi panas yang lain. Cara pemilihan Speaker yang dipertikaikan itu akan meleret kepada perdebatan dalam perkara-perkara yang lain selepas ini.

Walaupun mungkin dalam beberapa hari lagi jerebu mula beransur hilang, tetapi jerebu di dalam Parlimen akan terus berpanjangan setiap kali persidangan berlangsung.

Nazri Kantoi Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Jurugambar Di Parlimen!

Posted: 24 Jun 2013 04:39 PM PDT


KELAB GREENBOC

Apakah ini contoh terbaik yang ditunjukkan oleh seorang yang bergelar menteri kanan dalam kabinet Najib Razak?

Menunjukkan isyarat tidak senonoh kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya di parrlimen hari ini sempena persidangan angkat sumpah ahli-ahli parlimen dan melantik Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Dia memegang jawatan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Sudah pasti isyarat ini bukan molek dan indah untuk tarik pelancung ke negara kita serta jauh sekali bukannya budaya kita.

Betapa sombong, bongkak dan angkuhnya pemimpin UMNO ini.

Tidak tahu nak kata apa lagi... speechless. -omakkau

Ulasan GB

Bagi orang-orang UMNO, video lucah, gambar lucah dan isyarat lucah macam sudah menjadi budaya bagi mereka sehingga kita tertanya-tanya agama apakah orang-orang UMNO ini?

Jika Islam apakah itu akhlak yang diajar oleh Rasulullah saw dan bagaimana tergamaknya mereka memalukan Islam dan umat Islam dengan perbuatan-perbuatan sedemikian di depan mereka yang bukan Islam?

Husam bebas dengan jaminan

Posted: 24 Jun 2013 04:31 PM PDT

SINAR HARIAN

Husam Musa
Datuk Husam Musa
 
KOTA BHARU - Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa yang ditahan reman mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya mengenai 'mati syahid' dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini dengan jaminan.
  
Majistret Nik Habri Muhamad memerintahkan Husam dilepaskan dengan seorang penjamin dan beserta wang jaminan RM3,000 selepas tempoh reman selama dua hari berakhir.
  
Nik Habri mengeluarkan perintah itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu iaitu tempat Husam direman, yang dijadikan Mahkamah Majistret sementara.
  
Husam, 54, ditahan pada 4 petang Sabtu lepas di Kampung Pandan, Ampang, Selangor oleh polis dan kemudiannya dibawa ke Kota Bharu pada hari yang sama.
  
Dia ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya seperti yang dilaporkan media rasmi Pas, sekiranya peserta terkorban ketika menyertai perhimpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur Sabtu lalu dianggap sebagai 'mati syahid'.
  
Semalam polis membuat permohonan untuk menahan reman Husam yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Salor melalui Pegawai Penyiasat ASP Noland A/L Janah.
  
Turut hadir peguam yang mewakili Husam, Hisham Fauzi manakala wartawan dan jurugambar tidak dibenarkan memasuki kawasan IPD berkenaan. - Bernama

Tiada ulasan: