DUNIACACAMARBA |
- [Video] Penjawat Awam Singapura Didapati Bersalah Terima Rasuah Seks
- 'Dharmendran yang Digari Alami 52 Kecederaan'
- Fail Petisyen Pilihan Raya, BN Ludah Ke Langit
- Ibu Buta Jual 4 Orang Anak dalam Tempoh Tujuh Tahun
- PONTIANAK Mengamuk Kerana KAIN
- Siasatan Awal Dapati Kematian Remaja 14 Tahun Berpunca daripada Sesak Nafas
[Video] Penjawat Awam Singapura Didapati Bersalah Terima Rasuah Seks Posted: 01 Jun 2013 05:00 AM PDT [HM] Singapura: Seorang penjawat awam kanan republik ini semalam didapati bersalah menerima rasuah melalui perbuatan seks oral bersama seorang eksekutif wanita daripada pembekal pertahanan sebagai balasan terhadap kontrak perniagaan. Hakim mahkamah daerah menolak penafian Peter Lim, bekas ketua Pasukan Pertahanan Awam Singapura bahawa tiada rasuah terbabit kerana dia dan wanita berkenaan menjalin hubungan intim. "Saya berpuas hati kerana ada elemen rasuah dan rasa bersalah di pihak tertuduh ekoran perkaitan dengan seks oral yang diterimanya pada 2 Mei 2010 daripada Pang Chor Mui, kata hakim Hamidah Ibrahim. "Sejajar dengan itu, saya dapati pendakwa raya telah membuktikan kesnya terhadap tertuduh menjangkaui keraguan munasabah dan saya dapati dia bersalah atas pertuduhan itu," katanya. - AFP
| ||
'Dharmendran yang Digari Alami 52 Kecederaan' Posted: 01 Jun 2013 03:30 AM PDT [MK] Mangsa mati dalam tahanan, N Dharmendran telah dipukul hingga mati ketika digari, demikian dibayangkan dalam laporan awal bedah siasat yang didedahkan hari ini. Laporan bertulis oleh pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu membuat kesimpulan bahawa tidak ada luka defensif pada badan Dharmendran. Peguam keluarga tersebut, N Surendran memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa ia agak jelas bahawa semasa dipukul, mangsa digari dan dalam kedudukan yang lebih rendah, mungkin melutut atau sesuatu. Dharmendran telah mengalami 52 tanda kecederaan di seluruh tubuhnya, dari kepala ke kaki. Surendran menegaskan bahawa ini adalah "lebih teruk daripada kes A Kugan" pada tahun 2009. Menurut bedah siasat, tompokan lebam garis berganda, dipercayai kesan tanda rotan, ditemui dalam corak selari serong di bahagian bawah belakang. "Kita hanya boleh membuat spekulasi tetapi ia nampak seperti tanda rotan, atau sesuatu yang serupa dengannya," kata Surendran. Satu corak lebam menyerupai nombor lapan yang tidak lengkap ditemui di tulang pinggul. Menurut bedah siasat, tompokan lebam garis berganda, dipercayai kesan tanda rotan, ditemui dalam corak selari serong di bahagian bawah belakang. "Kita hanya boleh membuat spekulasi tetapi ia nampak seperti tanda rotan, atau sesuatu yang serupa dengannya," kata Surendran. Satu corak lebam menyerupai nombor lapan yang tidak lengkap ditemui di tulang pinggul. Terdapat juga satu lagi lebam garis berganda pada pergelangan Dhamendran yang konsisten dengan tanda gari. Bedah siasat itu juga melaporkan banyak kesan lebam hitam di wajahnya, kawasan dada, bahu, kaki, kulit kepala dan belakang, yang digambarkan oleh Surendran sebagai "lebab bertindih". | ||
Fail Petisyen Pilihan Raya, BN Ludah Ke Langit Posted: 01 Jun 2013 02:30 AM PDT Fail Petisyen: BN Sendiri Tak Percaya SPR – Saifuddin [KD] KUALA LUMPUR 1 Jun: Tindakan Barisan Nasional (BN) untuk memfailkan lebih 50 petisyen di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukti parti itu sendiri tidak percaya kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Secara tidak langsung, ujarnya, tindakan Umno BN itu ibarat 'meludah ke langit' kerana mereka sebelum ini bersungguh-sungguh mempertahankan ketelusan SPR. "Tetapi sekarang, Umno BN pun tidak percayakan kepada SPR. SPR harus ingat inilah padahnya apabila cuba mengkhianati amanah yang rakyat berikan untuk menikmati proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil," ujarnya ketika dihubungi. Beliau berkata, tindakan itu juga mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa memang wujud kelemahan dan kecurangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas. "Ini beban baru SPR yang perlu mereka jawab selepas Pakatan berjaya membuktikan segala kecurangan yang wujud dalam pelbagai segi, seperti senarai daftar pemilih, isu dakwat kekal, blackout semasa pengiraan undi dan sebagainya," ujar Saifuddin. Tegasnya, mana-mana parti politik hanya akan memfailkan petisyen selepas meragui keputusan pilihan raya yang dikendalikan badan seperti SPR. "Jadi tindakan Umno BN ini akan memalukan SPR sebagai badan bertanggungjawab yang sebelum ini kerap kali mendakwa melaksanakan amanah dengan telus dan adil baik sebelum, semasa dan selepas pilihan raya,". "Kalau sebelum ini, SPR sekadar mencuci tangan sahaja dengan memberikan pelbagai alasan dangkal apabila Pakatan kemukakan bukti kecurangan, sekarang mereka tidak boleh ambil ringan lagi bukti yang rakyat berikan," katanya. Fail Petisyen PRU, Kenyataan Zahid Kena Batang Hidung Sendiri [KD] KUALA LUMPUR 1 Jun: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihan raya berpindah ke luar negara ibarat terkena batang hidung sendiri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul. Beliau mengulas tindakan Umno BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Mahkamah Tinggi sebelum 11 Jun nanti. "Sebelum ini Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini. "Kenyataan Zahid ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," ujar Johari sinis. Naib presiden Umno itu sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara lain. Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya agar "duduk di dalam hutan". Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menambah, bilangan petisyen yang ingin difailkan BN menunjukkan tahap kepercayaan mereka kepada SPR jauh lebih buruk berbanding Pakatan Rakyat. "Pakatan hanya (mahu fail petisyen) 30 lebih sahaja tetapi Umno BN lebih 50 petisyen, ini sudah parah dan terus memburukkan kredibiliti SPR sebagai badan bertanggungjawab. "Jadi saya gesa, eloklah Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatan ekoran krisis kepercayaan oleh parti yang bertanding dalam PRU lalu," ujarnya. P/s: Sandiwara ini akan memakan diri! | ||
Ibu Buta Jual 4 Orang Anak dalam Tempoh Tujuh Tahun Posted: 01 Jun 2013 01:30 AM PDT [HM] Beijing: Seorang wanita China yang buta mengaku menjual empat daripada anaknya untuk menyara keluarga kerana masalah kewangan. Di antara 2005 dan 2012, wanita dari Shibei di Mianyang itu, Du Xiurong mengaku menyerahkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki kepada pasangan lain. Secara keseluruhan, Du melahirkan enam orang anak tetapi ketika ini cuma membesarkan dua daripada mereka, masing-masing seorang anak lelaki dan perempuan. Menurut Du, dia tidak ada pilihan kecuali menjual anaknya kepada orang lain untuk mendapatkan wang. "Jika saya tidak buta, saya tidak akan tergamak menyerahkan mereka ke tangan orang lain," katanya. Du berkata, dia tidak menjual anak-anaknya, tetapi menyerahkan mereka dan mendapat sedikit imbuhan atas susah payah dialami sepanjang tempoh kehamilan. Du juga mengakui sayang kepada kanak-kanak. "Jika saya mampu, tentu saya akan membesarkan mereka sendiri, tetapi keadaan tidak mengizinkan memaksa saya mencari keluarga lain untuk anak-anak," katanya. Mendakwa tidak melakukan kesalahan, Du berkata, hanya keluarga yang berada tetapi tidak mampu memiliki anak dipilih untuk membesarkan zuriatnya. "Mereka mahukan anak dan saya membantu mereka," katanya. Menurut Du, orang kaya memiliki kemampuan kewangan untuk mengahwinkan anak perempuan, manakala keluarga pertengahan mendapat wang atas perkahwinan anak perempuan mereka. "Bagi orang miskin, kami menjual anak-anak untuk mendapat wang," katanya. Januari lalu Du ditahan kerana kesalahan menjual bayi tetapi dia dibebaskan tidak lama kemudian selepas pihak berkuasa mempertimbangkan kecacatannya. Mengenai masalah penglihatannya, Du berkata, dia terbabit dalam kemalangan ketika berusia lima tahun. DU yang cacat penglihatan sejak berusia lima tahun dianggap sebagai beban kepada keluarganya. Sembilan tahun kemudian, dia dikahwinkan dengan seorang lelaki selepas keluarga melihat dia sebagai beban. "Ibu dan bapa mahu menyisihkan saya secepat mungkin. "Sebaik saja ada lelaki yang mahu mengahwini saya, mereka tidak menunggu lama bersetuju," katanya. Namun, nasib malang terus menimpa Du. Lelaki yang menjadi suaminya didapati gagal mendapat pekerjaan tetap menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kesukaran. Du melahirkan anak sulung (lelaki) Cheng Jin, pada 1991 dan sembilan tahun kemudian, melahirkan anak kedua (perempuan), Sun Miao. Ketika ini Du masih membesarkan sendiri Cheng dan Sun manakala anak yang lain diserahkan kepada keluarga yang mahukan anak angkat. Anak keduanya dijual pada harga (RM1,261) pada 2005. - Daily Mail | ||
PONTIANAK Mengamuk Kerana KAIN Posted: 01 Jun 2013 12:08 AM PDT
[SH] KULIM - Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional. Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar. Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya. Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik 'penunggu' itu. "Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina. "Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu," katanya. Bakar kain buruk Katanya, setelah selesai dia menyidai kain itu di ampaian. "Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya. "Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah," katanya. Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak. Difahamkan makhluk berkenaan mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu, selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut. Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam. Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan. Lembaga berkenaan juga pernah dilihat berada pada bahagian atas bumbung rumah Aziz. Katanya, selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu. Cari alternatif Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini. "Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama. "Keadaan menjadi agak kronik lembaga itu mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta," katanya. Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini. "Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran," katanya. Menurut Aziz, lembaga itu masih berkeliaran di kawasan hutan berdekatan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung. "Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung," katanya. Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah. | ||
Siasatan Awal Dapati Kematian Remaja 14 Tahun Berpunca daripada Sesak Nafas Posted: 31 May 2013 04:34 PM PDT [BH] Melaka Tengah: Kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek dekat sini, Rabu lalu, dipercayai akibat sesak nafas. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P R Gunarajan, berkata maklumat itu berdasarkan siasatan ke atas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditahan polis. Katanya, mengikut keterangan awal, remaja yang juga kekasih mangsa, mengaku pergi ke kawasan semak iaitu lokasi mangsa ditemui dengan menaiki motosikal jenis Yamaha RXZ. Temui mangsa malam kejadian Beliau berkata, suspek tinggal di taman perumahan sama mengambil mangsa pada malam kejadian, sebelum ke kawasan semak terbabit, kira-kira jam 9 malam. Tidak lama selepas itu, mangsa dikatakan mengalami sesak nafas dan suspek cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR), namun gagal. Panik dengan keadaan itu, suspek bertindak meninggalkan mangsa, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang di sini, semalam. BH semalam melaporkan, remaja lelaki itu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Aimi Hamizah Mohamad, 14, di kawasan semak, kira-kira empat kilometer dari kediamannya. Mayat mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek yang lengkap berbaju kurung ditemui terbaring di atas papan lapis oleh sekumpulan remaja lelaki kira-kira jam 7 malam Rabu lalu ketika mereka sedang bermain bola sepak di tanah lapang berhampiran kawasan semak berkenaan. Mengulas lanjut, Gunarajan berkata, suspek turut bertindak mengambil beg yang mengandungi buku serta telefon bimbit milik mangsa, sebelum meletakkannya di surau berhampiran. Siasatan masih dijalankan kerana laporan bedah siasat tidak dapat mengenal pasti punca kematian mangsa kerana keadaan mayat yang mereput. Kita akan menyiapkan kertas siasatan dan mengambil keterangan suspek sebelum menyerahkannya kepada pihak pendakwaan dan menunggu arahan selanjutnya, katanya. Beliau berkata, suspek direman sehingga 6 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan