DIALOG RAKYAT |
- Kritik kerajaan akan dibatalkan pasport mereka? Kenapa begitu?
- DAP diarah serah dokumen dan bukti
- Himpunan ‘Black 505’ akan diteruskan walaupun Agong arah terima keputusan PRU
- 'Dharmendran yang digari alami 52 kecederaan'
- Isteri Dharmendran mahu anggota polis 'ditangkap segera'
- Cadangan BN jadi parti tunggal tidak sesuai - Ahmad Maslan
- SPR akan diletak bawah Parlimen, kata Najib
- Tragedi media Melayu
- Cadangan parti tunggal BN ‘tidak praktikal’ kata wartawan veteran
- Merajuk: Soi Lek dicadang niaga keranda
- UMNO Terkuat? Najib, PM 47% Itu Tertipu & Menipu Dengan Ilusinya!
- PAS Sedia Biaya Kos Guaman Safwan dan Adam
- Tiada sebab ahli DAP tidak terima notis hadir kongres
- Punca bot karam: Tiada jalan darat antara Sibu-Kapit-Belaga
- FAM disaran contohi program Pakatan Rakyat
- Media Umno-BN lebih banyak rosak keharmonian
- Fail Petisyen: BN sendiri tak percaya SPR – Saifuddin
- PKR gesa PM jawab isu tahanan mati dalam lokap
- Najib: Kawal selia, fungsi SPR bakal dipindah ke satu jawatankuasa khas
- Anggota Rakan Cop, URB ditambah tangani jenayah
- Pemilihan Umno: Najib sedia dicabar
- Bersabarlah Dr Khir
- Penduduk demo, banjir berminggu tidak surut
- Rakyat Selangor mencipta sejarah
- Nurul Izzah akan cabar larangan memasuki Sabah di mahkamah
Kritik kerajaan akan dibatalkan pasport mereka? Kenapa begitu? Posted: 01 Jun 2013 06:27 AM PDT ASPAN ALIAS Dalam keadaan kedua-dua pihak pembangkang dan parti kerajaan sedang berperang mulut berhubung dengan banyak isu, keluar pula kenyataan yang sangat mengelirukan dari Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Alias Ahmad. Mengapa dan kenapa kenyataan yang sangat mengelirukan ini dikeluarkan, hanya beliau sahajalah yang tahu. Dato' Alias telah mengeluarkan kenyataan bahawa Jabatan Imigresen mempunyai hak untuk membatalkan pasport rakyat Malaysia yang mengkritik kerajaan di luar negara dan ini tidak dapat diterima. Mengkritik kerajaan yang memerintah adalah hak rakyat negara ini dan ia boleh dilakukan di mana-mana, samada di dalam atau dari luar negara. Kita bersetuju rakyat yang mengkritik dan memburukkan negara itu wajar diambil tindakan seperti itu, tetapi setakat mengkritik kerajaan yang mereka anggap rasuah dan menyalahgunakan kuasa itu bukannya mengkritik negara. Jika seorang rakyat mengkritik kehadiran sistem negara seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan apa yang berkaitan dengannya adalah salah bagi negara ini dan wajar pasport mereka dibatalkan. Tetapi jika seseorang mengkritik kerajaan yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan membantutkan usaha memperkayakan perpaduan kaum itu tidak salah dan adalah 'ultra-vires' jika tindakan diambil terhadap rakyat itu. Jika semua kritikan terhadap kerajaan itu membolehkan pasport mereka terbatal maka negara kita seolah-olah sebuah negara yang zalim dan tidak bertamadun. Rakyat dan pemimpin yang meminta pertolongan kuasa asing, misalnya CIA, untuk menumbangkan kerajaan, itu adalah tindakan yang jahat dan perlu pasport mereka itu ditarik balik atau dibatalkan terus. Tindakan ini adalah tindakan memusuhi negara dan Yang Di Pertuan Agong, maka mereka wajar dibatalkan pasport mereka. Tetapi jika setakat mengatakan Najib atau Muhyiddin sebagai pemimpin yang tidak sesuai dengan negara, itu adalah isu politik dalaman dan tidak sepatutnya pihak imigresen membatalkan pasport mereka. Tuduhan seperti itu pun sememangnya ada kebenarannya. Apabila kita mendengar kenyataan-kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh mereka yang memegang amanah untuk mentadbir jabatan dan negaranya, kita amat khuatir dengan jenis apa negara kita akan berada pada masa-masa yang akan datang. Saya secara peribadi berharap Ketua Pengarah Imigresen itu akan membuatkan pencerahan yang betul kerana ramai rakyat yang sedang tertanya-tanya kenapa kenyataan itu keluar dalam waktu yang sangat panas ini. Adakah kenyataan itu untuk menyediakan pemikiran rakyat yang jika ada pimpinan mana-mana pihak yang akan dibatalkan pasportnya nanti, rakyat diminta tidak bertindak dengan cara ganas atau apa? Ramai yang sangat keliru sekarang ini. Ada pihak yang menggunakan kuasa sejak berdekad-dekad lamanya. Ada pihak yang telah merasakan akan dapat menggantikan kuasa sudah begitu celupar untuk mengambil tindakan dan memenjarakan pihak yang akan digantikannya itu. Kalau hendak ambil tindakan pun biarlah setelah kuasa diperolehi. Tidak perlu bercakap besar di atas nama ketegasan dan pembaharuan. Apabila ternampak 'rusa di hutan tembak dahulu baru bersorak'. Tetapi mereka ini bersorak baru hendak menembaknya. Belum pun sempat menembak rusa sudah cabut lari. Bila rusa sudah lari, marah-marah pula kepada semua orang kerana kesalahan sendiri itu. Diri sendiri tidak pernah bersalah. | ||||
DAP diarah serah dokumen dan bukti Posted: 01 Jun 2013 06:23 AM PDT DAP telah menerima surat arahan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) supaya menyerahkan dokumen dan bukti bagi membantu siasatan berkenaan kegagalan memberi notis kehadiran kepada anggota parti itu yang layak untuk hadir pada Kongres Kebangsaan Parti, 15 Disember lepas. Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya diberi tempoh sehingga 6 Jun ini untuk membalas surat itu dan mereka akan berbuat demikian dalam masa terdekat. Beliau berkata dalam surat itu ROS hanya meminta DAP menyertakan bukti penghantaran notis kepada empat cawangan tertentu sahaja iaitu cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Selangor; Taman Nesa Skudai, Johor; Desa Dahlia dan Ladang Paroi di Seremban. "Kami telah mengesan bahawa empat anggota daripada empat cawangan itu pernah menghadiri kongres dengan menandatangani senarai kehadiran dan telah mengundi semasa pemilihan parti, seorang lagi telah mengisytiharkan dirinya keluar parti pada 16 Ogos tahun lepas iaitu bekas ketua cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat,"katanya. Loke yakin kelima-lima mereka dari empat cawangan itu telah membuat aduan kepada ROS berhubung dengan kegagalan penerimaan notis itu. "Bagaimanapun, kami akan menyerahkan empat lagi anggota yang belum keluar parti kepada pihak jawatankuasa disiplin untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya. Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini hari ini, Loke menafikan kenyataan ROS semalam yang menyatakan DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada Kongres Kebangsaan Parti, 15 Disember lepas. Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman dalam kenyataannya berkata keputusan siasatan kegagalan penerimaan notis itu diperoleh selepas menerima aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis itu serta dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres itu. Loke berkata pihaknya mempunyai bukti bahawa mereka pernah menghantar notis dan dokumen lengkap melalui pos kepada kesemua anggotanya yang layak 10 minggu sebelum berlangsungnya kongres itu. Katanya mengikut senarai, terdapat 2,576 anggota yang layak untuk hadir dan mengundi pada pemilihan parti itu dan daripada jumlah itu, seramai 1,843 atau 71.5 peratus anggota telah hadir manakala 733 anggota tidak hadir. Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari itu. -Bernama | ||||
Himpunan ‘Black 505’ akan diteruskan walaupun Agong arah terima keputusan PRU Posted: 01 Jun 2013 06:07 AM PDT Datuk Johari Abdul menjelaskan Himpunan 505 akan terus dilaksanakan bagi menolak keputusan Pilihan Raya 2013, walaupun Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menitahkan rakyat di negara ini supaya menerima keputusan PRU13. "Jadi tujuan kita berkumpul ialah untuk menyatakan rasa tidak puas hati kita terhadap tindakan SPR, tidak ada niat untuk mempertikaikan pandangan Tuanku. "Sebab itu setiap kali tamat himpunan 505 kita nyanyikan lagu Negaraku bagi menunjukkan taat setia kepada Tuanku," kata Johari kepada The Malaysian Insider merujuk kepada lagu Kebangsaan. Beliau menjelaskan himpunan berkenaan juga akan terus dilaksanakan sehingga pengerusi dan timbalan SPR yang dilantik Agong meletak jawatan. "Sebagai pemimpin saya menjunjung kasih nasihat Tuanku. Namun begitu rakyat di bawah memohon agar memaklumkan kepada Tuanku ada penipuan yang jelas yang dilakukan oleh SPR," katanya. "Jadi sebagai pemimpin, patik-patik semua nak maklumkan kepada rakyat, rakyat harus bangun dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindak-tanduk SPR yang ahli-ahlinya dilantik oleh Tuanku sendiri," jelas Johari. Tuanku Abdul Halim yang melahirkan rasa sukacita kerana proses pilihan raya umum lepas berjalan dengan tertib dan harmonis bagaimanapun turut mengulangi gesaannya agar semua pihak menerima keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu melalui peti undi yang selaras dengan prinsip keluhuran dan kedaulatan undang-undang. "Jika terdapat sebarang perbezaan atau ketidakpuasan hati, maka gunakanlah mekanisme mahkamah yang sedia ada, sepertimana diperuntukan Perlembagaan dan undang-undang negara. "Beta tidak mahu mana-mana pihak mengambil sebarang tindakan yang lampau undang-undang, mahupun lampau Perlembagaan," titah Seri Paduka. Awal minggu ini, Johari berkata himpunan membantah keputusan PRU13 akan diteruskan bulan ini dan diadakan setiap minggu sehingga tuntutan PKR dipenuhi. | ||||
'Dharmendran yang digari alami 52 kecederaan' Posted: 01 Jun 2013 06:01 AM PDT Mangsa yang mati dalam tahanan, N Dharmendran telah dipukul hingga mati ketika digari, demikian dibayangkan oleh laporan awal bedah siasat yang didedahkan hari ini. Laporan bertulis oleh pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu membuat kesimpulan bahawa tidak ada luka defensif pada badan Dharmendran. Peguam keluarga tersebut, N Surendran memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa ia agak jelas bahawa semasa dipukul, mangsa digari dan dalam kedudukan yang lebih rendah, mungkin melutut atau sesuatu. Dharmendran telah mengalami 52 tanda kecederaan di seluruh tubuhnya, dari kepala ke kaki. Surendran menegaskan bahawa ini adalah "lebih teruk daripada kes A Kugan" pada tahun 2009. Menurut bedah siasat, tompok lebam garis berganda, dipercayai kesan tanda rotan, ditemui dalam corak selari serong di bahagian bawah belakang. "Kita hanya boleh membuat spekulasi tetapi ia nampak seperti tanda rotan, atau sesuatu yang serupa dengannya," kata Surendran. Satu corak lebam menyerupai nombor lapan yang tidak lengkap ditemui di tulang pinggul. Menurut bedah siasat, tompokan lebam garis berganda, dipercayai kesan tanda rotan, ditemui dalam corak selari serong di bahagian bawah belakang. "Kita hanya boleh membuat spekulasi tetapi ia nampak seperti tanda rotan, atau sesuatu yang serupa dengannya," kata Surendran. Satu corak lebam menyerupai nombor lapan yang tidak lengkap ditemui di tulang pinggul. Terdapat juga satu lagi lebam garis berganda pada pergelangan Dhamendran yang konsisten dengan tanda gari. Bedah siasat itu juga melaporkan banyak kesan lebam hitam di wajahnya, kawasan dada, bahu, kaki, kulit kepala dan belakang, yang digambarkan oleh Surendran sebagai "lebam bertindih". Abdomennya, di bawah kawasan buah pinggang dan pusat, juga mempunyai kesan yang sama. Kedua-dua telinga Dhamendran itu terdapat kesan luka 'staple' dengan 'staple' masih ada di situ manakala kakinya terdapat luka tusukan, juga dipercayai dari 'staple' yang telah dibuang. Menurut Surendran, terdapat luka staple yang konsisten dan menurutnya ia menunjukkan bahawa stapler telah digunakan untuk menyeksanya. Beberapa lebam lain yang dijumpai pada badan Dhamendran ialah: darah beku tebal pada bahagian bawah paha kanannya, berukuran 28 x 20 cm.
| ||||
Isteri Dharmendran mahu anggota polis 'ditangkap segera' Posted: 01 Jun 2013 05:55 AM PDT "Mereka telah membunuh suami saya. Mereka sepatutnya berada dalam lokap," katan S Marry sambil menambah bahawa mereka sepatutnya digantung sampai mati. Empat anggota polis, termasuk seorang pegawai, yang sebelum ini menyiasat kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras membabitkan Dharmendran, kini ditugaskan di unit kerja pejabat di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL). Marry bertanya sekiranya orang awam yang membunuh seseorang, apakah mereka akan dibiarkan bebas. "Ini anggota polis yang melakukan pembunuhan," kata ibu kepada seorang anak lelaki yang berusia dua tahun. Dharmendran dilaporkan ditahan polis selepas membuat laporan polis susulan satu pergaduhan yang melibatkan dirinya pada 11 Mei. Isteri dan ibu bapanya hanya mengetahui mengenai penahanan tersebut pada 19 Mei dan mengunjungi Dharmendran di lokap polis. Dia sepatutnya dibebaskan dengan jaminan pada 21 Mei namun Marry menerima panggilan yang menyatakan bahawa Dharmendran telahpun meninggal dunia. Ketua CID Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah sebelum ini dilaporkan berkata lelaki 31 tahun itu mati akibat kesukaran bernafas. Polis kemudiannya mengkategorikan kes tersebut sebagai kes bunuh apabila perunding patologi daripada Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bahawa Dharmendran meninggal dunia akibat "kegagalan fungsi kecederaan tisu lembut akibat pukulan ke badan". Polis telah mengklasifikasikan kematian Dharmendran sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Marry membuat gesaan itu selepas peguam N Surendran mendedahkan laporan bedah siasat ke atas Dharmendran di ibupejabat PKR pagi ini, yang membayangkan dia telah digari dan dipukul hingga mati. Surendran yang juga MP Padang Serai berkata polis sudah tahu punca kematian Dharmendran apabila mereka menyerahkan laporan bedah siasat kepada peguam keluarganya pada jam 11 pagi semalam. "Berdasarkan laporan ini, di segi undang-undang, ada bukti yang cukup untuk mengenakan tuduhan pembunuhan terhadap semua anggota polis yang terlibat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Tetapi sebaliknya, anggota tersebut dipindahkan ke unit keraja, ini adalah satu jenaka ... Kami menuntut semua anggota polis yang terlibat ditangkap segera. Maksud saya hari ini -. dalam masa satu jam," katanya Katanya, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tertuduh tidak boleh diikat jamin dan mesti berada dalam tahanan sehingga perbicaraan mereka selesai tetapi mereka masih "berjalan bebas". | ||||
Cadangan BN jadi parti tunggal tidak sesuai - Ahmad Maslan Posted: 01 Jun 2013 05:51 AM PDT Cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebuah parti tunggal adalah tidak sesuai dan amat sukar dilaksanakan memandangkan ia tidak mampu mewakili suara semua kaum di negara ini, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata, BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai kaum termasuk kaum minoriti di Sabah dan Sarawak dan jika cadangan itu dilaksanakan beliau khuatir suara kaum minoriti ini kelak tidak dapat diwakili dengan baik. "Kita tahu dari Sabah dan Sarawak, BN mempunyai parti kompnen yang mewakili pelbagai etnik yang tidak ramai di sana yang jika BN disatukan, suara mereka akan terhakis serta tidak mampu didengari lagi," katanya. Ahli Parlimen Pontian itu bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Sekolah Kebangsaan Agama Seri Anom Parit Satu di Pontian hari ini yang melibatkan peruntukan pembinaan sebanyak RM1.9 juta. Ahmad berkata secara peribadi, beliau sendiri tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang bakal menjadikan Umno, satu-satunya parti yang memperjuangkan hak orang Melayu selama ini terkubur. "Saya sendiri tidak bersetuju Umno bubar untuk wujudkan parti BN tunggal tanpa komponen dan saya yakin 3.4 juta ahli Umno juga tidak bersetuju," katanya. Dalam masa yang sama beliau meminta cadangan untuk mewujudkan keahlian terus BN tanpa menjadi ahli kepada mana-mana komponen BN sebelum ini diaktifkan semula sebagai alternatif kepada cadangan BN menjadi parti tunggal. Dengan cara itu, BN boleh menarik pelbagai persatuan atau kesatuan menjadi ahli bersekutunya. Bernama | ||||
SPR akan diletak bawah Parlimen, kata Najib Posted: 01 Jun 2013 05:49 AM PDT Bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. "Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara. Langkah itu, yang bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti SPR, dibuat ketika Pakatan Rakyat melancarkan kempen terhadap suruhanjaya itu berikutan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 bulan lepas. Pakatan pembangkang mendapat 51 peratus undi popular tetapi hanya memenangi 40 peratus kerusi di Parlimen berbanding dengan parti pemerintah, yang hanya menang 47 peratus undi popular tetapi memperolehi 60 peratus kerusi kerana amalan persempadanan kawasan pilihanraya. Persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR dijangka dilaksanakan lewat tahun ini dan Pakatan dijangka mengenakan untuk membetulkan ketidakseimbangan jumlah pengundi, yang didakwa memberi kelebihan kepada BN Najib turut melaporkan kepada Tuanku Abdul Halim bahawa buat kali ke-13 sejak kemerdekaan, Malaysia berjaya menyelesaikan secara aman dan tertib pilihan raya umum bagi memilih wakil rakyat dan seterusnya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dan 12 negeri mengikut lunas-lunas yang digariskan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara. "Patik ingin menjunjung kasih di atas perkenan kepercayaan Tuanku melantik patik selaku perdana menteri Malaysia selaras dengan mandat yang telah diberikan rakyat di bawah sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. "Amanah ini akan patik dan rakan-rakan jemaah menteri serta anggota pentadbiran lain lunaskan dengan penuh keinsafan bagi membawa rakyat dan negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan dengan bimbingan Tuanku dan izin Allah SWT," kata Najib. Beliau berkata selesainya proses pilihan raya bermakna penerusan kembali pelayaran bahtera negara untuk tempoh lima tahun akan datang menuju matlamat wawasan kebangsaaan. "Dalam tempoh itu kita akan menamatkan Rancangan Malaysia (RMK) ke-10 dan memulakan RMK ke-11, rancangan pembangunan lima tahun terakhir sebelum tercapainya Wawasan 2020 yang akan menyaksikan Malaysia, dengan izin Allah SWT," tambahnya. Najib juga berkata, kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada SPR untuk menambah baik wibawa perjalanan pilihan raya di negara ini walaupun pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah berlangsung dengan baik dan lancar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Perdana menteri menegaskan janganlah kerana kepentingan diri dan kelompok tertentu, ada pihak cuba merosakkan kebolehpercayaan institusi itu dengan melempar pelbagai persepsi liar. Beliau menarik perhatian hakikat SPR bukanlah sebuah agensi atau jabatan kerajaan, sebaliknya sebuah mekanisme yang ditubuh berasaskan peruntukan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan anggotanya mendapat perlindungan jawatan yang sama dengan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan. Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara. Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan berangkat menghadiri majlis itu. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet.- Bernama | ||||
Posted: 01 Jun 2013 05:45 AM PDT Oleh Zairil Khir Johari JIKA perkembangan media Melayu mutakhir ini diperhatikan, sifat-sifat kewarasan, keberkecualian dan kesusilaan sudah jelas tidak wujud. Sentimen perkauman bagai menjadi kelumrahan media Melayu zaman sekarang, baik di kaca mata televisyen atau dalam media cetakan. Nyata trend yang sempit ini sedang diterajui oleh media kawalan UMNO, khususnya Kumpulan Utusan Melayu. Sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-13, Utusan Malaysia dengan tidak segannya telah mempersoalkan "Apa lagi Cina mahu?" melalui tajuk berita utama, manakala tabloid Kosmo! yang dimiliki kumpulan yang sama telah meluahkan muka depan yang tidak kurang provokatifnya, yakni, "Pengundi Cina bersikap talam dua muka". Seperti biasa, fitnah diterbit sebagai fakta dan tohmahan menjadi bahan ulasan para pengarang. Pengundi kaum Cina dipersalahkan atas kemerosotan keputusan pilihan raya Barisan Nasional (BN), meskipun hujahnya tidak logik ― bagaimanakah mungkin golongan yang merangkumi lebih kurang satu suku populasi negara boleh memberi 51 peratus undi popular (53 peratus di Semenanjung) kepada Pakatan Rakyat? Jelas, kemenangan undi popular Pakatan Rakyat membuktikan bahawa gabungan parti terbabit telah menerima sokongan yang padu daripada segenap masyarakat Malaysia ― namun hakikat ini langsung diabaikan oleh media kawalan UMNO yang tidak ingin menerima kenyataan. Agenda perkauman kemudian diteruskan dengan seruan Awang Selamat, iaitu suara hati lembaga pengarang Utusan, untuk memboikot syarikat penerbangan Air Asia ekoran kritikan seorang pegawai kanannya, Azran Osman-Rani, yang mencemuh akhbar Utusan kerana bersifat rasis. Dan jika itu tidak mencukupi, Utusan kemudiannya menyiarkan kenyataan Perkasa yang menyelar Azran sebagai "bongkak" dan "lupa diri", serta "mengingatkan" Azran agar tidak sesekali "menyentuh" Utusan Malaysia kerana akhbar itu merupakan satu-satunya wadah yang mempertahankan hak orang Melayu di negara ini, seolah-olah segala kejayaan Azran adalah hasil daripada jasa akhbar berkenaan. Aduhai, malangnya nasib bangsa sehingga perisai perkauman terpaksa menjadi pelindung kepada umat Melayu. Agaknya, tanpa "perlindungan" daripada wira bangsa seperti Utusan dan Perkasa, tidak mungkin Melayu dapat berjaya atas usaha gigih sendiri ― inilah sebenarnya sikap yang memperlekeh dan merendahkan martabat bangsa! Keadaan ini bukan sahaja sangat mendukacitakan, tetapi amat memalukan, khususnya apabila Utusan Malaysia pernah pada suatu ketika dahulu menjadi tonggak dan peneraju kepada suara masyarakat Melayu yang bebas. Mungkin ramai yang telah lupa peristiwa 1961 apabila pekerja Utusan, termasuk tokoh kewartawanan seperti Said Zahari (yang ketika itu Ketua Pengarang), Usman Awang (kini Sasterawan Negara), serta barisan penulis dan wartawan seperti Abu Zaki Fadzil, Awam-il Sarkam, Salleh Yusof, Tajuddin Kahar, Zailani Sulaiman, Rosdin Yaakub dan lain-lain telah melancarkan kempen mogok. Tujuan mogok tersebut adalah untuk membantah pengambilalihan Utusan oleh UMNO yang tidak senang dengan sikap akhbar itu yang kritikal terhadap pemerintah dan pro kepada masyarakat terbanyak. Akhirnya, 50 tahun kemudian, kekhuatiran Said Zahari, Usman Awang dan para pekerja Utusan pada zaman 60-an yang mahukan Utusan kekal bebas daripada campur tangan politik, sudah pun menjadi kenyataan. Malah, Said Zahari dan Usman Awang tidak mungkin dapat bayangkan betapa corotnya kualiti kewartawanan akhbar yang pernah menjadi perjuangan mereka. Akibatnya, Utusan sudah hilang wibawa di mata orang Melayu, khasnya golongan kelas menengah seperti Azran yang sudah lelah dengan politik perkauman dan fitnah. Jika tidak kerana langganan kerajaan melalui jabatan, agensi dan anak syarikatnya, Utusan tidak mungkin mampu bernyawa, apatah lagi apabila ia seringkali didapati bersalah oleh mahkamah dan dipaksa membayar ganti rugi kepada mangsa fitnahnya (Lim Guan Eng dua kali, Karpal Singh, Khalid Samad, Azan Ismail sebagai contoh yang terbaru). Hakikatnya, Utusan yang dahulu menjuarai suara masyarakat terbanyak sudah menjadi alat politik parti konservatif kanan yang ketandusan ilham dan gagal merangkumi gagasan politik baru yang berteraskan idea. Yang paling malangnya, "usaha murni" Utusan serta puak haluan kanan ini sebenarnya tidak memajukan, malah memperbodohkan bangsa sendiri. Pada saya, keadaan Utusan Malaysia pada hari ini adalah tragedi yang sangat besar kepada warisan akhbar Melayu. Jalan keluar daripada kemelut ini hanya satu ― media massa di negara kita harus dibebaskan. Pengalaman di negara lain yang telah beralih daripada media terkongkong kepada media yang bebas menunjukkan bahawa akhbar yang berpendirian sempit dan berhaluan ekstrim seperti Utusan Malaysia tidak dapat bersaing dan akhirnya akan berhadapan dengan dua pilihan: tukar pendirian atau tutup kedai. Yang berjaya adalah mereka yang mampu memenuhi kehendak pasaran untuk kewartawanan yang lebih objektif. | ||||
Cadangan parti tunggal BN ‘tidak praktikal’ kata wartawan veteran Posted: 01 Jun 2013 05:42 AM PDT BahasaKUALA LUMPUR — Cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal tanpa parti komponen daripada kaum lain, jelas Datuk A. Kadir Jasin, adalah tidak praktikal dan akan ditolak akar umbi parti berteraskan Melayu itu.Bekas editor di akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times (NST) itu dalam blognya berkata hanya parti komponen BN majoriti Cina yang "nazak" seperti Gerakan, MCA dan SUPP yang akan menimbangkan cadangan itu. "Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, mungkin boleh "memujuk" kepemimpinan Umno untuk melayan (entertain) idea ini, tetapi saya tidak menjangka akar umbi Umno akan menerimanya. Umno adalah parti akar umbi!" kata A. Kadir dalam blognya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. A. Kadir turut mempersoalkan keputusan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal sedangkan Umno yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan parti pemerintah itu diakui sendiri oleh Najib sebagai parti yang kuat. "Saya tidaklah mahu membuat andaian yang Mohd Najib sekali lagi tunduk kepada kehendak orang Cina apatah lagi selepas beliau sendiri menyalahkan tsunami Cina sebagai punca ketidakcemerlangan prestasi beliau dalam PRU 5 Mei lalu," katanya. "Lagipun, seandainya Umno lebih kuat selepas PRU13 seperti Mohd Najib dakwa ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi, mengapa harus ia dibubarkan dan bergabung dengan parti lain menjadi sebuah parti tunggal?" soalnya. Najib malam tadi selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata parti itu masih kuat apabila berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini. "Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan PAS," kata Najib kepada pemberita. A. Kadir turut berkata, mengapa perlunya Umno dan parti-parti Bumiputera yang kukuh di Sarawak dan Sabah dibubarkan dan digabungkan menjadi parti tunggal semata-mata bagi melayan idea parti-parti Cina BN yang ditolak oleh orang Cina sendiri dalam PRU lalu. "Kalau Umno dibubarkan bagi memberi laluan kepada penubuhan parti tunggal BN, kemungkinannya banyak ahli dan penyokongnya akan beralih kepada PAS kerana orang Melayu masih berasa mereka memerlukan parti Melayu-Islam," katanya. Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn minggu lalu berkata cadangan penyatuan antara parti komponen seperti Gerakan, MCA, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) tidak dapat dilaksanakan tanpa menjadikan BN parti tunggal kerana setiap parti komponen BN mempunyai Perlembagaan yang berbeza, dan berlandaskan kepada parti berteraskan kaum. Mengulas perkara itu, A. Kadir menegaskan, masalah pokok BN bukan organisasi atau struktur, tetapi imej dan persepsi kepemimpinan BN yang negatif. Perubahan struktur parti tanpa mengubah kualiti dan integriti kepemimpinan jelas A. Kadir tidak akan menjadikan BN lebih diyakini dan disokong oleh pengundi. Justeru, beliau turut berkata; "Umno perlu membezakan yang mana satu pokok dan yang mana satu hutan belantara." | ||||
Merajuk: Soi Lek dicadang niaga keranda Posted: 01 Jun 2013 05:34 AM PDT
"Tidak henti-henti kita terjumpa berita MCA merajuk kerana kalah pilihan raya," katanya. Terbaru, katanya, ialah berita 17 anggota MCA Bahagian Gelang Patah meletakkan jawatan dalam agensi pentadbiran kerajaan, berkuat kuasa serta-merta kononnya kerana menghormati resolusi parti mereka yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini. "Kalau begitu, Presiden MCA elok ajak anak buahnya terokai perniagaan jual keranda kalau tak mahu terlibat lagi dengan politik dan pentadbiran," kata Salahuddin Ayub. Beliau juga menyifatkan parti itu berperangai seperti budak-budak yang merajuk dan mengugut apabila kalah bertanding. "Kita faham tindakan MCA itu ialah untuk menempelak pengundi-pengundi Cina dan seperti mengherdik mereka bahawa mereka kini tidak ada lagi wakil dalam kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini kerana keengganan mereka mengundi BN," katanya. Meskipun demikian, beliau percaya masyarakat Cina tidak akan melayan ugutan sedemikian kerana mereka sudah terlalu jelik terhadap BN. "BN sudah menjadi jenama yang ditolak hampir seluruh masyarakat Cina kecuali beberapa kerat yang ada kepentingan. "Apabila jenama tersebut amat buruk di mata dan hati mereka, mereka tidak peduli lagi malah tidak akan melayan sama sekali apa jua taktik merajuk dan mengugut yang dicuba oleh MCA atau Gerakan," kata Salahuddin (gambar). Beliau menyifatkan taktik merajuk yang dilakukan oleh MCA itu masih lagi dalam lingkungan permainan politik perkauman. Ketika parti-parti di dalam BN terus bermain politik perkauman, Salahuddin yakin, majoriti masyarakat Cina dan semakin ramai rakyat yang lain sudah mula merasai bahawa Pakatan Rakyat kian menjadi wadah perpaduan yang ikhlas dan tulen. "Pakatan sebagai wadah perpaduan rakyat bukan hanya cakap kosong tak berasas tetapi semakin dirasai sendiri oleh rakyat terutama mereka yang menghadiri perhimpunan-perhimpunan yang kita anjurkan. "Bagi mereka yang menghadiri perhimpunan-perhimpunan itu, Pakatan kian terbukti dan benar-benar dirasai sebagai wadah perpaduan yang ikhlas dan tulen bagi semua rakyat negara ini," kata beliau. Beliau juga yakin, hakikat bahawa Pakatan adalah wadah perpaduan mereka yang ikhlas dan tulen akan semakin sebati dalam pemikiran rakyat. | ||||
UMNO Terkuat? Najib, PM 47% Itu Tertipu & Menipu Dengan Ilusinya! Posted: 01 Jun 2013 05:29 AM PDT Umno kekal sebagai parti pilihan rakyat berdasarkan pencapaian parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri berkata ini terbukti dengan kejayaan Umno menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini. "Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan PAS)," kata Presiden Umno itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini. Najib berkata prestasi Umno juga diukur berdasarkan kejayaannya merampas kembali Kedah dan Perak berserta bilangan undi yang diperolehi yang semakin bertambah. "Mengikut kajian kita, lebih kurang 30 peratus peningkatan undi yang diberikan kepada Umno berbanding tahun 2008, katanya. Justeru, Najib berkata Umno akan terus berjuang dengan memantapkan gerak kerjanya melalui beberapa penambahbaikan pentadbiran di peringkat ibu pejabat seperti dicadangkan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan. Beliau berkata antara penambahbaikan tersebut ialah mewujudkan beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa seperti penyelidikan dan latihan, media sosial dan bidang penerangan. Beliau berkata penyusunan semula tersebut perlu bagi memastikan usaha, mesej dan segala keputusan daripada Majlis Tertinggi itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Menurutnya khidmat tenaga profesional sepenuh masa dan berdedikasi akan digunakan untuk melaksanakan tugas dan arahan majlis itu. Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengumuman Najib mewujudkan pelbagai pengkhususan dalam memantapkan lagi parti itu akan menjadikan Umno lebih fokus untuk mendekati golongan muda. "Ini merupakan tumpuan baharu parti kerana pada 2017 atau 2018 nanti (jika pilihan raya umum diadakan), dijangka hampir 2.5 juta pengundi muda, dan ini harus diberikan tumpuan bagi mendekati kumpulan berkenaan," katanya. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula berpendapat pewujudan pelbagai pengkhususan itu adalah cadangan yang tepat bagi memulakan usaha parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14. "Kita pisahkan media sosial daripada penerangan, jadi kita akan memberi input untuk kaedah menjalankan kempen melalui media alternatif dengan lebih berkesan. Pemuda Umno akan menyumbang idea untuk memperkukuhkan bidang itu," katanya. - Bernama Ulasan GB Najib membnicarakan soal kerusi, lansung tak sentuh tentang undi. Dengan penuh bangga beliau menyatakan "kejayaan Umno menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88". Oleh kerana Najib berbicara tentang "kerusi" kita jawab dengan kerusi juga. UMNO meningkatkan kerusinya daripada 79 kepada 88 katanya, TETAPI jangan terlepas pandang bahawa kerusi Barisan Nasional merosot 7 kerusi dari 140 (2008) kepada 133 (2013). Pakatan Rakyat yang dapat menambahkan 7 kerusi daripada 82 (2008) kepada 89 (2013) Jadi peningkatan kerusi UMNO datang dari mana kalau bukan dari kalangan anggota BN sendiri iaitu MCA? MCA kalah teruk dengan kehilangan 8 kerusi iaitu daripada 15 (2208) kepada cuma 7 (2013). Rumusannya? UMNO bertambah kuat dengan menambah kerusinya dengan mengkorbankan MCA! Sokongan kaum India yang digembar-gemburkan telah kembali kepada BN juga palsu kerana MIC cuma menambah 1 kerusi sahaja iaitu dari 3 (2208) kepada 4 (2013). Ditinjau dari sudut undi popular keadaannya bertambah buruk dan Najib lansung tak sentuh lansung mengenainya. UMNO menerima sejumlah 3,241,286 (29.32%) undi popular, jauh lebih rendah daripada Pakatan Rakyat yang memperolehi 5,623,984 (50.87%). UMNO parti terkuat? Dengan jumlah undi popular yang diterima oleh UMNO sebanyak 3.2 juta itu, ia menyamai keahlian UMNO yang juga dikhabarkan seramai 3.2 juta. Ini bererti UMNO hanya menerima undi daripada ahlinya sendiri, menjelaskan kepada kita bahawa UMNO tidak layak untuk mewakili rakyat "Melayu" Malaysia kerana jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta. Sejumlah 4.6 juta lagi pengundi Melayu tidak memilih UMNO sebaliknya memilih Pakatan Rakyat! Itu GB tak ulas pengundi bukan-Melayu yang masing-masing dah tahu, malah Najib sendiri akui, majoritinya sudah tidak mengundi BN! Najib benar-benar sedang berilusi, tertipu dan hendak menipu rakyat Malaysia,, | ||||
PAS Sedia Biaya Kos Guaman Safwan dan Adam Posted: 01 Jun 2013 05:25 AM PDT Editor buletinNaib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, pihaknya juga bersedia membantu dengan membekalkan peguam dari Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) bagi membela anak muda yang ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyanjung tinggi keberanian anak-anak muda dalam mempertahankan kebenaran meskipun mereka berdepan dengan risiko ditangkap dan dipenjarakan. Keengganan Safwan Anang untuk diikat jamin sebanyak RM 5,000 membuka mata semua pihak bahawa beliau adalah simbol rakyat yang dizalimi. Beliau juga menunjukkan suatu sikap seriusnya anak muda dalam memperjuangkan demokrasi yang kian nazak di negara ini. "Pemuda Pas melihat kebangkitan anak-anak muda seperti Safwan dan Adam Adli merupakan suatu fenomena luar biasa di negara ini. "Di negara lain, sekiranya mahasiswa dan anak muda sudah mula berani turun berhimpun, ia menandakan zaman gelap kepada pemerintah dan permulaan cerah untuk pembebasan bagi rakyat yang cintakan keamanan, kedamaian dan demokrasi sebenar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Semalam pada Rabu 29 Mei, Safwan yang ditahan atas dakwaan mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan tidak mahu diikat jamin sebagai tanda protes. Sinar Harian Online difahamkan, peguam yang mewakili Safwan, Ariff Azami Hussein telah cuba memujuknya namun beliau berkeras untuk tidak diikat jamin. Sementara itu, minggu lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan tahanan reman ke atas Adam Adli dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Adam Adli dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama dan kes akan disebut semula pada 2 Julai depan. Dalam pada itu, dakwa Raja Ahmad, penangkapan Adam Adli dan Safwan adalah titik tolak kebangkitan anak-anak muda. Dakwanya, kerajaan tidak boleh menganggap penangkapan mahupun mahasiswa ini boleh mendiamkan mulut ratusan ribu anak-anak muda. "Dua orang anak muda ditangkap, ribuan lagi Safwan dan Adam Adli akan muncul dari celahan kebangkitan anak-anak muda," dakwanya lagi. | ||||
Tiada sebab ahli DAP tidak terima notis hadir kongres Posted: 01 Jun 2013 05:21 AM PDT Roketkini.com SHAH ALAM: Tidak ada alasan bagi semua perwakilan DAP yang mendakwa tidak menerima notis untuk menghadiri kongres kebangsaan parti itu di Pulau Pinang, 15 Disember lalu. Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata, perkara itu timbul kerana beberapa masalah tekninal termasuk notis yang dihantar tidak sampai ke rumah ahli DAP kerana pertukaran alamat. Tambahan pula, katanya, perwakilan DAP sepatutnya sudah tahu kerana kongres DAP sudah dihebohkan lebih awal iaitu sebelum tarikh yang sepatutnya diadakan atau mereka boleh merujuk perkara itu kepada Ibu Pejabat DAP, bukannya mengadu kepada pihak lain. Sehubungan itu, Teresa yang juga Ahli Parlimen Sepeuteh berkata, Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dminta lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan apabila mendakwa ramai perwakilan DAP tidak menerima notis untuk menghadiri kongras itu. "Perkara itu timbul kerana ada usaha daripada beberapa perwakilan DAP yang bermasalah mengadu perkara itu kepada ROS bagi menjejaskan imej parti," katanya. Semalam, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, keputusan itu diperoleh selepas siasatan ke atas aduan diterima daripada perwakilan DAP yang tidak menerima notis itu. Menurut Abdul Rahman, ahli DAP itu mendakwa mereka telah dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan pada kongres berkenaan. – Roketkini.com | ||||
Punca bot karam: Tiada jalan darat antara Sibu-Kapit-Belaga Posted: 01 Jun 2013 05:18 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR,: DAP menganggap punca sebenar berlakunya tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang dekat Belaga, Selasa lalu, yang meyaksikan 11 mangsa hilang, termasuk satu mayat ditemui kerana tiada jalan raya antara Sibu-Kapit-Belaga walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka dan enam tahun menuju Wawasan 2020. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata persoalan yang sepatutnya bermain di kotak fikiran rakyat Malaysia ketika kaum Dayak mengambut Hari Gawai ialah sama ada musibah bot karam dengan 179 penumpang terselamat dan 11 hilang, menjadi satu daripada agenda Kabinet Persekutuan yang bermesyuarat, semalam. Beliau berkata, atau adakah Kabinet sudah memutus untuk memperbetulkan kegagalan 50 tahun pembangunan saksama di Sarawak dengan memastikan wujudnya akses jalan raya ke Kapit dan Belaga. "Jika tidak, apakah perbezaan yang dilakukan kepada teras sosio-ekonomi nasional dan pembangunan infrastruktur juga keadilan sosio ekonomi yang terlewat kepada penduduk pedalaman Sarawak melalui melantik tujuh menteri penuh dan empat timbalan menteri dari Sarawak menyertai Kabinet Persekutuan. "Malah, sekiranya musibah bot karam itu berlaku pada hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri tentu sudah melawat tempat kemalangan dan menemui mangsa dalam tempoh 24 jam untuk menyampaikan ucapan takziah Kerajaan Persekutuan secara peribadi berbanding sikap berbeza Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekarang, yang tidak mengucapkan sepatah kata pun mengenai musibah bot Belaga sejak dua hari lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.. Beliau berkata, setiap orang sebenarnya takut untuk menggunakan bot ekspres kerana arus sungai tidak boleh dijangka tetapi mereka tiada pilihan lain kerana tidak boleh menggunakan pengangkutan darat. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dijangka terdapat kira-kira 100,000 orang tinggal di kawasan Kapit dan kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri Sarawak tidak boleh berterusan meninggalkan tanggungjawab mereka untuk memastikan wujudnya akses jalan raya ke Kapit dan Belaga. "Saya menerima emel daripada orang Dayak dan rakyat Sarawak mengenai musibah bot Belaga, aduan dan rayuan mereka mesti didengari dan diambil tindakan oleh kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak. "Penduduk yang hantar emel itu mengaku sudah biasa melihat tragedi sedemikian tetapi masalahnya orang tempatan iaitu Dayak dan Iban menganggap kemalangan dan tragedi sebegitu perkara biasa dan boleh diterima sebab itu mereka tidak panik apabila kejadian sebegitu berlaku. "Bagaimanapun mereka berharap pihak berkuasa tidak mengambil mudah perkara itu. Tiada seorang pun didakwa kerana pemilik feri atau bot mempunyai jaringan kuat. Penduduk tempatan pula terlalu miskin sehingga mereka tidak melakukan apa-apa melainkan menanti mayat dikebumikan," katanya dalam kenyataan media, semalam. Menurut Kit Siang, mereka hanya kenal BN. Mereka terus mengundi BN sekalipun dihimpit kesengsaraan dan kesusahan, tidak diberikan pendidikan yang baik dan keadaan kehidupan yang buruk sehingga sekarang. Kaum Dayak juga memuji Kit Siang kerana menyuara dan membela mereka kerana orang Dayak termasuk pemimpin mereka takut untuk bersuara dan mengakui punca sebenar kejadian itu adalah tiada jalan raya Sibu-Kapit-Belaga dan konspirasi besar yang menghalang pembinaan jalan raya Sibu-Kapit-Belaga sejak 50 tahun lalu. "Wakil rakyat Ulu Rejang yang mengatakan kerajaan tidak mempunyai cukup duit untuk membina jalan raya Sibu-Kapit-Belaga dianggap satu pembohongan kerana kosnya amat kecil berbanding membina Putrajaya, KLIA, Empangan Bakun, Empangan Murum. "Kos pembinaannya tidak seberapa berbanding jumlah keseluruhan wang yang diperoleh daripada pembalakan dan perniagaan bot ekspres di Ulu Rejang. Tambahan pula, sekiranya JKR tidak boleh melakukan kerana kontraktor mahukan harga yang tinggi, biar bahagian kejuruteraan tentera yang melakukannya (Strategi Laut Biru)," tambahnya. Menurut beliau, orang pedalaman di Sarawak, terutamanya di Kapit dan Belaga mahu musibah bot Belaga yang berlaku pada Gawai Dayak tahun ini akan didengari dan diambil tindakan oleh Kabinet Persekutuan baru memandangkan kini ada tujuh menteri penuh dan empat timbalan menteri dari Sarawak selepas PRU-13.-Roketkini.com | ||||
FAM disaran contohi program Pakatan Rakyat Posted: 31 May 2013 11:37 PM PDT Oleh Mohd Arif Juhani KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran mencontohi kaedah Pakatan Rakyat menganjurkan program melibatkan puluhan ribu penonton yang berlangsung secara aman. Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, kebanjiran penonton dan insiden baling batu tidak sepatutnya berlaku jika pihak berkuasa lebih aktif mengawal keadaan. "Sepatutnya situasi ini boleh diramal penganjur dan anggota berkuasa berdasarkan sambutan hangat peminat bola sepak kedua-dua pasukankatanya kepada Keadilandaily. "Saya difahamkan berlaku kebanjiran penonton sehingga mencecah 42,000 orang. Sedangkan Stadium Darul Makmur berkapasiti 35,000 penonton. Bagaimana boleh wujud keadaan ini?, soalnya. Pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur 28 Mei lalu, berlaku kekecohan antara penyokong pasukan Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT). Ekoran kekecohan itu, kedua pasukan dihukum FAM apabila Pahang didenda sebanyak RM100,000 manakala JDT pula RM20,000. Justeru, Adun Machang Bubuk menasihatkan semua pihak bermuafakat atas semangat kesukanan "Semangat berpasukan itu mesti ditonjolkan dengan lebih hebat bagi membuktikan rakyat Malaysia adalah matang dan profesional. "Kesedaran sivik itu yang lebih utama untuk ditunjukkan dalam semangat kita menyokong arena bola sepak tanah air," ujarnya. Perlawanan ulangan separuh akhir kedua Piala FA yang dibatalkan Selasa lalu akan dilangsungkan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok. | ||||
Media Umno-BN lebih banyak rosak keharmonian Posted: 31 May 2013 11:33 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, media kawalan Umno-BN lebih banyak merosakkan keharmonian negara.Beliau mengulas kenyataan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek berhubung cadangan undang-undang penyalahgunaan media sosial. "Shabery harus sedar bahawa media Umno-BN lebih banyak merosakkan keharmonian negara dengan menimbulkan isu perkauman terutama selepas PRU lalu," katanya kepada Keadilandaily. "Mengapa tindakan segera tidak diambil terhadap mereka? Jelas undang-undang yang dikaji itu berat sebelah dan cuba menafikan demokrasi maklumat yang menjadi hak setiap rakyat Malaysia," ujarnya. Shabery mengulas cadangan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang menggesa kerajaan Malaysia mencontohi Singapura yang mewajibkan lesen kepada semua laman web berita di negara ini. Muhammad Nur menempelak percubaan Shabery untuk menjadikan Singapura sebagai contoh kerana negara republik itu sebenarnya gagal mengamalkan demokrasi dengan baik. "Lihat balik laporan Indeks Kebebasan Akhbar. Singapura menduduki tangga ke-135. Aneh kalau Malaysia mahu meniru negara yang berada jauh dibelakangnya," kata Dr Manuty. Pengerusi KEADILAN Perak itu menambah, lebih memburukkan keadaan apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas akhbar rasmi Pakatan Rakyat seperti Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket. "Tindakan itu menunjukkan Umno-BN tidak sukakan kebebasan maklumat, sebaliknya parti itu masih kuat dengan nafsu politik dendamnya. "Ini menunjukkan Malaysia berada dalam kegelapan maklumat. Fasa diktator Mahathirisme sedang berlaku bagi menghalang kebangkitan rakyat," katanya. | ||||
Fail Petisyen: BN sendiri tak percaya SPR – Saifuddin Posted: 31 May 2013 11:30 PM PDT Oleh: Mohd Arif Juhaini KUALA LUMPUR : Tindakan Barisan Nasional (BN) untuk memfailkan lebih 50 petisyen di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukti parti itu sendiri tidak percaya kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Secara tidak langsung, ujarnya, tindakan Umno BN itu ibarat 'meludah ke langit' kerana mereka sebelum ini bersungguh-sungguh mempertahankan ketelusan SPR. "Tetapi sekarang, Umno BN pun tidak percayakan kepada SPR. SPR harus ingat inilah padahnya apabila cuba mengkhianati amanah yang rakyat berikan untuk menikmati proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil," ujarnya ketika dihubungi. Beliau berkata, tindakan itu juga mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa memang wujud kelemahan dan kecurangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas. "Ini beban baru SPR yang perlu mereka jawab selepas Pakatan berjaya membuktikan segala kecurangan yang wujud dalam pelbagai segi, seperti senarai daftar pemilih, isu dakwat kekal, blackout semasa pengiraan undi dan sebagainya," ujar Saifuddin. Tegasnya, mana-mana parti politik hanya akan memfailkan petisyen selepas meragui keputusan pilihan raya yang dikendalikan badan seperti SPR. "Jadi tindakan Umno BN ini akan memalukan SPR sebagai badan bertanggungjawab yang sebelum ini kerap kali mendakwa melaksanakan amanah dengan telus dan adil baik sebelum, semasa dan selepas pilihan raya,". "Kalau sebelum ini, SPR sekadar mencuci tangan sahaja dengan memberikan pelbagai alasan dangkal apabila Pakatan kemukakan bukti kecurangan, sekarang mereka tidak boleh ambil ringan lagi bukti yang rakyat berikan," katanya. | ||||
PKR gesa PM jawab isu tahanan mati dalam lokap Posted: 31 May 2013 11:23 PM PDT PETALING JAYA - PKR menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan berhubung kematian Dhamendran yang dipercayai mati dibunuh akibat dipukul ketika dalam tahanan polis. Naib Presiden PKR, N.Surendran mendakwa laporan bedah siasat dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur mendedahkan tubuh mangsa mempunyai banyak kesan lebam di seluruh badan dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul. "Kami mahu Perdana Menteri menjelaskan bagaimana Dhamedran boleh mati dalam tahanan polis walhal mangsa hanyalah suspek. "Laporan bedah siasat dari hospital kerajaan adalah bukti kukuh dan jangan kata mangsa mati disebabkan masalah kesihatan kerana perkara itu disahkan doktor patologi yang membuat bedah siasat itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini. | ||||
Najib: Kawal selia, fungsi SPR bakal dipindah ke satu jawatankuasa khas Posted: 31 May 2013 11:22 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk memindahkan fungsi dan kawal selia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang sebagai langkah memperkukuhkan kewibawaan serta kredibiliti badan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan. "Kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada SPR untuk menambah baik wibawa perjalanan pilihan raya di negara ini walaupun pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah berlangsung dengan baik dan lancar. "Janganlah kerana kepentingan diri dan kelompok tertentu, ada pihak cuba merosakkan kebolehpercayaan institusi itu dengan melempar pelbagai persepsi liar. "SPR bukanlah sebuah agensi atau jabatan kerajaan, sebaliknya sebuah mekanisme yang ditubuh berasaskan peruntukan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan anggotanya mendapat perlindungan jawatan yang sama dengan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan," katanya. Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara. Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan berangkat menghadiri majlis itu. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet. Tambah Najib,selesainya proses pilihan raya bermakna penerusan kembali pelayaran bahtera negara untuk tempoh lima tahun akan datang menuju matlamat wawasan kebangsaaan. "Dalam tempoh itu kita akan menamatkan Rancangan Malaysia (RMK) ke-10 dan memulakan RMK ke-11, rancangan pembangunan lima tahun terakhir sebelum tercapainya Wawasan 2020 yang akan menyaksikan Malaysia, dengan izin ALLAH SWT, menyertai kelab negara berpendapatan tinggi dunia," katanya. Najib turut melaporkan kepada Tuanku Abdul Halim bahawa buat kali ke-13 sejak merdeka, Malaysia berjaya menyelesaikan secara aman dan tertib pilihan raya umum bagi memilih wakil rakyat, seterusnya membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dan 12 negeri mengikut lunas-lunas yang digariskan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara. "Patik ingin menjunjung kasih di atas perkenan kepercayaan Tuanku melantik patik selaku Perdana Menteri Malaysia selaras dengan mandat yang telah diberikan rakyat di bawah sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. "Amanah ini akan patik dan rakan-rakan jemaah menteri serta anggota pentadbiran lain lunaskan dengan penuh keinsafan bagi membawa rakyat dan negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan dengan bimbingan Tuanku dan izin ALLAH SWT," kata Najib. - Bernama | ||||
Anggota Rakan Cop, URB ditambah tangani jenayah Posted: 31 May 2013 11:19 PM PDT SINAR HARIAN KAJANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhasrat menambah keanggotaan Rakan Cop dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu menangani masalah jenayah dalam negara. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu secara tidak langsung akan membantu mempercepatkan laporan mengenai sesuatu kejadian jenayah. "Siasatan mengambil masa kerana ia antara lain, tertakhluk kepada kerjasama orang ramai kerana polis perlukan maklumat tambahan bagi melakukan tangkapan...ia memerlukan tindakan cepat masyarakat. "Oleh sebab itu, saya dan timbalan menteri berhasrat memperbesarkan lagi Rakan Cop, agar mereka dapat membantu bagi maklumat segera," katanya pada sidang media di ibu pejabat Jabatan Penjara Kajang, semalam. Terdahulu, Ahmad Zahid bersama timbalannya, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melawat Kompleks Penjara Kajang diiringi Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar. Ahmad Zahid berkata, rondaan bersama, URB dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan diadakan dengan lebih kerap berbanding secara berskala sekarang. Selain itu, beliau berkata lokasi kerap berlaku jenayah berulang juga akan dipantau dan dikaji secara terperinci dan akan dimasukkan ke senarai lokasi 'hotspot' sedia ada, sekiranya perlu. Latihan khas juga akan diberikan kepada badan-badan di bawah kementerian seperti Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia bagi memotivasi mereka membantu anggota polis mencegah jenayah. - Bernama | ||||
Pemilihan Umno: Najib sedia dicabar Posted: 31 May 2013 11:17 PM PDT KUALA LUMPUR - Pemilihan pucuk pimpinan Majlis Tertinggi Umno akan dibuat pada tahun ini. Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam. Menurutnya, sebagai parti demokrasi, beliau bersifat terbuka jika ada yang ingin bertanding jawatan presiden. "Kita bukan macam parti lain. Kita terima jika ada yang mahu bertanding," katanya pada sidang media selepas mesyuarat tersebut. Selain itu, satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan untuk turun padang ke negeri-negeri bagi mendapatkan respons ahli parti sebelum pemilihan dibuat. "Ia akan diketuai Tan Sri Tajol Rosli Mohamed Ghazali. Pasukan ini akan mendapatkan respons ahli mengenai perlembagaan baru parti yang akan digunakan penggal baru nanti. "Perlembagaan baru parti sudah dibuat tiga tahun lalu dan akan dilaksanakan pada penggal baru ini. "Selepas itu, barulah mesyuarat bahagian dibuat seterusnya perhimpunan agung. Semuanya akan dibuat dalam tahun ini dan akan bermula 15 Julai depan," katanya. Menurut beliau, pemilihan pucuk pimpinan akan dibuka tetapi tidak kepada sayap seperti Pemuda, Puteri dan Wanita. "Untuk pucuk sahaja, sudah ada lebih 150,000 ahli, jika nak disekalikan dengan sayap, pasti sukar. "Keputusan juga harus dibuat dalam masa sehari itu nanti. Cuma mekanisme pemilihan itu masih belum diputuskan sama ada menggunakan biometrik, angkat tangan atau lain-lain kaedah," katanya. Najib turut berharap Umno akan terus kekalkan momentum sekarang memandangkan parti itu sudah mendapat kepercayaan rakyat pada PRU13 lalu. Najib berkata ini terbukti dengan kejayaan Umno menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 tahun 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini. "Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan Pas)," katanya. Najib berkata prestasi Umno juga diukur berdasarkan kejayaan merampas kembali Kedah dan Perak berserta bilangan undi yang diperolehi yang semakin bertambah. "Mengikut kajian kita, lebih kurang 30 peratus peningkatan undi diberikan kepada Umno berbanding tahun 2008, katanya. Justeru, Najib berkata Umno akan terus berjuang dengan memantapkan gerak kerjanya melalui beberapa penambahbaikan pentadbiran di peringkat ibu pejabat seperti dicadangkan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan. Beliau berkata antara penambahbaikan tersebut ialah mewujudkan beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa seperti penyelidikan dan latihan, media sosial dan bidang penerangan. Beliau berkata penyusunan semula perlu bagi memastikan usaha, mesej dan segala keputusan daripada Majlis Tertinggi itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. | ||||
Posted: 31 May 2013 04:55 PM PDT
Dr Khir yang hadir ke Mahkamah Rayuan dengan harapan yang tinggi kerana percaya beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan rasuah mahu pun pecah amanah, tetapi berpendapat bahawa beliau dikambinghitamkan atas sebab-sebab tertentu. Bagi saya soal beliau bersalah atau tidak bukan isunya di sini, tetapi yang saya ingin lontarkan ialah kami pendokong Pakatan Rakyat telah lama menjadi "kambing panggang" oleh Umno-BN. Sejak sekian lama kami tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dalam apa-apa juga kes dan keadaan. Jika ada pun, sekadar untuk berlakon seoalah-olah kerajaan juga berlaku adil. Kami bukan sahaja menjadi "kambing panggang" di mahkamah, malah dalam media, urusan kerajaan pusat – kerajaan negeri, peruntukan wakil rakyat dan banyak lagi. Yang Dr Khir lalui hari ini hanyalah beberapa peratus berbanding keperitan yang kami lalui. Moga perisiwa ini ada hikmah di sebaliknya. Bersabarlah jika berasa anda teraniaya dan jika anda benar-benar bersalah jadikanlah sebagai kafarah atas kesalahan yang dibuat. | ||||
Penduduk demo, banjir berminggu tidak surut Posted: 31 May 2013 04:53 PM PDT
TEMERLOH: Kira-kira 100 penduduk Kampung Batu Satu di sini berdemo hari ini memprotes sikap 'lepas tangan' pihak berkuasa sehingga gagal menyelesaikan masalah banjir yang memakan masa lama. Akibatnya banjir yang tidak surut-surut sejak beberapa minggu itu menenggelamkan beberapa buah restoran, bengkel, kedai menjual kereta terpakai serta beberapa buah rumah penduduk. Lebih malang, puluhan buah rumah penduduk di kampung yang terletak hanya satu kilometer dari pusat bandar itu terputus hubungan kerana banjir menenggelamkan hubungan jalan utama. Pemilik restoran Shakira Cafe, Izuddin Nawawi, 57, mendakwa beliau hampir dua bulan tidak dapat berniaga akibat kedainya ditenggelami air sedangkan itulah satu-satunya sumber pendapatan keluarganya. Katanya, beliau sudah bertemu Pegawai Daerah Temerloh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan pelbagai agensi yang terlibat tetapi bagi mendapatkan penjelasan, tetapi semuanya mengecewakan kerana seolah-olah saling tuduh menuduh. "Ada juga saya cadangkan supaya dibina saliran air yang besar antara satu perumahan dengan perumahan yang lain kerana kawasan bandar Temerloh ini banyak kawasan perumahan tetapi seolah-olah pembangunannya tidak terancang. "Sekarang sumber pendapatan saya sudah terputus sejak sekian lama, sedangkan kami sekeluarga masih memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan," katanya sayu. Tambah Izuddin, jika pihak berkenaan 'tidur', itulah jadinya dengan wang rakyat banyak yang dikeluarkan tetapi masalah penduduk kampung di sini tidak juga selesai. "Mana janji rakyat didahulukan pencapaian diutamakan serta NKRA yang sering diulang-ulang pemimpin kerajaan?" soalnya. Menurut penduduk, mereka sering kali terpaksa meredah banjir selama betahun-tahun sejak penaikan taraf jalan Temerloh-Mentakab terutama apabila hujan lebat kerana satu-satunya kalbat yang mengalirkan air persekitaran kawasan berkenaan didakwa sangat kecil dan tidak munasabah. Difahamkan, kalbat besar tidak dapat digunakan kerana terdapat saluran paip besar bawah tanah di tempat yang sama. Pada ketika ini kerja pengorekan serta pemasangan kalbat oleh kontraktor tidak siap-siap sejak hampir dua bulan iaitu sebelum pilihan raya umum lagi. Seorang lagi pemilik kedai makan Restoran Setia Damai, Mulyadi Parmen, 42, (gambar) berkata walaupun kedainya tidak ampuh tetapi turut menjejaskan pendapatan kerana air banjir yang berhampiran berbau busuk dan mengundang banyak lalat. "Saya lihat projek memasang kalbat menyeberang jalan ini sudah terlalu lama memakan masa dan tidak pernah selesai, sebab itu saya cadangkan supaya digunakan kalbat yang besar saja. Walaupun kosnya mungkin tinggi sikit tetapi penyelesaiannya besifat jangka panjang. "Saya mahu projek ini mesti diselesaikan segera, kalau setakat korek-korek begini hingga bertahun-tahunpun tetap tak boleh selesaikan masalah dan jejaskan perhubungan penduduk serta pendapatan kami," tegasnya. Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Muhamad, yang turut hadir berkata beliau telah beberapa kali membangkitkan masalah berkenaan dalam sidang Dun. Katanya, perkara tersebut berlaku kerana pembangunan yang tidak terancang dan tidak ada 'master plan' disediakan. | ||||
Rakyat Selangor mencipta sejarah Posted: 31 May 2013 04:41 PM PDT Saya terasa teringin untuk menulis sesuatu hari ini. Agak lama tidak menyatakan pandangan, mungkin kerana terpaksa menahan diri dari melakukannya kerana ada tugas penting yang perlu diselesaikan tanpa memberi peluang kepada mana-mana pihak mentelaah secara negatif. Semalam setelah semuanya selesai maka sementara duduk di rumah elok dituliskan sesuatu agar mampu memberi sedikit pencerahan. Ramai melihat agenda melantik Menteri Besar di Selangor dan barisan Exco dengan kanta pandang dekat; seramai mungkin yang mahu memberi pandangan walaupun dalam banyak masa mereka tidak mempunyai sebarang maklumat tepat untuk membuat komen. Maka wujudlah beberapa siri perbincangan panas antaranya Istana campurtangan dalam pemilihan Exco, politik kuno berpaksikan kaum, politik order lama yang tidak sensitif gender dan bermacam lagi. Bila ada ura-ura kononnya istana atau lebih khusus lagi DYMM Sultan cuba memberi nasihat dan pandangan dalam pelantikan Exco maka terus sahaja kita membuat kesimpulan bahawa Tuanku mahu campurtangan dalam pentadbiran negeri, baginda seorang yang rasis dan hanya memihak kepada orang Melayu. Tidak sedikit yang menyatakan rasa marah dan tersinggung serta kesedihan mereka dengan berita tersebut. Ramai kita terlupa bahawa politik Pakatan Rakyat yang kita bawa adalah politik baru dengan semangat politik inklusif, yakni ruang bersuara dan memberi pandangan terbuka luas kepada semua pihak dan saya berpandangan ianya tidak terkecuali kepada pihak istana. Lebih malang apabila timbul cerita bahawa pihak istana mahu formula 6:4 (Melayu: Bukan Melayu) digunapakai dan isu kaum terus dimainkan tanpa cuba melihat mungkin ada sudut lain yang lebih positif dan membina yang boleh dilihat. Bila kita lihat keputusan 15:15:14 PAS DAP dan Keadilan, ini bermakna keputusan tersebut telah melonjakkan kerusi PAS yang dahulunya hanya 8 kepada 15 kerusi. Sedar atau tidak dengan lonjakan tersebut telah sekaligus membenamkan tohmahan Umno-Najib bahawa PRU13 adalah Tsunami Cina hingga membawa kepada keceluparan melampau apabila mereka mengatakan "Apa lagi Cina mahu". Kawasan majoriti Melayu di Sepang dan Sabak yang dimenangi oleh PAS telah memusnahkan ego Datuk Seri Najib Razak dan kuncu utamanya Datuk Seri Ir Md Zin. Justeru, dengan memperolehi 15 kerusi amat wajar PAS diberikan penghargaan kerana bukan sahaja memang mereka telah melonjakkan kerusi PR hingga mendapat 3/4 majoriti di dalam Dewan malahan telah menafikan jolokan Tsunami Cina yang cuba dimainkan oleh Umno. Ianya saya lihat telah menggagalkan usaha Umno untuk memalukan masyarakat Melayu di Selangor hingga boleh mewujudkan ketegangan kaum. Saya berpendapat inilah yang cuba dibayangkan oleh Tuanku semasa membuat keputusan untuk tetap memberi pandangan kepada MB bahawa rayuan MB di saat akhir dengan tujuan memberi 4 kerusi Exco kepada DAP tidak boleh dirai. Namun, benar percakapan umum bahawa politik terbaca atas persepsi dan bukan dari niat sebenar. Maka persepsi menggambarkan Tuanku seperti anti Cina dan hanya mementingkan politik orang Melayu. Bagaimana hari ini? Setelah melihat Pentadbiran PR Selangor dengan berani mencipta sejarah melantik YB Hannah Yeoh sebagai Speaker lantas menjadi Wanita (Cina) pertama yang menduduki kerusi tersebut adakah persepsi di atas masih terpakai? Terbukti hari ini politik Selangor telah menjangkau ke hadapan — meninggalkan politik rasis dan gender ke belakang. Tidak terfikirkah kita bahawa DYMM Tuanku juga memainkan peranan besar di dalam sejarah yang kita cipta ini? Sejarah mampu dicipta di Selangor ekoran dari proses konsultasi, tawar menawar, tikaman lidah hingga mewujudkan kerjasama erat dan kebijaksanaan Menteri Besar, pemimpin Pakatan Rakyat hatta dari keperihatinan DYMM Tuanku sendiri. Sebenarnya saya tidak hadir pada Majlis Angkat Sumpah Exco yang penuh istidat dan bersejarah semalam kerana khuatir kokokan batuk yang saya alami sejak PRU dahulu akan mengganggu keharmonian upacara. Meskipun saya dijemput sendiri oleh Dato Pengelola Istana tapi saya terpaksa menolaknya walau dengan hati yang berat. Biarlah acara gemilang berlangsung cemerlang tanpa ada bunyi atau suara sumbang-garau yang mencemar majlis. Cukup sekadar menyediakan teks Sembah Ucapan Dato Menteri Besar kepada Tuanku menjadikan saya seolah-olah berada di sana merai hari bahagia rakyat Selangor. Memandangkan saya ada kelapangan berada di rumah, saya mengambil kesempatan membuat catatan ini dengan hasrat mahu mengimbangi keghairahan kita memberi pendapat dengan harapan dapat mengecapi politik ideal. Ghairah mengketengahkan harapan agar tiada campurtangan istana dalam pentadbiran negeri. Harapan agar politik tidak diukur dengan ras dan kaum. Harapan agar politik kita terkeluar dari kekangan gender. Saya akui semua harapan itu memang baik dan ideal; tidak keterlaluan jika saya katakana itulah suasana politik yang didambakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Namun pada saya, apa yang lebih penting ialah natijah dan hasil dari proses yang kita ambil dalam berpolitik. Maksud saya, apa yang kita lihat pada pagi tadi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang. Pentadbiran Selangor membariskan barisan Exco yang mempunyai cukup representasi dari Melayu, Cina dan India. Selangor lengkap dengan reprentasi Wanita dalam Exco yakni sebanyak 40 peratus. Selangor mencipta sejarah apabila buat julung-julung kalinya melantik seorang Speaker Wanita berbangsa Cina dan Timbalan Speaker termuda di dalam sejarah politik negara. Pakatan Rakyat Selangor berjaya membariskan barisan Exco profesional pelbagai bidang dan jurusan; peguam, doktor, arkitek, dentis hatta seorang ilmuan agama seperti Ustaz Solehin Muhyi. Rakyat Selangor pula semuanya berbangga menjadi rakyat di negeri Selangor yang telah memilih pimpinan mereka yang pelbagai bidang. Cuma satu perkara yang ingin saya ketengahkan, di sebalik kegembiraan dan kebanggaan yang kita semua rasai ketika ini, harus diketahui juga ianya bukan datang dengan sendiri. Bukan juga dengan campurtangan mana-mana pihak. Ianya adalah hasil dari proses bertikam lidah, konsultasi, perbincangan serta tawar menawar yang dilakukan semua pihak; parti-parti politik, pegawai eksekutif di pejabat Menteri Besar dan Pegawai di istana. Malah yang lebih besar lagi apabila DYMM Tuanku sendiri yang ada ketika pada siri menghasilkan barisan Exco dan Speaker kebanggaan kita ini telah sanggup mencemar duli. Pada saya, sejarah semalam telah dicipta semua orang baik dari keturunan Raja hinggalah pacal rakyat marhaen dan budak suruhan pejabat serta para Bentara di istana. Syabas rakyat Selangor dan tahniah kepada pimpinan yang dilantik menerajui pentadbiran negeri. Selamat Menjalankan Tugas: bekerja demi rakyat tanpa memihak kepada sesiapa dan tanpa rasa takut kepada manusia. Sesungguhnya Rakyat Hakim Negara dan Allah pemilik sekalian alam. * Faekah Husin merupakan setiausaha politik keada Dato Menteri Besar Selangor | ||||
Nurul Izzah akan cabar larangan memasuki Sabah di mahkamah Posted: 31 May 2013 04:25 PM PDT Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menegaskan, beliau tidak mempersoalkan undang-undang di negeri Borneo berkenaan, sebaliknya hanya menuntut kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengemukakan sebab-sebab kukuh larangan yang dikenakan terhadapnya. "Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. "Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik," tegasnya lagi. Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada petang Khamis bagi tujuan menyambut Pesta Kaamatan telah ditahan dan seterusnya dihantar pulang ke Semenanjung. Pemimpin muda Pakatan Rakyat (PR) itu juga tidak menolak kemungkinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihalang daripada memasuki negeri berkenaan. "Atas sebab kerahsiaan, permintaan saya untuk mendapatkan nama-nama pemimpin PR lain yang dihalang tidak dibenarkan. "Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan dihalang memasuki Sabah," katanya kepada pemberita. "Saya sudah berbincang dengan YB Darrell Leiking, ahli Parlimen Penampang untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu," katanya, dan menambah,"sampai bila saya dilarang?" Beliau menegaskan, PKR juga akan menghantar surat rasmi kepada Pejabat Ketua Menteri Sabah bagi menuntut penjelasan dan menggesa mereka kemuka kepada umum senarai nama pemimpin PR yang dihalang, supaya rakyat tahu apa sebabnya mereka mengancam keselamatan Sabah. Insiden berkenaan turut mendapat reaksi negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, iaitu ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, yang menganggap keputusan kerajaan negeri perlu diubah segera sekiranya tiada alasan kukuh untuk mereka melakukan sedemikian. "Jika tiada alasan kukuh untuk sekatan ke atas Nurul, dan menjadi yang benar-benar adil dan memberikan keadilan, keputusan itu harus diubah segera," kata ahli majlis tertinggi Umno itu dipetik The Star Online. Beliau meminta supaya rakyat diberikan penjelasan daripada kerajaan negeri Sabah mengenai kenapa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dihalang masuk pada petang Khamis. "Pihak berkuasa perlu mengeluarkan kenyataan yang kukuh dan diterima. "Saya tidak melihat Nurul sebagai satu ancaman kepada negeri Sabah atau pun rakyat Sabah," kata Bung. Nurul Izzah turut melahirkan kekecewaan dan menggesa isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan. "Malang, tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan - termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah. "Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan Umno mahupun BN." Justeru itu, jelas beliau isu keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya tidak diperlekehkan dengan menjadikan ia alat politik menindas rakyat. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan