ALHUSSEYN |
Bila Tuan Guru Nik Aziz sudah tiada lagi ..... Posted: 01 Jun 2013 09:24 AM PDT Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup. Tuan Guru mengingatkan kita semua bahawa Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS. Tambahnya,selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka. "Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini," ujarnya lagi. Baca di sini Tapi apa akan terjadi bila Tuan Guru sudah tiada lagi? Apakah usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno boleh diteruskan? Mungkin ada yang kata, tidak mungkin perkara tersebut akan berlaku. Bahawa penyatuan Umno dan PAS hanyalah spekulasi dari kalangan bloggers yang jahat dan dari kumpulan yang suka mengadakan fitnah…bla..bla..bla…. Apa jaminan bahawa usaha kearah tersebut tidak akan berlaku di masa hadapan bila Tuan Guru Nik Aziz sudah tiada lagi? Dan kenapa Tuan Guru tiba-tiba sahaja mengeluarkan kenyataan sedemikian? Sudah tentu Tuan Guru amat menyedari mengenai adanya perancangan tersebut dan komplot tersebut masih lagi tidak berputus asa, malah masih meneruskan agendanya. Kenyataan Tuan Guru itu adalah gambaran kegusaran yang bukan kepalang kerana yang terlibat dengan komplot ini bukan calang-calang orangnya. Ia melibatkan beberapa pimpinan tertinggi parti sendiri. Tentu korang masih ingat, suatu ketika dulu Tuan Guru sendiri pernah dilaporkan mencadangkan diadakan muktamar khas. Beliau dilaporkan mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin yang bermasalah. Baca di sini Geng Perpaduang ini mahukan perpaduan PAS dengan Umno atas dasar semangat penyatuan orang Melayu. Namun bukan calang ramai yang cuba membela presiden yang mencetuskan idea Kerajaan perpaduan atau 'Kerajaan Tanpa Pembangkang' itu. "Korang tak faham 'Kerajaan Perpaduan' yang Tuan Guru Haji Hadi lontarkan itu. Korang buat spekulasi dan fitnah!" Demikian macai-macai cuba membela Presiden parti. Macai-macai yang cakap itu pun macam bagus sangat dan tahu apa bendanya. Pada halnya Haji Hadi sendiri tidak pernah memperjelaskan secara terperinci kepada masyarakat didalam media cetak pro PAS. Biar aku beritahu macai-macai Geng UG ni. Memang aku sendiri tak faham! Malah ramai kalangan jemaah yang tidak faham. Pernahkah Presiden menganjurkan supaya parti mengadakan suatu kongres wacana pemikiran mengenai "kerajaan perpaduan" ? Berilah penerangan kepada ahli di pelbagai peringkat supaya ramai ahli jemaah yang tidak jelas akan kefahaman fikrah tersebut. Ini adalah tugas kepimpinan tertinggi parti untuk mempastikan ahli-ahli di semua peringkat memahaminya . Di samping itu, pemikiran di peringkat akar umbi juga perlu mereka dengar. Tetapi sikap Haji Hadi Awang secara semborono menyalahkan orang pas dan orang ramai, malah pimpinan-pimpinan PAS yang lain kerana tidak membaca buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.( Dia orang baca Mangga? Kah! kah! kah!) Sila rujuk youtube ini pada minit 0:36. Aku janji akan mengulas mengenai ucapan Haji Hadi dalam You tube ini di lain entri bagi membuktikan pembohongannya itu. Apa yang saya fahami dan sebilangan besar orang yang menentang gagasan lontaran idea Haji Hadi ini ialah, melalui sikap yang dipaparkan oleh dua orang kuat penyokong UG ini , salah sorangnya telah ditendang keluar PAS, Hasan Ali dan seorang lagi ialah bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa; dimana kedua-dua orang ini masih menyeru 'Perpaduang' PAS dan Umno atas nama Melayu! Takkanlah mereka berdua ini tidak faham Unity Government yang cuba ditaja oleh Haji Hadi? Kalau mereka pun tak faham, janganlah salahkan akar umbi macam aku ni! Tapi sekali lagi aku tanyakan, takkanlah Hasan Ali dan Nasharudin tak faham. Mustahil sangat kalau mereka berdua itu tidak faham. Tapi kalau faham pun, kenapa mereka masih menyeru kearah perpaduan Umno dan PAS atas dasar Melayu? Adakah memang begitu? Sila lihat Nasharudin Mat Isa di sini dan Hasan Ali di sini |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan