dollah yankee |
Posted: 07 Jun 2013 03:48 AM PDT Lim Guan Eng yang baru saja keluar dari pejabat dan hendak pulang ke rumah awal kerana tiada apa-apa acara resmi mau pun persendirian petang itu terpaksa melupakan hasratnya selepas menerima berita runtuhnya struktur jambatan susur keluar ke Batu Maung projek jambatan kedua Pulau Pinang yang dikatakan sudah 95% siap dan boleh mula digunakan orang ramai pada September ini. Belajar daripada pengalaman semasa rakyat Pulau Pinang menghadapi tsunami pada tahun 2004 dulu telah menyebabkan Guan Eng dengan segera mengarahkan pemandu nya melencongkan laluan kereta dan pergi ke tempat kejadian untuk mendengar dan mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci. Sebaik tiba ditempat kejadian beliau dengan segera mengarahkan jentera-jentera pihak-pihak yang berwajib yang berkaitan diaktifkan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang dikhuatiri ada dihempap struktur jambatan itu kerana kejadian berlaku ketika waktu puncak pekerja-pekerja kawasan industri Batu Maung bertukar shif dan sedang rancak menggunakan laluan itu untuk pulang dan masuk kerja. Seorang gurkah politik di-'port' yang berkesempatan mengekori kereta Guan Eng dan sampai ke tempat kejadian semalam telah bercerita bagaimana Guan Eng seperti seorang pengarah operasi penyelamat memberikan arahan-arahan yang cukup bertepatan dengan keadaan suasana itu. Dia juga tidak lupa kepada keselamatan beratus-ratus pekerja warga asing lain yang sedang bekerja dan menggunakan jambatan kedua pulau pinang ketika itu bila sahabat ini ada terdengar Guan Eng mengarahkan seseorang melalui telefon bila dia berkata tutup jambatan kedua itu untuk pekerja-pekerja pembinaan jambatan itu buat sementara jika keadaan terpaksa. Warga Pulau Pinang ingin tabik springg kepada Guan Eng diatas keperihatinan dan tanggung jawab beliau dan kerja kerasnya dalam memastikan keselamatan rakyatnya kerana Guan Eng ada disana untuk melihat kerja-kerja mencari dan menyelamat sehingga jam 3 pagi. dollah yankee- pagi ini gurkah-gurkah politik sudah hantar 'by-hand' satu kad ucap terima kasih pada Guan Eng. |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Check out the bottom of one of the notice emails and you
can opt out at any time.
My homepage ... xerox phaser 8560n
Catat Ulasan