Sabtu, 8 Jun 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Mahkamah Arah Nallakarupan Bayar Anwar RM60 Juta

Posted: 08 Jun 2013 12:37 AM PDT

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.

Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.

Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.

Mukhriz Sudah Mula Merencana Masa Depan Politiknya

Posted: 07 Jun 2013 07:08 PM PDT

Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bersedia melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah jika diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), berkata, kedudukannya itu diserahkan kepada presiden parti atau majlis tertinggi untuk membuat keputusan.


"Saya tengok selepas pemilihan parti, jawatan itu akan diputuskan oleh presiden dan kemungkinan ada perubahan. Saya memahami di mana-mana pun keadaan itu berlaku.

"Saya memang dari dulu lagi bersedia, kita mesti memahami kedudukan bila semuanya sudah selesai selepas pemilihan di peringkat bahagian dan menteri besar pun kita ada.. jadi saya bersedia," katanya kepada media selepas sambutan ulang tahun pertama kelahiran cucunya, Ameer Farish Fairuz di kediamannya, di sini semalam.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Adun Bakar Bata, berkata Umno Kedah bersetuju jika parti mengambil langkah mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan kali ini.

"Saya amat bersetuju supaya kedua-dua jawatan itu tidak ada pertandingan. Kita harus kekalkan presiden dan timbalan presiden agar mereka terus menjalankan tugas dan tanggungjawab memantapkan parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kita perlu tunjukkan perpaduan dalam Umno selepas PRU13 dan ia mesti berada dalam keadaan kuat. Jika berlaku pertandingan jawatan berkenaan, sedikit sebanyak ia boleh menjejaskan kekuatan kita," katanya.

Ditanya cadangan untuk mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden kemungkinan akan dikecam pembangkang, Ahmad Bashah berkata, mereka (pembangkang) tidak perlu masuk campur hal dalaman Umno.

"Kalau mereka kata langkah ini sebagai diktator, mereka lebih dahsyat lagi diktatornya. Jadi mereka tak boleh tuduh apa-apa kerana ini hak Umno dan kita buat keputusan untuk kepentingan parti."Saya akan bawa usul ini dalam mesyuarat perhubungan negeri untuk kita buat keputusan dan minta rakan-rakan dalam parti bersetuju," katanya.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata jawatan presiden dan timbalan presiden Umno wajar dipertandingkan pada perhimpunan agung Oktober ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, jawatan itu perlu dipertandingkan kerana Umno mengamalkan demokrasi.





Menjadi-jadi merapu si Maharasis ni..

Posted: 07 Jun 2013 06:38 PM PDT

Cina hapus politik Melayu, kita nak ketawa atau menangis?

KUALA LUMPUR: Apakah kita patut bersedih atau ketawa dengan kenyataan perkauman terbaru Tun Mahathir yang tidak masuk akal bahawa kaum Cina mahu menghapuskan kuasa politik Melayu dan mendominasi politik Malaysia?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.


"Kita boleh menangis mengenangkan betapa bekas Perdana Menteri itu begitu rasis, cuai, dan tidak bertanggungjawab kerana terus melaga-agakan orang Melayu dengan Cina," ujarnya.

Lim berkata, kenyataan terbaru Mahathir itu jauh lebih tidak masuk akal jika dibandingkan dengan kenyataannya sewaktu PRU13 yang menyebut tujuan beliau bertanding di Gelang Patah ialah untuk mewujudkan 'ketegangan kaum' dan menghasut kaum Cina untuk membenci Melayu.

Tambahnya, tiada kebenaran walau sebesar zarah sekali pun pada dakwaan-dakwaan Mahathir.

"Kita perhatikan bahawa dakwaan Mahathir tidak memberi kesan pada para pengundi, khususnya para pengundi Melayu, memandangkan saya tidak mungkin menang dengan majoriti lebih 14,000 undi tanpa undi orang Melayu," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Justeru, beliau mempersoalkan apakah kegagalan Mahathir untuk memberikan dampak terhadap PRU13 dengan kenyataan-kenyataan perkaumannya menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan lebih rasis dan tidak masuk akal seperti kenyataan terbaru itu.

"Kita boleh ketawa melihat seorang bekas Perdana Menteri boleh mengambil tindakan yang sebegitu terdesak memandangkan mesej perkauman beliau semakin tidak mendapat sambutan di kalangan orang Melayu," ujarnya.

Ini, katanya sehinggakan Mahathir terpaksa mengada-adakan pembohongan tentang kaum Cina di Malaysia yang hendak menghapuskan kuasa politik Melayu untuk menguasai politik Malaysia.

- Harakahdaily


Kata Dua Buat Najib?

Posted: 07 Jun 2013 08:29 AM PDT

PETALING JAYA 7 Jun: Peguam dan keluarga mangsa keganasan polis, C Sugumar memberi tempoh 48 jam kepada Datuk Seri Najib Razak agar membenarkan bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat mendiang.

Selain perdana menteri, desakan turut dibuat terhadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam agar membenarkan bedah siasat berkenaan dan bagi membolehkan keluarga Sugumar  menguruskan mayat mendiang.Peguam N Surendran berkata, kerajaan sebelum ini menafikan hak keluarga Sugumar apabila enggan membenarkan pakar patalogi Thailand, Dr Ponthip Rojanasunand  mengendalikan bedah siasat kedua.


Beliau berkata, minggu lalu, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur memaklumkan kepada keluarga mangsa bahawa mereka juga tidak boleh menjalankan bedah siasat itu, melainkan mendapat perintah mahkamah.

"Saya yakin  tuntutan seperti ini hanyalah cubaan untuk melengah-lengahkan keluarga mangsa daripada mendapat keadilan yang sewajarnya," ujarnya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Katanya tindakan itu bertentangan dengan surat yang dikeluarkan Menteri Kesihatan bertarikh 5 Februari lalu yang menyebut bedah siasat kedua boleh dilaksanakan tanpa memerlukan perintah mahkamah. Hingga kini mayat  Sugumar diletak di bilik mayat Hospital Serdang selama 136 hari sejak kematiannya pada 23 Januari lalu.

Justeru katanya, Najib dan kerajaan diberikan dua pilihan iaitu samada membenarkan bedah siasat berkenaan dikendalikan Dr Pornthip atau menarik balik perintah mahkamah dan membenarkan pakar patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau pakar dari PPUM mengendalikan bedah siasat itu.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, A Kuppusamy menegaskan sekiranya kerajaan gagal memberi kebenaran bedah siasat tersebut, keluarganya akan mengebumikan mayat tanpa mengikut upacara agama Hindu.

"Saya akan kebumikan mayat mangsa sekiranya Najib gagal mengizinkan bedah siasat dilakukan. Adakah Perdana Menteri dahagakan darah? Biarkan dia ambil darah saya," ujarnya.

Turut hadir Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa; Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya; Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi & Undang-undang KEADILAN, S Jayathas; ibu dan keluarga mangsa.Dalam kejadian di Hulu Langat Januari lalu, Sugumar yang juga pengawal keselamatan mati selepas dipukul sekumpulan individu dalam keadaan bergari, selepas dikejar beberapa anggota polis.Saksi mendakwa polis turut memijak tengkuk mangsa dan melumurkan mukanya dengan kunyit.

~keadilandaily


Kebodohan Dan Kebebalan Pencacai Umno

Posted: 07 Jun 2013 05:15 AM PDT




Semalam sebahagian daripada struktur jambatan kedua Pulau Pinang telah runtuh dalam satu kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 7 malam.

Laporan berserta gambar-gambar dari tempat kejadian sila lihat di SINI dan juga di SINI..

Oleh kerana projek tersebut terletak di negeri Pulau Pinang yang pentadbirannya dikuasai oleh Pakatan Rakyat, bagai dijangka macai-macai UMNO tanpa usul periksa telah menyalahkan Kerajaan Negeri.

Seorang pencacai yang merasakan dirinya bijak padahal bodoh telah meminta penjelasan mengenai insiden tersebut dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ini kerana beliau mendakwa Kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd. Telah dilantik oleh PDC yang Pengerusinya adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.



Sedikit fakta yang rakyat Malaysia perlu tahu mengenai projek ini..

~ Jambatan Kedua Pulau Pinang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) sebagai sebahagian daripada pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara.

~ Pembinaannya membabitkan perbelanjaan RM4.5 bilion melalui pembiayaan bank. Sejumlah RM1 bilion daripada perbelanjaan itu bagaimanapun diperoleh oleh syarikat dari China, China Harbour Engineering (CHEC) yang turut terlibat di dalam pembinaan jambatan itu.

~ Penglibatan CHEC adalah bertujuan membangunkan sebahagian struktur Jambatan Kedua, memandangkan syarikat itu mempunyai kepakaran antarabangsa di dalam aspek pembinaan jambatan berteknologi tinggi.

~ Jambatan itu dibina dengan teknologi penyerapan gegaran gempa bumi sehingga mencecah bacaan 7-8 pada Ritcher.

~ Tempoh konsesi dan kadar tol yang akan dikenakan kepada pengguna yang melalui jambatan ini, masih lagi sedang diteliti oleh Jawatankuasa Penswastaan di Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri .

~ Kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah seperti berikut:-
1. Chec Contructions (M) Sdn. Bhd ~ Negara Asal: Republik China. Tarikh Milik Tapak 8 November 2008;
2. UEM Builders Berhad ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 8 Jun 2009;
3. Cergas Murni Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010;
4. IJM Contructions Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Selangor. Tarikh Milik Tapak: 28 Jun 2010; dan
5. HRA Teguh Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010

~ Setakat 30 September 2010 seramai 106 subkontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 26 subkontraktor atau 24.5% merupakan kontraktor yang berdaftar di Negeri Pulau Pinang.

Dan ianya adalah projek.. tengok gambar di bawah ni..



Ini jawapan Guan Eng mengenai tuduhan macai UMNO ini..



Bila ditanya sekali lagi..



Itulah.. bila dah bodoh malas nak membaca pula begitulah jadinya..

Biarpun fakta-fakta mengenai projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini telah berulang kali disiarkan oleh Utusan ( lihat di SINI ) yang menjadi lidah rasmi UMNO dan juga TV3 di SINI sendiri.. kebebalan mengatasi segala..

Kalau ada yang berminat nak nasihatkan macai UMNO yang bebal itu sila ke sini.. PAPAGEGE FRENZ

- ASD

MP DAP tak akan pulau majlis angkat sumpah

Posted: 07 Jun 2013 02:57 AM PDT

DAP tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah bagi ahli Parlimen (MP) pada 24 Jun ini, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.

Akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau melaporkan Lim sebagai berkata walaupun DAP tidak puas hati dengan sistem pilihan raya, tetapi ia akan memfailkan petisyen pilihan raya.


MP Gelang Patah itu mengulas gesaan gabungan NGO supaya ahli Parlimen memulaukan upacara angkat sumpah sebagai memprotes dakwaan penipuan dan penyelewengan dalam pilihan raya umum ke-13.

Ahli Parlimen Pakatan yang lain termasuk MP Seremban, Anthony Loke dan MP Pandan, Rafizi Ramli, dilaporkan telah berkata bahawa pembangkang akan memulaukan taklimat kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada hari Selasa.

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim juga telah enggan mengemukakan sebarang soalan untuk sidang pertama Dewan Rakyat dan dilaporkan sedang menimbang untuk memulaukan sesi pembukaannya.

Sebaliknya, Ketua Publisiti MCA Heng Seai Kie menyifatkan laporan tindakan memulau itu oleh ahli Pakatan Rakyat sebagai "kebudak-budakan, tidak matang dan tidak bertanggungjawab".

Tiada ulasan: