RAKYAT MARHAEN |
- Akta Derhaka hanya tunjukkan Malaysia ekstrem, kata PKR
- Zaman Umno-BN perdaya rakyat sudah berakhir
- Istilah 'dakwat kekal' tipu pengundi, kata Dr Haron Din
- Dakwat tak kekal: Kenyataan saling bercanggah
- Altantuya not Pakatan hype but REAL: Mongolian women demand answers from Najib
- Politik Melayu semakin hilang arah, punca
- PKR Kedah lapor polis kenyataan rasis dan perkauman Dr M
- Tipu PRU: SPR dituntut jelaskan 62,286 undi yang hilang
- Masih Mahu Berbohong: SPR bertegas telah minta penilaian kementerian isu dakwat keakl
- IPCMC perlu berikan hak kepada anggota polis membuat rayuan, kata bekas KPN
- BN perlihat wajah sebenar seakan Hitler
- TGNA | Kuliah Jumaat 7 Jun 2013
- Tok Ki Det: Cina hapus politik Melayu, ketawa atau menangis?
- Jambatan runtuh: Mayat berjaya dibawa keluar
- Ustaz Ahmad Fadhli Shaari | Kuliah Jumaat 7 Jun 2013
- Percubaan papagomo untuk buat lawak bangang kantoi..!!!
- Ramai Musykil Cara DBKL Layan Dua Aktivis Ahad Lalu
- Tanpa pertandingan, UMNO akan ketandusan pemimpin.....
- Anwar: Keangkuhan Umno akan terbalas
- Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya...Najib sape nak jawap ni...???
- Pegawai polis terlibat dalam kematian Dharmendran diburu
- 趁全球妇女峰会呛声大马政府 蒙古代表促揪出阿旦命案真凶
- Boikot Parlimen: Angkat sumpah atau gugur mandat MP: Wan Junaidi
- Najib..!!! Mongolian delegation wants answers on Altantuya's death
- ‘Dakwa pemimpin Pakatan, sekelumit pun tak goyah’ – Saifuddin
Akta Derhaka hanya tunjukkan Malaysia ekstrem, kata PKR Posted: 07 Jun 2013 08:59 PM PDT Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata penggubalan undang-undang untuk membentuk akta baru akan memberi impak negatif kepada negara termasuk "dicop" sebagai ekstrem. Menurutnya, Akta Hasutan 1948 telah mencukupi untuk menghukum individu yang bersalah berkaitan penghinaan terhadap Yang di Pertuan Agong. "Tak perlu sebab sebenarnya, Akta Hasutan bagi saya sudah ada peruntukan untuk undang-undang kepada penderhaka, ia juga perlu dihapuskan sebenarnya akta tersebut. "Tak mungkin disebabkan segelintir individu yang mempunyai fikiran yang berlainan, berbeza pendapat kita nak buat akta baru yang bagi pengaruh kepada orang asing yang akan anggap kita semakin ekstrem," katanya pada Sinar Harian ketika sesi wawancara eksklusif di sini, semalam. |
Zaman Umno-BN perdaya rakyat sudah berakhir Posted: 07 Jun 2013 08:58 PM PDT Kalau dahulu rakyat sering diperdaya dengan fitnah Umno-BN bahawa PAS adalah sebuah parti yang ekstremis, tidak bertolak ansur tetapi hari ini tidak lagi. Beliau berkata, kalau dahulu rakyat sering diperdaya dengan fitnah Umno-BN bahawa PAS adalah sebuah parti yang ekstremis, tidak bertolak ansur tetapi hari ini tidak lagi. "Rakyat hari ini terutama di bandar dan pinggir bandar sudah dapat menerima kehadiran dan perjuangan PAS," kata beliau yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor. Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) katanya, hampir keseluruhan anggota masyarakat Cina, sebahagian kaum India dan Melayu telah memberi sokongan kepada calon-calon Pakatan Rakyat di negeri Selangor. "Sebagai contoh, di Paya Jaras ini anggota masyarakat Cina telah memberi sokongan padu kepada saya sebagai wakil rakyat mereka," katanya dengan disambut sorakan meriah ketika beliau berucap di Majlis Penghargaan Wakil Rakyat malam tadi. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Peti Undi (UPU) Aman Puri dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di KIP Industrial Park, dekat sini dengan dihadiri lebih 5,000 ahli dan penyokong, kebanyakannya anggota masyarakat Cina. Read More / Baca Lagi >> |
Istilah 'dakwat kekal' tipu pengundi, kata Dr Haron Din Posted: 07 Jun 2013 08:56 PM PDT KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din mendakwa, rakyat khususnya pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu telah ditipu berhubung penggunaan dakwat 'kekal'. Read More / Baca Lagi >>Katanya, tidak kira pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dengan dakwat yang tidak kekal itu, namun hakikatnya seluruh pengundi telah ditipu oleh istilah 'dakwat kekal' itu. "Polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi. "Kalau kerajaan berpakat dengan SPR memesan dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa sebagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat," ujarnya. Pada hari pengundian 5 Mei lalu, beliau yang merupakan calon PAS bagi kawasan Parlimen Arau, adalah antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditanggannya boleh tanggal sejurus selepas membuang undi. Mengulas lanjut beliau berkata, banyak lagi kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya lalu seperti didedahkan oleh banyak pihak. |
Dakwat tak kekal: Kenyataan saling bercanggah Posted: 07 Jun 2013 08:55 PM PDT KUALA LUMPUR: Rakyat kini sedang dipertonton pula dengan episod kenyataan bercanggah antara Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dengan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam berhubung dakwat kekal. Abdul Aziz mendakwa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu. Ianya berkaitan peratusan bahan aktif dalam dakwat itu – argentum nitrat – yang didakwa perlu dicairkan kepada satu peratus untuk mengurangkan risiko barah. Bagaimanapun, Dr S Subramaniam pula berkata tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya dan pihak SPR tidak pernah meminta kementeriannya berbuat demikian. Sebelum ini Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mendakwa kandungan argentum nitrat dalam dakwat kekal itu terpaksa dikurangkan. Ahmad mendakwa pengurangan tersebut menyebabkan ia hanya mampu bertahan selama sepuluh jam sahaja kerana kandungannya yang tinggi akan meningkatkan risiko barah. |
Altantuya not Pakatan hype but REAL: Mongolian women demand answers from Najib Posted: 07 Jun 2013 06:49 PM PDT The Mongolian delegation at the Global Summit of Women in Kuala Lumpur has urged the Malaysian government to provide answers on the mysterious death of Mongolian national Altantuya Shaariibuu in Malaysia. Speaking to media on the sidelines of the conference, Mongolian Women's Federation (MWF) president J Erdenechimeg said that a new trial should commence to find out who is responsible for Altantuya's death. "We are making a special request to the Women, Family and Community Development Ministry of Malaysia to act on this, and for a quick hearing to be convened," she stressed. Flanked by about 70 from the delegation, she said that this is for the sake of Altantuya's two sons who are now growing up without their mother. "We also hope for financial support for the two sons," she added. According to MWF executive director Ariunna Shagdarsuren (right), the MWF had decided to bring the message on behalf of the deceased's family after meeting with Altantuya's father. "Her father has asked us to raise this as he needs to tell his grandchildren why their mother died in Malaysia," she said. "It has been many years, how much longer do they have to wait?" Hopes M'sian women, mothers sympathise She noted that the message also comes from Mongolian mothers who feel compassion for the two boys, and hopes that Malaysian women and mothers can sympathise with their plight as well. She added that the MWF had initially wanted to submit a memorandum to the women, family and community development minister on the matter, but were unable to find an avenue to do so. "We hope to leave it with the Mongolian Student Association in Malaysia to be forwarded to the ministry," she said. Altantuya - who assisted in the purchase of the two Scorpene submarines - was murdered and her body blown up into pieces with explosives in Shah Alam in 2006. She was linked to Abdul Razak Baginda, whose wife owned Perimekar, the company which acted as an agent for the purchase. Abdul Razak, who was then Defence Minister Najib Abdul Razak's close confidante, had been acquitted for her murder. |
Politik Melayu semakin hilang arah, punca Posted: 07 Jun 2013 06:47 PM PDT Beliau yang berucap ketika kuliah mingguan di Medan Ilmu itu turut menyatakan masyarakat sepatutnya bersyukur dengan pemberian nikmat dari Allah SWT yang tidak pernah hilang dari bumi yang dimiliki-NYA. "Al-Quran merupakan sesuatu pemberian yang berharga dari ALLAH SWT, orang Melayu yang tolak al-Quran tidak akan rasa nikmat itu, sebagai pemimpin, kita tidak boleh benarkan rakyat kita mati dalam keadaan yakin yang Islam itu ialah pecah belah, Islam huru-hara, hidup ini bersambung dengan mati, lepas mati kita hidup balik. "Orang Melayu tolak Islam adalah biadab, duduk atas bumi Allah tetapi sombong dan angkuh dengan peraturan yang ditetapkan, bila kita jahil, kita tak kenal halal atau haram, kita duduk atas bumi ALLAH, semuanya milik ALLAH, hanya Nabi yang boleh beritahu kita semua ini," katanya ketika ceramah di Medan Ilmu semalam. |
PKR Kedah lapor polis kenyataan rasis dan perkauman Dr M Posted: 07 Jun 2013 06:45 PM PDT Ketua Biro Undang-undang PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, kenyataan Mahathir adalah satu serangan yang tidak adil dan tidak rasional untuk menuduh orang Cina yang tidak menyokong BN sebagai cubaan meminggirkan orang Melayu dalam politik dan ekonomi negara. Beliau berkata, dakwaan tersebut adalah amat serius yang boleh membangkitkan perasaan benci antara kaum Cina dan Melayu. "Ini adalah satu kenyataan yang boleh mengancam ketenteraman dan keharmonian negara yang selama ini dikongsi oleh semua kaum di Malaysia," katanya pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, semalam. |
Tipu PRU: SPR dituntut jelaskan 62,286 undi yang hilang Posted: 07 Jun 2013 06:43 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pengundi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menjelaskan kehilangan 62, 286 undi atau ia tidak dikembalikan dalam data yang dipamirkan. Read More / Baca Lagi >>Tuntutan itu dibuat oleh Mohd Azlan Bin Mohd Sharif, seorang pengundi di P146 Muar melalui suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam, 7 Jun. "Saya membuat analisis terperinci dan menemui terdapat 62,286 undi hilang atau tidak dikembalikan. Hal ini menyebabkan saya serius untuk bertanya kepada pihak SPR selepas mendapatkan warta PRU13 nanti," kata Azlan dalam suratnya. Menurut Azlan, beliau dapat membeli warta PRU13 di Kedai buku Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Satu, Chan Sow Lin pada 27 Mei 2013 (walaupun diwartakan pada 22 Mei 2013) dan Corrigendum PRU13 pula beliau beli pada 5 Jun 2013 (diwartakan 31 Mei 2013). |
Masih Mahu Berbohong: SPR bertegas telah minta penilaian kementerian isu dakwat keakl Posted: 07 Jun 2013 06:42 PM PDT Ini bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam Khamis lalu bahawa tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya. "Ya, kita ada (menghantar dakwat kepada kementerian untuk penilaian keselamatan) dan kita mendapat jawapan," katanya dalam satu komunikasi SMS dengan Malaysiakini semalam. Ditanya sama ada surat itu akan didedahkan kepada umum, beliau berkata pihaknya akan memaklumkan kepada menteri berkenaan. Abdul Aziz sebelum ini telah memberitahu akhbar Straits Times Singpura pada 12 Mei dalam satu wawancara bahawa Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya jangan meletakkan lebih daripada satu peratus siver nitrate dalam dakwat tersebut. |
IPCMC perlu berikan hak kepada anggota polis membuat rayuan, kata bekas KPN Posted: 07 Jun 2013 06:40 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Jun – Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) perlu juga memberikan keadilan kepada anggota polis, kata bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan. Menurut Musa, IPCMC yang pernah dicadangkan pada 2005 dahulu tidak adil kepada anggota polis kerana tidak memberikan hak kepada anggota-anggota polis untuk membuat rayuan di mahkamah berhubung keputusan IPCMC. "Kalau penjenayah boleh buat rayuan terhadap hukuman dijatuhkan terhadap mereka, mengapa polis tidak boleh kemukakan rayuan?" kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam. "IPCMC ini kena ada keadilan juga untuk pegawai polis. Yang dulu punya setiap keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya IPCMC, tidak boleh buat rayuan di mahkamah," tambahnya lagi. IPCMC dicadangkan pada 2005 oleh suruhanjaya diraja yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah tetapi ditentang oleh polis, seharusnya berdasarkan kepada model Suruhanjaya Bebas Aduan Polis United Kingdom (IPCC), termasuk badan pemantau polis lain di New South Wales dan Queensland di Australia dan Hong Kong. Berikutan beberapa kejadian kematian dalam tahanan polis baru-baru ini termasuk N. Dhamendran kerana dipukul berkali-kali, menurut laporan bedah siasat semasa berada dalam reman polis di ibu pejabat kontingen polis Kuala Lumpur, di sini pada 21 Mei, desakan agar kerajaan melaksanakan IPCMC kembali bergema. Apabila ditanya tentang banyaknya kejadian dalam tahanan polis baru-baru ini, Musa berkata, "Saya syak, ramai yang mati dalam lokap ni sebab ada masalah kesihatan." Kata Musa (gambar fail), bukan pertama kali pendakwaan terhadap anggota polis yang menyebabkan kematian tahanan. Sebelum ini katanya sekitar tahun 70an-80an pernah berlaku dua-tiga kes. Read More / Baca Lagi >> |
BN perlihat wajah sebenar seakan Hitler Posted: 07 Jun 2013 06:39 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 JUN – "Tindakan BN menjadikan keputusan pilihanraya sebagai isu perkauman bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan merbahaya malah memperlihatkan wajah sebenar mereka yang sangat cela dengan ideologi perkauman, seperti yang diamalkan oleh pemimpin Nazi Adolf Hitler dan rejim apartheid Afrika Selatan." Demikian yang disifatkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berikutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mengutuk tindakan jahat Barisan Nasional (BN) yang menyerang parti tersebut tanpa henti lebih sebulan selepas parti kerajaan minoriti itu kalah undi popular dalam PRU ke 13. Dalam kenyataan medianya hari ini, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu bahawa mesyuarat CEC pada 5 Jun lalu memberi fokus kepada serangan tanpa henti oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan penglibatan media kawalan BN terutamanya akhbar New Straits Times dan Utusan Malaysia terhadap DAP. "Pelbagai penipuan tentang kejanggalan dan pelanggaran undang-undang dalam Kongres Kebangsaan DAP (diwujudkan) demi membina alasan bagi mengharamkan parti DAP. "CEC DAP secara terang mencela perbuatan jahat BN yang cuba mewujudkan penipuan kononnya tidak ada notis diberikan kepada lebih 700 perwakilan sedangkan sebenarnya notis telah dihantar," ujar beliau. Guan Eng mengutuk tindakan pihak-pihak terbabit yang mempergunakan agensi kerajaan dan media yang dikawal kerajaan untuk memburuk-burukkan DAP sebagai sebahagian usaha BN untuk menang dengan taktik kotor dengan mengharamkan DAP selepas mereka kalah teruk dalam pilihan raya umum |
TGNA | Kuliah Jumaat 7 Jun 2013 Posted: 07 Jun 2013 10:45 AM PDT |
Tok Ki Det: Cina hapus politik Melayu, ketawa atau menangis? Posted: 07 Jun 2013 07:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Apakah kita patut bersedih atau ketawa dengan kenyataan perkauman terbaru Tun Mahathir yang tidak masuk akal bahawa kaum Cina mahu menghapuskan kuasa politik Melayu dan mendominasi politik Malaysia? Read More / Baca Lagi >>Demikian pertanyaan yang dilontarkan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan. "Kita boleh menangis mengenangkan betapa bekas Perdana Menteri itu begitu rasis, cuai, dan tidak bertanggungjawab kerana terus melaga-agakan orang Melayu dengan Cina," ujarnya. Lim berkata, kenyataan terbaru Mahathir itu jauh lebih tidak masuk akal jika dibandingkan dengan kenyataannya sewaktu PRU13 yang menyebut tujuan beliau bertanding di Gelang Patah ialah untuk mewujudkan 'ketegangan kaum' dan menghasut kaum Cina untuk membenci Melayu. Tambahnya, tiada kebenaran walau sebesar zarah sekali pun pada dakwaan-dakwaan Mahathir. "Kita perhatikan bahawa dakwaan Mahathir tidak memberi kesan pada para pengundi, khususnya para pengundi Melayu, memandangkan saya tidak mungkin menang dengan majoriti lebih 14,000 undi tanpa undi orang Melayu," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah. |
Jambatan runtuh: Mayat berjaya dibawa keluar Posted: 07 Jun 2013 07:46 AM PDT Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mayat mangsa berjaya dibawa keluar setelah pihak penyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam(JPAM) dan polis berusaha keras sejak operasi menyelamat dijalankan sejak semalam. "Berdasarkan daripada pakaian dan pengecaman awal keluarga, mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin yang berasal dari Permatang Damar Laut dan berusia 45 tahun. "Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang(HPP) untuk dibedah siasat dan pengecaman mayat mangsa oleh ahli keluarga," katanya kepada media di lokasi kejadian, hari ini. |
Ustaz Ahmad Fadhli Shaari | Kuliah Jumaat 7 Jun 2013 Posted: 07 Jun 2013 07:42 AM PDT |
Percubaan papagomo untuk buat lawak bangang kantoi..!!! Posted: 07 Jun 2013 06:56 AM PDT Cumanya kalau dia ingat dengan buat blog baru macam tu dia boleh berlepas tangan dengan blog papagomo.com dia silap besar la. Pasainya bukti cukup jelas untuk kaitkan nama Wan Muhammad Azri dengan blog papagomo.com. Malah ramai yang sanggup jadi saksi untuk buktikan kaitan dia dengan blog papagomo.com Malaysiakini melaporkan: Pengendali blog kontroversi papagomo.com mengumumkan akan menamatkan penulisan di laman berkenaan kerana ingin menumpukan usaha kepada perniagaan menjual pakaian. Tobat lahom aku tak percaya blogger penchachai Umno BN yang paling hebat memfitnah ni betul-betul nak bersara. Tentu punyalah aksi bangang dia ni sebahagian dari usaha dia untuk selamatkan diri dari saman RM100juta Anwar Ibrahim. Kes saman dia RM10juta dengan Husam pun difail semula. Hari ni tembelang lawak bangang dia dah kantoi. Rupa-rupanya dia bukan nak bersara betul-betul tapi cuma nak buat blog baru. Blog baru tu bukan lagi guna nama papagomo tapi guna nama dia yang sebenar, Wan Muhammad Azri.Read More / Baca Lagi >> |
Ramai Musykil Cara DBKL Layan Dua Aktivis Ahad Lalu Posted: 07 Jun 2013 06:52 AM PDT Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menafikan bahawa tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengheret dua aktivis ke dalam van penguatkuasanya dalam operasi Ahad lalu merupakan tindakan menangkap individu berkenaan. Jelasnya, DBKL hanya mengiringi pemuda berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan individu itu kemudiannya dibebaskan. Cuba lihat gambar ini, Apa yang anda lihat?. Ia tangkap atau iring? Apa kata anda? #sumber |
Tanpa pertandingan, UMNO akan ketandusan pemimpin..... Posted: 07 Jun 2013 06:43 AM PDT Oleh Mohammad Agus Yusof Saya terganggu apabila UMNO Negeri Sembilan mencadangkan tidak perlu ada pertandingan untuk tiga jawatan tertinggi parti pada bulan Oktober ini. Saya lebih terganggu lagi apabila cadangan ini disambut baik oleh beberapa pemimpin kanan UMNO. Cadangan ini pada saya menunjukkan pemimpin kanan UMNO tidak mahu berubah sedangkan ahlinya menuntut supaya demokrasi dalam parti disuburkan. Ahli UMNO mahu melihat ada pertandingan dalam parti setelah jawatan presiden tidak dipertandingkan sejak tahun 1987 lagi. Sepatutnya sama ada jawatan tertinggi parti dicabar atau tidak ditentukan oleh ahlinya, bukan oleh pemimpin kanan parti. Biar ahli yang menentukan sama ada mengekalkan barisan sekarang atau sebaliknya. Jika tidak mahu ada pertandingan, maka buat apa dipinda perlembagaan pada tahun 2009 bagi membenarkan 146,500 perwakilan UMNO daripada 161 bahagian di seluruh negara membuat pemilihan pucuk pimpinan parti berbanding hanya kira-kira 2,500 perwakilan bahagian sebelum ini? Tidakkah pemimpin kanan yang bersetuju dengan cadangan UMNO Negeri Sembilan itu tahu bahawa dalam perlembagaan baru, sesiapa sahaja ahli boleh bertanding tanpa terikat lagi dengan kouta pencalonan, sebaliknya cukup dengan hanya mendaftarkan nama saja di Ibu Pejabat UMNO. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar: Keangkuhan Umno akan terbalas Posted: 07 Jun 2013 06:41 AM PDT SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penahanan semula aktivis dan seorang Ahli Parlimen pembangkang sebagai penghinaan kepada mahkamah. Menurutnya, penahanan semula Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim menggambarkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak penguatkuasa. "Peristiwa yang berlaku dengan penangkapan semula Tian Chua, Tamrin dan Haris selepas empat hari dibebaskan menunjukkan polis sedang menunjuk lagak melalui kuasa yang dimiliki," katanya yang dipetik di dalam kenyataan media, hari ini. Mengikut satu laman portal berita, pada 3 Jun lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa nama beliau tersenarai bersama sebilangan individu yang dihalang daripada memasuki Sabah. Dalam satu tulisan di Twitter, Kit Siang mendakwa Ketua Menteri Sabaha, Datuk Seri Musa Aman, mengarahkan namanya disertakan dalam senarai hitam Jabatan Imigresen Sabah itu. Read More / Baca Lagi >> |
Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya...Najib sape nak jawap ni...??? Posted: 07 Jun 2013 06:39 AM PDT Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya. "Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya. Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka. "Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya. Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya. "Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya. "Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?" |
Pegawai polis terlibat dalam kematian Dharmendran diburu Posted: 07 Jun 2013 06:38 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Jun — Polis sedang memburu seorang pegawai polis yang menghilangkan diri selepas disyaki terlibat dalam kes N. Dharmenderan yang ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 21 Mei lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata usaha mengesan suspek sedang dipergiatkan selepas tiga anggota polis yang terlibat dalam kes tersebut didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu lepas. "Kita akan kesan suspek, kerana suspek tersebut telah menjadi buruan polis dan diletakkan dalam senarai orang yang dikehendaki. InsyaAllah tidak lama lagi kita dapat (tahan) suspek," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di antara Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang sebelum ini menyandang jawatan tersebut kepada Datuk Hadi Ho Abdullah yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Risikan/operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Sebelum ini, tiga anggota polis masing-masing seorang berpangkat sarjan dan dua koperal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Dharmenderan, 32, di lokap tersebut. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 07 Jun 2013 06:34 AM PDT |
Boikot Parlimen: Angkat sumpah atau gugur mandat MP: Wan Junaidi Posted: 07 Jun 2013 06:33 AM PDT |
Najib..!!! Mongolian delegation wants answers on Altantuya's death Posted: 07 Jun 2013 06:30 AM PDT |
‘Dakwa pemimpin Pakatan, sekelumit pun tak goyah’ – Saifuddin Posted: 07 Jun 2013 03:58 AM PDT KUALA LUMPUR 7 Jun: Tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa pimpinan Pakatan Rakyat di mahkamah sedikitpun tidak menggentarkan mereka, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Malah katanya, pimpinan Pakatan, khususnya dari KEADILAN semakin bersemangat memperjuangkan hak rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil di negara ini, "Pendakwaan ini sekelumitpun tidak menggoyahkan pemimpin KEADILAN. Sebagai parti reformasi, ini merupakan suatu latihan dan ujian berterusan serta proses kematangan kepada pimpinan dan anggota kita," katanya kepada Suara Keadilan. Beliau mengulas tindakan penahanan beberapa pemimpin Pakatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sejak mutakhir ini. Hari ini, lima pemimpin Pakatan yang menuntut pembebasan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim disiasat polis mengikut seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan rakyat. Mereka ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan empat Ahli Parlimen Gobind Singh (Puchong), Tan Seng Giaw (Kepong), Ng Suee Lim (Sekinchan) dan Ronnie Liu (Pandamaran). Kesemua mereka didakwa kerana hadir dalam acara nyalaan lilin pada 22 Mei lalu untuk menuntut pembebasan aktivis mahasiswa tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan