RAKYAT MARHAEN |
- Apabila Idris Harun terasa dirinya Harun Idris.....!!!
- Timb Menteri: Ubah persepsi buruk terhadap polis
- 'SAMSENG' KHALID: Kecaman Parlimen & siasatan jenayah terhadap KPN - Surendran
- SUSPEND OR SACK Zahid, Khalid but why is Najib keeping quiet as a mouse?
- Ketua Hakim: Singham bersara wajib 65 tahun..???
- Dalam 48 jam, kredibiliti Khalid, Zahid hancur lebur
- PAS Perak hantar pakar tawan Kuala Besut
- Guna PRK Kuala Besut untuk tuntutan pru yang adil
- SPR umpama pelawak, letak jawatan sebelum PRK Kuala Besut, kata Anwar
- Sasterawan: Kenapa dia begitu bacul?
- Sidang Dun Perak kecoh ketika perlantikan speaker
- Unfair new Bill 'disguised' as Islamic law: CABINET HELD RESPONSIBLE!
- Cuepacs: 45 peratus tak mampu beli rumah...
- SPR didesak dedah syarikat pembekal dakwat, kata NGO
- LFL: Dakwaan ke atas blogger Milo Suam adalah penindasan
- TPPA: Kerajaan jangan sembunyi apa-apa dari rakyat
- Nazri: 'Jika buka jalan, dah tak jadi Jonker Walk'
- KDN dan KPN terkunci kerana ada “pekung sendiri” kata Kit Siang
- PAS Kaji Tindakan Undang undang JKKK Umno Gagal Patuhi Titah Sultan
- PAS Kesal Umno Anjur Pesta Maksiat DiAmbang Ramadhan
- KM Penang: Isu Dakwat Kekal
- High Court judge retires after Kugan judgment
- Takut Kantoi: Musa Aman elak soalan isytihar harta
- Wartawan Utusan@Barua UMNO protes, dakwa dihalang masuk DUN Pulau Pinang
- PRK Kuala Besut beri peluang untuk SPR berubah
Apabila Idris Harun terasa dirinya Harun Idris.....!!! Posted: 28 Jun 2013 08:59 PM PDT Isu Jonker Walk terus menggegar Ketua Menteri Melaka, Idris Harun, yang sebelum ini menjadi bahan sindiran kerana mahu mempatenkan resepi asam pedas terbaik negeri itu melalui hasil suatu pertandingan bagi memeliharanya sebagai suatu produk warisan negeri yang perlu dipertahankan. Idris yang baru sebulan lebih menjadi Ketua Menteri menggantikan Ali Rustam sebelum ini dilaporkan mahu menutup Jonker Walk, kawasan perniagaan barangan seperti cenderamata, kemeja-t dan sebagainya yang mirip seperti kawasan perniagaan Jalan Petaling untuk mengurangkan masalah kesesakan di negeri itu. Berikutan adanya bantahan atas tindakan itu, Menteri Pelancongan, Nazri Aziz, ikut masuk campur dan kemudian menjelaskan bahawa ianya hanya melibatkan pembukaan jalan di kawasan perniagaan itu kerana adanya rungutan orang awam berkenaan kesesakan lalu lintas yang teruk. Kononnya pula, ia hanya percubaan selama empat minggu sahaja dan akan dikembalikan seperti biasa selepas itu. Dalam masa yang sama, tindakan yang dibuat oleh Idris itu dikecam oleh pelbagai pihak terutama DAP sebagai amalan politik balas dendam terhadap masyarakat Cina berikutan keputusan pilihan raya lalu yang menyaksikan komuniti itu menolak BN. Sementara tindakan Idris itu terus dibantah, terdapat pula pihak lain termasuk blogger pro-UMNO yang memuji tindakan Idris itu sebagai suatu pengajaran kepada pengundi Cina yang majoritinya tidak menyokong BN. Idris dalam masa yang sama dilihat pemimpin yang berjiwa Melayu yang tinggi atas tindakannya itu kerana majoritinya peniaga di situ ialah orang Cina dan peniaga Melayu didakwa tidak mendapat manfaat yang besar daripadanya. Berikutan isu itu terus dimainkan, Idris kemudiannya membuat keputusan yang lain pula dalam mesyuarat Exco Kerajaan Melaka iaitu membuka laluan untuk kenderaan dan di ketika yang sama membuka juga kawasan perniagaan Jonker Walk sebagai suatu keputusan menang-menang kepada para peniaga dan juga kepada para pengguna jalan raya. Namun keputusan ini menyebabkan beliau dikecam juga kerana dianggap tidak tegas dan ibarat menjilat ludahnya kembali. Bagaimanapun tindakan beliau itu tidak juga meredakan keadaan. Selain peniaga-peniaga, menteri yang menjaga pelancongan negara, Nazri sekali lagi bersuara membantah. Beliau berkata, pembukaan serentak laluan untuk kenderaan dan kebenaran untuk berniaga sebenarnya lebih menyebabkan kesesakan. Lagi pula, kata Nazri, dengan membenarkan kenderaan lalu-lalang di kawasan itu, ia tidak akan dikenali lagi sebagai Jonker Walk, sebaliknya sudah menjadi Jonker Drive. Demi kepentingan pelancongan dan oleh kerana produk Jonker Walk lebih bernilai tinggi berbanding asam pedas dari segi menggamit kehadiran pelancong ke negeri itu, Nazri juga berjanji akan mengembalikan kawasan itu sebagaimana kedudukan asalnya dalam masa terdekat ini. Terlihat seperti Nazri amat tidak bersetuju dengan Idris dalam isu Jonker Walk ini. Dalam masa yang sama, MCA juga merayu kepada Idris agar menarik balik pembukaan jalan untuk kenderaan itu dan menjadikan kawasan perniagaan Jonker Walk sebagaimana ia diwujudkan dulu. Read More / Baca Lagi >> |
Timb Menteri: Ubah persepsi buruk terhadap polis Posted: 28 Jun 2013 08:56 PM PDT TAWAU - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta pasukan polis supaya menggunakan pendekatan lebih canggih dalam usahanya mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap pasukan itu. Katanya menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) semata-mata belum memadai sebaliknya perlu menggunakan semua pendekatan termasuk melalui publisiti media alternatif dan media arus perdana untuk memaklumkan masyarakat mengenai peranan serta kejayaan pasukan itu. "Dedahkan peranan, beritahu tugas polis, bermula sebaik sahaja keluar dari pusat latihan dan kita perlu beritahu bahawa hanya orang yang betul-betul terpilih menganggotai pasukan ini," katanya ketika berucap pada majlis makan malam meraikan beliau di sini malam tadi. Dr Wan Junaidi berkata walaupun seribu perkara kebaikan dilakukan dan kejayaan yang dicapai anggota keselamatan namun jika terdapat satu perkara buruk berlaku ia akan memadam semua kebaikan dan kejayaan itu. "Kejadian jenayah seperti ragut dan samun yang berlaku lebih dihebohkan walaupun kadar jenayah menurun di kebanyakan tempat, sedangkan kematian polis berkorban untuk negara tidak diendahkan," katanya. Masyarakat, katanya, perlu diberitahu secepat mungkin mengenai apa-apa kejadian yang berlaku kerana cara itu bukan sahaja membantu masyarakat mendapat maklumat tepat bahkan juga menolak persepsi negatif kepada pasukan polis. Beliau turut memuji kebolehan pasukan polis ketika menjalankan operasi Op Daulat yang menggunakan pendekatan media untuk memaklumkan setiap perkembangan kepada masyarakat. - Bernama |
'SAMSENG' KHALID: Kecaman Parlimen & siasatan jenayah terhadap KPN - Surendran Posted: 28 Jun 2013 08:54 PM PDT Ahli Parlimen Bagan Serai penggal pertama, N. Surendran, yang juga merupakan seorang peguam Hak Asasi Manusia menyatakan hari ini bahawa beliau akan membawa usul ke Parlimen untuk mengecam Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar di atas kelalaiannya di dalam memastikan keselamatan tahanan polis. Pada Rabu lepas, Mahkamah Tinggi, di dalam mendengari kes saman sivil, telah memutuskan bahawa Khalid bertanggungjawab di atas kematian A. Kugan, seorang suspek berumur 22 tahun, di bawah tahanan polis dan juga bertanggungjawab di dalam usaha untuk menyembunyi punca kematian suspek itu. "Saya akan membawa isu-isu yang diketengahkan di dalam keputusan mahkamah semalam semasa debat Titah YDP Agong hari ini," kata Surendran kepada Malaysia Chronicle. Peguam yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga ingin kerajaan memulakan siasatan jenayah terhadap Khalid. "Kerajaan patut menjalankan tindakan disiplin terhadap KPN dan memulakan satu siasatan kerana tindakan penyembuian itu adalah satu jenayah. Penyiasatan jenayah perlu diadakan mengenai kes kematian Kugan," kata Surendran. |
SUSPEND OR SACK Zahid, Khalid but why is Najib keeping quiet as a mouse? Posted: 28 Jun 2013 08:53 PM PDT Malaysia continues to have bouts of shocking news since the run-up to the GE-13. Read More / Baca Lagi >>Of late, the nation is in shock after learning from the alternative media – in particular, of two key leaders embroiled in highly questionable circumstances that not only affect their individual credibility but more so the very entities they are leading. The Home Minister Zahid Hamidi and the current Inspector General of Police Khalid Abdu Bakar are in hot soup. And the cauldron will get hotter by the hours until and unless they are able to clear all allegations, suspicions and any wrong perceptions. Their continuing silence is unhealthy for the nation's honor and certainly damages the integrity of the organization's they head. This is not a time for the proverbial monkey-stance of see no evil, speak no evil, hear no evil. The very fact that they are heading the very bodies that are vested with law enforcement, protection of nation, rakyat and King, and serving as vanguards of safety and security of Malaysia, they have a categorically imperative duty to come clean immediately of the charges making its waves through the media. In any other dignified nation, the implicated person or persons would tender their immediate resignation first and pursue judicial redress subsequently, before returning to their seats of power. That would be the right action to take in the best interest of all fellow comrades and the institutions they head. But since this is not the tradition of BN, the burden of proof and decision has nowhere but to fall flat on the BN leader's lap. Najib owes the nation an explanation Datuk Seri Najib Razak, the Prime Minister – even though he is from the minority government, has a moral and express duty to expedite clarification of the matters afflicting his appointed leaders to ALL Malaysians. The PM owes quick action in the interest of all law abiding Malaysians as well as the external audiences ranging from foreign investors, political associates, and heads of nations especially our ASEAN fraternity and even international bodies dedicated to the fight for democracy and humanitarian justice. Since the affected and implicated individuals are not moving their butt, there are only two options left to salvage the dignity and honor of Malaysia, the battered image of the BN-led government, the embroiled PM himself and of course the entire uniformed forces of Malaysia. |
Ketua Hakim: Singham bersara wajib 65 tahun..??? Posted: 28 Jun 2013 08:52 PM PDT Adalah wajib bagi Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham bersara pada usia 65 kerana beliau telah memilih berbuat demikian ketika usia persaraan wajib bagi hakim dinaikkan kepada 66 tahun, kata Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria. Read More / Baca Lagi >>Beliau berkata apabila umur persaraan wajib hakim dinaikkan, semua hakim diberi borang untuk membuat pilihan sama ada bersara pada usia 65 atau melanjutkannya sehingga 66 tahun. Ariffin berkata perkara itu susulan pindaan Perlembagaan Persekutuan beberapa tahun lalu yang menaikkan usia persaraan hakim daripada 65 tahun kepada 66. "Semua hakim, kecuali V.T. Singham, memilih untuk bersara pada usia 66. Sehubungan itu usia persaraan wajib beliau ialah pada 65," kata Ariffin ketika dihubungi Bernama. |
Dalam 48 jam, kredibiliti Khalid, Zahid hancur lebur Posted: 28 Jun 2013 08:51 PM PDT Apakah Najib akan mengambil tindakan ke atas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara? Tahap kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu KPN dan Menteri Dalam Negeri, sedang berjerebu Belum pun reda betul jerebu yang diakibatkan oleh kebakaran gambut di Riau dan Sumatera dan telah menyebabkan darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dan ribuan sekolah ditutup di beberapa buah negeri, Malaysia kini dilanda pula oleh jerebu baru – jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri. Siapa sangka dalam masa hanya 48 jam kredibiliti dan kewibawaan dua pegawai tertinggi keselamatan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – boleh hancur lebur. Pada hari Rabu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham (mencapai usia 65 tahun hari ini dan telah mengambil keputusan untuk bersara setahun lebih awal daripada sepatutnya), mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan. Kugan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta telah mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan pada 20 Januari 2009. Sejarah dalam bidang kehakiman tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam. Read More / Baca Lagi >> |
PAS Perak hantar pakar tawan Kuala Besut Posted: 28 Jun 2013 08:49 PM PDT Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al Amin berkata, pihaknya akan memastikan memberi sumbangan tenaga kerja secara maksimum untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar. Menurutnya, keputusan PRK Dun Kuala Besut amat penting dari segi perubahan kerusi antara BN dan Pas kerana kedua-dua parti berkenaan hanya mempunyai perbezaan dua kerusi. |
Guna PRK Kuala Besut untuk tuntutan pru yang adil Posted: 28 Jun 2013 08:47 PM PDT KOTA BHARU: Jawatankuasa Himpunan Aman Blackout 505 perlu mengkaji untuk menambah ruang tuntutan pada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk lebih telus sempena PRK Kuala Besut akan datang. Read More / Baca Lagi >>Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar), berkata sekiranya tuntutan itu tidak dilaksanakan sebelum PRK Kuala Besut, Husam mencadangkan Himpunan Aman Blackout 505 meningkatkan lagi permohonan mereka sehingga akhirnya ia akan menjadi mercu tanda sebuah pilihanraya yang benar-benar bebas dan adil. "Kita tidak mahu peristiwa PRU berulang lagi di sini pada pendapat saya tuntutan PRK yang adil lebih penting dari PRK itu sendiri," katanya. Sambungnya, sekiranya tuntutan tetap tidak dilaksanakan, ada baiknya Pakatan Rakyat menolak untuk menyertai PRK itu. Ini kerana katanya pembaikan sistem PRU lebih mustahak berbanding pilihanraya itu sendiri. Bagaimanapun, jelasnya SPR perlu mengkaji untuk mengadakan teknik pengundian yang lebih telus berbanding perjalanan PRU lalu agar lebih bebas terhadap tentera. Tegasnya, PAS perlu menjadikan tuntutan pilihanraya kali ini lebih bebas dari SPR melalui tentera dijadikan tuntutan penting sebelum PRK diadakan. |
SPR umpama pelawak, letak jawatan sebelum PRK Kuala Besut, kata Anwar Posted: 28 Jun 2013 08:46 PM PDT Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa meletak jawatan sebelum pilihan raya kecil Parlimen Kuala Besut kerana pengendali pilihan raya itu jelas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah gagal memastikan Pilihan Raya 2013 berjalan dengan bebas dan adil. Menurut Anwar, anggota SPR sedia ada juga tidak lagi perlu diberi tanggungjawab mengendali pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, lebih-lebih lagi selepas SPR mengesahkan dakwat kekal akan tetap digunakan. "Tolonglah jangan berperangai umpama pelawak ... mandat diberikan rakyat kepada SPR telah disalahgunakan, jadi apa perlunya kepercayaan (rakyat) lagi?" kata Ketua Umum PKR itu apabila ditemui The Malaysian Insider. "Penambahbaikan boleh dilakukan, namun lebih baik mereka meletak jawatan kerana dilihat seumpama 'mempermainkan mahkamah' daripada melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis kutipan dana untuk Pakatan Rakyat (PR) memfailkan petisyen, di ibu negara lewat malam tadi. PR juga turut mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang untuk memastikan keseluruhan kepimpinan SPR dipecat. Read More / Baca Lagi >> |
Sasterawan: Kenapa dia begitu bacul? Posted: 28 Jun 2013 08:45 PM PDT Sasterawan negara yang terbaru Datuk Baharuddin Zainal menyelar kenyataan pendahulunya Datuk Shahnon Ahmad yang mengkritiknya selepas diumumkan sebagai penerima Hadiah Sastera Negara melalui seorang penulis muda. "Kemudian, mengapa Shahnon menggunakan penulis muda? Perbuatannya itu, sama ada sengaja atau tidak, merosakkan nama orang. Apapun, bagi saya kalau betul, ia an unfortunate - atau dalam bahasa yang lebih ekstrem, kenapa dia begitu bacul?" beliau dipetik sebagai berkata. Mac lalu, Dr Faisal Tehrani, penulis yang rapat dengan Shahnon memberitahu, sasterawan negara kedua itu menghubunginya dan memaklumkan "kurang bersetuju" dengan pemberian anugerah yang sama kepada Baharuddin atau nama penanya Baha Zain. Menurut Dr Faisal, Shahnon berpendapat, karya Baha Zain "berselerak" dan "tidak fokus"; malah puisinya kontot, sangat bersahaja dan kurang menyerlah mesej dan gagasannya. Malah, menurut Dr Faisal lagi, Shahnon melihat Baha Zain tidak berupaya dalam kritikan sastera dan mengambil kira penglibatan Baha Zain dalam gerakan sastera dan "kejujurannya" dalam isu semasa. Read More / Baca Lagi >> |
Sidang Dun Perak kecoh ketika perlantikan speaker Posted: 28 Jun 2013 07:53 AM PDT IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Ke-13 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Negeri hari ini kecoh ketika perlantikan speakar selepas Pakatan Rakyat mendakwa BN gagal menghantar nama pencalonan mengikut waktu yang ditetapkan. Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun meminta Menteri Besar mengemukakan bukti bahawa BN telah menghantar pencalonan speaker sebelum tarikh tamat iaitu 21 Jun lalu. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering) bangun meminta penjelasan Menteri Besar berhubung dakwaan itu namun Datuk Dr Zambry Kadir enggan memberikan respon. Keenganan Zambry memberikan penjelasan walaupun berulang kali didesak oleh Adun Pakatan Rakyat menyebabkan dewan menjadi kecoh. |
Unfair new Bill 'disguised' as Islamic law: CABINET HELD RESPONSIBLE! Posted: 28 Jun 2013 07:51 AM PDT The Malaysian Consuttative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) vehemently objects to some provisions found in the RANG UNDANGUNDANG PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2013 tabled in Parliament for its first reading on 26 June 2013 as they affect the Non-Muslims. Read More / Baca Lagi >>The Bill under disguise of lslamic Laws is unilaterally trying to alter the Federal Constitution by translating the word "parent" in the Federal COnstitutiOn to mean "lbu atau Bapa" as opposed to "lbubapa". Any conversion of a minor by a single parent will cause serious injustice to the non-converting parent and the children of the marriage - Section 107 (b) "jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama lslam olehnya" This provision would further creates social injustice and is contrary to the constitutional scheme of things. Cabinet held responsible We hold the Federal Cabinet accountable for this transgression, that is, in spite of the Cabinet decision of 2314/2013 whereby it was decided that a single parent cannot convert a minor child of the marriage. Despite that public statement, the Cabinet deem it fit to introduce the above provision in D.R. 112013.|t appears that the Cabinet promise and undertaking on this issue was not sincere. The MCCBCHST wishes to reiterate that any unilateral conversion of their children by one parent encroaches into the lives of Non-Muslims. Such conversions are not only unconstitutional but are morally and ethically wrong. We ask Cabinet members how they will feel if their children are unilaterally converted. Do not do things to others, which you do not want to be done to you. Absurd and against the spirit & letter of the Federal Constitution |
Cuepacs: 45 peratus tak mampu beli rumah... Posted: 28 Jun 2013 07:50 AM PDT Katanya kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut. Menurutnya rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah. "Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup," katanya kepada Bernama. |
SPR didesak dedah syarikat pembekal dakwat, kata NGO Posted: 28 Jun 2013 07:49 AM PDT Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan masyarakat awam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan syarikat pembekal yang diberikan kontrak dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini. Perkara ini perlu dilakukan dengan segera supaya langkah serta-merta dapat diambil untuk memastikan kontroversi melibatkan dakwat tersebut tidak berulang pada pilihan raya kecil Kuala Besut yang akan diumumkan dalam masa terdekat. SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal. Walaupun dengan pendedahan tersebut, timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan berkata dakwat tersebut akan masih digunakan dalam pilihan raya kecil. Pengerusi Tenaganita Irene Fernandez berkata SPR menunjukkan sikap "tidak hormat" dengan keputusan untuk meneruskan menggunakan dakwat tersebut tanpa menyelesaikan masalah yang timbul dahulu. "Ini adalah keangkuhan jelas dan berlagak sombong... apa lagi yang boleh dikatakan?" kata Fernandez kepada The Malaysian Insider. Fernandez berkata, SPR perlu berhenti memalukan diri mereka sendiri. Beliau juga menuntut kerajaan mendedahkan butir-butir syarikat yang membekalkan dakwat tersebut. Presiden Persatuan Peguam Wanita Meera Sambanthar juga senada dengan desakan Fernandez yang menuntut kerajaan untuk mendedahkan butiran kontrak. Read More / Baca Lagi >> |
LFL: Dakwaan ke atas blogger Milo Suam adalah penindasan Posted: 28 Jun 2013 07:47 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 JUN : Dakwaan terhadap blogger Milo Suam yang berasal dari semenanjung di Kota Kinabalu menunjukkan penindasan terhadap seorang warganegara, kata penasihat Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen. "Mengikut Seksyen 121, Kod Prosedur Jenayah, individu perlu didakwa di lokasi kesalahan dilakukan. "Milosuam seorang blogger yang berpangkalan di Kuala Lumpur sedangkan pendakwaan dilakukan di Kota Kinabalu. Beliau tidak menjejakkan kakinya di Sabah ketika kenyataan itu dibuat. "Pendakwaan ini bukan hanya membebankan, malah menafikan haknya mendapat perwakilan secara undang-undang," kata Eric dalam kenyataan. Menurut Eric, LFL telah mewakili Milo Suam sejak penahanannya awal Mei lalu. Namun, pendakwaan yang dibuat di Kota Kinabalu menyebabkan wakil LFL tidak dapat berbuat demikian. "Peguam dari semenanjung tidak dibenarkan muncul di mahkamah di Sabah. Keadaan ini memaksa anak guam kami mencari peguam baru di Sabah," kata Eric. Read More / Baca Lagi >> |
TPPA: Kerajaan jangan sembunyi apa-apa dari rakyat Posted: 28 Jun 2013 07:44 AM PDT (Penal dalam forum Trans Pacific Partnership Agreement - TPPA) KUALA LUMPUR: Meskipun perincian berkaitan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) masih belum diperhalusi dari sudut kebaikan dan kesan akan datang kepada negara, kebimbangan rakyat Malaysia terhadap perjanjian itu wajar diredakan dengan maklumat secukupnya. Lebih-lebih lagi, apabila terdapat dakwaan yang mengatakan ada beberapa terma di dalam TPPA itu diambil dari North American Free Trade Agreement (NAFTA) yang telah ditandatangani sebelum ini. Pakar Ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakob (gambar) berkata NAFTA yang telah dimeterai perjanjiannya pada 1994 sebelum ini, sudahpun memberikan kesan yang dibimbangi akan berulang apabila termeterai TPPA yang dijangka dilakukan pada Oktober 2013, di Kota Kinabalu, Sabah. "Kita tidak tahu apa yang ada dalam TPPA ini dan kesannya, tetapi TPPA ini asasnya dari NAFTA. Kita tidak boleh kata ini kesan TPPA, sebab tak tahu tapi kita boleh anggap sebagai 'kesan bayangan' apabila melihat kesan dari NAFTA itu sendiri," kata beliau pada satu forum berkaitan TPPA, di Dewan Perhimpunan Cina, malam tadi. Menurut bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia itu, jika melihat Perkara 11 dalam NAFTA iaitu 'investor-state dispute settlement' (ISDS), ia memperlihatkan satu peruntukan yang menyebelahi pelabur semata-mata. Peruntukan itu, jelas Dr. Rosli banyak memberi kelebihan kepada pelabur apabila berlaku sebarang pertikaian antara syarikat pelabur dengan negara yang memeterai NAFTA. Sebagai contoh, katanya pernah berlaku pertikaian antara Kanada dengan sebuah syarikat dari Amerika Syarikat (AS) yang mengimport air dari sebuah tasik di Kanada, dan menyebabkan kerosakan eko sistem tasik tersebut. |
Nazri: 'Jika buka jalan, dah tak jadi Jonker Walk' Posted: 28 Jun 2013 07:43 AM PDT Menurutnya, pasar malam Jonker Walk adalah tarikan pelancong utama di negeri Melaka dan langkah membuka jalan bagi laluan kenderaan di sekitarnya akan mengganggu kehadiran pelancong dan pengunjung yang berjalan kaki. "Melaka ini tak ada apa-apa, ada pelancongan sahaja. Di mana-mana pun orang pergi, orang dah kenal Jonker Walk ini. "Kalau kita buka Jonker Walk (kepada kenderaan), kereta dah boleh lalu, (jadi) pelancong dah tak datang nanti, jangan salahkan orang lainlah," kata Nazri pada sidang media petang tadi. Beliau juga berkata, alasan kerajaan negeri untuk membuka semula jalan berkenaan juga bukan satu pertimbangan yang wajar. Walhal, jalan tersebut ditutup pada setiap hujung minggu sejak 13 tahun lalu, katanya. "Saya harap ketua menteri akan mengkaji perkara ini dan saya berjanji akan pastikan pada akhirnya, jalan itu akan ditutup pada hujung minggu. "Kalau kita buka untuk kereta lalu lalang, ia dah tak jadi Jonker Walk, ia mungkin akan jadi Jonker Highway," katanya lagi.Read More / Baca Lagi >> |
KDN dan KPN terkunci kerana ada “pekung sendiri” kata Kit Siang Posted: 28 Jun 2013 07:42 AM PDT Pasukan keselamatan negara kini dilanda "jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, ekoran kredibiliti dan kewibawaan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tercalar, kata Lim Kit Siang (gambar). Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri. "Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini. "Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah," katanya. Antara perkara yang dibangkitkan Ketua Parlimen DAP itu adalah tindakan dan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Selain itu, penghakiman pada Rabu, yang menyaksikan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan yang mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di balai polis Taipan pada 20 Januari 2009. Read More / Baca Lagi >> |
PAS Kaji Tindakan Undang undang JKKK Umno Gagal Patuhi Titah Sultan Posted: 28 Jun 2013 07:41 AM PDT |
PAS Kesal Umno Anjur Pesta Maksiat DiAmbang Ramadhan Posted: 28 Jun 2013 07:41 AM PDT |
Posted: 28 Jun 2013 07:39 AM PDT |
High Court judge retires after Kugan judgment Posted: 28 Jun 2013 01:21 AM PDT |
Takut Kantoi: Musa Aman elak soalan isytihar harta Posted: 28 Jun 2013 01:18 AM PDT KOTA KINABAL, 28 JUN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengelak menjawab soalan Adun Pakatan Rakyat Sabah berhubung amalan mengisytiharkan harta. Soalan tersebut antara diajukan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang berlangsung pada 18 hingga 20 Jun lalu sempena mesyuarat pertama penggal pertama DUN Sabah ke-14. Musa dalam jawapannya memberi alasan semua Exco kerajaan negeri mengisytihar harta kepadanya dan tidak menjawab soalan lain melibatkan beliau. "Pengisytiharan ini penting bagi memastikan tiada berlakunya salah guna kuasa dan rasuah," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang yang juga Penasihat DAP negeri, Dr Hiew King Cheu. Kata Dr Hiew, amalan mengisytihar harta bagi mengelakkan Ahle Dean Undangan Negeri 'menjadi orang kaya segera' sepanjang menjawat jawatan. Read More / Baca Lagi >> |
Wartawan Utusan@Barua UMNO protes, dakwa dihalang masuk DUN Pulau Pinang Posted: 28 Jun 2013 01:17 AM PDT Wartawan berkenaan, Mohd Firdaus Ismail, 27, berdiri di depan pintu pagar dewan dengan membawa plakad dengan slogan: "Ketelusan telah mati di sini". Sementara itu, speaker DUN Law Choo Kiang berkata beliau tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk menghalang wartawan dari Utusan Malaysia. ADUN Bukit Tambun itu berkata, anggota keselamatan tersebut mungkin bergantung kepada arahan semasa persidangan sebelum ini. "Ini satu salah faham. Kami kesal kerana beliau dihalang, namun saya berjanji ia tidak akan berlaku lagi," kata Law dalam satu sidang media. DUN Pulau Pinang mengeluarkan arahan untuk menghalang wartawan Utusan daripada membuat liputan persidangan dewan itu pada 2011. Arahan berkenaan menerima kritikan keras dari pemimpin BN yang menyifatkan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang bersikap hipokrit dalam isu kebebasan media. |
PRK Kuala Besut beri peluang untuk SPR berubah Posted: 28 Jun 2013 01:16 AM PDT KOTA BHARU: Pilihan raya kecil Kuala Besut akan memperlihatkan samada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu berubah sebagaimana tuntutan rakyat atau akan terus kekal menjadi 'Suruhanjaya Suruhan Umno'. (Fatah menanam pokok sebagai gimik projek untuk menghijaukan Kota Bharu) Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood mendakwa, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut nanti akan memperilihatkan perkara ini. "Dari sudut politik, kita tidak mengira sama ada kedudukan kerusi Dun Terengganu itu pada mejoriti 17- 15, tetapi kita tuntut pertama-tama sekali ialah SPR yang telus, SPR yang benar-benar menjalankan tugasnya sebagai SPR, tidak SPR sebagaimana dakwaan sesetengah pihak Suruhanjaya Suruhan Umno," kata Fattah. Fattah yang juga Adun Bukit Panau bercakap kepada wakil Harakahdaily pada majlis pelancaran Kempen Hijau Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di Tunjong, dekat sini pagi tadi. Kenyataan Fatah ini dibuat ekoran serangan bertalu-talu terhadap SPR dan penjelasan yang bersimpang siur yang dibuat oleh badan yang sepatutnya bebas itu. Isu dakwat kekal yang tidak kekal menjadi fokus utama serangan kepada SPR di samping pelbagai kecacatan dan salah laku yang berjalan sepanjang pilihan raya ke 13 lalu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan