Khamis, 6 Jun 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kalau Dr M sudah akui kelemahan, apa 'formula' penyelesaiannya?

Posted: 06 Jun 2013 03:45 AM PDT


UMNO Negri Sembilan merupakan Badan Perhubungan yang pertama mengunjurkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan. Unjuran ini adalah unjuran yang begitu 'familiar' dalam UMNO sejak lebih dari dua puluh tahun dahulu dan seruan seperti ini jika dipandang dari satu sudut ia tidak perlu diambil kira atau di berikan perhatian.

Sejak pemilihan tahun 1987 dahulu dan setelah UMNO asal itu dibunuh, dan wujudnya UMNO yang sekarang ini, berbagai-bagai keadaan telah kita lihat dalam isu pemilihan kepimpinan UMNO itu.

Perpecahan itu bermula apabila pihak yang memenangi pemilihan itu ,menjadi 'sore winner'. Pihak yang memenangi pemilihan itu, telah menentang pucuk pimpinan semasa itu dianggap sebagai satu jenayah. Sedangkan perlembagaan parti semasa itu membenarkan mana pihak dan ahli menawarkan diri untuk memegang apa-apa jawatan jika merasakan boleh membetulkan keadaan yang tidak betul dalam parti.

Selepas sahaja wujud UMNO yang baru pada 1988 dahulu, telah diwujudkan sistem bonus. Seseorang yang mendapat pencalonan Presiden, misalnya akan secara otomatik mendapat sepuluh undi bonus dan seseorang yang ingin mencabar kepimpinan Tertinggi perlu mendapat 30 peratus dari jumlah bahagian UMNO yang wujud dinegara ini.

Selepas itu wujud pula sistem yang seseorang yang ingin mencabar jawatan Tertinggi terpaksa mendaftarkan niat mereka terlebih dahulu. Berbagai-bagai cara pimpinan Tertinggi lakukan untuk mereka susah dicabar dan semasa itu bermulalah kematian demokrasi secara terus-terusan dalam UMNO. Parti itu melebihkan usaha untuk memagar dan menjaga kepimpinan parti dari menjaga kehendak ahli dan sampailah sekarang berbagai-bagai cara untuk tidak membolehkan Presiden itu dicabar.

Slogan 'Malaysia Boleh' itu boleh diaplikasikan dalam apa jua perkara. Yang tidak boleh hanya bertanding jawatan Presiden UMNO sahaja. Kenapa ini semua berlaku?  Ia bermula apabila yang menang menjadi 'sore winner' dan segala rancangan untuk menyekat kemaraan orang yang baik dan 'viable' untuk UMNO diberikan tumpuan sehinggakan UMNO itu sudah tiada kepimpinan lagi.

Apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir itu adalah benar tetapi saya ulangi apa yang beliau tidak menyebut dengan jelas ialah segala-gala ini bermula dari permainan politik beliau sendiri.

Kalau benar Dr Mahathir mahukan keadaan UMNO seperti dulu kala, maksud saya sebelum beliau mengambilalih kuasa pada tahun 1991 dahulu. Jika beliau masih berkemampuan dan diterima pandangan beliau, Dr Mahathir perlu berusaha mengembalikan keadaan UMNO seperti semasa beliau mula mengambilalih dahulu. Tetapi masalahnya masihkah ada yang ingin mendengar nasihat beliau jika beliau jujur untuk melakukan perubahan itu?

Jika pandangan beliau masih diterima dan mempunyai pengaruh dalam partinya, masih ingatkah Dr Mahathir apa yang baik dalam UMNO sebelum beliau mengambilalih kuasa dahulu? Jika beliau masih ingat apa kah yang baik yang pada pimpinan semasa itu, dengan yang buruk pada pimpinan sekarang yang Mahathir katakan itu?

Beliau mesti tahu dan memahami apa yang baik dahulu dan yang buruk sekarang ini. Barulah mudah untuk dilakukan perubahan dan menyelesaikan jika tidak semua, sebahagian besar dari masalah-masalah yang ada.

Kalau semua jawapannya 'yes', apakah beliau sanggup melakukan perubahan itu dan selepas itu bergembira dan bersyukur kepada yang Esa kerana akhirnya beliau kembali kepada politik untuk orang Melayu dan seluruh rakyat yang sebenarnya?

Persoalannya apakah cara yang hendak beliau lakukan jika beliau masih dihormati atau setidak-tidaknya di geruni oleh pimpinan dan ahli-ahli UMNO yang bertaburan di seluruh negara ini? Untuk melakukan perubahan itu beliau mesti ada manusia yang bersama beliau yang masih berkemampuan untuk kembali kepada situasi yang baik yang pernah dirasai rakyat semasa beliau belum mengambilalih kuasa negara diwaktu itu.

Apa yang saya bersetuju dengan Dr Mahathir hari ini adalah berdasarkan kepada 'assumption' yang beliau jujur meluahkan perasaan beliau tentang UMNO hari ini. Pimpinan hari ini adalah kumpulan pimpinan yang terdidik semasa UMNO sudah kehilangan identitinya sebagai sebuah parti yang benar-benar bertanggungjawab kepada negara dan rakyat berbilang kaum dinegara ini.

Justeru tidak mungkin mereka dapat 'appreciate' apa yang dikatakan kebaikan semasa sebelum Dr Mahathir mengambilalih kepimpinan dahulu. Pimpinan hari ini masih bermain dengan tali seluar lagi semasa itu kerana Dr Mahathir berada diatas lebih dari dua dekad yang menyebabkan budaya baik yang ada semasa beliau mula-mula mengambilalih kuasa dahulu.

Kalau ada pun yang masih hidup dan sihat sekarang ini hanya tinggal Musa Hitam dan Tengku Razaleigh sahaja yang boleh dibawa berunding bagi menyediakan kepimpinan yang baik selepas ini dan mewariskan kepada yang telah dilatih untuk meneruskan kepimpinan rakyat dimasa-masa yang akan datang. Bawa sekali wakil-wakil dari semua bangsa, agama dan semua pimpinan politik  ke meja bulat dalam perundingan untuk mencari 'formula' baru yang dimaksudkan.

Bagi saya untuk mencapai matlamat politik negara yang baik, seperti matematik, ia mesti ada 'formula' yang betul bagi mendapat jawapan yang betul dan tepat. Bagi pandangan saya itu sahajalah nama yang tinggal jika benar kita mahu menyusun 'formula' yang baik dan tepat itu.

Selepas sahaja 'formula' itu diperolehi maka serahkanlah 'formula' itu kembali kepada sesiapa yang muda-muda yang mampu membawa negara lebih 'progressif' untuk generasi yang akan datang nanti dengan mengikuti 'formula' yang telah di wujudkan secara mesyuarah diantara semua pihak di negara ini.

Lupakan perasaan ego dan sengketa yang lalu semata-mata untuk generasi kita yang akan datang.Jangan terpengaruh dengan bisikan khatir yang bathil itu agar kita terjurus kepada melakukan niat yang baik kita itu.Kadangkala seteru kita yang akhirnya memberikan keselamatan kepada kita sendiri dan kadangkala kepada keluarga dan sanak saudara kita.

Saya sendiri tidak tahu, tetapi inikah yang saya serta ramai yang lain maksudkan sebagai usaha membentuk sebuah negara baru yang kami selalu impikan itu?

Mengapa Zahid Hamidi Tidak Dikenakan Tindakan Jenayah?

Posted: 06 Jun 2013 03:42 AM PDT


KELAB GREENBOC
 
Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini membangkitkan persoalan mengapa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dikenakan tindakan mahkamah ekoran tindakannya memukul seorang ahli perniagaan pada 2006.

Lim mendakwa Ahmad Zahid pernah disaman oleh Amir Abdullah Bazli kerana didakwa menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights, Kajang sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan tulang hidung dan bengkak di mata.

"Najib perlu menjelaskan sama ada beliau mengetahui perkara itu, yang mana Zahid ketika itu adalah timbalan menteri penerangan, dan sama ada perdana menteri telah menyiasat mengapa polis tidak mendakwa Zahid kerana tindakannya itu," tegas Lim merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mendakwa Ahmad Zahid telah menafikan perkara itu dan memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya menolak kes berkenaan yang mana telah dilakukan pada 21 April 2010.

Ahmad Zahid kemudiannya dakwa Lim telah mengemukakan saman balas atas alasan mengalami rasa malu dan trauma emosi disebabkan tuduhan tersebut.

Namun tahun lalu jelas Lim, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak cubaan Ahmad Zahid dan mengarahkan beliau membayar RM5,000 kos, dan menggesa beliau memberikan maklum balas terhadap tindakan berkenaan.

"Kes ini dibangkitkan bagi menjawab persoalan mengapa Ahmad Zahid tidak didakwa di mahkmah oleh polis kerana perlakuan jenayah.

"Ia menimbulkan persoalan adakah Malaysia mempunyai penjenayah sebagai Menteri Dalam Negeri?" kata Lim.

Beliau turut menambah "adakah Najib atau Ahmad Zahid bersedia menjelaskan berhubung isu ini dan kesesuaian beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dengan kes berkenaan."

Veteran DAP itu turut menuntut penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low sama ada beliau bersetuju Ahmad Zahid harus meletak jawatan sebagai usaha "integriti" dan "tatakelola kerajaan yang baik" sehingga beliau membersihkan dirinya daripada dakwaan kes berkenaan. -TMI

Pemohonan Tian Chua batal tuduhan menghasut didengar 4 Julai

Posted: 06 Jun 2013 03:34 AM PDT

SINAR HARIAN

Tian Chua
Tian Chua
 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Julai ini untuk mendengar permohonan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua bagi membatalkan pertuduhan menghasut yang dihadapinya berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, memfailkan permohonan itu pada 12 April lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassan Bakri memaklumkan tarikh berkenaan ketika kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang.

Norsharidah menetapkan 19 Julai untuk sebutan kes itu.

Pada 14 Mac lepas, Tian Chua mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut, termasuk menyatakan bahawa serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Tian Chua, yang juga Anggota Parlimen Batu didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, di sini pada pukul 11 pagi, 1 Mac lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya.

Tian Chua diwakili peguam Michelle Yesudas. - Bernama

Seminar Institusi Raja lulus 7 resolusi

Posted: 06 Jun 2013 03:26 AM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Seminar Institusi Raja (SIRaj) meluluskan tujuh resolusi, yang antara lain mahukan segala isu berkaitan usaha atau niat ingin melemah atau merosakkan institusi raja ditangani.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Profesor Datuk Dr Kamarudin Hussin, ketika membentang resolusi itu, berkata strategi menangani isu berkenaan perlu disertai semua rakyat Malaysia yang mampu menyumbang dalam pelbagai aspek.
Resolusi lain, katanya, adalah memperkasa institusi raja, mempertingkat kefahaman berhubung sebarang perkara berkaitan institusi berkenaan, khususnya melibatkan Perlembagaan, adat-istiadat dan adab raja-raja Melayu.
Selain itu, beliau berkata semua pihak harus terlibat dalam membantu menggerakkan usaha mewujud serta memperkukuh pangkalan data berkaitan institusi raja selain menubuhkan badan pemantau terdiri daripada badan bukan kerajaan khusus bagi menjaga kedaulatan bangsa, bahasa dan agama.

Resolusi itu turut mencadangkan agar kajian berkaitan institusi raja diperluas dengan penyertaan pelbagai universiti dan pihak lain supaya Pusat Kajian Institut Raja Malaysia (PKIRM) di bawah Unimap dapat diperkukuh untuk menjadi benteng anasir yang ingin meruntuhkan kedaulatan institusi berkenaan.

Upacara penutup SIRaj 2013 disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Sementara itu, Kamarudin berkata PKIRM akan cuba mengambil tanggungjawab memperkasa institusi raja mulai sekarang.

Bagi memantapkan pusat kajian itu, beliau berkata empat tokoh dilantik.
Felo dan Adjung PKIRM iaitu bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah, penganalisis politik Profesor Datuk Dr Zainal Kling, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Penubuhan PKIRM, antara lain, bertujuan menjadi rujukan berkaitan institusi raja kepada pelbagai pihak dan bakal pusat dokumentasi atau bank data bagi institusi berkenaan yang wujud sejak kurun ke-11.

SIRaj anjuran Unimap, yang berakhir hari ini, menyaksikan kira-kira 20 kertas kerja dibentang pakar selaras dengan tema 'Melestarikan Pemerintahan Beraja'.- Bernama

EGM: FAM enggan jawab

Posted: 06 Jun 2013 03:25 AM PDT

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

Azzuddin Ahmad
Azzuddin Ahmad
 
SARANAN supaya suatu Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) diadakan bagi bagi menyelesaikan konflik badan induk bola sepak negara itu enggan diulas setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Ribuan maaf saya tidak mahu membuat apa-apa komen," ujar Datuk Azzuddin Ahmad.

Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menyarankan agar EGM diadakan untuk ahli gabungan menyelesaikan konflik yang melanda FAM mutakhir ini.

Annuar menyifatkan langkah itu dilihat paling baik kerana isu-isu penting yang menjadi pertikaian boleh dibawa ke EGM secara teratur dan membolehkan ahli gabungan tersebut memutuskan segala dasar secara kolektif.

Jelas Annuar, sudah tiba masanya soal FAM dibincangkan secara serius kerana jika dibiarkan berterusan, ianya tidak ke mana dan katanya, mutu bola sepak negara terletak pada kaki ahli gabungan.

Kenyataan Annuar itu ekoran situasi melanda FAM yang berterusan dikecam hebat.

Kewibawaan FAM sebagai badan induk sukan bola sepak negara semakin tercalar dengan kritikan hebat daripada pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang mempertikaikan keputusan FAM dalam isu perlawanan semula separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) baru-baru ini.

Semalam Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) turut memberi kritikan pedas kepada FAM.

Kenyataan yang dibuat atas kapasitinya sebagai Tengku Mahkota Johor (TMJ) menggesa FAM segera berubah demi bola sepak negara.

Antaranya Tunku Ismail berkata FAM gagal memberi layanan adil kepada gabungan, tidak membenarkan persatuan dan individu menyuarakan pendapat, selain membuat keputusan dan mengubah peraturan sewenang-wenangnya.

Posted: 06 Jun 2013 03:18 AM PDT

Lagi laporan polis terhadap individu hina Agong

THE MALAYSIAN INSIDER
 
NIBONG TEBAL — Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal dan lima badan bukan kerajaan hari ini membuat laporan polis terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melalui laman media sosial.

Wakil kumpulan yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail berkata perbuatan menghina institusi diraja secara terang-terangan itu adalah tidak bertanggungjawab.

"Tindakan tegas juga perlu diambil Kementerian Dalam Negeri bagi menyekat mereka daripada terus memperlekehkan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di negara ini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini.

Turut membuat laporan polis ialah empat pertubuhan Belia 4B iaitu dari Nibong Tebal, Seri Bukit, Seri Taman dan Bukit Panchor serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Changkat.

"Kami mengecam tindakan mereka yang secara biadab. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan, institusi beraja harus dihormati oleh semua pihak," katanya. — Reuters

DAP gesa hentikan tayangan ‘Tanda Putera’, ‘Interlok’

Posted: 06 Jun 2013 03:13 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis



KUALA LUMPUR— DAP hari ini menggesa kerajaan menghentikan tayangan filem kontroversi Tanda Putera dan drama siri Interlok serta mempersoalkan sama ada penayangan dua karya seni tersebut sebagai "hukuman kepada komuniti India dan Cina yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN)" dalam pilihan raya lepas.

Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran (gambar) menegaskan tayangan kedua-dua filem dan drama siri TV itu perlu dihalang sekiranya BN ikhlas untuk memperjuangkan perpaduan kaum di negara ini.

"Adakah tayangan Interlok untuk mengajar masyarakat Cina dan India kerana tidak menyokong BN dalam pilihan raya umum?" soal ahli Parlimen Ipoh Barat itu dalam kenyataannya hari ini.

"Saya ingin memberi amaran kepada kerajaan BN sekiranya mereka ingin menghukum pengundi disebabkan mereka tidak menyokong BN, akan ada Tsunami Malaysia yang lebih kuat menentang BN dalam pilihan raya akan datang," tegasnya.

Pasukan Bertindak India Nasional (NIAT) semalam mendakwa kerajaan telah menyediakan RM1 juta dana  untuk drama adaptasi novel kontroversi Interlok sebanyak 13 episod yang akan disiarkan oleh RTM.

Pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim mendakwa keputusan itu dibuat selepas kerajaan memutuskan menarik balik novel itu daripada menjadi teks sastera di sekolah pada Disember 2011.

"Kami fikir isu itu sudah tamat, tetapi RTM akan menayangkan drama siri menggunakan jalan cerita daripada buku ini. Apa agenda di belakang perkara ini?" katanya.

NIAT jelasnya mendapat pengesahan berhubung perkara itu daripada pengurus produksi drama itu serta dua pelakon terlibat.

Beliau kemudiannya menuntut pembatalan segera penggambaran drama itu yang didakwa bermula pada 1 Julai atau mereka akan bertindak menggagalkannya.

"Dengan komuniti India menentang penggunaan buku tersebut, kumpulan Cina juga jelas menyatakan tentangan mereka terhadap isi kandungan buku tersebut," kata Kulasegaran.

"Saya menyeru Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) menerima kehendak orang ramai - membatalkan tayangan Interlok dan penayangan Tanda Putera yang menerima kritikan ekoran silap memaparkan keadaan sebenar insiden 13 Mei," tegasnya.

 "Perpaduan nasional dan keharmonian kaum perlu diutamakan daripada kepentingan parti," tegasnya lagi.
Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Raja Rozaimie Dalnish Shah mengesahkan filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Suhaimi Baba disahkan akan ditayang pada 29 Ogos depan.

Filem yang diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd itu telah mendapat kritikan meluas apabila didakwa memaparkan fakta salah terhadap insiden 13 Mei.

PRU13 menunjukkan ‘rasisma Cina’ DAP dalam usaha menguasai politik Malaysia, kata Dr M

Posted: 06 Jun 2013 03:11 AM PDT

Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR— Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan hari ini keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan "rasisma Cina", di mana beliau menuduh dimulakan oleh DAP untuk memastikan dominasi kaum tersebut dalam politik Malaysia.

Tuduhan bekas perdana menteri itu terhadap DAP mencerminkan elemen berhaluan kanan Umno, dikala beberapa ahli politik dari parti pemerintah itu dan lidah rasmi parti Utusan Malaysia meneruskan untuk menggambarkan keputusan pilihan raya 5 Mei sebagai pertembungan antara Cina dan Melayu.

"DAP memainkan sentimen kaum untuk menarik sokongan Cina dari BN dengan menggambarkan MCA sebagai budak suruhan Umno," Dr Mahathir (gambar) menulis dalam blognya hari ini www.chedet.cc merujuk kepada Barisan Nasional.

"Jika hari ini perpecahan antara kaum semakin mendalam, ia adalah disebabkan DAP menolak kongsi Melayu/Cina/India… Polarisasi kaum telah menjadi lebih ketara akibat daripada itu. Ia akan menjadi lebih buruk pada masa hadapan," tambah beliau merujuk kepada konsep perkongsian kuasa BN dikalangan parti berasaskan kaum mereka.

Dr Mahathir juga mendakwa majoriti yang hadir di perhimpunan bantahan Pakatan Rakyat (PR) menentang penipuan pilihan raya majoritinya terdiri daripada anak-anak muda Cina.

"Jika lebih banyak bukti dimahukan tentang peranan rasisma Cina dalam PRU13, demonstrasi menuduh BN menipu dalam pilihan raya, walaupun dianjurkan oleh Anwar dan PKR, dihadiri majoritinya oleh Cina, terutamanya yang muda," kata Dr Mahathir merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bantahan tersebut kelihatan seperti urusan Cina," tambah beliau. "Walaupun DAP dan PKR terlibat dalam demonstrasi itu, ahli PAS kelihatan tidak hadir."

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu mengatakan pilihan raya umum 5 Mei  menunjukkan "kualiti calon atau parti, ideologi dan keinginan untuk berubah selalunya kedua selepas kaum."

Penganalisis, bagaimanapun, telah menolak dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "tsunami Cina" berlaku dalam pilihan raya umum ke 13, mengatakan pengundi kelas menengah dan bandar telah menolak BN tanpa mengira kaum.

Mereka mengatakan BN berjaya mengekalkan kuasa persekutuan dengan sokongan daripada pengundi kawasan pedalaman. Disebalik serangan sengit, BN gagal menawan semula Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri yang paling maju dalam negara.

Dr Mahathir mengatakan semua calon Cina dari DAP bertanding di kawasan pilihan raya yang mempunyai majoriti Cina. DAP menjadi parti kedua terbesar dalam Parlimen dengan memenangi 38 kerusi Parlimen, berbanding PKR 30 dan PAS 21.

Beliau turut mendakwa PR bukanlah gabungan "sebenar" tetapi "pakatan pilihan raya" antara parti yang menentang BN.

"Jelas pakatan ini menguntungkan paling banyak chauvinis Cina dalam DAP, sementara PAS, parti yang mempunyai paling ramai Melayu dalam Pakatan mendapat paling sedikit," tambah beliau.

Dr Mahathir terus menuduh "pelampau Cina" dalam DAP memulakan kebencian kaum terhadap Melayu melalui slogan "Malaysian Malaysia" dengan menggambarkan bukan Melayu menderita kerana diskriminasi dan dianggap sebagai rakyat kelas kedua.

"Setiap kali polisi kerajaan seperti DEB dipertahankan, orang yang mempertahankannya sama ada dalam kerajaan atau NGO akan dilabel rasis," katanya merujuk kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB).

PR mendakwa polisi berasaskan kaum ini hanya mengayakan segelintir elit Melayu kroni berbanding majoriti yang miskin.

Mengapa siasatan kematian 14 gajah pigmi tidak diumumkan?

Posted: 06 Jun 2013 03:03 AM PDT

 
Mereka yang bertanggungjawab itu mestilah didakwa dengan segera, kata Sahabat Alam Malaysia (SAM).



PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan isu-isu alam sekitar – Sahabat Alam Malaysia – menggesa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan Hidupan Liar Sabah mengumumkan hasil siasatan kematian 14 ekor gajah pigmi kira-kira enam bulan lalu.

Presiden SAM, S M Mohamed Idris berkata, kementerian dan jabatan tidak boleh menutup mata dan memekakkan telinga terhadap sebarang pelanggaran undang-undang sama ada oleh syarikat pembalakan, petani atau industri kelapa sawit.

"(Mereka) perlu memastikan bahawa mereka yang  bertanggungjawab itu mestilah didakwa dengan segera," kata beliau dalam sepucuk surat kepada FMT hari ini.

Beberapa bulan telah berlalu dan SAM masih tertanya-tanya siapa atau apakah yang bertanggungjawab terhadap kematian 14 ekor gajah pigmi itu.

Kata S M Mohamed, amat sukar untuk  memahami kenapa ia mengambil masa yang begitu lama untuk analisis itu didedahkan.

Menuurtnya, analisis dari negara maju seperti Australia seharusnya mampu untuk mengeluarkan hasil tanpa kelewatan yang berpanjangan

"Hanya selepas beberapa surat kepada pengarang dari pembaca, baharulah pendedahan dibuat oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah bahawa analisis histopatologi mengesan kehadiran keracunan kaustik," kata beliau lagi.

`Apa yang boleh didakwa'

Menurut S M Mohamed, walaupun polis Sabah telah mengambil inisiatif untuk menyiasat, adalah lebih baik jika mereka boleh memuktamadkannya.

"Mereka perlu mendedahkan apakah kes yang boleh didakwa dan apa yang tidak boleh didakwa.

"Pihak polis masih belum mengumumkan sebarang kes yang akan didakwa atau sebarang kesimpulan ke atas kertas siasatan mereka.

"Tidak terdapat bukti muktamad dari polis Sabah selain daripada petunjuk kepada kematian gajah itu," tambahnya lagi.

Kekurangan usaha penyiasatan untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan gajah-gajah itu satu petanda yang tidak baik bagi Jabatan Hidupan Liar.

Ia juga hanya menunjukkan kelemahan urus tadbir dan sikap ini tidak meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang.

Kerajaan mestilah telus


Menurut S M Mohamed, jika Jabatan Hidupan Liar Sabah prihatin dan benar-benar serius mengenai pemuliharaan dan perlindungan spesies hidupan liar mereka perlu bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai hasil penyiasatan dan langkah pencegahan yang diambil untuk mencegah berlakunya kematian misteri pada masa akan datang.

Kerajaan mestilah bersikap telus dan tidak mengambil mudah akan sikap kepintaran dan ingin tahu orang ramai.

Jika alasan kukuh tidak diberikan, akan tiba masanya sebelum orang ramai menyedari bahawa mereka tidak dipedulikan.

Lebih penting orang ramai mestilah diyakinkan bahawa kertas penyiasatan itu perlu diumumkan kepada orang ramai, kata S M Mohamed lagi.

SAM berharap perkara ini tidak akan berhenti begitu sahaja, kata S M Mohamed lagi.

Presiden Anak: Nasib saya lebih buruk dari Nurul Izzah

Posted: 06 Jun 2013 03:00 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

"Kalau YB Nurul Izzah tidak dibenarkan masuk Sabah, saya lebih teruk lagi…Sabah, Sarawak dan Felda! Oh Tanahairku," kata Mazlan Aliman. 



PETALING JAYA: Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, nasibnya lebih buruk dari Nurul Izzah Anwar yang didakwa dihalang memasuki Sabah baru-baru ini.

"Kalau YB Nurul Izzah tidak dibenarkan masuk Sabah; saya lebih teruk lagi…Sabah, Sarawak dan Felda! Oh Tanahairku," katanya dalam satu kenyataan

Mazlan juga mendakwa, Sabah dan Sarawak masih melarang beliau memasuki kedua-dua negeri Borneo itu.

Menurutya, beliau ditahan di Lapangan Terbang Miri, Sarawak pada 6 Julai 2011, sekitar jam 10.15 pagi oleh pegawai Imigresen.

Pada 11 Mac tahun lalu, dakwanya beliau ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke Sabah, setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 8.45 malam.

"Pihak Imigresen menyerahkan surat larangan di bawah seksyen 65(1), Akta Imigresen 1959," tambahnya.
Mazlan juga mendakwa, Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur tidak membenarkannya memasuki Felda untuk memberi ceramah.

Sesetengah Felda, program Hi-tea pun tidak boleh, katanya lagi.

PAS Kelantan fail 3 petisyen PRU13

Posted: 06 Jun 2013 02:58 AM PDT

Anis Nazri,


KOTA BHARU: PAS Kelantan dijangka memfailkan petisyen pilihan raya bagi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam masa terdekat.

Tiga kawasan itu adalah Dun N25 Kok Lanas, N29 Selising dan N37 Air Lanas.

Perkara itu disahkan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Wan Nik Wan Yussof kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Wan Nik, tiga petisyen itu difailkan berasaskan kepada beberapa penemuan wujud salahlaku ketika kempen pilihan raya umum lalu.

Ianya termasuk berlakunya dakwaan membeli undi oleh BN, selain wujud unsur ugutan terhadap pengundi dan cara berkempen calon BN yang menggunakan pendekatan fitnah terhadap kepimpinan dan calon PAS.

"Secara asasnya, dakwaan-dakwaan itu wujud di ketiga-tiga Dun tersebut. Ada berlaku ugutan terhadap pengundi dari kalangan mereka yang menerima bantuan agensi kerajaan pusat supaya mengundi BN dan perinciannya berserta bukti-bukti akan dikemukakan kemudian," jelas beliau.

Bagaimanapun, kata Wan Nik, petisyen itu akan dikemukakan kepada panel peguam untuk dimuktamadkan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu, kerusi Kok Lanas dimenangi oleh BN dengan hanya majoriti 169 undi menewaskan PAS.

Calon BN Datuk Md Alwi Che Ahmad mendapat 10,040 undi manakala calon PAS Nik Mahadi Nik Mahmood memperoleh 9,871.

Bagi kerusi Selising pula, calon BN Zulkefle Ali hanya menang dengan majoriti 107 undi terhadap calon PAS Saipul Bahrin Mohamad.

Zulkefle memperoleh 7,662 undi manakala Saipul Bahrin mendapat 7,555 dan seorang lagi calon bebas Ibrahim Ismail hilang deposit dengan mendapat hanya 120 undi.

Di Dun Air Lanas pula, menyaksikan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menang dengan hanya majoriti 46 undi terhadap calon PAS Abdullah Ya'akub.

Mustapa mendapat 6,605 undi manakala Abdullah mendapat 6,558 undi.

Pemilihan: Mana demokrasi dalam Umno?

Posted: 06 Jun 2013 02:53 AM PDT

Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR: Cadangan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu akan datang mewujudkan persoalan adakah demokrasi dalam Umno kini sudah berkubur.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan seumpama itu hanya memperlihatkan bahawa Umno kini seperti mengamalkan autokrasi.

"Saya hairan bagaimana Umno sebagai sebuah parti politik yang diperkatakan mengamalkan konsep demokrasi tidak mahu bersikap terbuka dengan cadangan agar dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan.

"Kenapa mereka takut sedangkan pilihanraya sudah pun berlalu dan mereka sendiri mengakui prestasi serta sokongan meningkat, jadi kenapa masih bimbang jika kedua-dua jawatan itu dipertandingkan," jelasnya.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, dengan membuka ruang kepada ahli untuk mencabar kedua-dua jawatan tersebut sebenarnya dapat menilai prestasi Presiden dan Timbalan Presiden sama ada mereka popular di kalangan ahli atau pun tidak.

Malah menurut beliau lagi tindakan tersebut juga dilihat sebagai satu budaya baru di dalam Umno yang tidak boleh bertanya atau mempersoalkan pimpinan tertinggi.

"Umno sekarang mengamalkan budaya iaitu ahli tidak boleh mempersoalkan pimpinan utama, malah ahli juga tidak boleh bertanya apa yang pimpinan utama lakukan.

"Budaya ini terus meresap dalam akar umbi Umno sehinggakan ia menyekat ruang mereka yang di bawah untuk mencuba nasib menjadi pimpinan baru kerana segala-galanya telah disekat," sambung beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong kedua-dua jawatan tertinggi Umno itu tidak dipertandingkan.

Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, beliau menyokong agar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ada kini terus dikekalkan.

Selesai luar mahkamah, kemenangan kepada TG Nik Aziz

Posted: 06 Jun 2013 01:08 AM PDT

Muhammad Faizal,



Berita NST yang mendakwa TG Nik Aziz bapa kafir
 
KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan enam yang lain termasuk akhbar NST untuk menyelesaikan kes saman di luar mahkamah merupakan satu kemenangan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, keputusan tersebut diperolehi ketika perbincangan antara peguam dilakukan dalam kamar di mahkamah semalam.

"Saya menyifatkan ini satu kemenangan kepada Tok Guru Nik Aziz dalam saman yang beliau kemukakan kepada Abdul Rahim dan enam yang lain apabila mereka mahu menyelesaikannya di luar mahkamah.

"Walaupun saya tidak boleh menyatakan jumlahnya yang perlu mereka bayar tetapi ia sebenarnya menunjukkan satu pengakuan dari mereka semua berhubung tindakan yang telah dilakukan," jelasnya.

Dalam pada itu beliau juga berharap keputusan ini akan menjadi iktibar kepada mana-mana pihak yang cuba melemparkan fitnah ataupun kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Selain Hisham (gambar kiri) turut mewakili bekas Menteri Besar Kelantan itu ialah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz pada 31 Mei tahun lepas telah memfailkan saman fitnah RM10 juta itu terhadap Abdul Rahim di samping tiga pemberita akhbar New Straits Times (NST)-- Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah, Pengarang Urusan Kumpulan News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid, Pengarang Kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan NSTP sebagai defendan.

Saman itu dikemukakan berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara pada 8 Mei dalam NST yang menggelar Nik Abdul Aziz sebagai bapa kafir (father of kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.

Akhbar NST memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.

AGM DAP : Anthony Loke Dakwa Utusan Tipu Lagi

Posted: 06 Jun 2013 01:04 AM PDT


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

PETALING JAYA: Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke hari ini membidas akhbar Utusan Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang didakwanya sengaja melakukan penipuan dan tidak bertindak profesional dalam menjalankan tugas.

Menurutnya, Utusan Malaysia sekali lagi cuba memburukkan imej DAP dengan mendakwa bahawa parti itu secara tergesa-gesa mengarahkan setiap cawangannya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Kata Anthony, Utusan mendakwa tindakan tersebut diambil kononnya bagi mencantas mana-mana cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lepas.

Sedangkan keputusan menundakan AGM yang dibuat sebelum ini bertujuan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kempen pilihan raya yang baru berlangsung 5 Mei lalu.

"Sepatutnya AGM kita diadakan pada bulan April dan Mei, tetapi oleh kerana pilihan raya diadakan pada bulan Mei dan dibubarkan pada awal April, maka kita mengambil satu keputusan tunda untuk memanjangkan tempoh itu sehingga akhir bulan ini.

"Pilihan raya baru sahaja habis, tentulah kita perlukan sedikit masa untuk memulakan AGM dan pada hujung Mei sehingga sekarang banyak cawangan yang sudah mengadakan, ini akan berterusan hingga akhir Jun nanti," kata Anthony dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Anthony berkata, laporan tersebut juga dilihat bertujuan untuk memberikan justifikasi kepada ROS bagi mengambil tindakan terhadap DAP.

"Saman RM200,000 nampaknya terlalu murah bagi Utusan, lepas ini mahkamah patut anugerahkan lebih tinggi lagi," ujarnya lagi.

Beliau turut kesal dengan sikap tidak profesional ROS yang berterusan 'menghukum' DAP melalui kenyataan di Utusan Malaysia walaupun masih menjalankan siasatan mereka.

Semalam Utusan Malaysia dalam laporan bertajuk 'Dedah Taktik Terbaharu DAP' mendakwa DAP mungkin berdepan dengan satu lagi kemelut berikutan keputusan 'tergesa-gesa' kepemimpinan tertinggi untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) setiap cawangan parti itu sejak dua minggu lalu.

Petanda Awal Penstrukturan Semula Air Selesai

Posted: 06 Jun 2013 01:02 AM PDT


exco meeting daroyah 5 jun 01

SHAH ALAM : Penstrukturan semula industri air Selangor, yang boleh menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh negeri dan tawaran saham air oleh rakyat, bakal diselesaikan dalam masa terdekat.

Ini berikutan maklumbalas positif Kerajaan Persekutuan untuk mula semula perbincangan dengan Selangor berhubung pengambilalihan perkhidmatan air oleh Kerajaan Negeri daripada empat syarikat konsensi.

Turut menjadi agenda perbincangan adalah pembinaan loji rawatan mega Langat 2 yang diperjuangkan oleh Kerajaan Persekutuan. Manakala Kerajaan Negeri mahu projek tersebut hanya diteruskan selepas penstrukturan semula industri air.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor dijangka mengadakan perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berhubung penstrukturan semula industri air selewat-lewatnya minggu depan.

"Maklum balas yang kita dapat adalah positif. Mereka (Kementerian) juga ingin mempercepatkan perbincangan bagi menyelesaikan masalah penyusunan semula industri air dan projek Langat 2.

"Saya sudah dimaklumkan, perbincangan itu boleh jadi hujung minggu ini atau minggu depan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini.

Abdul Khalid menambah perbincangan itu akan dilakukan di antara beliau atau Pegawai Kanan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi bersama Ketua Setiausaha kementerian itu.

Beliau berharap perbincangan dapat menyelesaikan isu teknikal selain mencari mekanisme bagi melaksanakan usaha penstrukturan.

Proses penstrukturan semula industri air dimulakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun lepas sebagai usaha mengambilalih operasi bekalan, rawatan dan pengedaran daripada empat syarikat swasta.

Ia bertujuan mengambialihan operasi rawatan dan pengedaran air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya daripada empat syarikat swasta itu bagi memastikan pengguna mendapat bekalan yang cukup, berterusan dan pada harga berpatutan.

Kerajaan Negeri telah menawarkan RM 9.65 bilion untuk mengambilalih empat syarikat tersebut dan setakat ini pihak konsesi memberi respons positif terhadap tawaran itu.

Empat syarikat itu terdiri daripada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd yang masing-masing mengendalikan loji rawatan air mentah.

Sementara Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bertanggungjawab terhadap pengedaran air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bekas pemimpin Hindraf terkejut dengan hukuman Uthaya

Posted: 06 Jun 2013 12:56 AM PDT

 


 
Bekas pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) terkejut dan kecewa berhubung hukuman penjara yang dikenakan terhadap pengasas pergerakan itu P Uthayakumar semalam.

"Orang yang lari menjadi menteri dan orang di belakang perhimpunan Hindraf dipenjara. Inilah hakikatnya," kata bekas ketua penerangan Hindraf S Jayathas.

Beliau merujuk kepada pelantikan saudara lelaki Uthayakumar - P Waythamoorthy - sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengangkat sumpah senator hanya beberapa jam sebelum Uthayakenumar disabitkan bersalah menghasut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Jayaathas, kini timbalan ketua biro hak asasi dan hal ehwal undang-undang PKR berkata, Uthayakumarlah yang pada November 2007 menganjurkan perhimpunan Hindraf.

Tarian gelek hina wanita, kata Pemuda PAS

Posted: 06 Jun 2013 12:54 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Pemuda PAS mempersoalkan tindakan Umno yang berdiam diri terhadap kenyataan MCA Segamat yang disifatkan tidak sensitif terhadap adat resam dan kepercayaan setempat apabila mempertahankan acara tarian gelek separuh bogel di sebuah pasar raya.

NONEMengulas kenyataan Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee sebelum ini, setiausaha dewan itu Khairul Faizi Ahmad Kamil menyindir, "di mana suara pemimpin Umno yang lantang memperjuangkan Islam selama ini".

"Di mana suara-suara ulama mereka serta pemimpin NGO mereka yang kononnya begitu tegar mahu Islam dilaksanakan," katanya.

Harakahdaily Isnin lalu melaporkan, PAS Segamat membantah keras penganjuran tarian yang disifatkan separuh bogel di hadapan 500 penonton, termasuk anak kecil, oleh wanita yang dipercayai dibawa dari luar negara pada 1 Jun.

Mengulas perkara itu, Dr Lee kelmarin antaranya berkata, bantahan PAS kawasan itu menggambarkan parti itu akan melaksanakan dasar "ultra konservatif" dan "mundur" di Johor jika menang dalam pilihan raya umum yang lalu di Johor.

NONESementara itu, dalam kenyataannya petang semalam, Khairul Faizi juga mempersoalkan kenapa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi tidak bertegas kepada MCA Segamat sedangkan pernah berkeras dengan pihak yang mempertikaikan sistem pilihan raya Malaysia.

"Beranikah Zahid sebagai menteri dalam negeri menyelar kenyataan MCA Segamat dengan mencadangkan MCA berhijrah keluar negara kerana tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan adab masyarakat negara ini, sebagai mana beliau lantang menghalau keluar rakyat yang menuntut pilihan raya yang adil dan demokrasi," katanya.

Diskriminasi, hina wanita
Sementara itu, menyentuh aktiviti itu, Khairul Faizi menyifatkannya sebagai diskriminasi dan penghinaan terhadap wanita.

"Wanita tersebut dipakaikan dengan pakaian seksi separuh bogel serta menari mengikut irama dan liuk lentuk dengan tubuh yang mempesona. Sepatutnya wanita itu dimuliakan.

"Tempatnya bukan di situ, mereka mempunyai kedudukan yang tinggi sebagai pemimpin, pengurus serta golongan yang dihormati.

"Meletakkan mereka sebagai tontonan kaum lelaki adalah suatu penghinaan terhadap wanita," katanya.

'Gubal undang-undang khas kesalahan derhaka'

Posted: 06 Jun 2013 12:49 AM PDT


 


 
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah hari ini mencadangkan penggubalan undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada Raja.

Beliau berkata meskipun pada masa ini sudah ada Akta Hasutan 1948 yang mengambil kira perbuatan-perbuatan seperti itu, namun ia merupakan perbuatan yang berbeza.

NONE"Patut ada undang-undang khas digubal tentang apa-apa perbuatan yang terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka. Undang-undang ini sesuai kerana rakyat di beberapa lapisan tidak memahami sebenarnya kuasa Raja.

"Sudah tiba masanya bagi kerajaan menggubal undang-undang mengenai penderhakaan, bukan di bawah hasutan," katanya kepada pemberita di luar Seminar Institusi Raja anjuran Universiti Malaysia Perlis di ibu negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata undang-undang khas itu perlu menggariskan definisi derhaka dari sudut perbuatan, ucapan, sindiran, grafik dan lain-lain, serta mengenakan hukuman keras sekurang-kurangnya dua tahun penjara.

"Ini supaya rakyat tahu tiada maaf bagi mereka yang melakukan kesalahan derhaka," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebelum undang-undang itu digubal, masyarakat khususnya generasi muda perlu terlebih dahulu diberi pendedahan dan penjelasan tentang sistem Raja Berperlembagaan yang diguna pakai di negara ini.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk mengambil tindakan kepada seseorang yang didapati melakukan kesalahan tanpa individu berkenaan diberi pendedahan yang secukupnya.

"Mengambil tindakan tanpa menjelaskan adalah menganiaya. Tetapi biarlah penjelasan itu dibuat oleh orang yang pakar dalam undang-undang. Jangan diserah kepada orang politik yang ada kepentingan. Takut nanti terpesong Perlembagaan mengikut kecenderungan politik mereka," tegasnya.

Tambahnya, undang-undang ialah peraturan hidup dan rakyat seharusnya mematuhi apa yang termaktub di dalamnya.

Terdahulu ketika membentangkan kertas kerja, Mohd Noor berkata hak kebebasan bersuara tidak membolehkan mana-mana individu mempersoal kuasa, hak dan keistimewaan Raja yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Malahan, sesiapa yang cuba mengapi-apikan penghapusan institusi Raja dalam Parlimen sekalipun boleh didakwa di mahkamah walaupun mereka kebal untuk membincangkan perkara-perkara lain di dalam Dewan," katanya.

Beliau menegaskan bahawa sistem Raja Berperlembagaan telah diterima pakai sejak merdeka.

Justeru, katanya, pemerintah negara yang sebenar ialah Raja manakala Kabinet hanya menjalankan tadbir urus atas nama Raja.

"Oleh itu, tidak timbul soal undi popular atau ingin menukar pemerintahan beraja kepada presiden," tegasnya.

Seminar dua hari bertemakan "Melestarikan Pemerintahan Beraja" itu buat julung kalinya dianjurkan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-70 Raja Perlis.-Bernama

Mahathir: Himpunan banyak dihadiri orang Cina

Posted: 06 Jun 2013 12:48 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebahagian besar daripada peserta siri perhimpunan yang diadakan di seluruh negara selepas pilihan raya umum 5 Mei terdiri daripada golongan Cina.

Mahathir dalam tulisan di blog chedet.cc itu seterusnya membuat kesimpulan bahawa perhimpunan berkenaan secara umumnya merupakan isu melibatkan orang Cina.

NONEBeliau juga meramalkan bahawa perkembangan itu akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih serius manakala orang Melayu akan terus disisih dari segi ekonomi dan politik.

"Di dalam dan di luar negara, pemuda Cina memakai baju hitam dan bertopeng membentuk sebahagian besar daripada peserta demonstrasi. Biasanya, orang Melayu yang menjadi majoriti peserta demonstrasi," katanya.

Katanya, jumlah orang Melayu yang sedikit di perhimpunan ini juga boleh dikaitkan dengan "keterasingan" pemimpin PAS dengan demonstrasi tersebut, yang didakwanya sebagai usaha menumbangkan kerajaan dengan cara "Arap Spring".

NONEBeliau juga mendakwa PAS paling banyak tewas dalam pilihan raya umum lalu manakala DAP merupakan pemenang paling besar dengan kejayaah "memusnahkan kerjasama di antara pelbagai kaum seperti ditunjukkan dalam gabungan BN".

"Pakatan ini jelas memberi keuntungan paling besar kepada cauvinis Cina dalam DAP, manakala PAS, Melayu paling ramai dalam parti Pakatan mendapat keuntungan paling sedikit, dengan memenangi hanya 21 kerusi berbanding 38 kerusi DAP dan 30 dari PKR," katanya.

Sedangkan, jumlah kerusi yang ditandingi PAS paling banyak, katanya.

Ini menunjukkan bahawa DAP berusaha untuk membolehkan golongan Cina yang "sudahpun menguasai ekonomi" untuk turut menguasai politik Malaysia, katanya.

Penunggang bantah bandar besar bebas motor

Posted: 06 Jun 2013 12:46 AM PDT

 


 
Penunggang motosikal rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan drastik polis untuk mewujudkan menjadikan bandar besar sebagai kawasan bebas motosikal dalam usdaha membendung jenayah.

Mereka melihat langkah itu sebagai satu diskriminasi.

Kebanyakan golongan itu yang diwawancara Malaysiakini berpendapat, pelaksanaan cadangan itu hanya menjejaskan golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu menggunakan pengangkutan lain.

NONE"Lebih ramai orang menunggang motosikal untuk menampung kos hidup, jadi dasar ini tidak adil untuk mereka dan kepada kami," kata bekas wartawan Radzi Razak (kanan), 28.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemubual Astro Awani pada 30 Mei lalu berkata, pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar besar untuk memerangi jenayah.

Khalid berkata, ia antara beberapa langkah "drastik" yang dicadangkan untuk menangani masalah tersebut, mengambil kira keadaan di mana 90 peratus jenayah jalanan dilakukan oleh secara bermotosikal.

Calon punca PKR kalah

Posted: 06 Jun 2013 12:44 AM PDT

SAIFULLAH AHMAD

Muhamad Arafat Mahamad
Muhamad Arafat Mahamad 
 
IPOH -  Keengganan pimpinan PKR Perak mendengar suara akar umbi mengenai pemilihan calon-calon PRU13 menjadi faktor utama kekalahan parti itu di Perak.

Naib Ketua PKR Cabang  Tambun, Muhamad Arafat Mahamad berkata, beberapa calon yang dipilih kebanyakannya dibuat melalui keputusan mesyuarat dan bukan keputusan akar umbi.

"Pimpinan langsung tidak menghormati suara akar umbi kerana tetap meletakkan calon yang tidak diterima oleh jawatankuasa cabang  walaupun ada beberapa cabang telah menyampaikan suara akar umbi mengunakan saluran yang betul seperti memorandum dan sebagainya

"Pandangan itu bukan bermaksud pimpinan perlu ikut kehendak akar umbi tetapi sebagai meraikan dan hormati jasa jawatankuasa cabang sepatutnya pimpinan mengadakan pertemuan untuk membincang soal calon," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Arafat berkata, sebaliknya yang berlaku seolah-olah pimpinan tidak perlukan pandangan dan peranan jawatankuasa cabang.

Katanya, apabila pimpinan mengetepikan suara jawatankuasa cabang  dan akar umbi serta meletakkan calon bukan  pilihan akar umbi, maka jentera PR telah rasa kecewa dan diri mereka dilihat tidak dihargai sebagai pemimpin kawasan yang membantu membangunkan parti selama ini.

"Sungguhpun begitu, jawatankuasa cabang dan  akar umbi  tetap membantu gerak kerja PRU13 tetapi undi yang diterima berbanding PRU12 berkurangan.

"Pada pandangan saya, ini adalah mesej berupa amaran yang jelas dari akar umbi kepada pimpinan supaya tidak sewenang-wenangnya menafikan suara mereka," katanya.

Beliau berkata, pada masa yang sama pihaknya bersetuju dengan tiga faktor yang dikemukakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty yang dinyatakan kelmarin.

Katanya, sebagai langkah yang perlu diperbaiki bagi memastikan PR menang di Perak pada PRU14, permuafakatan PR di beberapa kawasan perlu dipereratkan lagi kerana sebelum ini ia dilihat berlaku ketidak sefahaman antara ketiga-tiga parti itu semasa PRU13.

Selian itu, pihaknya menegaskan semula bahawa pimpinan perlu memastikan pemilih calon dibuat mengikut suara akar umbi dan bukan calon pilihan mesyuarat semata-mata.

Beliau berkata, kekalahan dan prestasi buruk PKR di Perak pada PRU13 lalu harus dipikul Muhammad Nur sebagai ketua.

"Bagaimanapun, peluang harus diberikan kepada beliau (Muhammad Nur) untuk memperbetulkan semula keadaan dan memastikan masalah berkenaan tidak berulang," katanya.

DAP pertikai kredibiliti Ahmad Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri

Posted: 06 Jun 2013 12:37 AM PDT

 Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempertikaikan kredibiliti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dikenakan tindakan mahkamah berikutan tindakannya memukul seorang ahli perniagaan pada 2006.

Kit Siang mendakwa Ahmad Zahid pernah disaman seorang ahli perniagaan terbabit, Amir Abdullah Bazli kerana menumbuk muka Amir pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights, Kajang, sehingga mengalami cedera tulang hidung dan bengkak pada mata.

Katanya, beliau terkejut apabila Ahmad Zahid mempersoalkan "Who is Lim Kit Siang? I don't know who he is." (Siapa itu Lim Kit Siang, saya tidak kenal siapa dia) seperti yang disiarkan televisyen pada Selasa lalu.

"Soal "Who is Lim Kit Siang" adalah tidak penting tetapi yang pentingnya "Who is Ahmad Zahid Hamidi" yang sekarang dilantik Menteri Dalam Negeri yang baru.

"Perkara itu menjadi penting apabila Pengerusi Biro Undang-undang DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendesak Datuk Seri Najib Razak supaya menggantung Ahmad Zahid daripada Kabinet sebagai bukti Perdana Menteri serius dalam melakukan pembaharuan kerajaan.

"Najib Razak perlu menjelaskan sama ada beliau mengetahui perkara itu, yang mana Zahid ketika itu adalah Timbalan Menteri Penerangan atau Perdana Menteri telah menyiasat mengapa polis tidak mendakwa Zahid kerana tindakan itu," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah juga mendakwa Ahmad Zahid telah menafikan perkara itu dan memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya menolak kes berkenaan yang dilakukan pada 21 April 2010.

Ahmad Zahid kemudiannya mengemukakan saman balas atas alasan mengalami rasa malu dan trauma emosi disebabkan tuduhan terbabit.

Bagaimanapun tahun lalu, beliau berkata, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak cubaan Ahmad Zahid dan mengarahkan beliau membayar kos RM5,000, dan menggesa beliau memberikan maklum balas terhadap tindakan berkenaan.

"Kes itu dibangkitkan bagi menjawab persoalan mengapa Ahmad Zahid tidak didakwa di mahkamah oleh polis kerana perlakuan jenayah itu.

"Ia menimbulkan persoalan kerana Malaysia mempunyai penjenayah sebagai Menteri Dalam Negeri" tambah Kit Siang.

Beliau berkata, adakah Najib atau Ahmad Zahid bersedia menjelaskan berhubung isu berkenaan dan kesesuaian beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dengan kes berkenaan.

Beliau juga menuntut penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low sama ada beliau bersetuju Ahmad Zahid harus meletakkan jawatan sebagai usaha "integriti" dan "tata kelola kerajaan yang baik" sehingga beliau membersihkan dirinya daripada dakwaan kes berkenaan. – Roketkini.com

Utusan Malaysia ‘juara pembohong bersiri dunia’: Kit Siang

Posted: 06 Jun 2013 12:35 AM PDT

Roketkini.com

 

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia adalah juara pembohong bersiri yang paling ulung bukan saja di Malaysia, malah di dunia, dan merupakan peneraju Briged Penghapus/Pemusnah DAP atau dikenali sebagai DDD (Demolish/Destroy DAP) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Sehubungan itu, Ketua Parlimen DAP,  Lim Kit Siang mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarang Utusan Malaysia, lidah rasmi UMNO kerana telah mencapai sesuatu yang tidak mampu dicapai media lain di Malaysia, malah, tidak mudah untuk mencari pesaing Utusan Malaysia dalam dunia kewartawanan di seluruh dunia.

Beliau berkata, selama menjadi alat utama Briged DDD sejak lapan bulan lalu, Utusan Malaysia mencapai tahap luar biasa dari segi jumlah serta pembohongan yang dihasilnya, termasuk laporan muka depan Utusan Malaysia pada Mei 2011 yang melaporkan DAP mahu membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

"Untuk tujuan jahat itu, Utusan Malaysia telah merekrut dan melatih sepasukan pembohong bersiri – termasuk dari golongan aristokrat yang sanggup berbohong tanpa teragak-agak," katanya dalam kenyataan media.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, modus operandi Utusan Malaysia dalam Briged DDD agak unik, sebelum ini Utusan Malaysia mungkin secara tidak disengajakan telah menerbitkan pembohongan bersiri.

Bagaimanapun, katanya, dalam operasi DDD ini perancang utama Utusan Malaysia telah mengadun dan menentukan pembohongan dan kepalsuan yang akan diterbitkan atas nama penggerak yang menjadi anggota pasukan pembohong bersirinya.

Anggota pasukan pembohong bersiri Utusan Malaysia boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat kategori iaitu kalangan editor, memandangkan akhbar ini telah melatih satu generasi pembohong bersiri dan bukannya wartawan, ahli DAP yang berpaling tadah dan sanggup menjadi pembohong bersiri untuk mendapatkan habuan tertentu, penulis upahan BN yang diberi peranan menyebarkan pembohongan yang direka cipta oleh pemimpin tertinggi DDD dan pembohong bersiri jemputan, seperti kolumnis dan penganjur acara menampilkan penceramah jemputan, manakala DDD telah mempelopori status baru, "pembohong bersiri jemputan".

Menurut Kit Siang, semalam, Utusan Malaysia berbohong mengenai DAP pada muka depan akhbar itu dengan melaporkan bahawa DAP sedang mengadakan pemilihan di peringkat cawangan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan oleh Pendaftar Pertubuhan.

"Seperti yang dijelaskan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, pemilihan di peringkat cawangan diadakan secara tahunan dan pemilihan untuk tahun ini ditunda daripada April/Mei kepada Jun disebabkan PRU-13, 5 Mei lalu.

Antara pembohongan yang disebar Utusan Malaysia dan Briged DDD sejak lapan bulan lalu ialah:

* Bahawa 753 daripada 2,576 perwakilan DAP yang tidak menghadiri Kongres DAP pada 15 Disember tahun lalu tidak dimaklumkan mengenai kongres dan dinafikan hak untuk memilih dalam Kongres.

* Bahawa 753 perwakilan ini semuanya berketurunan India. Ia dibuat bertujuan mengukuhkan citra bahawa sentimen anti-India sedang merebak dalam DAP – padahal hanya 100 daripada 753 perwakilan yang tidak hadir itu berketurunan India.

* Bahawa seorang pemimpin DAP telah cuba merasuah seorang pegawai Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran DAP bagi mengelak pemilihan semula parti.



Katanya, semua pembohongan itu tidak logik pada kempen Briged DDD ini selain yang ada hanya kegilaan untuk mencemar dan membusukkan nama DAP sedangkan . Bilik Perang UMNO/BN yang menempatkan Briged DDD telah gagal sepenuhnya.

"Pelaburan besar Briged DDD UMNO/BN, dengan Utusan Malaysia sebagai penerajunya, adalah satu pembaziran total kerana ia terbukti tidak berkesan, malah merugikan jika dilihat pada keputusan PRU-13.

"Ini menggambarkan kedegilan penggerak Briged DDD di Utusan Malaysia yang tetap mahu
mempertahankan pembohongan mereka tentang "Red Bean Army" yang kononnya dibiayai DAP dan dianggotai 3,000 orang cybertrooper, dengan peruntukan sebanyak RM108 hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu.

"Pembohongan itu diteruskan kerana ia dapat digunakan sebagai alasan bagi kegagalan besar mereka dari segi taktik dan strategi pada PRU-13," katanya.-Roketkini.com

ROS perlu percepat kes DAP

Posted: 06 Jun 2013 12:31 AM PDT

SINAR HARIAN

GEORGETOWN - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempercepatkan keputusan berhubung kedudukan DAP, susulan isu pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada Disember lalu.

Presidennya Rahmad Isahak berkata isu itu membabitkan kepentingan umum terutama di Pulau Pinang, kerana DAP menjadi peneraju dalam kerajaan pakatan di negeri itu.

"KMPP percaya ROS sudah mempunyai cukup bukti dari hasil siasatan yang dibuat sejak enam bulan lepas dan kami percaya serta yakin dengan kuasa yang ada, ROS tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurut Rahmad, dakwaan anggota DAP ada penipuan pada pemilihan parti adalah serius, sementelahan  DAP meneraju sebuah kerajaan negeri.    

Beliau mengulas kenyataan terkini ROS yang pada Jumaat lepas dilapor berkata terdapat ramai anggota DAP yang layak menghadiri  Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu tidak menerima notis panggilan, sekali gus menyebabkan mereka tidak dapat mengundi pada pemilihan berkenaan.

Keputusan pemilihan CEC parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari itu.  - Bernama

Papa Gomo bersara

Posted: 06 Jun 2013 12:30 AM PDT


Wartawan Sinar Harian

Papa Gomo bersara
Laman mikro Twitter Papa Gomo.
 
SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.

Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.

Tiada ulasan: