Sabtu, 29 Jun 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SPR umpama pelawak, letak jawatan sebelum PRK Kuala Besut, kata Anwar

Posted: 29 Jun 2013 07:26 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa meletak jawatan sebelum pilihan raya kecil Parlimen Kuala Besut kerana pengendali pilihan raya itu jelas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah gagal memastikan Pilihan Raya 2013 berjalan dengan bebas dan adil.

Menurut Anwar, anggota SPR sedia ada juga tidak lagi perlu diberi tanggungjawab mengendali pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, lebih-lebih lagi selepas SPR mengesahkan dakwat kekal akan tetap digunakan.

"Tolonglah jangan berperangai umpama pelawak ... mandat diberikan rakyat kepada SPR telah disalahgunakan, jadi apa perlunya kepercayaan (rakyat) lagi?" kata Ketua Umum PKR itu apabila ditemui The Malaysian Insider.

Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, SPR juga tidak lagi perlu mengeluarkan kenyataan seumpama "wira" untuk menambah baik dakwat kekal berkenaan.

"Penambahbaikan boleh dilakukan, namun lebih baik mereka meletak jawatan kerana dilihat seumpama 'mempermainkan mahkamah' daripada melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis kutipan dana untuk Pakatan Rakyat (PR) memfailkan petisyen, di ibu negara lewat malam tadi.

PR juga turut mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang untuk memastikan keseluruhan kepimpinan SPR dipecat.

Majlis kutipan dana itu menyaksikan beberapa pemimpin utama pembangkang seperti ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberikan ucapan mereka, yang rata-ratanya mengkritik SPR dengan gesaan sama agar kesemua anggota badan berkenaan melepaskan jawatan mereka.

Majlis yang dihadiri hampir 500 penyokong tegar PR berpakaian serba hitam itu berjaya mengutip wang sejumlah RM18,447 bagi PR memfailkan petisyen pilihan raya mereka.

PR telah mengesahkan akan memfailkan 26 petisyen di 25 kawasan Parlimen, dengan kos setiap petisyen dianggarkan sekitar RM50,000.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini mengesahkan dakwat kekal akan digunakan dalam PRK Kuala Besut walaupun ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar wakil rakyat PR mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang pengendali pilihan raya itu berhubung isu dakwat kekal yang boleh dicuci.

"Ya ... dakwat kekal akan digunakan," kata Wan Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Beliau bagaimanapun berkata akan membincangkan berhubung penggunaan dakwat kekal yang sama semasa Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu atau tidak.

DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Dr A. Rahman Mokhtar, 55, akibat kanser paru-paru.

Ketika Pilihan Raya 2013, A. Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi, dengan BN pada ketika ini menguasai 17 kerusi DUN, berbanding 15 kerusi milik PR.

Kuala Besut dijangka akan menerima perhatian penuh parti politik kerana ia bakal menentukan parti mana yang akan membentuk kerajaan negeri Terengganu, memandangkan kematian A. Rahman menyebabkan BN hanya mempunyai 16 kerusi, dan sekiranya parti pemerintah itu gagal mempertahankan Kuala Besut, ia menyaksikan DUN Terengganu tergantung.

Isu berhubung penggunaan dakwat kekal tercetus ketika pilihan raya umum ekoran banyak pihak mendakwa dakwat berkenaan mudah hilang selepas dibasuh, bercanggah dengan jaminan SPR bahawa dakwat berkenaan akan kekal sehingga dua minggu bagi mengelakkan pengundi daripada mengundi lebih dari sekali.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika sesi sidang Dewan Rakyat pada Rabu berkata isu dakwat kekal yang tidak kekal itu timbul ekoran dakwat yang digunakan SPR menggunakan pewarna makanan.

SPR bagaimanapun sebelum itu berkata atas alasan kesihatan, kandungan silver nitrat dalam dakwat kekal tersebut dikurangkan bagi mengelakkan pengundi terdedah kepada risiko kanser.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui pemberita di Parlimen pada Khamis dilihat mempertahankan SPR apabila berkata Malaysia pada dasarnya tidak memerlukan penggunaan dakwat kekal, sebaliknya cukup menggunakan kad pengenalan untuk mengenal pasti individu tertentu sebagai pengundi.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata penggunaan dakwat kekal itu adalah atas permintaan pembangkang dari PR di Parlimen yang kemudiannya telah dipersetujui.

"Kita tak perlukan dakwat kekal ... untuk apa? Kita bukan negara (dunia) ketiga. Kita ada kad pengenalan yang boleh dikenal pasti.

"Dakwat kekal ini pembangkang yang minta di Parlimen dan kita setuju dan ikut," katanya.

Karpal: SPR perlu hapuskan jumlah kerusi dewan negeri yang sama banyak

Posted: 29 Jun 2013 07:21 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menghapuskan bilangan kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang sama banyak di lapan negeri bagi mengelakkan dewan negeri berkeadaan tergantung, kata Pengerusi DAP Karpal Singh (gambar).


Beliau berkata usaha mengadakan persempadanan yang akan dijalankan SPR tahun ini perlu mengambil kira kelemahan mempunyai dewan undangan negeri dengan jumlah kerusi yang sama banyak.

"SPR perlu meningkatkan sekurang-kurangnya satu kerusi negeri di negeri-negeri yang mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Kuala Besut di Terengganu berikutan kematian anggota Dewan Undangan Negeri Dr A.Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lalu.

Kematiannya menyebabkan BN kini hanya menguasai 16 daripada 17 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 5 Mei lalu manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi (PAS 14 PKR satu).

"Pilihan raya kecil ini sangat signifikan kerana jika PAS menang Kuala Besut, ia akan menjadi seri (16-16)," katanya.

Katanya dewan undangan negeri-negeri yang lain dengan jumlah kerusi sama banyak ialah Pulau Pinang (40), Kedah (36), Pahang (42), Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Melaka (28), Johor (56) dan Sabah (60).

Karpal berkata sesebuah dewan undangan negeri yang tergantung boleh membawa kepada satu pilihan raya yang baharu dan perbelanjaannya akan ditanggung dengan wang para pembayar cukai. - Bernama,

Pusat Khidmat DUN dan Parlimen Di Bawah Satu Bumbung Eratkan Kerjasama wakil rakyat

Posted: 29 Jun 2013 07:13 AM PDT


wong chen nurul izzah hannah 01

SUBANG JAYA  : Dengan menempatkan pusat khidmat DUN dan Parlimen di bawah satu bumbung, Wong Chen ia akan memberi kemudahan kepada rakyat untuk berhubung secara terus dengan wakil-wakil rakyat mereka.

Ahli Parlimen Kelana Jaya itu juga optimis pendekatan sedemikian dapat memudahkan segala urusan di samping memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat dalam menyelesaikan isu-isu setempat.

"Sekarang kami (bersama Hannah Yeoh-Adun Subang Jaya) akan bekerja dengan lebih erat lagi dan kami pastinya akan menganjurkan program DUN dan Parlimen secara bersama di kawasan ini, begitu juga dengan kawasan Adun Seri Setia, Nik Nazmi.

"Kerjasama-kerjasama yang dijalinkan sejak kempen PRU13 (Pilihan Raya Umum ke 13) lalu dilihat sangat baik dan berjalan lancar dan diharap dapat membawa kebaikan lebih besar kepada rakyat," jelas Wong Chen yang juga Pengerusi Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR.

Wong Chen ditemui pagi tadi sewaktu Majlis Perasmian Pusat Khidmatnya yang disempurnakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar selain dan Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Selain membuka pejabatnya di atas pejabat Hannah yang terletak di Jalan SS14/1 di sini, beliau juga mempunyai sebuah lagi pejabat iaitu di Pusat Khidmat DUN Seri Setia yang akan mula beroperasi secara rasmi pada Isnin ini.

Kedua-duanya akan beroperasi pada setiap hari bekerja bermula jam 10 pagi hingga jam 5 petang selain turut dibuka kepada umum pada malam Selasa, jam 8 hingga 10 malam (Subang Jaya) dan malam Rabu, jam 9 hingga 11 malam (Seri Setia).

Sementara itu, mengulas persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini, Wong chen menjelaskan beliau akan membawa isu Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang didakwa berat sebelah dan dikhuatiri akan menggugat kepentingan awam.

"Selain daripada isu TPPA yang ditugaskan parti PKR, saya juga jika berpeluang ingin membawa isu kadar jenayah serta masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing," tambah Wong Chen.

Beliau bakal membentangkan perbahasannya selama 15 minit di Dewan Rakyat pada hari Selasa atau Rabu minggu hadapan.

Pembangunan Desa Mengikut Kesusuaian Orang Tempatan

Posted: 29 Jun 2013 07:11 AM PDT



sallehin sumbangan ramadan 29 jun 01

SHAH ALAM  : Perancangan pembangunan luar desa yang menjadi tumpuan Kerajaan Negeri bagi penggal terbaru akan dibuat berdasarkan kesesuaian penduduk setempat kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi.

"Industri yang terlibat itu nanti bergantung kepada hasil keluaran yang sesuai dengan penduduk sama ada pertanian, pembangunan atau sebagainya.

"Kita akan jalankan serentak dengan program-program Kerajaan Negeri yang lain. Fokus kita untuk kita membandarkan kampung, jadi apa yang dirasai oleh orang bandar juga dapat dirasai oleh orang kampung," Sallehin berkata ketika ditemui di sini.

Beliau berkata setakat ini, satu jawatankuasa seketariat yang diketuai oleh Pegawai Perhubungan Politik, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sudah ditubuhkan.

"Banyak pihak yang akan terlibat dalam perkara ini daripada peringkat atas hinggalah akar umbi. Ini termasuk Saifuddin, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid, saya sendiri serta Ketua-Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Jawatankuasa ini sudah mula bergerak. Buat masa ini kita dalam peringkat untuk memantapkan di peringkat JKKK, pegawai daerah dan Ketua Kampung," katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri, di sini.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan akan memberikan tumpuan yang lebih kepada pembangunan di kawasan desa Selangor seperti Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam.

Langkah itu supaya rakyat di kawasan-kawasan pendalaman tersebut dapat merasa nikmat kekayaan
Selangor yang selama ini tertumpu di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Ampang.

Usaha pembangunan tersebut meliputi pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan bangunan komersial, selain penjanaan industri kecil bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia.

1Malaysia: Tiada layanan Pusat untuk negeri PR?

Posted: 29 Jun 2013 07:08 AM PDT

Hazayani Zakaria,


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan mempersoal konsep 1Malaysia yang didakwa berbeza pendekatan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Merujuk kepada Kelantan, Takiyuddin berkata pemberian wang ihsan daripada royalti petroleum disalurkan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Sebaliknya kata beliau, wang ihsan kepada rakyat Negeri Terengganu disalurkan terus kepada kerajaan negeri yang diperintah Kerajaan BN.

"Kita tahu bahawa Gagasan 1Malaysia ini namanya cantik. Mungkin matlamatnya juga baik. Akan tetapi dari segi aplikasinya atau penggunaannya, saya ingin bertanya adakah menjadi satu tata amalan dalam melaksanakan konsep 1Malaysia ini, apabila ia digunakan,penggunaannya dari segi pendekatannya berbeza antara negeri-negeri?

"Wang ihsan kepada Kelantan tidak diberi kepada kerajaan negeri. Diberi kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang mana JPP Kelantan ini yang membuat keputusannya dari segi penggunaan wang ihsan, bukan kerajaan negeri.

"Jadi saya hendak mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri, adakah ini pendekatan 1Malaysia antara negeri?" soal beliau kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rayat kelmarin.

Shabery dalam jawapannya bagaimanapun tidak memberikan jawapan yang tepat kepada soalan tersebut sebaliknya berkata perbezaan pendekatan itu boleh diuruskan.

Beliau menegaskan, rakyat Kelantan tetap mendapat bantuan walaupun bukan secara terus kepada kerajaan negeri.

Shabery juga cuba mengalih tajuk dengan menatakan bahawa Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang besar kepada Kelantan.

"Rakyatnya dapat (wang ihsan) cuma tidak setuju kalau tidak melalui kerajaan negeri. Itu boleh diuruskan dalam soal ini. Akan tetapi perlu dilihat banyak lagi perkara lain yang dibuat oleh Kerajaan Pusat (seperti) menyalurkan pelbagai lagi peruntukan dan sebagainya kepada kerajaan negeri.

"Soal air misalnya, soal membayar gaji imam, gaji guru-guru KAFA. Sepatutnya itu adalah urusan agama, urusan negeri tetapi peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri begitu besar sekali dan yang terbesarnya ialah di negeri Kelantan. Kalau dibandingkan negeri-negeri lain, Kelantan mendapat peruntukan yang besar," katanya.

Dalam 48 jam kredibiliti Khalid, Zahid hancur lebur

Posted: 29 Jun 2013 07:04 AM PDT

Lim Kit Siang,


Apakah Najib akan mengambil tindakan ke atas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara? Tahap kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu KPN dan Menteri Dalam Negeri, sedang berjerebu

Belum pun reda betul jerebu yang diakibatkan oleh kebakaran gambut di Riau dan Sumatera dan telah menyebabkan darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dan ribuan sekolah ditutup di beberapa buah negeri, Malaysia kini dilanda pula oleh jerebu baru – jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.

Siapa sangka dalam masa hanya 48 jam kredibiliti dan kewibawaan dua pegawai tertinggi keselamatan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – boleh hancur lebur.

Pada hari Rabu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham (mencapai usia 65 tahun hari ini dan telah mengambil keputusan untuk bersara setahun lebih awal daripada sepatutnya), mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan. Kugan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta telah mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan pada 20 Januari 2009.

Sejarah dalam bidang kehakiman tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam.

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah berikutan serangan yang berlaku pada tahun 2006.

Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim menyebut bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam Zahid, Shamsul Bahrain Ibrahim, adalah berfakta dan perlu didengar dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Dengan keputusan mahkamah tertinggi dalam negara ini, saman sivil oleh Amir Bazli Abdullah terhadap menteri dalam negeri akan mula didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos nanti.

Baru dua minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, iaitu bahawa mereka mahu kerajaan bersikap tegas mempertahankan institusi-institusi penting dalam negara, "menguatkuasakan undang-undang, menegakkan Perlembagaan". Malangnya dua insiden melibatkan Menteri Dalam Negeri dan KPN ini menyampaikan mesej yang berlawanan, iaitu betapa kredibiliti, integriti, dan kewibawaan institusi-institusi negara sedang diancam hebat selepas PRU13.

Sukar untuk Menteri Dalam Negeri meminta KPN memikul tanggungjawab penuh atas kematian Kugan sedangkan pada masa yang sama persoalan timbul mengapa polis tidak membuat penyiasatan dan mendakwa Zahid atas serangan terhadap Amir Bazli pada tahun 2006.

Pada masa yang sama juga, KPN tidak boleh menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memikul tanggungjawab penuh atas kes serangan pada tahun 2006 itu kerana Khalid sendiri sedang dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan dalam tahanan polis pada tahun 2009.

Langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri.

Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13?

Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah.

Rakyat Malaysia berhak tahu bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hendak menyelesaikan jerebu terbaru ini yang menjejaskan tahap kebertanggungjawaban, integriti, dan tadbir-urus yang baik oleh dua pegawai keselamatan tertinggi negara. Rakyat mahu tahu sama ada beliau akan menamatkan perkhidmatan mereka, menggantung, atau mengarahkan kedua-dua mereka mengambil cuti sehinggalah mereka berjaya membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap mereka.

Borang 14: PAS Bera lapor kepada Pengarah SPR

Posted: 29 Jun 2013 07:02 AM PDT

Khairil Abdul Rahim,


TEMERLOH: PAS Bera membuat laporan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Pahang berkaitan salah laku ketua tempat mengundi (KTM) yang tidak mengembalikan Borang 14 semasa Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 lalu kepada agen PAS.

Dalam aduan tersebut, PAS Bera menyatakan KTM telah menyalahguna kuasa dengan tidak menyerahkan borang laporan mengenai Penyata Keputusan Rasmi itu di N.37 Guai pada 5 Mei yang lalu.

Sebanyak tiga kes berlaku iaitu di Saluran 6 Pusat daerah Mengundi (PDM) Purun, Saluran 5 PDM Kumai dan Saluran 4 PDM Bukit kepayang.

Sedangkan merujuk kepada undang-undang pilihan raya, jika KTM tidak menyerahkan Borang 14, KTM bersalah di bawah Peraturan 25 (12) (b) (ii) PPP dengan hukuman penjara tidka lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 seperti termaktub dalam Seksyen 4 (g) AKP.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PAS Bera yang juga calon PAS Guai, Musaniff Abdul Rahman berkata, peruntukan undang-undang tersebut membuktikan kesalahan yang dilakukan KTM adalah serius.

"SPR jangan hanya sebut undang-undang dalam buku tetapi mestilah diamalkan. Ada kemungkinan petugas SPR kurang mendapat latihan cukup sebab ada kes petugas polling agent PAS yang membantu menunjuk ajar KTM.

"Akibat langsung kepada calon jika Borang 14 tidak dikembalikan ialah berkemungkinan keputusan undi boleh diubah. Kecenderungan untuk menukar keputusan itu memang ada apa lagi semuanya berlaku kepada saluran pengundi muda.

"Ini adalah kegagalan dan kesalahan SPR yang cukup serius di peringkat pengundian sebab itu kita laporkan kepada Pengarah SPR negeri supaya jangan berulang lagi," katanya.

SAMSENG' KHALID: Kecaman Parlimen & siasatan jenayah terhadap KPN digesa Surendran

Posted: 29 Jun 2013 06:56 AM PDT

Oleh  Maria Begum, Malaysia Chronicle

Ahli Parlimen Bagan Serai penggal pertama, N. Surendran, yang juga merupakan seorang peguam Hak Asasi Manusia menyatakan hari ini bahawa beliau akan membawa usul ke Parlimen untuk mengecam Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar di atas kelalaiannya di dalam memastikan keselamatan tahanan polis.

Pada Rabu lepas, Mahkamah Tinggi, di dalam mendengari kes saman sivil, telah memutuskan bahawa Khalid bertanggungjawab di atas kematian A. Kugan, seorang suspek berumur 22 tahun, di bawah tahanan polis dan juga bertanggungjawab di dalam usaha untuk menyembunyi punca kematian suspek itu.

"Saya akan membawa isu-isu yang diketengahkan di dalam keputusan mahkamah semalam semasa debat Titah YDP Agong hari ini," kata Surendran kepada Malaysia Chronicle.

Peguam yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga ingin kerajaan memulakan siasatan jenayah terhadap Khalid.

"Kerajaan patut menjalankan tindakan disiplin terhadap KPN dan memulakan satu siasatan kerana tindakan penyembuian itu adalah satu jenayah. Penyiasatan jenayah perlu diadakan mengenai kes kematian Kugan," kata Surendran.

Rakyat Rugi Jikalau Kerajaan Tidak Insaf

Merujuk kepada kes A. Kugan di mana pampasan wang dianugerahkan kepada keluarganya, beliau menyatakan bahawa rakyat Malaysia secara menyeluruh akan menghadapi kerugian jikalau pentadbiran Najib Razak tidak insaf dan terus membutakan diri terhadap kes-kes kematian di dalam tahanan.

Kugan dijumpai mati di dalam lokap 5 hari selepas ditahan dan selepas bedah siasat kedua dijalankan diatas desakan keluarganya, punca kematiannya dikenalpasti sebagai akibat deraan dan pemukulan yang dialaminya semasa disoal-siasat.

"Kesemua defendan dianggap sama-sama bertanggungjawab namun kemungkinan anggota-anggota polis yang terbabit mampu membayar pampasan yang dianugerahkan adalah rendah. Di dalam kes Kugan, kerajaan Malaysialah yang akan menerima tuntutan bayaran itu. Ini merugikan rakyat kerana dana awam terpaksa digunakan untuk memberi pampasan akibat salah laku kerajaan dan polis," kata Surendran.

Walaupun kerajaan Umno-BN telah menerima tekanan untuk menyiasat dan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sejak beberapa tahun yang lalu tetapi ia masih belum berhasil.

Ramai aktivis berharap bahawa keputusan kes Kugan akan memberi satu lagi tekanan kepada kerajaan untuk bertindak tegas terhadap anggota keselamatan yang menyalahgunakan kuasa kerana kejayaan kes Kugan mungkin akan membawa lebih banyak lagi kes yang sedemikian untuk keputusan mahkamah.

Kadar kematian dalam tahanan di Malaysia adalah antara yang tertinggi di rantau Asia Tenggara. Laporan rasmi menyatakan bahawa sebanyak 160 insiden sedemikian telah berlaku sejak tahun 2000. Namun demikian bilangan ini dipertikaikan oleh aktivis-aktivis Hak Asasi Manusia yang mendakwa bahawa jumlah kematian adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan. Mereka menekankan bahawa di dalam bulan Mei 2013 sahaja telahpun berlaku 3 kematian yang mencurigakan di dalam masa 11 hari.

Kerajaan Didesak Akur Kepada Nasihat Mahkamah

Pada bulan Januari 2012 lepas, ibu Kugan, N. Indra, telah memfailkan kes saman sivil sebanyak RM 100 juta terhadap kerajaan dan pihak polis. Beliau meminta pampasan di atas "pembunuhan kejam" anaknya.

Defendan-defendan yang dinamakan adalah Khalid, yang merupakan Ketua Polis Selangor pada masa itu, sebagai defendan pertama; Navindran Vivekanandan, seorang pegawai polis yang sebelum ini telah didapati bersalah diatas menyebabkan kematian Kugan, sebagai defendan kedua; Zainal Rashid, bekas OCPD Subang Jaya yang telahpun meninggal dunia, sebagai defendan ketiga, Ketua Polis Negara sebagai defendan keempat, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kelima.

Yang Arif Hakim VT Singham mengesahkan dakwaan Indra bahawa Kugan telah dipenjarakan secara tidak sah dan defendan-defendan telah "melanggar kewajipan berjaga-jaga" (breach of duty of care) terhadap Kugan. Yang Arif juga memutuskan bahawa Kugan telah "dibunuh". Ini merupakan pengesahan ulung kali yang mengesahkan dakwaan keluarga Kugan manakala sebelum ini pendakwaraya pihak kerajaan cuma membawa dakwaan "melakukan cedera parah" (causing grievous hurt) terhadap pembunuh-pembunuh Kugan.

"Lokap-lokap dan balai polis seharusnya menjadi satu tempat yang selamat untuk setiap insan dan tidak seharusnya dijadikan tempat kejadian jenayah," kata Yang Arif.

Yang Arif juga menggesa pentadbiran Najib Razak untuk menyegerakan penubuhan IPCMC seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja pada tahun 2005.

"Syor Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak seharusnya dibiarkan "beku". Ia harus dilaksanakan secepat mungkin supaya setiap lapisan masyarakat, termasuk ahli-ahli keluarga mangsa yang mati, akan yakin bahawa terdapat sebuah agensi bebas yang boleh menyiasat kes-kes yang melibatkan anggota-anggota polis tanpa campurtangan daripada pihak polis sendiri," sahut Yang Arif.- Malaysia Chronicle

MCA: RUU 'diam-diam' anti kerukunan nasional

Posted: 29 Jun 2013 02:45 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
MCA menyelar pembentangan secara "diam-diam" undang-undang pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan berkaitan penukaran agama anak sebagai "mengejutkan" kerana ia didakwa menceroboh hak bukan Islam.

"Saya terkejut apabila difahamkan kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 kerana ia mengandungi peruntukan kontroversi yang menjejaskan perlembagaan dan hak beragama bukan Islam.

"Pembentangan rang undang-undang itu seperti memperkenalkan undang-undang secara diam-diam dan ia merugikan kerukunan nasional yang banyak diperkatakan," kata Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu dalam sidang media semalam.

Pindaan itu antaranya bagi melonggarkan tafsiran terma "ibu bapa" bagi membolehkan kebenaran seorang sahaja diperlukan untuk menukar agama kanak-kanak.

Kes Taib Mahmud: 400 fail telah disemak

Posted: 29 Jun 2013 02:31 AM PDT


sprm
SPRM
 
SHAH ALAM - Kes yang mengaitkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya yang tersebar luas di laman YouTube baru-baru ini, sedang diteliti secara dekat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Badan itu dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, sebuah pasukan khas melibatkan 10 pegawai siasatannya sedang giat menjalankan siasatan.

Sehingga kini, lebih 20 individu yang dipercayai terlibat dan disebutkan dalam video itu, telah diambil keterangan.

"Setakat ini, SPRM telah menyemak sekitar 400 fail yang dapat membantu siasatan," menurut kenyataan itu.

Mac lalu, negara dikejutkan dengan pendedahan sebuah NGO antarabangsa yang mendakwa ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakan perniagaan melakukan penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

SPRM dalam kenyataan sama juga menafikan bahawa siasatan pihaknya tidak mendapat kerjasama daripada pihak yang terlibat.

"Soal Tan Sri Taib Mahmud tidak bekerjasama tidak timbul.

"Memandangkan kes ini melibatkan banyak dokumen dan banyak pihak, kemungkinan siasatan akan mengambil masa untuk diselesaikan," katanya.

Menerusi kenyataan media sama, SPRM menegaskan pihaknya sentiasa konsisten dalam menjalankan tanggungjawabnya tanpa mengira latar belakang pangkat dan individu.

"... sebagaimana kes-kes yang disiasat sebelum ini, termasuk ahli-ahli politik, SPRM tetap dengan pendirian tidak akan mendedahkan apa-apa butiran siasatan.

"Ia selaras dengan Seksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 - yang memperuntukkan bahawa kandungan setiap aduan hendaklah dirahsiakan. Ia hanya boleh didedahkan apabila kes dibawa ke mahkamah."

PM, Menteri Dalam Negeri harus buktikan kejujuran pemansuhan ISA

Posted: 29 Jun 2013 02:25 AM PDT



Oleh Soraya Salim

Di sebalik pelbagai janji transformasi politik dan undang-undang oleh PM Najib sebelum PRU-13, pelbagai bentuk undang-undang yang menyekat kebebasan masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini dan disalahgunakan saban hari untuk melindungi elit penguasa, sebagai contoh Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman, Akta Rahsia Rasmi dan lain-lain.

 Ketidakjujuran kerajaan dan sikap membisu PM dalam usaha transformasi palsu ini amat menjengkelkan terutamanya apabila diberitakan masih ada 14 tahanan masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Dalam Negeri pada 18 Jun 2013 dilaporkan berkata bahawa semua 14 tahanan akan dibebaskan serta-merta tetapi tidak menetapkan sebarang tarikh untuk pembebasan tersebut. Kenyataan ini hanya menyerlahkan sikap selektif Menteri Dalam Negeri yang dalam masa sama begitu agresif menangkap rakyat yang berhimpun secara aman dan melaksanakan Akta Hasutan terhadap ahli politik Pakatan dengan begitu tegas, tetapi tidak berpendirian dan tidak komited langsung dalam isu ISA.

Sewajarnya seorang yang bertaraf menteri harus memberikan komitmen penuh untuk membebaskan kesemua tahanan ISA serta-merta tanpa syarat dan menutup segera Kem Tahanan Kamunting yang merupakan simbol kezaliman ISA. Sampai bila lagi tahanan-tahanan ini harus meringkuk di bawah cengkaman ISA akibat kelewatan Menteri Dalam Negeri bertindak?

Kelemahan PM dan Menteri amat dikesali memandangkan telah hampir 2 tahun pemansuhan ISA diumumkan oleh PM dan hanya benar-benar dimansuhkan secara rasmi apabila Akta Kesalahan Keselamatan 2012 (SOSMA) dikuatkuasakan pada 22 Jun 2012. Pelaksanaan SOSMA ini turut memperlihatkan sikap tidak ikhlas kerajaan untuk melaksanakan transformasi menyeluruh dan mengundang pelbagai perdebatan.

PM digesa untuk menyatakan pendirian yang jelas dalam isu pembebasan segera tahanan ISA dan harus buktikan kejujuran melaksanakan transformasi politik, bukannya membisu atau berkompromi dalam manjamin keadilan dan hak asasi rakyat. Menteri Dalam Negeri pula usahlah berdolak-dalik dalam mempercepatkan pembebasan tahanan tanpa bicara di bawah akta yang zalim ini. Kelewatan kerajaan dalam menangani isu ini hanya membuktikan bahawa pemansuhan ISA sekadar gula-gula BN untuk menghadapi PRU-13.

Selain pembebasan segera tanpa syarat, sebarang bentuk intimidasi kepada ahli keluarga tahanan harus dihentikan serta pelbagai syarat yang dikenakan kepada tahanan yang telah dibebaskan sebelum ini harus dihapuskan seperti larangan keluar daerah, lapor diri di balai polis dan pelbagai lagi yang melanggar hak kebebasan individu yang dijamin di bawah Perlembagaan.

Sekiranya gagal, benarlah persepsi rakyat bahawa pemansuhan ISA tidak ubah hanya sekadar gimik politik BN tanpa sebarang komitmen konkrit untuk transformasi menyeluruh. Bebas segera tahanan ISA tanpa syarat!

RUPA-RUPANYA DAKWAT BERPERISA MAKANAN ITU ADA KELASNYA TERSENDIRI....

Posted: 29 Jun 2013 02:17 AM PDT

WFAUDZIN NS

AKU mahu mengulas sikit apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini semalam, khususnya berkaitan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memberi jaminan bahawa 'dakwat kekal yang lebih baik" akan digunakan di dalam PRK Dun Kuala Besut, Terengganu tidak beberapa lama lagi.

Ertinya, dakwat kekal yang 'berperisa makanan' yang berharga lebih kurang RM7 Juta itu rupa-rupanya ada kelas tersendiri iaitu "Lebih baik, baik dan tidak baik".  Itulah yang boleh kita faham dari apa yang diperkatakan oleh orang Nombor Dua di dalam SPR yang mana orang ini adalah salah seorang yang menjadi mangsa maki hamun, sumpah seranah dari rakyat yang terasa mereka tertipu dengan dua ekor makhluk dari SPR ini.

Semakin banyak kenyataan yang cuba menangkis dakwaan penipuan SPR, semakin teserlah penipuan SPR.  Mengapa di dalam PRU 13 SPR tidak gunakan 'dakwat yang terbaik' itu jika benar dakwat kekal tersebut ada yang terbaik dan tidak berapa baik?  Apakah berbaloi wang rakyat RM7 Juta digunakan hanya untuk dakwat berperisa makanan tetapi tidak semuanya 'yang terbaik'?

Tolonglah SPR.  Hentikan terus buat kenyataan yang akan menjadi bahan ketawa orang ramai, walaupun di dalam ketawa rakyat memendam rasa kebencian kepada kamu.  Jika benar kamu seorang manusia yang mempunyai maruah dan ada sifat malu, lepaskanlah jawatan kamu.  Sampai bila kamu mahu memakan wang gaji yang dibayar oleh rakyat di dalam masa yang sama kamu 'kencing' rakyat?

Apabila didesak oleh Pembangkang di dalam Parlimen, syarikat manakah yang membekalkan dakwat berperisa makanan itu, Menteri pula menjawab bahawa nama syarikat pembekal tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.  Wey...beli senjata pun orang sebut nama pembekal atau syarikat, ini beli dakwat perisa makanan pun boleh rahsia?   Apa kena mengena dengan isu keselamatan?  Keselamatan siapa mahu kamu jaga?  Mengapa takut mahu dedahkan?

Seorang lagi Menteri berkata, dakwat itu tiada bahan kimia seperti di India kerana Malaysia mahu menjaga keselamatan rakyat.  Aku mahu tahu, semenjak India menggunakan dakwat kekal di dalam Pilihanraya negara mereka, berapa juta rakyat India yang sakit atau mati akibat dakwat kekal?  Lagi banyak bercakap semakin jelas kebodohan pak-pak Menteri ini.

Nampaknya tembelang SPR semakin lama semakin jelas.  Pengerusi SPR dan Timbalannya sewajibnya meletakkan jawatan di samping dikenakan tindakan di atas kebodohannya di dalam membuat keputusan penting.  Sebab itulah aku kata, betapa pentingnya MP-MP dari PR mengangkat Sumpah di Parlimen kerana jika mereka tidak berada di Parlimen sekarang, sampai sekarang kita tidak tahu tembelang SPR.  

Membenteras rasuah itu kerja susah, kerana terpaksa melawan diri sendiri

Posted: 29 Jun 2013 02:14 AM PDT

ASPAN ALIAS

Rasuah itu satu jenayah yang sangat besar dalam kehidupan seseorang tidak kira disisi masyarakat, kerajaan dan lebih-lebih lagi disisi agama suci kita. Rasuah merupakan jenayah yang paling awal dilakukan oleh manusia dan jika boleh dianggapkan sebagai budaya ia adalah budaya yang tertua didunia ini

Rasuah amat dibenci oleh agama kita kerana rasuah itu boleh menjatuhkan tamadun manusia dan sesebuah negara. Itu sebabnya agama kita menganggap rasuah itu adalah satu dosa besar yang disamakan sebagai seorang yang memakan daging saudaranya sendiri. Tetapi dalam sistem masyarakat negara yang rasuah, kegiatan buruk ini kadangkala dibanggakan oleh sipelakunya.

Apabila rasuah sudah menjadi budaya seluruh manusia yang ada di dalam sistem itu akan terlibat dengan rasuah itu samada secara 'direct' atau 'indirect' dan tidak ada sesiapa yang boleh membetulkan persepsi rasuah itu dengan mudah tanpa mendapat tentangan dari masyarakat yang menerimanya sebagai budaya tadi. Memerangi rasuah ini lebih hebat dari menghadapi peperangan dua wilayah yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang besar.

Perjuangan menentang rasuah ini adalah seperti anggota-anggota tentera yang menghadapi serangan musuh dari luar. Sebelum memenangi peperangan itu ramai yang terkorban dan mati begitu sahaja ditengah medan perjuangan itu. Rasuah lebih hebat lagi dari peperangan Khandak kerana ia melibatkan peperangan melawan nafsu sendiri. Melawan nafsu sendiri itu adalah peperangan yang terhebat besarnya kerana ia terpaksa dilakukan sepanjang hayat kita. Dalam perjuangan rasuah ini ia akan menjatuhkan ramai pemimpin yang baik yang tidak terlibat bersama dengan budaya ini.

Di dalam peperangan Khandak dahulu, Saidina Ali karammallah huwajhah telah bertanya kepada rasulullah apakah peperangan yang lebih besar dari peperangan Khandak yang baru sahaja selesai dengan kemenangan tentera Islam dalam bulan ramadhan itu. Islam yang hampir tewas akhirnya memenangi peperangan itu. Rasulullah menjawab peperangan yang paling besar ialah memerangi diri sendiri, yang membawa maksud memerangi nafsu syahwat sendiri.

Justeru melawan dan berperang dengan rasuah ini adalah peperangan yang sangat besar dan hebat kerana ia merupakan peperangan melawan nafsu yang cenderung untuk melakukan kejahatan termasuk rasuah. Jika kita tidak mempunyai kekuatan batin, mental serta keteguhan agama yang tinggi dan kuat nescaya perjuangan itu akan terhenti ditengah jalan sahaja.

Apabila satu-satu negara yang rasuah sudah menjadi budaya rakyatnya, ia amat sukar untuk diperbaiki. Sebagai contoh yang senang, jika seseorang yang dianiaya oleh pihak sesiapa, pihak Polis adalah tempatnya kita mengadu untuk mempertahankan diri kita.

Tetapi dalam sebuah negara yang rasuah pihak Polis ini belum tentu lagi berkemampuan untuk memberikan perlindungan kepada pihak yang teraniaya tadi jika elemen rasuah sudah menjalar kedalam Jabatan Polis itu. Pihak Polis mungkin menutup kes-kes seperti ini kerana ada elemen yang mampu untuk menukar sikap Polis terhadap pengadu itu, iaitu rasuah.

Kita boleh membawa sesuatu kes penganiayaan itu kepada mahkamah. Mahkamah juga belum tentu boleh menjadi tempat perlindungan bagi rakyat yang teraniaya tadi jika budaya rasuah juga telah meresap kedalam Badan Kehakiman itu. Selalunya sistem yng telah tercemar dengan rasuah itu tidak mudah dapat diperbetulkan kerana dalam kesemua institusi demokrasi yang wujud itu dilacurkan oleh pimpinan  politik yang berkuasa dan rasuah itu tadi.

Jika negara yang mengakui sebagai sebuah negara demokrasi sekali pun, jika rasuah menjadi budayanya maka demokrasi itu sendiri tidak akan terlaksana dengan betul. Pimpinan yang rasuah dan gila kuasa akan menjahanamkan sistem pengasingan kuasa yang selalunya wujud dalam sesebuah negara demokrasi itu tadi. Mereka yang berkuasa yang rasuah tidak mungkin mampu untuk membuat keputusan dengan baik dan betul.

Di negara kita pengasingan kuasa diantara 'judiciary', legislatif dan eksekutif itu sudah mula dilacurkan pada pertengahan tahun lapan puluhan dahulu. Politik dan eksekutif telah melacurkan sistem pengasingan kuasa itu. Tidak payah kita ulas apa kah yang saya maksudkan itu kerana blog ini sarat dengan ulasan itu sejak wujudnya blog ini. Sampai kehari ini keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi yang dilaksanakan dinegara ini dipersoalkan oleh mereka.

Apabila sistem itu sudah penuh dengan rasuah, semua pihak terlibat dengan rasuah dan yang bercakap menentang rasuah itu juga dilaungkan oleh mereka yang rasuah maka tidak mungkin penyakit dan budaya hina ini  akan dapat diperbaiki. Masing-masing mempertahankan tindakan pihak yang lain yang rasuah kerana semuanya terlibat secara terus atau secara 'indirect'.

Maka dalam sistem yang sarat dengan rasuah itu, ia juga akan melibatkan perkara-perkara lain. Ia secara 'head-on' dengan memfitnah agamanya sendiri, memfitnah adat dan adabnya sendiri dan akhirnya ia kehilangan identiti mereka sendiri. Agamanya akan terfitnah dengan sendirinya kerana Islam tidak pernah membenarkan rasuah dilakukan oleh umatnya lebih-lebih lagi pemimpinnya.

Islam difitnah oleh umatnya sendiri kerana orang Islam sepatutnya teguh kerohaniannya dan tidak mudah terliur dengan wang ringgit secara haram itu. Apabila seseorang dan kumpulan atau kerajaan itu dipersepsikan sebagai rasuah, dengan sendirinya ia membayangkan yang mereka tidak menghormati agamanya sendiri, maka tidak hairan jika Islam dipandang sebagai agama yang tidak baik pada mereka yang bukan Islam.

Selagi Islam itu tidak di'addin'kan sebagaimana yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin kita selama ini selagi itulah negara tidak akan mendapat rahmat dan akan tetap berada ditahap dan situasi sekarang ini.

Maka jangan kita mengelak dari melakukan perubahan itu, tetapi perubahan itu wajar dilakukan oleh pimpinan yang mempunyai moral kepimpinan yang baik. Jika yang hendak melakukan perubahan itu tidak selesai masalah moral dan peribadi mereka ia tidak akan membawa makna kepada perubahan yang dilakukan itu.

Elakkan dari menggantikan pimpinan yang ada dengan orang yang belum selesai masalah moral yang mereka hadapi. Mereka yang sedang menghadapi isu moral serta kekurangan peribadinya, ia tidak boleh dibenarkan memimpin dan mereka yang seperti ini elok duduk bersama dibawah ini dengan orang seperti saya sahaja.

Mari kita hanya jadi penyokong setia kepada pimpinan yang jujur untuk melakukan perubahan itu.  Tidak payah hendak menjadi pemimpin, kerana ia akan hanya membantutkan usaha untuk melakukan perubahan bagi negara yang ketandusan kepimpinan ini.

[EDISI KANTOI] Pencacai UMNO, Mana Cincin Nazri?

Posted: 29 Jun 2013 02:11 AM PDT

 
KELAB GREENBOC
 
Di dalam laporan sebelum ini Menteri Pelancongan & Kebudayaan Mohd Nazri Abdul Aziz telah dilaporkan menunjukkan isyarat lucah kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya di parlimen sempena persidangan angkat sumpah ahli-ahli parlimen dan melantik Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Gambar tersebut telah tersebar luas di media sosial.

Tiba-tiba macai UMNO telah mengeluarkan satu versi baru menyatakan kononnya gambar itu ialah gambar diedit dan kemudian beliau mempaparkan "versi asal" gambar berkenaan.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah beliau mengedit gambar isyarat lucah itu dan mendakwa itulah gambar yang asal.

Begitu malang nasib pencacai UMNO dimana di dalam versi yang diakatakan asal itu terdapat banyak kecacatan diantaranya:

1) Ada cahaya putih di sekeliling tangan Nazri
2) Cahaya itu pula seperti datang dari bawah
3) Ibu jari yang ditunjukkan lebih kecil dari jari-jari yang lain
4) dan yang paling nyata, cincin yang selalu dipakai di jari manis Nazri sudah tiada.

Mungkin pencacai berkenaan beranggapan manusia lain bodoh sepertinya dan berharap dengan melakukan edit tersebut dapat nanti membuat tuntutan untuk memperolehi sedikit habuan daripada Nazri.

Memang tahap pencacai suungguh!

Dari Mana Jusuf Kalla Dapat Maklumat Karut?

Posted: 28 Jun 2013 10:25 PM PDT

MSO

Bukan saja sesuatu yang mengejutkan tetapi ia mengaibkan apabila bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa himpunan Black505 yng memprotes keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu dibiayai oleh pihak asing manakala Anwar Ibrahim pula dibantu oleh beberapa pihak khasnya dari Turki, Washington dan Filipina.

Dakwaan Jusuff itu disiarkan dalam sebuah media Penjilat Buntut hari ini yang mementing laporan sebuah protal berita di Jakarta yang mengadakan interviu dengan Jusuf.

Laporan itu juga menyebut Jusuf berkata mungkin bantuan untuk Anwar juga datang dari Thailand dan China. Jusuf dakwa dia mengetahui itu dari rakan-rakan bisnesnya? Iya ke?

Walaupun kenyataan Jusuf itu berbentuk spekulasi dan andaian semata-mata tetapi ia sesuatu yang sungguh keji kerana ia memjantuhkan maruah Anwar dan pengajur himpunan Black505. Jusuf harus sedar siapa dirinya sebelum mengeluarkan tuduhan berkenaan. Persoalannya dari manakah Jusuf mendapat maklumat berkenaan yang tidak disertakan dengan bukti.

Justeru maklumat itu tentu datangnya dari Malaysia juga dan siapakah yang membekalkan maklumat palsu itu kepada Jusuf. Di sini orang boleh beranggapan yang membekalkan maklumat atau 'strategi' demikian kepada Jusuf adalah manusia yang ada dalam 'war room' Najib juga yang diketehui ada hubungan baik dengan oknum di Jakarta.

Sebagai seorang tokoh politik terbilang dan cuba menjadi mediator di antara Anwar dan Najib, Jusuf seharusnya menyelidik mengenai kesahihan maklumat itu. Dengan beliau meratah begitu saja maklumat itu dan dipetik oleh media lain ia memberi gambaran betapa buruknya Jusuf Kalla. Jusuf Kalla boleh dianggap sebagai berua politik serantau.

Tuduhan Jusuf yang berat sebelah itu juga menyebabkan orang boleh mengatakan dia bias kepada Najib. Mungkin hubungi darah beliau sebagai sebangsa, Bugis dengan Najib menjadikan Jusuf mereng dan iseng serta sinting dan apa saja tindakannya sebagai mediator tidak adil dan berpihak.

Ada kemungkinan Jusuf membuat kejutan begitu kerana kecewa apabila usahanya untuk mempersatukan Najib dengan Anwar gagal. Terdengar khabar sebelum ini bahawa Jusuf beriya mahu memperstukan Aawar dengan Najib atas alasan untuk kebaikan agama dan bangsa. Najib dikatakan memohon kebijaksanaan dan hubungan Jusuf dengan Anwar bagi meringan beban politiknya.

Najib tidak sanggup berterusan berdepan dengan ancaman dari Anwar yang memimpin Pakatan Rakyat di mana kalau ia tidak dikendurkan menyebabkan Najib boleh gugur dari jawatannya. Lantas itu Jusuf dikatakan mengemukakan formula agar ada perdamaian di antara Najib dengan Anwar. Adalah difaham perkataan 'perdamian nasional' yang disebut Najib sebaik selesai pilihan raya adalah tajuk rangka damai yang dicipta olehg Jusuf Kalla.

"Frasa perdamian nasional itu adalah bahasa Pak Jusuff, Pak.." demikian kata penutur dari Jakarta kepada saya ketika saya di Jakarta baru-baru ini.

Cadangan itu dipersetujui oleh Najib tetapi khabarnya Anwar menolak kerana ia tidak adil serta tempeng jauh sekali menepati maksud perdamian nasional. Najib mahu kerjasama ke arah kebaikan bangsa dan agama itu hanya dengan Keadilan (Anwar) saja tetapi tidak dengan DAP. Anwar terpaksa menolak kerana DAP adalah rakan Keadilan bersama Pas dalam Pakatan Rakyat.

"Kalau mahu mestilah kerjasama bersama Pakatan Rakyat, bukan terpilih," demikian antara jawaban yang ditutur Anwar. Penolakan berhemat Anwar itu katanya tidak disenangi oleh Jusuf Kalla dan meletakkan usahanya gagal. Katanya Jusuf sangat kcewa atas pendirian Anwar itu.

Mungkin kerana kegagalan dan rasa kecewa itulah maka Jusuf membuat satu kenyataan negatif menuduh Anwar ditaja oleh orang asing. Tjuannya untuk memburukkan Pakatan Rakyat di muka rakyat Malaysia. Jusuf mengetahui bahawa himpunan Black505 adalah atas restu Pakatan Rakyat.

Atas hakikat itu kenyataan Jusuf itu satu pembohongan dan beliau perlu menarik balik. Sebelum anak-anak muda yang terlibat dan menyokong himpunan Black505 melancarkan kempen mengutuk Jusuf elok kalau beliau membuat apologi. Bukan itu saja tindakan Jusuf juga sesuai dengan beliau sebagai seorang mukmin yang mempercayai ajaran Islam Quran dan Hadith di mana si pembohong lidahnya akan dipotong akhirat besok. [wm.kl.6:23 pm 28/06/13] # tanpa edit.

Peguam syarie dukacita pertikaian dibawa ke sivil

Posted: 28 Jun 2013 10:24 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Walaupun menerima keputusannya, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) melahirkan dukacita mereka terhadap sebuah kes pertikaian di mahkamah syarie dibawa ke mahkamah sivil.

Setiausaha agungnya Moeis Basri berkata, seharusnya perundangan syariah berkenaan kepeguaman syarie serta kawalan terhadap pegamalnya diseragamkan di seluruh megara melalui akta atau undang-undang bertulis mengandungi kaedah disiplin dan perlaksanaannya.

Menurutnya lagi, ia bagi membolehkan pengawal disiplin dan pengamal jelas dengan tatacara dan kaedahnya untuk mengelak pertikaian seumpama kes tersebut berulang.

"Bagi memberi kesan yang efektif terhadap perjalanan apa-apa tindakan tatatertib terhadap peguam syarie, PGSM juga berharap agar wakil daripada PGSM atau wakil negeri berkenaan yang dilantik oleh PGSM diletakkan dalam jawatankuasa disiplin dan dengan itu juga dapat mempertingkatkan kerjasama," katanya.

Pada 25 Jun lalu, seorang peguam syarie berjaya mengetepikan keputusan Jawatankuasa Peguam Syarie dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang menggantung khidmatnya.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof yang membenarkan permohonan Muhamad Burok untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Peguam Syarie pada 23 April 2012 yang menggantung khidmatnya selama enam bulan bermula 1 Jun 2012.

Hakim Zaleha juga membatalkan keputusan yang dibuat MAIWP pada 13 Ogos 2012 yang mengenakan tindakan sama berkuatkuasa mulai September 2012 hingga 28 Februari lalu, Bernama.

Beliau memerintahkan kedua-dua responden membayar ganti rugi am yang akan ditaksir kemudian dan kos sebanyak RM7,000 kepada Muhamad.

Muhamad memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk mengisytiharkan keputusan kedua-dua responden tidak sah pada 4 Oktober 2012 kerana menggantung tugas beliau sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan selepas seorang anak guamnya membuat aduan atas alasan beliau gagal hadir satu keputusan kes cerai.

Sasterawan: Kenapa dia begitu bacul?

Posted: 28 Jun 2013 10:22 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Sasterawan negara yang terbaru Datuk Baharuddin Zainal menyelar kenyataan pendahulunya Datuk Shahnon Ahmad yang mengkritiknya selepas diumumkan sebagai penerima Hadiah Sastera Negara melalui seorang penulis muda.

NONE"Kemudian, mengapa Shahnon menggunakan penulis muda? Perbuatannya itu, sama ada sengaja atau tidak, merosakkan nama orang. Apapun, bagi saya kalau betul, ia an unfortunate - atau dalam bahasa yang lebih ekstrem, kenapa dia begitu bacul?" beliau dipetik sebagai berkata.

Mac lalu, Dr Faisal Tehrani, penulis yang rapat dengan Shahnon memberitahu, sasterawan negara kedua itu menghubunginya dan memaklumkan "kurang bersetuju" dengan pemberian anugerah yang sama kepada Baharuddin atau nama penanya Baha Zain.

Menurut Dr Faisal, Shahnon berpendapat, karya Baha Zain "berselerak" dan "tidak fokus"; malah puisinya kontot, sangat bersahaja dan kurang menyerlah mesej dan gagasannya.

Malah, menurut Dr Faisal lagi, Shahnon melihat Baha Zain tidak berupaya dalam kritikan sastera dan mengambil kira penglibatan Baha Zain dalam gerakan sastera dan "kejujurannya" dalam isu semasa.

Dalam wawancara dengan Dewan Sastera baru-baru ini, Baharuddin berkata, beliau tidak begitu mengambil berat dengan kritikan itu kerana Shahnon menurutnya seorang yang "capable of the carelessness, tidak akademik dan tidak rasional".

"Yang saya persoalkan ialah kebijaksanaannya. Lack of wisdom ini yang saya rasa bermasalah. Shahnon ialah seorang sasterawan negara dan seorang profesor emeritus, saya kira hal itu lebih bermasalah," katanya lagi.

Dakwa M'kini sensasikan laporan
Beliau juga mendakwa Malaysia mensensasikan laporan tersebut sebagai dengan menggunakan perkataan "Shahnon tolak" pada judulnya.

"Shahnon tak kata tolak. Jadi, mereka (Malaysiakini) perbesarkan, wajah tidak sama dengan bentuk. Sebab Malaysiakini buat, saya tidak hairanlah," katanya seperti dilaporkan majalah sastera nasional itu.

Beliau juga menegaskan, kewartawanan yang profesional harus menentukan kebenaran sesuatu penyataan tersebut daripada tuan punya badan sendiri.

"Sebab apabila saya diwawancara oleh Malaysiakini, saya jawab begini: Saya melihat daripada sumber jurnalisme - kesahihahan maklumatnya saya ragui.

NONE"Kalau saya seorang pengamal media, saya akan siasat daripada sumber yang pertama. Kewartawanan yang profesional, harus menentukan kebenaran penyataan tersebut daripada Shahnon sendiri," katanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini, Baharuddin mempersoalkan "kredibiliti dan keasliannya" kritikan Shahnon memandangkan ia datang daripada mulut Dr Faisal (kiri).

Baharuddin berkata, sekiranya Shahnon tidak berpuas hati pemberian anugerah itu, beliau mencadangkan supaya secara hormat menulis sendiri alasannya kepada panel terlibat daripada menggunakan nama orang lain.

Walaupun pelbagai pihak menasihatkannya supaya tidak menjawab dan beliau juga merasakan sedemikian, beliau bersyukur sekurang-kurangnya "sedar diri dan insaf supaya tidak melonjak terlalu tinggi dengan kegembiraan".

PRK Kuala Besut mesti dikendali ‘SPR baru’

Posted: 28 Jun 2013 10:18 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Hanya 'SPR baru' yang layak mengendalikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu, kata ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Izzah_SPR
Nurul Izzah membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat

"(Pilihan raya kecil) Kuala Besut hanya dilaksanakan bila ada pimpinan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang baru dan credible (wibawa).

"Nak teruskan dengan dakwat yang sama, dengan pimpinan (SPR) yang sama?

"Pada saya ini tak boleh diterima pakai," kata Nurul Izzah ketika membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun 2013, di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akibat kanser paru-paru.

prk_kuala_besut

SPR Terengganu dalam kenyataannya hari ini memberitahu, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut boleh diadakan dalam tempoh 60 hari mulai tarikh pewartaan kekosongan DUN selewatnya hingga 27 Ogos depan.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut mengusulkan pemulihan segera SPR melalui satu jwatankuasa parlimen bagi melantik pengendali pilihan raya yang baru dan berwibawa.

"Dewan yang mulia ini mesti sedar bahawa mandat majoriti 51% yang diamanahkan kepada Pakatan Rakyat memberikan hak dan kuasa mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.

"Kehendak Rakyat menuntut agar sistem pilihan paya yang nyata gagal dan pincang mesti dipulihkan," tegas Nurul Izzah.

Parlimen tidak diberi maklumat rundingan TPPA

Posted: 28 Jun 2013 10:15 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia wajar diberi penerangan berhubung kesan perjanjian perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) melalui Dewan Rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jawapan menteri – peruntukan perjanjian itu rahsia. Saya tahu dalam proses rundingan kita tak boleh dedah, tetapi prinsipnya harus dimaklumkan.

"Rakyat harus diberi maklumat (tentang) kesannya terutama kepada (golongan) perniagaan," kaa Anwar di Dewan Rakyat semalam.

Justeru beliau membayangkan, peruntukan yang tidak didedahkan itu 'menekan' kelompok paling terkesan akibat TPPA, iaitu usahawan bumiputera

.DSAI_27Jun

"DPMM (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia) bantah dan keluar sidang (taklimat). Ini kerana peruntukan akan bebankan syarikat kecil dan baru termasuk bumiputera," kata Anwar.

Pada 13 Jun 2013, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) meninggalkan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana pihak kementerian enggan memberikan maklumat mengenai rundingan sulit TPPA.

Jelas Anwar, TPPA berbeza dengan FTA (perjanjian perdagangan bebas) kerana pengaruh Amerika dan pemain ekonomi global yang mempunyai modal besar.

"Menteri (MiTi) beri gambaran seolah ia akan dilaksana dalam masa terdekat. (Sedangkan) sampai sekarang kita tak tahu apa termanya," katanya.

Sivarasa: Ada kaitan jelas Najib dalam kes Altantuya

Posted: 28 Jun 2013 10:10 PM PDT

Azuan Ab Rahman

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan hujah Timbalan Peguam Cara Negara III, Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa tiada apa-apa yang boleh mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia dangkal dan tidak masuk akal.

altantuya_najib

"Ada cukup bukti bahawa pada malam berkenaan, Razak Raginda yang kita ketahui sangat rapat dengan Najib Razak membuat panggilan dan menghantar SMS kepada pembantu peribadi Najib iaitu Musa Safri.

"Apakah sesuatu mahu disembunyikan bila saksi penting seperti Musa Safri tidak dipanggil ke mahkamah? Apa yang disembunyikan" kata Sivarasa kepada Keadilandaily.

Menurutnya terdapat bukti jelas para pegawai khas Najib terutamanya DSP Musa Safri tidak pernah dipanggil sebagai saksi kes pembunuhan Altantuya, namun terlibat secara langsung dalam kes berkenaan.

Turut terlibat katanya, seorang lagi pembantu Najib, Nasir Safar sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda pada malam kejadian Altantuya diculik.

Beliau merujuk kepada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah penyiasat persendirian Balasubramaniam.
"Ada sesuatu yang mahu dilindungkan apabila dua saksi penting ini tidak dipanggil. Bukti jelas keterlibatan pegawai-pegawai Najib.

"Apakah kita boleh terima bahawa Najib sama sekali tidak terlibat dalam kes ini?, soalnya.

Sirul Azhar sebelum ini membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar 'kambing hitam yang harus dikorbankan' untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

Rosnah lepas jawatan Ketua Puteri

Posted: 28 Jun 2013 10:00 PM PDT


Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
 
SHAH ALAM - Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dijangka melepaskan jawatan ketua sayap Umno tersebut pada pemilihan parti hujung tahun ini.

Rosnah, yang memegang jawatan tersebut sejak 2008, berbuat demikian kerana usianya sudah melepasi had kelayakan jawatan Puteri Umno yang menetapkan umur antara 18 dan 35 tahun sebagai ahli.

"Saya juga tidak akan bertanding dalam pemilihan Umno kali ini untuk sebarang jawatan kerana saya belum membuat sebarang keputusan," katanya.

Pemilihan Umno hujung tahun ini dijangka sengit apabila kelayakan bertanding dipermudahkan dan ia terbuka kepada lebih ramai ahli.

Pindaan Perlembagaan Umno pada 2009 menyaksikan jumlah ahli yang boleh mengundi bagi menentukan pucuk pimpinan tertinggi meningkat kepada kira-kira 150,000 orang berbanding hanya sekitar 2,500 orang pada pemilihan sebelum ini.

Mereka juga akan memilih secara langsung pimpinan bahagian masing-masing, sekali gus menghapuskan sistem kuota yang membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli untuk bertanding dengan syarat minimum bagi mana-mana jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno iaitu pernah memegang jawatan Ahli MT atau ahli jawatankuasa bahagian selama satu penggal.

Wacana ‘Laksana Satu Nyawa’ bersama Timbalan Presiden KEADILAN

Posted: 28 Jun 2013 09:56 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Mahasiswa KEADILAN menganjurkan program 'Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa' bersama Timbalan Presiden KEADILAN Mohamed Azmin Ali hari ini jam 3 petang.

6-29_azmin2

Program dijangka berlangsung di NZ Curry House, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.

Turut menyampaikan ucaptama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Mohd Amir Shaari.

Antara pengisian program termasuk sesi perkongsian dan soal jawab bersama Timbalan Presiden KEADILAN Mohamed Azmin Ali yang merupakan ahli parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa.
Sebarang maklumat lanjut, boleh mengunjungi laman Facebook Mahasiswa KEADILAN Malaysia.

Peguam fail notis ketepi sabitan bersalah Yahya Sahri

Posted: 28 Jun 2013 09:54 PM PDT

Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri akan memfail notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan terhadapnya, kata peguam Ahmad Nizam Hamid.
 nizam_temerloh 
"Kita akan mengemukakan notis rayuan dalam masa terdekat mengenai kes itu.

"Rayuan bertujuan agar sabitan terhadap anak guam saya diketepikan," kata Nizam ringkas ketika dihubungi Keadilandaily.

27 Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Abdul Alim Abdullah bersetuju menangguhkan hukuman itu
sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan yang akan dikemukakan Nizam bagi pihak Yahya.

Yahya dihukum penjara dua tahun dan dua sebatan atas tuduhan menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Datuk Abdul Karim Munisar untuk mendapatkan sumbangan RM50,000 bagi Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat yang berlangsung pada 4 Jun 2008.

Kes bermotif politik, cuba burukkan imej KEADILAN

Posted: 28 Jun 2013 09:52 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai khas Menteri Besar (MB) Selangor Mohd Yahya Mat Sahri berkata, kes terhadapnya bermotif politik dan bertujuan memburukkan imej KEADILAN.

"Kes ini sengaja dipanjangkan bukan kerana saya, tetapi bermotifkan politik untuk memburukan imej KEADILAN.

yahya-sahri

"Saya juga mendapat maklumat kes ini dipantau rapi dari pejabat Peguam Negara," katanya kepada Keadilandaily.

Katanya, kes itu sepatutnya sudah selesai kerana Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 2 Disember 2010 membebas dan melepaskan beliau selepas mendengar keterangan 28 saksi pendakwaan, termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Malah Datuk Karim yang merupakan saksi pertama pernah menafikan dirinya ditipu sebagaimana perbicaraan kes sebelum ini," katanya.

Pada Jun 2010, Karim dalam keterangannya di mahkamah memberitahu beliau sama sekali tidak berasa tertipu dan terpedaya mengenai pemberian RM50,000 itu kepada Yahya.

"Datuk Karim turut menekankan mengenai prinsip beliau yang sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan.

"Apatah lagi perkara membabitkan kewangan dan urus tadbir syarikat kerana sumbangan ikhlas yang diberikan itu merupakan 100 peratus tanggungjawab sosial syarikat dan bukan kerana terpedaya ataupun tertipu," tegas Yahya.

Perak hantar pakar tawan Kuala Besut

Posted: 28 Jun 2013 09:47 PM PDT

Perak hantar pakar tawan Kuala Besut
Laporan muka depan Sinar Harian semalam.
 
IPOH - Pas Perak akan menghantar jentera mengikut kepakaran masing-masing bagi membantu Pas Terengganu menjalankan gerak kerja pada Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al Amin berkata, pihaknya akan memastikan memberi sumbangan tenaga kerja secara maksimum untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.

Menurutnya, keputusan PRK Dun Kuala Besut amat penting dari segi perubahan kerusi antara BN dan Pas kerana kedua-dua parti berkenaan hanya mempunyai perbezaan dua kerusi.

"BN memiliki 17 kerusi manakala PR memenangi 15 kerusi Dun pada PRU13 lalu dan tidak mustahil kerusi itu boleh berubah pada PRK ini.

"Kami yakin melalui usaha yang dijalankan, tidak mustahil kami mampu memenangi kerusi Dun Kuala Besut pada PRK ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kerusi Dun Kuala Besut kosong setelah penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada Rabu lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat komplikasi paru-paru.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan akan mengadakan PRK di kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari.

Beliau mewakili Perhubungan Pas Perak turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada BN di atas kematian Dr A Rahman.

Tiada ulasan: