Sabtu, 29 Jun 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Jatuh dan Mati Ketika Melakukan SEKS

Posted: 29 Jun 2013 06:30 AM PDT



 Sepasang kekasih dipercayai terjatuh apabila tingkap tempat mereka mengadakan hubungan seks pecah di Wuhan, China.

Saksi berkata, pasangan itu terjatuh sambil berpelukan. 

"Mereka jatuh ke bawah dalam keadaan berpelukan," kata saksi itu.

Gambar yang disiarkan media tempatan menunjukkan mayat pasangan berkenaan dilitupi selimut oleh anggota forensik. -DCM



Berita lanjut di sini.


P/s: Menikmati nikmat sebelum mati. 



Bayi Berkepala Dua

Posted: 29 Jun 2013 05:00 AM PDT



[HM] Jogjakarta: Sepasang suami isteri tetap reda menerima ketentuan Ilahi apabila dikurniakan anak istimewa yang memiliki dua kepala.

Menurut bapa bayi terbabit, Usman, pada peringkat awal dia memang terkejut dan panik apabila mengetahui keadaan fizikal anaknya itu tidak normal.

"Saya tidak pernah mendapat sebarang firasat dan tidak menyangka keadaan ini berlaku.

"Bagaimanapun saya dan isteri ikhlas menerima keadaan anak ini kerana ia adalah takdir Tuhan," katanya.

Anak lelaki Usman itu dilahirkan di Hospital Bersalin Duta Mulya di Majenang, Cilacap, Jawan Tengah kira-kira jam 9.30 malam pada Rabu lalu dengan berat 4.2 kilogram.

Pengarah hospital, Tatang Mulyana berkata, bayi itu sihat dan dilahirkan melalui pembedahan.

Kata Tatang, ia adalah anak kedua kepada pasangan Usman, 36, dan Munjiah, 27, yang menetap di Purwosari.

Menurut Usman, dia berharap bayi itu selamat dan sihat. Pada masa sama, Usman mengakui dia bingung apabila memikirkan jika anaknya itu terpaksa dirawat lebih lama di hospital. "Rumah saya jauh dan tentu memerlukan perbelanjaan tinggi untuk berulang-alik," katanya. 

Sementara itu, Tatang berkata, anak Usman tidak dianggap kembar siam kerana hanya memiliki dua kepala, sedangkan organ dalaman lain normal selain sepasang tangan dan kaki.

"Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai 'dicephalus parapagus on joined twins' atau kembar mulai dari leher hingga kepala.

"Ia mungkin berlaku akibat perubatan genetik ketika janin berusia dua minggu," katanya. - Agensi


Kesan Kimoterapi kepada Kehidupan Seksual Pesakit Kanser

Posted: 28 Jun 2013 09:30 PM PDT



Apabila disahkan menghidap kanser, sudah tentu majoriti penghidapnya beranggapan bahawa perkara lain sudah tidak penting selain untuk melawan penyakit itu. Namun, realitinya bagi yang telah berkahwin keinginan dan tanggungjawab untuk memenuhi tuntutan seks pasangan masing-masing masih tetap perlu dilaksanakan walaupun tidak sekerap ketika sihat.
 
Salah satu soalan tabu yang jarang-jarang ditanyakan oleh pakar onkologi kepada pesakit kanser adalah berkenaan dengan kehidupan mereka.

Seorang wanita berusia 31 tahun yang telah disahkan menghidap limfoma Hodgkin pada tahun 2011 membuat pengakuan bahawa dia mengalami kesakitan semasa melakukan seks serta kehilangan nafsu selepas menjalani kimoterapi. Dia berharap untuk mengubah stigma ini.


"Ini adalah sesuatu yang membuatkan saya benar-benar keliru," kata Kristen Howard kepada ABC News.

"Saya mengambil masa yang benar-benar lama untuk menyedari bahawa kesan sampingan seksual saya sebenarnya mempunyai  kaitan dengan rawatan kimo. Sebelum ini, saya menganggap semuanya lebih kepada gangguan psikologi, lebih kepada gangguan mental daripada apa-apa yang lain. "

Kristen, yang baru melangsungkan perkahwinan apabila disahkan menghidap kanser berkata bahawa dia mengalami keguguran rambut ketika menjalani rawatan kimo.  Namun begitu, kesan yang lebih teruk, iaitu kekeringan faraj, sakit semasa melakukan hubungan seks, keupayaan menurun untuk mencapai puncak syahwat dan kehilangan nafsu tidak pernah diberitaru oleh doktornya. -DCM/DM

Sambung baca di sini.



Bayi Lahir Tanpa Dubur

Posted: 28 Jun 2013 07:30 PM PDT



[UM] SAMPANG, Jawa Timur - Meski pun dilahirkan secara normal dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan semasa dalam kandungan, seorang bayi di sini ternyata tidak sempurna seperti yang disangka oleh kedua ibu bapanya.

Anak ke-11 pasangan suami isteri, Rimawi, 40, dan Sanidah, 44, dilahirkan tanpa lubang dubur sehingga menyebabkan bayi malang itu terpaksa membuang najis mengikut mulut.

Lebih malang lagi, Rimawi berkata, penderitaan yang ditanggung oleh anaknya itu kurang mendapat perhatian daripada pihak berwajib bagi merawat bayi tersebut.

"Sejak beberapa hari lalu, bayi kami mengeluarkan najis melalui mulutnya dan saya membawa dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Sedih hati saya apabila dimaklumkan bayi kami tidak mempunyai lubang dubur," katanya kepada beritajatim.com.

Sementara bayinya dirawat di Hospital Sampang, Rimawi mengaku dia kecewa dengan pihak hospital yang tidak boleh melakukan pembedahan terhadap anaknya kerana kekurangan alat dan tenaga pekerja.

Hal itu menyebabkan kes anaknya dirujuk ke Hospital Surabaya bagi tindakan lanjut.

"Saya berharap pihak kerajaan dapat membantu kos pembedahan anak saya," katanya.

Doktor di Hospital Sampang, Diana berkata, keadaan fizikal bayi seberat 2.07 kilogram ketika dilahirkan adalah baik, namun lubang duburnya tertutup akibat lebihan kulit.

"Bentuk punggung bayi itu ada, tetapi lubang duburnya tertutup dengan kulit dan perlu dibedah," katanya. - AGENSI


4 Murid Dakwa Guru Ikat Kaki dan Tangan, Tutup Mulut, Serta Masukkan Jari...

Posted: 28 Jun 2013 05:58 PM PDT

Sekadar hiasan.

[SH] BESUT - Empat murid perempuan sebuah sekolah rendah di sini, mengadu dicabul oleh seorang guru di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan pada 9 Jun lalu.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, guru lelaki itu didakwa mencabul murid tahun dua di bilik kesihatan sekolah berkenaan.

Kisah itu terbongkar pada 21 Jun lalu apabila salah seorang daripada murid tersebut telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perbuatan guru terbabit. Kanak-kanak itu memberitahu, guru berkenaan telah melakukan perbuatan lucah terhadapnya dan dua lagi rakannya.

Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada 24 Jun lalu.

Ketiga-tiga murid tersebut tinggal di kampung sama dan berdekatan dengan sekolah tersebut. Manakala sumber memberitahu, mangsa keempat murid tahun dua sekolah sama tampil membuat laporan kelmarin, mendakwa turut menjadi mangsa guru tersebut.

Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa mendengar kes berkenaan lalu bertanyakan kepada anaknya sama ada dia turut dicabul guru tersebut.

Murid terbabit mengadu menerima nasib sama seperti rakannya dengan mendakwa guru berkenaan telah memasukkan jari ke dalam kemaluannya selepas menutup mata dan mulut dengan pita pelekat manakala kaki dan tangannya diikat dengan tali.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.




Tiada ulasan: