ALHUSSEYN |
- Ada kaitan jelas Najib dalam kes Altantuya
- Menteri Nazri ada otak rupanya...
- Alangkah baiknya sekiranya penjualan rokok juga turut diharamkan! Ada beranikah?
Ada kaitan jelas Najib dalam kes Altantuya Posted: 29 Jun 2013 09:00 AM PDT Oleh Azuan Ab Rahman KUALA LUMPUR, 28 JUN: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan hujah Timbalan Peguam Cara Negara III, Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa tiada apa-apa yang boleh mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia dangkal dan tidak masuk akal. "Ada cukup bukti bahawa pada malam berkenaan, Razak Raginda yang kita ketahui sangat rapat dengan Najib Razak membuat panggilan dan menghantar SMS kepada pembantu peribadi Najib iaitu Musa Safri. "Apakah sesuatu mahu disembunyikan bila saksi penting seperti Musa Safri tidak dipanggil ke mahkamah? Apa yang disembunyikan" kata Sivarasa kepada Keadilandaily. Menurutnya terdapat bukti jelas para pegawai khas Najib terutamanya DSP Musa Safri tidak pernah dipanggil sebagai saksi kes pembunuhan Altantuya, namun terlibat secara langsung dalam kes berkenaan. Turut terlibat katanya, seorang lagi pembantu Najib, Nasir Safar sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda pada malam kejadian Altantuya diculik. Beliau merujuk kepada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah penyiasat persendirian Balasubramaniam. "Ada sesuatu yang mahu dilindungkan apabila dua saksi penting ini tidak dipanggil. Bukti jelas keterlibatan pegawai-pegawai Najib. "Apakah kita boleh terima bahawa Najib sama sekali tidak terlibat dalam kes ini?, soalnya. Sirul Azhar sebelum ini membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar 'kambing hitam yang harus dikorbankan' untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan. |
Menteri Nazri ada otak rupanya... Posted: 29 Jun 2013 12:00 AM PDT Kali ini baru aku nampak Menteri Umno ni pandai menggunakan otaknya. Selama ini semua orang nampak dia seperti hanya menggunakan otak-otak sahaja! Kik! Kik! Kik! Kali ini, aku sokong Menteri ini dalam perkara ini. It makes sense, kata omputeh. Umno sudah keterrlaluan nak marahkan Cina dengan penutupan Jonker Walk tersebut kerana Cina tidak sokong Umno. Mana pula ada DAP meletakan calon mereka melawan Umno? Bukankah PAS yang berdepan dgn Umno? Majoriti kaum Cina bukan menolak Melayu Umno sahaja, malah mereka juga menolak kaum mereka sendiri yang berada ada dalam MCA. Penolakan mereka kerana MCA Cina dan Melayu Umno sama-sama mengamalkan rasuah. Bukan kerana fahaman rasis sebagaimana anggapan Umno yang cuba meracuni fikiran orang-orang Melayu. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi jaminan bahawa laluan kenderaan di sekitar Jonker Walk, Melaka, akan terus ditutup pada hujung minggu agar tidak mengganggu operasi pasar malam di situ. Menurutnya, pasar malam Jonker Walk adalah tarikan pelancong utama di negeri Melaka dan langkah membuka jalan bagi laluan kenderaan di sekitarnya akan mengganggu kehadiran pelancong dan pengunjung yang berjalan kaki. Jalan tersebut ditutup pada setiap hujung minggu sejak 13 tahun lalu, katanya di sini |
Alangkah baiknya sekiranya penjualan rokok juga turut diharamkan! Ada beranikah? Posted: 28 Jun 2013 09:07 PM PDT Saya agak tertarik dengan fatwa terbaru Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok . Baca di sini Saya tertarik kerana pengharaman tersebut melibatkan penjualan alat tersebut. Tetapi kepada saya fatwa pengharaman menghisab shisha ini bukanlah perkara baru. Bahawa Majlis fatwa kebangsaan telah mengharamkan rokok . Pengharaman rokok ini sudah barang tentu melibatkan cara-cara lain menghisap tembakau seperti rokok daun nipah gulung dan menghisap paip. Shisha juga adalah salah satu peralatan untuk menghisap tembakau. (Ianya juga boleh digunakan untuk menghisab hashis atau ganja dan juga candu.) Maknanya, fatwa pengharaman tersebut bukanlah perkara yang baru kerana ianya termasuklah juga dalam fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan rokok. Cuma yang bagus tentanganya ialah kerana ia turut mengharamkan penjualannya. Alangkah baiknya sekiranya penjualan rokok juga turut diharamkan! Ada beranikah? Mengenai amalan bertahlil, berzikir dan khatam al-Quran tetapi mengenakan bayaran, saya setuju saranan Mufti tersebut supaya wang tersebut disiasat kemana iannya dipergunakan.Kalau untuk kepentingan agama, teruskan! |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan