DIALOG RAKYAT |
- Isu Altantuya: Jawapan menteri tiada makna, kata MP
- K'jaan S'gor sumbang RM10,000 pada balu PI Bala
- PKR: Penafian Volkswagen, Peugeot malukan BN
- Soi Lek nasihat Donald Lim sedar diri
- Setelah Bergelar YB, Rafizi Mahu Terus Dedahkan Pelbagai Isu
- PM, KPN dicabar struktur semula pasukan polis, laksana IPCMC
- Ku Li sasarkan jawatan PM, bertemu lebih ramai ahli Parlimen, kata sumber
- Mahkamah tinggi perintah Perwaja bayar RM146.139 juta kepada Petronas
- SPAD akan kaji permintaan naik tambang bas 30 peratus
- Tukar sistem pilihanraya, bukan jadi republik
- Ayuh Sertai Aksi 'Flashmob' Sabtu Ini di Jalan TAR Kuala Lumpur
- Tindakan Nazir menggoyangkan lagi kedudukan Najib
- Kempen ‘perangi jenayah’ Najib sia-sia, Pua gesa penstrukturan PDRM
- Pakatan namakan bekas hakim Speaker Dewan Rakyat
- Kes dakwat cukup untuk pemimpin SPR letak jawatan
- Zuraida: 'Kami akan angkat sumpah 24 Jun ini'
- Rafizi: Tak perlu layan puteri Umno
- Azmin: PKR tidak boikot majlis angkat sumpah
- Bekas Adun dilantik Speaker Dun Kelantan
- 'Henti bina rumah mewah'
- Petisyen satu proses demokrasi penting
- Fosil 260 juta tahun ditemui
Isu Altantuya: Jawapan menteri tiada makna, kata MP Posted: 13 Jun 2013 04:11 AM PDT Anggota Parlimen Subang R Sivarasa berkata, kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim bahawa kes kematian warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu sudah "ditangani" tidak memberi sebarang makna. Bekas naib presiden PKR itu berkata, ini kerana kes itu masih berjalan dan pembunuh sebenar bagi kes itu masih lagi belum diketahui hingga hari ini. "Bila Rohani kata bahawa kes pembunuhan Altantuya telah diselesaikan, bagi saya perkataan itu tidak memberi apa-apa makna bagi majoriti rakyat Malaysia kerana keadilan masih belum dicapai dalam kes ini. "Saya harap ini satu peringatan pada kerajaan Umno/BN supaya fikir lebih mendalam tentang hal ini. Mereka perlu faham ini boleh ditangguhkan tapi tak boleh lari dari isu. "Satu hari nanti akan ada keadilan untuk Altantuya," katanya dalam sidang media ketika membuat lawatan ke rumah balu penyiasat persendirian, P Balasubramaniam. Sivarasa berkata demikian bagi mengulas kenyataan Rohani Selasa lalu yang mengatakan bahawa kes Altantuya telah ditangani. Rohani yang enggan mengulas ketika ditanya mengenai kes tersebut juga berkata, beliau tidak menerima apa-apa memorandum dari delegasi Mongolia ketika persidangan kemuncak wanita global 7 Jun lalu yang menuntut jawapan berhubung kematian Altantuya. | ||||
K'jaan S'gor sumbang RM10,000 pada balu PI Bala Posted: 13 Jun 2013 04:10 AM PDT Kerajaan Selangor hari ini memberi sumbangan RM10,000 kepada balu penyiasat persendirian P Balasubramaniam, A Santamilselvi, 46, bagi meringankan perbelanjaan selepas kematian suaminya pada 15 Mac lalu. Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Rodziah Ismail berkata kerajaan Selangor juga berjanji akan membantu Santamilselvi menyekolahkan tiga anaknya yang berumur 11 hingga 16 tahun yang sudah dua bulan tidak bersekolah sejak tiba di Malaysia dari India sejak Mac lalu. Selain itu, Rodziah juga berkata pihaknya turut akan membantu menyediakan tempat dan modal kepada balu mendiang untuk membuka kedai makan. "(Ini) sumbangan RM10,000 dari kerajaan Selangor. Kita akan buat apa yang perlu, yang boleh membantu ringankan beban balu mendiang seperti (memberikan) skim-skim yang disediakan oleh kerajaan Selangor. "Memandangkan keluarga mendiang dah duduk di India selama lima tahun dan tak dapat mengikuti pendidikan di sini, kita akan sediakan alternatif yang terbaik untuk anak-anak Bala. "Selain sumbangan, kita juga akan pastikan beliau akan dapat pendapatan bulanan berterusan. Dan kita akan bantu untuk bincang dengan pihak berkuasa tempatan tentang modal dan tempat untuk bantuan memulakan perniagaan," katanya. Rodziah yang juga ADUN Batu Tiga berkata demikian dalam sidang media ketika membuat lawatan ke rumah balu mendiang Bala di Rawang hari ini. Turut hadir dalam lawatan tersebut, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa dan ADUN Rawang Gan Pei Nei | ||||
PKR: Penafian Volkswagen, Peugeot malukan BN Posted: 13 Jun 2013 04:02 AM PDT MALAYSIA KINI Penafian beberapa syarikat pengeluar kereta bahawa mereka menurunkan harga kereta, sebagai sebahagian memenuhi janji pilihan raya BN, dilihat memalukan parti itu, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad. Menurut Nik Nazmi (kanan) lagi, ia sekali gus mendedahkan betapa terdesaknya parti pemerintah dalam berhadapan dengan kempen turunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat. "Episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno-BN dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya hari ini. Pada 10 Jun lalu, akhbar Umno Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka. Harian itu juga melaporkan, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda. Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2007. Bagaimanapun, Volkswagen dan Peugeot Malaysia di Facebook masing-masing, menjawab soalan pelayar Internet, menafikan perkara itu. Volkswagen Malaysia menjelaskan, harga modelnya Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan dengan harga RM157,888. Manakala Peugeot pula berkata, mereka tidak dirujuk dan tiada kaitan dengan artikel itu. Menurut pengeluar kereta Perancis itu juga, harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308. "Setakat pengetahuan kami, tiada dasar berhubung sebarang harga baru," jelas Peugeot Malaysia di Facebook lagi. | ||||
Soi Lek nasihat Donald Lim sedar diri Posted: 13 Jun 2013 03:52 AM PDT SHAH ALAM- Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memberi nasihat kepada Naib Presiden Parti, Datuk Seri Donald Lim supaya sedar diri dan tidak sewenang-wenangnya mengkritik orang lain dalam parti. Menurutnya, sebelum Donald mahu mengkritik orang lain, beliau perlu mengkaji terlebih dahulu apa sumbangan yang telah dibuat kepada negara. Beliau turut mendakwa, Donald hanya menghabiskan sebahagian masa di satu kawasan semata-mata. "Saya juga mahu memberi peringatan kepadanya yang beliau boleh menyokong sesiapa saja sebagai presiden, tetapi tidak mempunyai hak untuk menghalang sesiapa saja daripada bertanding jawatan itu,"katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Tambah beliau lagi, pihaknya mencadangkan supaya dirinya dan Donald melakukan perdebatan secara tertutup jika Donald begitu berminat berhubung topik siapa sebenarnya yang layak memegang jawatan presiden. Beliau turut menegaskan, sejak tidak memegang sebarang jawatan kerajaan, beliau telah berjumpa dan memberitahu semua menteri MCA serta timbalan menteri supaya tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika MCA kalah teruk dalam PRU13. "Mereka juga sebulat suara menyokong idea yang saya beri itu," katanya. Tambahnya lagi, mungkin Donald terlupa yang beliau telah mengambil bahagian dalam meluluskan resolusi bagi menolak semua jawatan kerajaan. "Jika ada keperluan, saya tidak akan teragak-agak untuk menunjukkan bukti dan menerbitkan semua minit mesyuarat berkaitan supaya beliau (Donald) ingat semula apa yang berlaku sepanjang mesyuarat parti," tegas Soi Lek. | ||||
Setelah Bergelar YB, Rafizi Mahu Terus Dedahkan Pelbagai Isu Posted: 13 Jun 2013 03:49 AM PDT KELAB GREENBOC Pertama kali akan berada di Dewan Rakyat secara rasmi, pelbagai isu rakyat akan diperjuangkan demi memastikan cita- citanya untuk melaksanakan perubahan terhadap negara ini menjadi realiti. Apabila diberikan mandat menjadi Ahli Parlimen Pandan, ia dijadikan tiket untuk terus mendampingi rakyat tanpa mengabaikan perjuangan politiknya dan menganggap membuat bising serta bermain angka adalah hobinya. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NORSHAHZURA MAT ZUKI dan JAMILAH HAMZAH serta juru foto, SAFWAN MANSOR bersama Pengarah Strategi PKR, RAFIZI RAMLI. Apakah yang akan disumbangkan dalam Dewan Rakyat nanti? Saya akan mendapatkan lebih banyak maklumat yang mungkin selama ini tidak diketahui umum. Saya banyak menghabiskan masa dengan membuat analisa data dan maklumat ekonomi. Ahli Parlimen kita mempunyai pelbagai latar belakang dan tidak ramai berminat dengan data dan angka yang banyak. Saya akan memberikan tumpuan untuk mendapatkan maklumat yang banyak kerajaan supaya kita tafsir, terjemah dan analisa kemudian kita akan membawanya kepada rakyat. Contohnya maklumat terbaru ialah mengenai pendapatan isi rumah rakyat yang terbaru dan dibuat pada tahun 2012. Sehingga sekarang, kita tidak tahu apa- apa. Ia adalah perkara sulit yang tidak dibentangkan kepada rakyat sedangkan rakyat perlu tahu berapa sebenarnya purata pendapatan isi rumah Melayu dan perbezaan dengan bangsa lain. Ini adalah contoh peranan yang boleh dimainkan dengan baik. Maklumat yang orang tidak berminat ini kita dapatkan supaya ia boleh dibawa kepada pengetahuan umum. Adakah YB akan lebih banyak mendedahkan lebih banyak isu selepas ini dan apakah isu tersebut? Isu yang akan dibawa ada dua jenis iaitu isu rapat atau hobi kita. Antaranya ialah perkara yang telah dibawa iaitu turun harga kereta, pendidikan, masalah melibatkan orang muda dan pengumuman terbaru untuk tidak memberikan jaminan pekerjaan kepada siswazah perguruan. Banyak rakyat datang tanya dan meminta pertolongan kita serta memberikan maklumat kepada kita. Itu pun isu yang akan dilihat dan saya akan membawanya dari semasa ke semasa. Ketika ini saya didatangi banyak pemandu teksi yang mengemukakan dua isu. Pertamanya ialah mengenai janji permit peribadi tetapi ia tidak peribadi. Apa yang dijanjikan ialah permit peribadi tetapi apa yang perlu lakukan ialah memohon dan kena membeli kereta jenis proton Exora. Permit sah hanya tujuh tahun. Ini bermakna mereka perlu membayar lebih daripada sekarang dan perlu bertukar kereta setiap tujuh tahun. Keduanya, pada tahun 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai rebat pemandu teksi tukar kereta baru supaya banyak kereta baru. Bagaimanapun rebat itu belum dibayar, sepatutnya dibayar 2012. Dari semasa ke semasa, pada sidang baru nanti, selain isu biasa yang dibawa secara peribadi, apa yang di bawa oleh rakyat kita kena bawa. Saya juga akan menumpukan perhatian kepada isu ekonomi, soal pendapatan rakyat, jurang miskin kaya dan isu yang wang 1Malaysia iaitu sebanyak RM7 bilion diletakkan di luar negara sedangkan ia dipinjam dari dalam negara tetapi dipindahkan ke luar negara. Tata kelola dan urus tadbir yang baik. Saya juga akan membawa isu SPR dan dakwat kekal. Adakah YB yakin, petisyen yang dikemukakan PR mampu mengubah keputusan PRU13? Ia bergantung kepada keputusan mahkamah, tidak boleh baca bagaimana hakim akan menangani dan mengadili petisyen- petisyen ini. Saya perlu bersandarkan kepada rekod petisyen lepas iaitu hanya satu peratus sahaja peluang di bicarakan. Pada tahun 2008, 29 petisyen difailkan seluruh negara hanya satu sahaja dibicarakan sebelum ditolak manakala 28 itu ditolak ketika difailkan. Petisyen ini sukar kerana standard bukti yang diperlukan terlalu tinggi. Jika tafsiran yang sama diperlukan, ia susah kecuali Hakim mengambil pendirian lain. Apakah isu yang difokuskan? Bergantung kepada setiap tempat dan undang- undang pilihan raya. Undang- undang pilihan raya, setiap isu mesti salah satu asas yang ditetapkan undang- undang pilihan raya. Pertamanya ialah rasuah khusus iaitu calon ditangkap ketika memberikan wang, ini tiada. Keduanya, rasuah umum dan ini biasanya berlaku seperti beri makanan, kena dapat saksi kerana asas memfailkan petisyen ialah jumlah saksi boleh menukar keputusan pilihan raya. Jika hanya membawa dua tiga orang sahaja, itu tidak cukup, maka ditolak. Ketiganya ialah kesalahan- kesalahan pilihan raya termasuklah borang 14 salah kira, 'black out' dan peti undi hilang. Kita hanya boleh memfailkan mengikut kawasan tertentu bukannya seluruh Malaysia. Contohnya Segamat, beberapa soal dakwat kekal, pengundi tidak boleh undi, 2,000 pengundi di Segamat perlu mengundi di tempat lain walaupun mereka tinggal serumah yang sama. Ini adalah kerana untuk mengurangkan pengundi Cina. Mereka tidak boleh mengundi di Segamat untuk mengurangkan pengundi Cina. Bukti kuat dan hanya berlaku di Segamat. Di Parlimen Balik Pulau pula ialah jumlah kertas undi yang dikira melebihi kertas undi yang dikeluarkan.. Di Ketereh kesalahan pilihan raya iaitu peti undi awal dibuka tanpa arahan mahkamah. Setiap satu kerusi, ada kesalahan yang khusus. Adakah bukti yang sedia ada mencukupi untuk memfailkan petisyen pilihan raya? Pada pandangan saya, maklum balas, bukti itu mencukupi pada pengiraan mahkamah, itu adalah keputusan Hakim, kita kena tunggu. Oleh itu, kita mengambil pendirian, sementara kita memfailkan di mahkamah, kita juga akan memberikan maklumat- maklumat penipuan ini melalui media kepada rakyat kerana kita juga mahu menguji rakyat sama ada boleh terima atau tidak bukti. Selepas sebulan, rakyat memang berkata berlaku penipuan contohnya di Besut, pegawai SPR buat laporan polis, mengaku bahawa undi dirampas. Saya memujuk dia untuk tampil. Kalau ada keputusan begitu, biar dia tampil dan saya rasa mahkamah tidak menerima bukti ini tidak mencukupi, saya yakin rakyat boleh terima bahawa ini bukti kukuh, penipuan telah berlaku. Jika petisyen tidak berjaya, adakah PKR akan membuat rayuan? Kalau ikut undang-undang mahkamah, apabila memfailkan petisyen, mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan pilihan raya dan mengarahkan pilihan raya diadakan semula. Kalau ada pilihan raya semula, hanya di kerusi Parlimen tertentu sahaja kecuali SPR atau kepimpinan kerajaan di Putrajaya merasakan bahawa mandat mereka rapuh dan tidak kuat dan perlu mendapatkan mandat baru. Walaupun 29 kerusi dipanggil pilihan raya semula, keadaan mana majoriti BN rendah hanya 22 Parlimen sahaja, mungkin ada kesan kepada mandat kerajaan di Putrajaya. Ada kemungkinan- kemungkinan itu, hanya pilihan raya 29 kawasan yang difailkan petisyen. Sama ada membuat rayuan atau tidak, saya akan merujuk balik majlis pimpinan dan pimpinan PKR kerana kos tinggi. PKR akan memfailkan 19 petisyen, berapakah keyakinan YB untuk menang? Kesemua 19 kerusi tersebut mempunyai bukti yang kukuh, kita akan bentangkan bukti ini mengikut Parlimen melalui media dan sebagainya. Berdasarkan keputusan mahkamah lepas, di pihak PKR tujuh kerusi buktinya lebih dekat standard bukti yang ditetapkan SPR. Tujuh kerusi tersebut apabila kesalahan dibuat SPR atau pihak lawan terlalu besar untuk dilupakan. Tujuh kerusi mempunyai peluang besar untuk terus ke peringkat perbicaraan. Selepas membuat petisyen apakah langkah seterusnya yang akan diambil? Daripada awal lagi ini adalah sebahagian usaha kita untuk menuntut reformasi dan pembaharuan pilihan raya. Itu menjadi isu terbesar selepas PRU13. Sentimen rakyat cukup kuat kalau berdasarkan kehadiran dan sokongan mereka kepada perhimpunan- perhimpunan aman yang telah dibuat. Petisyen sebahagian langkah terus tuntut yakin rakyat bahawa kita perlu ada perubahan dan penambahbaikan reformasi pilihan raya. Selain memfailkan petisyen, sudah tentu kita akan bawa ke Parlimen, kita akan terus dengan sesi penerangan dan kempen dan perhimpunan aman. Kita akan kemukakan pelbagai cadangan dan konsep baru mengenai pilihan raya adil terutamanya berkaitan persempadanan semula yang akan berlaku pada bila- bila masa. Kita akan bawa semua ini mengikut saluran dan kaedah yang ada pada kita. Yang penting rakyat dapat pemahaman kenapa sistem dan SPR yang ada sekarang tidak berkesan untuk menjamin pilihan raya adil sehingga berlaku penipuan dan penyelewengan. BN tidak akan berganjak kalau hanya berdebat dalam Parlimen atau berbincang. BN berganjak apabila ada isyarat jelas daripada rakyat tuntut perubahan dan pertukaran dasar. Kesemua langkah ini untuk menekan BN supaya akur dengan tuntutan rakyat mengadakan reformasi pilihan raya. YB adalah antara pemimpin muda yang dilihat menonjol dan mungkin terlalu menonjol kerana sering membuat sidang media, adakah ini atas inisiatif sendiri atau arahan parti? Saya sendiri ahli politik muda mempunyai pandangan lain kerana tidak besar kerangka politik lama. Kerangka politik lama kena naik bertanding dan menunggu masa lama akibatnya sebahagian besar masa politik mereka tertumpu kepada dalaman parti sahaja. Mereka banyak menumpukan masa kepada pimpinan parti, daripada memikirkan apa yang terjadi. Kami yang muda tidak melalui sistem itu. Dalam PKR, pandangan lain kerana apa yang penting ialah apa yang rakyat fikirkan bukannya apa yang orang dalam parti fikirkan. Ahli Politik mesti ada isu berkaitan rakyat yang serasi dengan kita untuk dibawa. Kita tidak ada akses kepada media perdana, kita hanya media Internet sahaja. Kita tidak ada pilihan lain untuk membawa isu kecuali untuk membuat laporan dan sidang media. Ia berkesan dan itulah gaya politik baru dan rakyat menilai laporan politik dengan melihat isu mana yang rakyat bawa. Rakyat tidak menilai jawatan yang dipegang tetapi mereka melihat isu yang dibawa dan kerja- kerja yang dilakukan. Cara terbaik membawa isu yang dekat dengan rakyat. Adakah YB akan terus aktif berkhidmat kepada masyarakat sehingga di akhir usia? Tidak. Saya daripada awal lagi, tidak rancang untuk jadi ahli politik. Saya hanya mahu perubahan. Saya muda dan beberapa perkara yang saya mahu Malaysia berubah dan lebih adil. Selama ini, boleh berada di belakang dan hanya membantu dari segi dasar. Sampai satu peringkat, pimpinan melihat perlu tampil ke depan. Saya tidak mahu bertanding dalam pilihan raya sebab latar belakang lain. Oleh kerana keperluan untuk menang kerusi seberapa banyak, saya perlu bertanding. Tidak ada rancangan untuk menjadi ahli politik sampai habis. Kalau boleh saya mahu bersara 55 tahun. Apabila menjadi ahli politik muda, banyak masa bersama keluarga akan hilang. Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada pilihan kerana rakyat dan pimpinan PKR memerlukan beliau. Beliau juga mempunyai pandangan yang sama kebanyakan kita. -SH | ||||
PM, KPN dicabar struktur semula pasukan polis, laksana IPCMC Posted: 13 Jun 2013 03:45 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar melaksanakan penstrukturan semula pasukan polis dengan fokus utama menangani kes jenayah di samping melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) jika masing-masing serius untuk membanteras jenayah. Beliau berkata, jika benar Perdana Menteri dan KPN serius untuk memerangi jenayah, mereka mesti melaksanakan dua perkara berkenaan iaitu penstrukturan semula pasukan polis dan menubuhkan IPCMC. Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menganggap kempen perangi jenayah menerusi "Bersatu Menentang Jenayah" sebagai sia-sia, sebaliknya menggesa pasukan polis distruktur semula. Katanya, beberapa kejadian jenayah yang berlaku di tempat terbuka di sekitar Lembah Kelang dan merebak ke beberapa kawasan lain membuktikan program terbabit satu usaha sia-sia, kerana penjenayah masih bebas dan belum berjaya diberkas. Beliau menggesa Najib dan KPN melaksanakan saranan utama Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dikemukakan pada 2005 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika benar-benar mahu menangani isu jenayah yang semakin berleluasa. "Najib dan Khalid juga diharap tidak hanya pandai menabur janji tapi tidak melakukan sebarang tindakan sehingga hampir setiap malam berlaku rompakan terbuka di Lembah Klang. "Apakah Lembah Klang sudah menjadi kawasan tanpa undang-undang kerana sejak dua malam lalu, dua kejadian membabitkan kumpulan perompak bersenjata berlaku di restoran terbuka di Kepong, Cheras dan Kajang. "Malah dilaporkan bahawa pihak polis menerima empat laporan mengenai kes sedemikian di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dalam tempoh dua minggu," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, Khalid juga mengumumkan dengan bangganya mahu menetapkan keselamatan sebagai keutamaan dan 'mengembalikan' jalan awam kepada rakyat tetapi tidak nampak sebarang hasil daripada janji itu. Pua juga kesal dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mempedulikan saranan Laporan RCI itu agar 20,000 anggota berseragam atau 22 peratus daripadanya ditugaskan menjalankan kerja pengawasan yang sebenar. "Malangnya saranan itu tidak dipedulikan Kementerian Dalam Negeri dan berharap Ahmad Zahid tidak lagi menganggap isu peningkatan jenayah sebagai 'persepsi awam'. Persepsi yang perlu diubah sebenarnya adalah persepsi kerajaan terhadap jenayah. "Sejak lapan tahun lalu, Jabatan Siasatan Jenayah (CID) merangkumi hanya sembilan peratus daripada pasukan polis, ia tidak berubah sejak dulu lagi. "Jumlah itu sangat berbeza berbanding 41 peratus anggota polis yang menjalankan kerja pengurusan dan 31 peratus ditugaskan Pasukan Simpanan Persekutuan," tambah Pua. Putrajaya melaporkan antara 2009 dan 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun 39.7 peratus. Polis juga mendakwa kadar jenayah menurun enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lalu tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah. Kes terbaru yang mendapat perhatian awam adalah mengenai pembunuhan dan percubaan merompak terhadap wanita berusia 52 tahun, Irene Ong di Bukit Gasing pada April lalu yang mengundang rasa marah dan sedih ke atas pemergian wanita terbabit. Pengerusi Pemantau Jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam. Februari lalu, MyWatch menuduh polis mengubah statistik jenayah, mendakwa kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan antara Januari dan Oktober 2011. Bagaimanapun, polis menafikan melakukan memanipulasi angka jenayah negara.-Roketkini.com | ||||
Ku Li sasarkan jawatan PM, bertemu lebih ramai ahli Parlimen, kata sumber Posted: 13 Jun 2013 03:38 AM PDT KUALA LUMPUR– Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak. Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib. "Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan," kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu. "Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga," tambah beliau. PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008. Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya. Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu. "Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin. "Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu," kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi "bilik perang" kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan. Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi. Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka. Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. | ||||
Mahkamah tinggi perintah Perwaja bayar RM146.139 juta kepada Petronas Posted: 13 Jun 2013 03:35 AM PDT Hakim P.Nallini, yang membenarkan permohonan Petronas untuk penghakiman ringkas dalam kamar, juga memerintahkan Perwaja membayar faedah pasca penghakiman empat peratus setahun sehingga tarikh penyelesaian dan kos RM20,000. Nallini juga menolak tuntutan balas Perwaja atas alasan peruntukan dalam Akta Persaingan 2010 tidak boleh digunapakai dalam kes sekarang. Dalam penghakiman bertulis 47 halaman, Nallini berkata tidak ada isu berbangkit yang perlu dibicarakan. "Dalam permohonan itu saya mendapati tiada isu-isu serius untuk dibicarakan. Saya membuat kesimpulan bahawa penyusunan interim masih sah dan wujud melepasi 29 Jan 2012. Ia masih boleh terus diguna pakai," katanya. Nallini juga berkata latar belakang fakta kes ini tidak rumit sehingga memerlukan testimoni lisan. "Ia adalah semata-mata tuntutan untuk hutang yang kena dibayar dan terhutang untuk bekalan gas kering, bekalan yang tidak dipertikai," katanya. Petronas memfailkan saman terhadap Perwaja Steel pada 18 Jan berhubung kegagalan syarikat pengeluar keluli itu menjelaskan bayaran bagi gas yang dibekalkan ke lojinya di Kemaman, Terengganu. Dalam pernyataan tuntutannya, Petronas menuntut RM146.139 juta sehingga 31 Dis 2012, faedah berjumlah RM10.313 juta sehingga 10 Jan tahun ini selain faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. — Bernama | ||||
SPAD akan kaji permintaan naik tambang bas 30 peratus Posted: 13 Jun 2013 03:33 AM PDT Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata keputusan mengenainya akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri. "Kita akan kaji. Banyak mana? Itu kita akan timbang," kata Syed Hamid kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2013 di Seri Kembangan, dekat sini hari ini. Beliau diminta mengulas persetujuan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) supaya kerajaan menaikkan tambang bas bagi mengelakkan syarikat terbabit mengalami kerugian sehingga terpaksa menamatkan operasi. Namun, Syed Hamid berkata pengusaha syarikat bas perlu seiring dengan SPAD dalam mencapai objektif untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada orang awam. "Mereka memberi pandangan dan kita juga memberikan pandangan bagi mencari jalan terbaik untuk orang ramai," katanya. Syed Hamid juga berkata kerajaan memahami kehendak mereka yang ingin menaikkan tambang bas, namun mereka tidak seharusnya membuat sesuatu tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Katanya kerajaan selama ini membenarkan pengusaha syarikat bas mengenakan caj tambahan sebanyak 10 peratus apabila tiba musim perayaan bagi membantu syarikat berkenaan. "Masa nak balik, bas mereka penuh. Tapi lepas perayaan, bas mereka kosong. Mereka perlu juga menanggung kos bawa pulang bas kosong. Dan ketika ini kita benarkan mereka kenakan surcaj 10 peratus itu," katanya. — Bernama | ||||
Tukar sistem pilihanraya, bukan jadi republik Posted: 13 Jun 2013 03:29 AM PDT Oleh Subky Latif Jika Pakatan Rakyat selepas PRU13 banyak bercakap tentang polemik betapa wajarnya difikirkan mengubah sistem pilihanraya yang memberi kemenangan kepada undi popular, bukanlah ia menganjurkan supaya ditukar sistem pemerintahan beraja kepada pemerintah republik. Yang menyebabkan ada orang terkeliru konon Pakatan Rakyat mahukan republik adalah sakatan pemimpin-pemimpin Umno yang menempelak Pakatan Rakyat kalau sudah suka sangat dengan sistem pilihan raya yang memberi keamenangan kepada undi populer, maka pergilah pindah ke mana-mana negara republik. Jangan tinggal lagi di Malaysia yang memakai sistesm beraja dan kemenangan pilihan raya ditentukan oleh banyak kerusi yang diperolehi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, bukan didasarkan kepada jumlah undi terbanyak pada keseluruhannya. Dalam PRU13 lalu, Pakatan Rakyat setelah merasa yakin ia ditipu berjaya mendapat sekitar 51 peratus undi popular sedang BN hanya beroleh kurang dari 48 peratus. Kalau ia menang pula disekitar 30 kerusi lagi yang dikatakan ditipu, maka tentulah undi popular itu lebih dari 51 peratus. Atas andaian itu, maka Pakatan Rakyat mengira ia telah menang dan ia sepatutnya berkuasa kerana ia memenangi undi popular. Kerana itulah ia bercakap supaya sistem pilihan raya itu ditukar, jangan lagi menggunakan sistem yang diguna di Britain seperti yang berjalan di negara ini sejak sebelum merdeka. Sistem pilihan raya itu jadi begitu bukan kerana ia berada di bawah sistem beraja. Tidaklah sistem republik saja yang memakai sistem undi populer itu. Negara beraja dan negara republik boleh menentukan sistem yang mereka suka. Pakatan Rakyat mahu mengubah sistem piliihan raya saja. Ia tidak pernah terfikir untuk menjadikan Malaysia sebuah republik. Yang menjadikan sebuah negara itu berdaulat dan maju, bukan kerana sistem yang digunakannya. Tetapi ialah bersih, adil, tidak ra suah dan kecekapan pimpinannya. Jika dibandingkan Malaysia yang memakai sistem beraja, didapati setakat ini, ia lebih teratur dari Filipina dan Indonesia yang menggunakan sistem republik. Indonesia lebih dulu merdeka dari Malaysia. Demikian juga Filipina. Tetapi dalam beberapa hal Malaysia ke depan dari dua republik itu. Malaysia tidak menghantar rakyatnya menjadi buruh di Filipina dan Indonesia. Sebaliknya pekerja dari kedua-dua republik itu yang datang bekerja di Malaysia. Jika kita katakan negara beraja itu lebih maju dari negara republik, maka tidaklah semesatinya betul. Kampuchea sebuah negara beraja. Tetapi ia tidaklah lebih maju dari Republik Vietnam. Bahkan Vietnam sekarang adalah bergerak maju untuk bersaing dengan Thailand dan Malaysia, dua buah negara beraja di Asia Tenggara dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain. Ketika Malasia dan Thailand mula merancang pembangunan ekonominya, Vietnam masih berperang menentang pencerobohan Amerika. Tetapi setelah perang tamat, ia merancang pembangunan ekonominya, bukan mustahil ia muncul sebagai negara ASEAN yang beerlumba sama maju dengan Malaysia dan Thailand yang beraja. Oeh hal yang demikian Pakatan Rakyat tidak sedia terjebak dalam polemik sensitif mengenai sistem beraja dan sistem republik. Selagi raja tidak mencampuri urusan politik seperti Maharaja Jepun, Raja Thailand dan Ratu di Britain tiada ada keperluan bagi Pakatan Rakyat untuk menyentuh kedudukan raja-rajanya. Yang Pakatan beri perhatian ialah untuk merombak sistem pillihan raya supaya ia menjamin kemahuan rakyat tidak disia-siakan. | ||||
Ayuh Sertai Aksi 'Flashmob' Sabtu Ini di Jalan TAR Kuala Lumpur Posted: 13 Jun 2013 03:23 AM PDT Oleh Azmir Hj Mustaffa Penyelaras SAMM Wilayah Gabungan #SuaraRakyat505 di atas inisiatif SAMM Wilayah Persekutuan akan mengadakan sebuah aksi 'flashmob' di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) pada hari Sabtu ini, bersamaan 15 Jun 2013. Aksi tersebut bermula jam 2 petang bersempena seminggu menjelang perhimpunan rakyat KL22Jun yang bakal berlangsung pada hari Sabtu berikutnya. Beberapa lokasi di sepanjang Jalan TAR telah dikenalpasti sebagai 'hotspot' antaranya ialah persimpangan Sogo, persimpangan Maju Junction dan juga persimpangan Jalan Tun Perak yang berhampiran Dataran Merdeka. Bagi meneruskan momentum kebangkitan rakyat melawan penipuan SPR pada PRU yang lalu dan menggandakan mobilisasi ke arah himpunan terpenting 22 Jun di Padang Merbok, aksi flashmob berskala besar wajar menjadi cetusan awal. Ia khususnya untuk memastikan warga ibukota yang rata-ratanya menolak pemerintah korup Barisan Nasional menyertai aksi lebih besar pada 22 Jun nanti sebagai tuan rumah yang menyambut kehadiran ratusan ribu rakyat Malaysia dari seluruh negara. Justeru itu, SAMM Wilayah bersama NGO #SuaraRakyat505 menyeru orang ramai turut menyertai aksi 'flashmob' ini. Turut bersama dalam penganjuran ini ialah terdiri daripada kumpulan mahasiswa SMM, Gerakan ABU, NGO Kill The Bill, JERIT, dan beberapa kumpulan aktivis rakyat. Selain daripada plakad yang disedia penganjur, orang ramai juga digalakkan hadir dengan membawa plakad sendiri di atas kretiviti masing-masing. Ayuh, 15 Jun tarikh yang sesuai untuk aksi pemanas badan dalam usaha membangkit keghairahan rakyat bagi merebut demokrasi yang digelapkan. Untuk aksi flashmob ini juga, barisan peguam rakyat turut bersedia sekiranya berlaku penangkapan yang tidak diduga kerana regim yang panik selalunya bertindak gopoh dan terburu-buru. | ||||
Tindakan Nazir menggoyangkan lagi kedudukan Najib Posted: 13 Jun 2013 12:32 AM PDT Shahbudin Husin Minggu ini merupakan minggu yang menyesakkan nafas Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Bermula dengan berita pertemuan beberapa Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dengan Tengku Razaleigh Hamzah berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap layanan Najib Razak dari segi pengagihan kerusi kabinet, ia kemudian bertambah marak dengan tindakan adik Najib, Nazir yang menyokong kecaman CEO Air Asia X, Azran Osman Rani terhadap Utusan yang didakwanya mengamalkkan sikap perkauman dalam pemberitaannya. Sebelum itu pula panas seketika dengan isu sama jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertandingkan atau tidak. Sementara golongan pengampu dan pembodek terus menyarankan agar Najib dikekalkan, beberapa pemimpin lain pula menunjukkan keterbukaannya. Antaranya Hishammuddin dan Adnan Yaakob yang tidak bersetuju sekatan pertandingan dilakukan. Arus di bawah atau di peringkat akar umbi pula jelas mahukan adanya pertandingan kerana 146,500 yang diumumkan sebagai kelompok yang boleh memilih kepimpinan UMNO kali ini sudah tidak sabar lagi berbuat demikian. Muhyiddin yang disebut-sebut bakal mencabar Najib selaku Presiden UMNO pula, masih lagi bermain dengan teka-teki. Di sebalik Daim dan Zainuddin Maidin, dua bekas menteri yang dilihat mula menyerang Najib berikutan keputusan buruk PRU 13 dan Mahathir yang tiba-tiba menulis dalam blognya mengenai perbezaan UMNO dulu dan sekarang serta mendedahkan pelbagai keburukan UMNO yang dilihatnya sedang berleluasa, Muhyiddin pula menyatakan akan menyatakan pendirian politiknya sama ada bertanding atau tidak, di waktu yang sesuai nanti. Walaupun Muhyiddin dilihat cuba mengambil jalan tengah ketika ini, tetapi ia dalam masa yang sama terus meresahkan Najib. Ia memberi gambaran bahawa Muhyiddin mungkin bertanding mencabarnya dalam pemilihan nanti. Jika Muhyiddin sekadar mahu mempertahankan jawatannya saja, sudah tentu beliau berterus sekarang ini. Sikap Muhyiddin itu membayangkan keinginann yang lebih untuk bertanding berbanding mengekalkan jawatannya. Di dalam UMNO sekarang ini, dua pencabar yang disebut-sebut bakal bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan hujung tahun ini ialah Muhyiddin dan Tengku Razaleigh. Keinginan ahli UMNO dan Ahli- Ahli Parlimen juga terarah kepada keduanya. Tengku Razaleigh diinginkan kerana pengalaman, kewibawaan dan peribadinya yang bersih. Kesediaan beberapa Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak meluahkan perasaan terhadapnya adalah gambaran keyakinan yang tinggi terhadapnya. Di dalam UMNO pula sokongan dan minat ramai terhadapnya masih boleh dirasakan getarnya. Muhyiddin pula kerana beliau sekarang merupakan orang nombor 2 dalam parti dan kerajaan dan biasanya kedudukan itu memang terdedah kepada penonjolan untuk menjadi orang nombor 1 pula. Dalam isu yang melibatkan Nazir, adik Najib ini, nama Ku Li tidak dapat dipisahkan daripadanya. Nazir bermula dengan Bank Of Commerce yang kemudian menelan Bank Bumiputra, lalu menjadi CIMB Bank. Kariernya bergerak seiring dengan peningkatan kerjaya politik Najib. Tetapi Bank Of Commerce asalnya adalah Ban Chiang Bank yang dipunyai oleh seorang tauke daripada Sarawak. Bank itu kemudian dibeli oleh Tengku Razaleigh dan atas permintaan Tun Razak, ia kemudian menjadi milik UMNO dengan diletakkan dibawah Fleet Group. Selepas UMNO haram, ia bertukar nama menjadi Bank Of Commerce. Bank Bumiputra pula adalah bank yang ditubuhkan oleh Tun Razak berdasarkan kehendak Kongres Ekonomi Bumiputera yang yang pertama dan Tengku Razaleigh adalah pengasas serta penerajunya yang pertama. Dengan memahami bagaimana Nazir boleh berada di kedudukannya sekarang yang asasnya adalah sebagai bank untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu dan dilaporkan memperolehi pendapatan bulanan RM1.2 juta, tentulah sukar bagi sesiapa juga menerima sikapnya yang seperti kacang lupakan kulit itu. Muhyiddin pula, walaupun masih dilihat berteka-teki sama ada mahu bertanding atau tidak, tetapi terus menunjukkan sikap perbezaannya dengan Najib. Sementara Najib dilihat terus dengan sikap lembut dan mahu menagih sokongan pengundi Cina, Muhyiddin pula baru-baru ini menegaskan bahawa kerajaan akan memberi perhatian yang lebih kepada kelompok yang telah menyokong BN dalam pilihanraya lalu. Tidak diragui lagi, sasaran keutamaan Muhyiddin ialah orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Ini jelas berbeza dengan sikap dan pendirian Najib yang memuja pelakon Michelle Yeoh dengan memberinya gelaran Tan Sri serta melantiknya sebagai mentor program 1M4U walaupun seruannya dalam kempen untuk BN ternyata gagal. Dan tindakan adiknya, Nazir yang kini CEO CIMB Bank menyokong Azran dalam isu serangannya terhadap Utusan dan dakwaan perkauman, jelas menggambarkan keterbukaan dan semangat Kemelayuan yang sedang cuba dibawa oleh kedua-dua anak Tun Razak itu. Sikapnya yang ditunjukkan Nazir ini, lebih-lebih lagi menjelang pemilihan UMNO tentunya memberi ruang kepada pertikaian yang lebih meluas terhadap kepimpinan Najib. Isu Nazir akan terus dijadikan modal untuk menyerangnya. Hari ini, Zainuddin Maidin sekali lagi muncul menyerang Nazir dan mengaitkannya dengan Najib. Blogger dan pengendali laman sosial pro UMNO juga turut menyerang Nazir berikutan sikapnya itu. Selepas ini pastinya lebih ramai lagi yang berbuat demikian atas tujuan mempertahankan semangat Melayu mereka serta menempelak Nazir yang lupa diri itu. Dalam masa yang sama, kedudukan Najib akan terus digoncang oleh isu Nazir ini dan pertandingan untuk jawatan Presiden UMNO mungkin tidak boleh dielakkan lagi. Menukar Najib sudah menjadi suatu kemestian kerana UMNO memerlukan pemimpin yang mempunyai semangat Melayu tulin sebagai penerajunya. | ||||
Kempen ‘perangi jenayah’ Najib sia-sia, Pua gesa penstrukturan PDRM Posted: 13 Jun 2013 12:24 AM PDT Pua berkata beberapa insiden jenayah yang berlaku ditempat terbuka sekitar Lembah Kelang serta sudah merebak ke beberapa kawasan lain membuktikan program tersebut sebagai satu usaha yang sia-sia, malahan penjenayah tersebut masih bebas dan belum lagi dapat diberkas. "Sejak dua malam lalu, sudah ada dua insiden rompakan kumpulan bersenjata berlalu di tempat terbuka di restoran di Kepong, Cheras dan Kajang setiap malam," kata Pua dalam satu kenyataan media hari ini. "Dimanakah yang dikatakan 'memerangi jenayah'?" Setiausaha Publisiti DAP tersebut kemudiaan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk melaksanakan penstrukturan semula dengan memberi fokus kepada menangani kes jenayah disamping melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) jika benar-benar serius untuk mengurangkan jenayah. "Jika Perdana Menteri dan IGP baru serius untuk memerangi jenayah ini, mereka mesti melaksanakan dua perkara iaitu penstrukturan pasukan polis dan menubuhkan IPCMC," kata Pua. Walau bagaimanapun, Pua menekankan penstrukturan polis lebih memberikan kesan yang lebih efektif terutamanya dengan meningkatkan jumlah anggota pegawai penyiasat seperti yang dicadangkan dalam suruhanjaya inkuiri diraja (RCI) pada 2005 untuk membanteras jenayah-jenayah yang berlaku diseluruh negara. "Sejak lapan tahun lalu, jabatan penyiasatan jenayah (CID) merangkumi hanya 9 peratus daripada pasukan polis, ia tidak berubah sejak dahulu lagi. "Jumlah ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan 41 peratus anggota polis yang menjalankan kerja pengurusan dan 31 peratus lagi ditugaskan Pasukan Simpanan Persekutuan," tambah Pua lagi, yang juga menggesa 20,000 anggota polis beruniform yang berada dalam pejabat supaya ditugaskan menjalankan kerja luar. Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus. Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah. Kes terbaru yang mendapat perhatian awam adalah tentang pembunuhan dan percubaaan merompak terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing pada April lalu yang mengundang rasa marah dan sedih ke atas pemergian wanita tersebut. Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam. MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah, mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan dari Januari hingga Oktober 2011. Pihak polis walau bagaimanapun menafikan melakukan memanipulasi angka jenayah negara. | ||||
Pakatan namakan bekas hakim Speaker Dewan Rakyat Posted: 12 Jun 2013 10:30 PM PDT
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara bersetuju menamakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman (gambar) sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Parlimen Ketiga Belas. Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penamaan Abdul Kadir itu telah dikemukakan atas nama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Menteri Besar Negeri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai mewakili pendirian PR pada 10 Jun lalu. Katanya, satu pemberitahu bersurat mengenai penamaan itu telah dikemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 4(1). Beliau dalam kenyataan menyatakan, PR bertegas bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat. Menurutnya lagi, Abdul Kadir memenuhi semua kriteria yg selayaknya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. "Beliau telah menabur bakti kepada negara selama lebih 50 tahun dalam pelbagai Jabatan, Kementerian, Negeri, Suruhanjaya, Kehakiman dan Majlis Diraja Negeri," ujarnya. Abdul Kadir bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 Mac 2006. Kemudiannya dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai kematian Teoh Beng Hock, anggota Jawatankuasa Eksekutif Transformasi SPRM dan Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu. "PR berkeyakinan penuh bahawa pemilihan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua akan meningkatkan lagi penghormatan rakyat terhadap institusi Parlimen dan melonjakkan kewibawaannya di persada antarabangsa," kata Anwar lagi. | ||||
Kes dakwat cukup untuk pemimpin SPR letak jawatan Posted: 12 Jun 2013 10:08 PM PDT
KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya meletakkan jawatan jika mereka bermaruah hanya kerana satu kes sahaja iaitu dakwat kekal yang tidak kekal, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. (Dua pemimpin utama SPR yang didesak meletak jawatan tetapi menolaknya) "Ketika semakin kuat keyakinan rakyat bahawa pilihan raya umum yang lepas dicemari penipuan, pemimpin-pemimpin SPR sepatutnya meletakkan jawatan jika mereka bermaruah," kata beliau ketika mempertikaikan sikap Pengerusi SPR yang berkeras bahawa pemimpin-pemimpin suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini. Amat malang, kata Salahuddin, apabila pemimpin-pemimpin SPR itu bukan sahaja enggan mengambil tindakan bermaruah dan meletak jawatan, malah mereka memilih untuk menyerang rakyat yang tidak dapat menerima pilihan raya 5 Mei lalu sebagai pilihan raya yang adil dan bersih. Beliau berkata, keyakinan rakyat bahawa pilihan raya tersebut sebagai pilihan raya penuh penipuan bukan dibuat berdasarkan imaginasi mereka malah berdasarkan begitu banyak laporan polis yang dibuat serta pelbagai pendedahan demi pendedahan yang tidak dijawab dengan meyakinkan oleh SPR. "Ambil contoh yang paling mudah, iaitu isu kandungan bahan kimia dalam dakwat yang didakwa kekal yang mengakibatkan pertelagahan antara SPR dengan Menteri Kesihatan "Apa yang berlaku itu menyebabkan rakyat semakin yakin bahawa pilihan raya umum lalu penuh dengan penipuan," kata Salahuddin (gambar). Beliau berkata, dalam pertelagahan itu, rakyat sudah pun melihat pemimpin-pemimpin SPR tidak lagi bermaruah apabila Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam sendiri enggan mengakui pihaknya mengeluarkan laporan keselamatan yang memberi amaran mengenai risiko kesihatan yang timbul daripada kandungan lebih satu peratus argentum nitrat dalam dakwat yang didakwa kekal itu. "Kalau menteri dari Barisan Nasional (BN) sendiri memberikan kenyataan yang menyebabkan SPR dilihat berbohong dan menipu, bagaimana rakyat hendak mempercayai pilihan raya lepas bersih dari penipuan dan ketidakadilan?" beliau mempersoalkan. Subramaniam berkata, kementeriannya tidak pernah menyediakan sebarang laporan kesihatan berhubung dakwat kekal dan SPR juga tidak pernah meminta Kementerian Kesihatan berbuat demikian. Memburukkan lagi keadaan, kata Salahuddin, apabila SPR membisu seribu bahasa setelah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengemukakan surat yang didakwa dihantar oleh Kementerian Kesihatan itu. Aziz sebelum itu mendakwa Kementerian Kesihatan mengeluarkan laporan keselamatan mengenai dakwat kekal. | ||||
Zuraida: 'Kami akan angkat sumpah 24 Jun ini' Posted: 12 Jun 2013 10:04 PM PDT SHAH ALAM - Beberapa pemimpin PKR menyatakan pendirian akan tetap mengangkat sumpah ahli Parlimen walaupun parti tersebut sebelum ini dilaporkan mahu memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat penggal ke-13 pada 24 Jun ini. Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau akan tetap mengangkat sumpah dan tidak akan memboikot majlis angkat sumpah ahli Dewan Rakyat tersebut. "Kami akan mengangkat sumpah, kerana jika tidak berbuat demikian kami tidak boleh berbahas. Biro Politik akan membuat keputusan mengenai bilakah tarikh angkat sumpah tersebut," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa mana-mana ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat 24 Jun ini tanpa alasan munasabah dan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh itu boleh dilucut atau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mengikut Perkara 59 (1) Perlembagaan. Beliau berkata, tindakan tidak hadir dalam majlis angkat sumpah dengan sengaja itu sebagai penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, Parlimen dan semua institusi berkenaan. Parlimen juga akan menentukan tindakan lain bersabit kesalahan tersebut. Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, setakat ini, beliau masih berpendirian akan mengangkat sumpah selaku ahli Dewan Rakyat. "Sama ada angkat sumpah 24 Jun atau selepas itu masih belum ditentukan. Kami merujuk perintah tetap yang membolehkan angkat sumpah dalam tempoh enam bulan," katanya. Sebelum ini, pada Majlis Taklimat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat ke-13 yang diadakan kelmarin, hanya seorang ahli Parlimen pembangkang yang hadir, iaitu Ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa. | ||||
Rafizi: Tak perlu layan puteri Umno Posted: 12 Jun 2013 09:59 PM PDT PETALING JAYA - PR tidak perlu melayan cadangan ketua puteri Umno supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diberi peluang mengetuai pembangkang susulan tindakannya memboikot Majlis Taklimat Parlimen kelmarin. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata Umno-BN tidak berhak mencampuri hal tersebut susulan pemilihan jawatan ketua pembangkang itu perlu mendapat persetujuan majoriti ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat nanti. "Saya rasa kenyataan itu kebudak-budakan yang tidak padan dengan kedudukan seorang ketua puteri Umno. "Lagi pun dia perlu jaga soal dalaman Umno dulu, yang lagi banyak bergolak ialah soal dalaman Umno. "Siapa yang kita lantik sebagai ketua Parlimen PR di Dewan Rakyat nanti, adalah keputusan yang dibuat oleh ketiga-tiga parti dan wakil rakyat kita, tidak ada kena mengena dengan dia," katanya kepada Sinar Harian Online di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas gesaan ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin supaya pembangkang melantik ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa sebagai ketua pembangkang susulan tindakannya yang menghadiri majlis taklimat tersebut sekali gus dilihat lebih bertanggungjawab. Teck Hwa kelmarin satu-satunya ahli Parlimen pembangkang yang hadir pada sesi taklimat selama lebih dua jam itu kerana merasakan ia majlis yang penting kepada dirinya. Beberapa jam selepas memberi kenyataan itu, beliau meminta maaf kepada partinya, DAP kerana hadir ke majlis itu dan tidak meneliti mesej dan arahan supaya semua ahli Parlimen pembangkang memulaukannya. Tindakan Teck Hwa itu mendapat pujian banyak pihak. | ||||
Azmin: PKR tidak boikot majlis angkat sumpah Posted: 12 Jun 2013 09:55 PM PDT SHAH ALAM - PKR tidak berhasrat memboikot majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat seperti mana yang digembar-gemburkan oleh media sebelum ini. Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali mendakwa ia hanyalah spekulasi semata-mata dan pihaknya menafikan khabar angin itu walhal tindakan boikot itu hanyalah taklimat Parlimen pada 11 Jun lalu sahaja. "Saya ingin menyatakan bahawa PKR tidak pernah memutuskan untuk memulaukan majlis angkat sumpah. "PKR dan PR hanya memutuskan supaya memboikot taklimat Parlimen pada 11 Jun lalu. "Boikot yang telah dijalankan sebagai protes berprinsip terhadap penipuan besar yang dilakukan oleh BN dalam PRU13 lalu," dakwanya yang dipetik dari media sosial Facebook (FB) PKR, malam tadi. Beliau yang dipetik berkata, semua ahli parlimen PKR akan menghadiri majlis angkat sumpah itu dan berikrar akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan sebaik mungkin setelah dipilih rakyat pada PRU13, 5 Mei lalu. | ||||
Bekas Adun dilantik Speaker Dun Kelantan Posted: 12 Jun 2013 09:47 PM PDT
KOTA BHARU: Bekas Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Ya'kub hari ini mengangkut sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang baru. Manakala Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Speaker. Nama kedua-duanya dicadangkan oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. Majlis angkat sumpah itu bermula jam 9 pagi dengan bacaan doa diketuai Setiausaha Dewan, Muhammed Imran Mansoor. Kemudian Abdullah mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan sebagai anggota tambahan Dun Kelantan. Beliau kemudian mengambil tempat di kerusi Speaker selepas dipakai jubah khas dan songkok oleh Menteri Besar. Diikuti pula Abdul Latiff mengangkat sumpah dan dipakai jubah khas sebagai Timbalan Speaker. Imran turut memberitahu pihaknya sebelum ini telah menerima perakuan untuk berkhidmat sebagai Speaker daripada Abdullah. "Cadangan perbahasan pemilihan Speaker juga tidak dibenarkan selepas pihak Dewan hanya menerima seorang sahaja calon," katanya. Selepas itu majlis angkat sumpah ahli-ahli Dewan dimulakan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan anggota-anggota Exco. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS-Chempaka) mendahului mengangkat sumpah bagi penyokong kerajaan, manakala Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) pembangkang. Zulkifli Ali (BN-Selising) merupakan ahli Dewan terakhir mengangkat sumpah hari ini. Bagaimanapun sebelum itu Speaker mengumumkan tiga ahli Dewan tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mereka iaitu Datuk Husam Musa (PAS-Salor), Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Wakaf Bharu) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas). Abdullah turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri di atas penghormatan diberi sehingga dilantik sebagai Speaker. "Oleh itu saya berharap mendapat kerjasama sepenuh ahli-ahli Dewan bagi melancarkan perjalanan persidangan setiap kali diadakan," katanya. Turut menyaksikan majlis bersejarah itu anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. | ||||
Posted: 12 Jun 2013 09:46 PM PDT KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menghentikan pembangunan kediaman mewah di ibu kota, bagi memberi ruang membina sebanyak mungkin perumahan mampu milik di lokasi lebih strategik untuk dimiliki oleh warga kota khususnya golongan muda berkeluarga. Pembangunan di ibu negara kini juga dilihat sudah mencapai tahap selesa, justeru pembinaan rumah buat warga kota perlu menjadi fokus dan agenda utama kerajaan biarpun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan ratusan juta ringgit untuk membeli tanah milik swasta demi mencapai matlamat itu. Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata, sudah tiba masanya perkara itu diberi perhatian serius oleh pihak yang mempunyai kuasa eksekutif, jika tidak mahu berdepan 'kehilangan' tenaga kerja muda yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi bandar. Menurutnya, ini kerana, ketidakmampuan golongan itu memiliki rumah di Kuala Lumpur, ditambah pula dengan caj sewa mahal, membuatkan mereka terpaksa tinggal di pinggir bandar dan memaksa mereka menanggung kos perjalanan tinggi. "Kita faham, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ada rancangan pembangunan bandar, begitu juga dengan sektor swasta yang ada rancangan membangunkan tanah mereka berlandaskan keuntungan. Jadi, tidak boleh memaksa mereka bina rumah kos rendah dan mampu milik. Kerana itu, kerajaan perlu keluar belanja beli tanah mereka untuk tujuan itu. "Tanah-tanah DBKL yang masih ada mungkin tidak strategik untuk tujuan itu kerana ia perlu dilengkapi dengan akses pengangkutan awam untuk memberi kemudahan kepada golongan yang berpendapatan sederhana ini," katanya ketika sesi temu bual secara langsung menerusi segmen 'Kopi O Biskut Kering' di saluran radio internet, Urban Youth FM - Suara Belia Bandar, kelmarin. Menurutnya, meskipun DBKL menyediakan perumahan dengan kadar sewa rendah, peluang untuk golongan tersebut memperolehnya amat tipis berikutan kuantiti unitnya kini amat terhad dan tidak mencukupi. Katanya, keadaan itu boleh diatasi dengan DBKL membuat bancian semula terhadap golongan penyewa yang sudah menetap sekian lama, untuk diteliti kembali kelayakan mereka. "Perumahan seumpama ini dibina untuk golongan yang berpendapatan rendah. Jadi peluang dalam tempoh lima tahun misalnya telah diberikan untuk mereka membina kehidupan kerana tidak mampu menyewa di luar. Selepas 10 tahun, tentunya ada yang sudah berkemampuan. Jadi DBKL perlu nasihatkan mereka ini untuk keluar. "Beri peluang kepada warga kota lain yang tidak mampu untuk bina hidup mereka," katanya. Johari menambah, beliau sentiasa tekankan kepada kerajaan berhubung perkara-perkara berkenaan, malah sejak lebih dua tahun lalu apabila diberi mandat memangku kepimpinan BN Titiwangsa. "Kerana itu, sejak saya ambil alih BN Titiwangsa, sepengetahuan saya, tiada tanah dalam kawasan parlimen ini yang diluluskan DBKL untuk pembinaan kediaman mewah. "Untuk pembangunan Kampung Baru juga saya akan pastikan, jangan sampai pemilik tanah tidak duduk di situ, kerana ia penting untuk mempertahankan hak mereka," katanya. | ||||
Petisyen satu proses demokrasi penting Posted: 12 Jun 2013 09:44 PM PDT SHAH ALAM - Sungguhpun petisyen PRU13 akan memakan masa, penganalisis politik berpandangan ia tetap sebahagian proses demokrasi yang sangat penting. Menurut Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat, ia penting untuk menjawab ketidakpuasan yang telah dikemukakan parti politik bertanding pada PRU lalu. Katanya, dalam proses tersebut, ia akan mendedahkan sesuatu sama ada tuduhan yang dilemparkan adalah kebenaran atau sebaliknya. "Apabila kedua-dua pihak kemukakan petisyen, ini menjelaskan penipuan tidak hanya berlaku di pihak mereka sahaja. Ini proses demokrasi yang akan ambil masa, tetapi setiap keputusan perlulah diterima secara terbuka oleh pihak-pihak terbabit bukan secara bantahan atau demo jalanan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Jelas Shamsul, perkara (petisyen) ini perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan di Mahkamah Tinggi, selepas itu boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan, jadi semuanya perlu diselesaikan dalam tempoh setahun. Katanya, jika petisyen yang dikemukakan itu gagal berserta dengan bukti, besar kemungkinan ia akan ditolak pada peringkat awal lagi. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang- undang dan peraturan pilihan raya. | ||||
Posted: 12 Jun 2013 09:43 PM PDT KUALA LIPIS - Fosil cangkerang dipercayai berusia 260 juta tahun ditemui di kawasan Sungai Yu, Merapoh. Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) Ahmad Rosli Othman berkata, fosil cangkerang itu ditemui pada batuan di sepanjang jalan raya yang sedang dalam pembinaan menghubungkan Kuala Lipis ke Merapoh. Menurutnya, fosil cangkerang tersebut yang ditemui dalam pelapisan batu lumpur adalah daripada jenis 'brakiopoda' yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek. "Fosil ini lebih tua usianya berbanding fosil di Taman Emas, Lipis yang berusia 230 juta tahun ditemui pada 2011. "Antara spesies brakiopoda dikenal pasti ialah Leptodus sp; Transennatia sp dan Spyridiophora sp," katanya. Ahmad Rosli yang juga penyelidik dari Lestari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kira-kira 250 hingga 260 juta tahun lalu, kawasan Merapoh dipercayai berada di dasar lautan dan kawasan itu menjadi tempat kehidupan laut purba yang primitif. Menurutnya, haiwan primitif terbabit hidup berenang bebas di dasar lautan yang agak dalam dan beriklim panas. "Hidupan ini mati dan kemudiannya tertimbus oleh enapan sedimen dan kekal terawet menjadi batu untuk beratus juta tahun lamanya. "Proses geologi mengangkat dasar laut timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang kita lihat pada hari ini," katanya. Menurutnya, fosil cangkerang seperti itu turut ditemui di Padang Tengku; Aring; Sg Bera serta Felda Mayam dan ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut juga pernah dilitupi lautan pada masa itu. "Fosil dapat menerangkan usia dan persekitaran di mana ia pernah wujud ratusan juta tahun lampau," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan