Khamis, 13 Jun 2013

Biaqpila

Biaqpila


TERKINI: STRUKTUR ATAS MENARA UMNO PENANG RUNTUH

Posted: 13 Jun 2013 05:41 AM PDT



Struktur  atas Bangunan Umno Penang runtuh



TUJUH pengguna jalan raya cedera termasuk dua parah dalam kejadian tiang penangkap kilat sepanjang 15 meter di Jalan Macalister, Georgetown runtuh selepas kejadian ribut pada jam 7.10 petang tadi. Tiang tersebut dipercayai terletak diatas Menara UMNO P.Pinang.

menyusul lagi.....















RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

DAHLA POTONG BARISAN,TUNJUK JARI TENGAH PULAK

Posted: 13 Jun 2013 01:43 AM PDT

Sikap dan kelakuan biadap di jalanraya adalah perkara biasa yang dapat kita jumpa terutamanya di bandar-bandar yang sibuk seperti Kuala Lumpur. Jenis pemandu yang biadap ini selalunya yang rendah ilmunya atau mungkin kurangnya kasih sayang dari ibu-bapa.

Dari email yang kami terima;

Assalamualaikum OhMedia, tadi pagi boss lama sy (bukan org malaysia dia mat salleh) ada pm sy tentang kejadian di tol pagi tadi kereta hitam WND 8315 ni memotong barisannya secara merbahaya tanpa memberi signal,boss sy ni pun hon la lepas pada tu si driver tu pun menunjuk signal F*** dia siap buka pintu lagi,polis report pun dah buat..untuk membuka mata saya pun nak share la,kalau tak senang boleh delete pun takpa..thank..

Kami paparkan gambar berikut bukan nak memalukan mana-mana pihak, tapi moga ini jadi pengajaran. Tindakan biadap anda kepada pengguna jalanraya lain akan ada yang memerhatikan.




Jadikanlah perkara ini sebagai pengajaran. Kalau dah salah tu, angkatlah tangan tanda minta maaf. Orang tengok pun sejuk hati. Ini dah lah salah, boleh tunjuk jari pula kat orang. Kalau orang tu ada pistol, dah lama mati kena tembak terus kat situ juga.
Jadilah pemandu yang berhemah. Sekian!
- Kredit to Ako's Bistro

ohtidak

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

MEDIA BERLESEN PUN KAKI TIPU.... APA CER???

Posted: 13 Jun 2013 12:04 AM PDT

DEY MACHA!!!
DEPA DOK KECOH MEDIA SOSIAL DAN BLOG
SEBAR MAKLUMAT PALSU
PASAI TAKDAK LESEN
SEDANGKAN DALAM MASA YANG SAMA
MEDIA BERLESEN PUN KAKI TIPU
JADI APA GUNANYA LESEN?
KAH! KAH! KAH!
Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.
"Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888," kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.
Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.
Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.
"Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308," kata pembuat kereta Perancis itu.
Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.
Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.
Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.
Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.
Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.
"Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.
Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza.

BETOI KA ZAHID HAMIDI KANTOI? MAI PAKAT TENGOK NI...

Posted: 12 Jun 2013 06:00 PM PDT

Zahid 'kantoi', kata Rafizi



PKR mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membelanjakan lebih RM2 juta, sepuluh kali ganda perbelanjaan yang ditetapkan untuk kempen di peringkat Parlimen, iaitu RM200,000, dalam pilihan raya umum lalu.

Parti itu memfailkan dua petisyen pilihan raya, mendakwan Zahid terlibat dalam pembelian undi dan berbelanja lebih dalam kempennya sebelum ini.

Dua petisyen itu merujuk kepada video yang dimuat naik oleh Zahid sendiri dalam laman rasmi, yang menyebut beliau merekrut 24,000 penyokong BN yang juga pengundi tempatan di Badan Datoh, sebagai pekerja kempen ketika bertanding kerusi Parlimen itu.

Beliau juga dalam video itu mengakui memberikan mereka RM100 dan 5kg beras setiap seorang.

"...dia kantoi," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

MK


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Tiada ulasan: