Khamis, 13 Jun 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Struktur Bangunan UMNO Pulau Pinang Runtuh

Posted: 13 Jun 2013 06:43 AM PDT




Ribut: Menara antena atas bangunan Umno tumbang

[MK] Ribut melanda Pulau Pinang lewat petang ini dan menumbangkan menara antena komunikasi di atas bumbung bangunan Umno negeri di Jalan Macalister.

Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 23 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pihak polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk segera mengambil langkah keselamatan.

Dalam kenyataan audio kepada media, Lim berkata setakat yang diketahui, hanya seorang yang cedera serius dan telah dihantar ke hospital.

Menurutnya, kira-kira tujuh buah kereta rosak dan beliau berharap tidak ada lagi mangsa terlibat.

Lim menggesa Umno negeri supaya segera membuka bangunan itu supaya tindakan segera yang boleh diambil untuk mengelakkan lebih bahagian bumbung jatuh.

Sementara itu, Bernama melaporkan angin kencang dan hujan lebat yang mengakibatkan tiang antena itu runtuh, telah mencederakan tujuh penguna jalan raya, dua daripadanya parah.

Menurut jurucakap Balai Bomba Lebuh Pantai, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori muatan tong gas rosak dalam kejadian lewat petang ini.

Katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.55 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian.

Sementara itu, ketika dihubungi, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata, beliau dimaklumkan bahawa antena di atas bangunan itu telah runtuh.

Beliau berharap tiada siapa yang cedera oleh kejadian itu.

Terdapat banyak pejabat di dalam bangunan itu dan pejabat Umno terletak di tingkat enam dan tujuh.

"Ia adalah satu kemalangan, satu bencana alam. Kami harap tiada siapa yang cedera," katanya.

Apabila diberitahu seseorang dipercayai cedera parah dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan, Shaik Hussein mendoakan agar beliau cepat sembuhn.

"Kami akan menilai situasi dan melihat apa yang perlu dilakukan," katanya.



Sumber gambar pelbagai. Terima kasih kepada empunya gambar.




Cerita Penemuan Makhluk Asing yang KANTOI

Posted: 13 Jun 2013 05:00 AM PDT



[HM] Shangdong: Seorang lelaki China dicop penipu selepas mendakwa menyimpan satu mayat makhluk asing di dalam petik sejuknya.

Li Kai mencetuskan kegamatan apabila memuat naik beberapa gambar yang didakwanya mayat makhluk asing itu.

Bagaimanapun, penipuannya itu terbongkar selepas polis melancarkan siasatan berhubung cerita luar biasanya.

Li, dari Binzhou di wilayah Shangdong menulis dengan panjang lebar di dalam Sino Weibo, laman seperti Facebook di China, mengenai penemuan luar biasanya. Dia menceritakan bagaimana dia menemui makhluk bintang Marikh selepas mengekori beberapa pesawat UFO sepanjang Sungai Kuning di China.

Dia mendakwa melihat lima makhluk asing itu, termasuk seorang yang terhempas ke tanah selepas terkena perangkap arnab bervoltan tinggi yang dipasangnya.

Li seterusnya berkata, dia mengambil mayat itu dan membawanya pulang serta menyimpannya dalam peti sejuk.


LI menunjukkan tempat dia menjumpai mayat makhluk asing.

Gambar itu menunjukkan wajah makhluk asing berkenaan dengan mata besar dan tangan yang kelihatan berurat serta sebungkus rokok merah pada tapak tangannya.

Gambar lain pula menunjukkan kaki makhluk itu diikat.

Bagaimanapun, kesangsian mengenai cerita Li itu timbul dan dia dipanggil oleh polis untuk disoal siasat.

Dia bertegas mendakwa ceritanya itu benar dan berkata ujian DNA membuktikan 'makhluk asing' itu memang datang ke bumi.

Li kemudian memberitahu pengikutnya bahawa polis menyekat berita itu dan mendesak supaya dia berdiam diri.

Bagaimanapun temberangnya terbongkar apabila polis mengumumkan penemuan menakutkan itu sebenarnya ialah 'makhluk asing' getah yang dibuat sendiri.

Polis Shandong semalam berkata, Li mengaku bahawa ceritanya itu palsu.

Menurut pegawai, lelaki itu membelanjakan lebih 120 yuan (RM65) untuk membuat 'makhluk asing' itu dengan getah dan bahan lain yang dibeli dari sebuah pasar tempatan berdekatan. - The Sun



[PANAS] A Kadir Jasin Dedah Cerita Agenda KERAJAAN PERPADUAN antara Melayu PAS-PKR-UMNO

Posted: 13 Jun 2013 01:04 AM PDT


[AKadirjasin] CERITA ketidakserasian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan Ahli Majlis Pimpinan Pusatnya, Abdul Khalid Ibrahim sudah basi.

Umum sudah tahu masalah antara Ketua Perhubungan PKR Selangor itu dengan Menteri Besar Selangor kerana telah berlaku secara terbuka.

Cerita Barisan Nasional diselamatkan oleh orang Melayu, Bumiputera dan luar bandar pada Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu pun sudah diketahui. Yang belum jelas ialah apa yang Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, akan buat untuk mereka.

Begitu juga cerita Parti Islam Se Malaysia (PAS) ditolak oleh penyokongnya sendiri kerana mengorbankan prinsip perjuangan – Negara Islam dan Hukum Hudud – apabila terlalu taasub dengan kerjasama dengan PKR dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Apa yang mungkin tidak diketahui umum dan sukar dipercayai ialah Umno, PAS dan sekelompok pemimpin PKR telah kehilangan peluang untuk menubuhkan "Kerajaan Perpaduan" di Selangor, Terengganu dan Kedah.

Di Selangor ia ada kaitan dengan permusuhan antara Azmin dan Abdul Khalid. Di Terengganu kerana kecenderungan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ke arah perpaduan Melayu dan Islam.

Di Selangor bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius. Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon Menteri Besar.

Di antara tiga parti itu, PAS adalah yang paling kuat di Selangor dengan menguasai 15 daripada 56 kerusi DUN, diikuti PKR 14 dan Umno 12. Daripada 14 Adun PKR, 10 adalah Melayu.

Tetapi peluang itu terlepas kerana pihak-pihak yang terbabit takut didedahkan dan tidak bersedia bertolak ansur mengenai calon Menteri Besar, kecuali Azmin yang dikatakan lebih terbuka.

Di Terengganu pula, kepemimpinan PAS negeri dikatakan berminat bekerjasama dengan Umno walaupun PAS hampir-hampir menewaskan Umno. Umno menang 17 kerusi DUN manakala PAS 14 dan PKR satu.

Di Kelantan pun angin perubahan dikatakan telah mula bertiup berikutan pengunduran diri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar dan digantikan oleh Ahmad Yakob.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom, telah melawat Kelantan dan menemui Ahmad(lihat di sini).

Hatta di Kedah pun ada cadangan supaya BN membawa masuk seorang Adun PAS menjadi Exco sebagai tanda persaudaraan dan perpaduan Melayu-Islam.

Tetapi pelung keemasan itu terlepas kerana BN, khasnya Umno, tidak mempunyai "operator" yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir dan kepemimpinan Umno tidak mahu bantuan luar.

Tanpa menolak persaingan politik dan perbezaan ideologi, adalah satu petanda baik bahawa kini muncul pemimpin tertentu dalam parti-parti yang mewakili atau yang mempunyai banyak penyokong Melayu-Islam yang mula memberikan perhatian serius kepada isu perpaduan Melayu-Islam.

Walaupun orang Melayu-Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi mereka lemah di segi ekonomi dan keputusan PRU13 menyebabkan mereka lemah juga di segi politik akibat perpecahan.

Kalau perbezaan politik dan perpecahan ini berlarutan hingga ke Parlimen dan DUN, masa depan orang Melayu, Bumiputera dan Islam akan lebih lemah dan terancam. Wallahualam



P/s: Kalau dahulu, selepas PRU12, agenda perpaduan ini hanya melibatkan PAS dan UMNO, kini selepas PRU13, sudah melibatkan Melayu PKR. Nama Azmin timbul dalam hal ini.

Agak mengejutkan, bukan?

Pengkhianatan terhadap semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat dengan memainkan sentimen Melayu dan Islam.

Kononnya!

Biarlah blogger lain yang memperincikan hal ini.

Dalam tulisan Pak Kadir tadi dinyatakan bahawa "Walaupun orang Melayu-Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi mereka lemah di segi ekonomi dan keputusan PRU13 menyebabkan mereka lemah juga di segi politik akibat perpecahan. Kalau perbezaan politik dan perpecahan ini berlarutan hingga ke Parlimen dan DUN, masa depan orang Melayu, Bumiputera dan Islam akan lebih lemah dan terancam."

Benarkah kuasa politik Melayu dan Islam terancam terutamanya di negeri yang diperintah PR? Cuba selidik faedah yang dinikmati oleh orang islam di Pulau Pinang. Adakah selama BN memerintah kuasa Melayu dan Islam tidak terancam? Bukankah Perlembagaan menjamin hak Melayu dan pemimpin bukan Melayu sendiri mempertahankan hak-hak tersebut.

Soalannya jika Melayu lemah dalam politik dan ekonomi, salah siapa?

Cuba hayati kata-kata Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir: "Kuasa sebenarnya di negara ini sejak Merdeka adalah di tangan pemimpin Bumiputera. Oleh itu, janganlah kita persalahkan orang Cina atau parti politik berasaskan kaum Cina di atas kegagalan pemimpin kita sendiri untuk meletakkan kedudukan sosioekonomi Bumiputera pada tempat yang seadil dan sepatutnya. Kita telah diberi masa lebih 50 tahun untuk melaksanakan tanggungjawab ini"

Siapa pula yang menjual maruah dan hak Melayu?

Cuba hayati kata-kata Ketua Pemuda PAS ini "Negara memiliki 3 juta hektar Rizab Tanah Melayu pada tahun 1957. Pada tahun 1995, Rizab Tanah Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. [ 1.3 juta hektar atau 43 % Rizab Tanah Melayu hilang dalam tempoh 38 tahun] Kini, pada tahun 2012, agaknya berapa hektar lagi Rizab Tanah Melayu yang tinggal? Mengapa kerajaan UMNO dan BN yang diamanahkan memimpin dan mentadbirkan negara tidak menjaga dan memeliharanya.?" 

Rasanya tidak perlu dijelaskan lagi.

Jadi perlukah Pas dan PKR berpadu dengan mereka kononnya untuk selamatkan Melayu dan Islam?


Derita Zakar Tegang Tanpa Henti Selama 8 Bulan

Posted: 12 Jun 2013 10:52 PM PDT


Metzgar (tengah)

[HM] Wilmington: Seorang pemandu trak menyaman seorang doktor selepas kemaluannya tegang selama lapan bulan dan kantung buah zakarnya membesar seperti bola tampar setelah menjalani pembedahan implan kemaluan.

Daniel Metzgar, 44, menjalani pembedahan itu pada 2009. Mahkamah Agung New Castle County di Wilmington, semalam diberitahu, pembedahan itu gagal dilakukan dengan sempurna.

Peguam pemandu trak itu, Michael C Heyden, memberitahu mahkamah, kegiatan harian Metzgar seperti menunggang motosikal atau mengambil surat khabar, menjadi masalah kerana kemaluannya yang sentiasa tegang.

Lelaki itu memasukkan tiga implan kemaluan boleh kembung dan ia dilakukan oleh Dr Thomas J Desperito.

Bagaimanapun, peguam pakar urologi itu yang menolak tuduhan bertanggungjawab terhadap masalah menimpa Metzgar berkata, kesan perubatan yang buruk boleh berlaku tanpa kesilapan sesiapa.

Mereka berkata, Metzgar sepatutnya menyedari kesilapan berlaku apabila kantung buah zakarnya membengkak sehingga sebesar bola tampar selepas pembedahan pada Disember 2009 itu.

Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai masalah itu sehingga April 2010.

Colleen D Shields yang mewakili Desperito memberitahu mahkamah, doktor itu menasihatkan pesakitnya menjalani pembedahan kedua empat bulan selepas pembedahan pertama mengeluarkan implan apabila dia mengadu berlaku jangkitan dan kemaluannya tegang berterusan.

Meskipun diberi amaran, Metzgar enggan bertindak sehingga beberapa bulan kemudian.

Kemaluan palsu itu akhirnya dikeluarkan pada 2010. Metzgar memberitahu mahkamah, dia terpaksa memencilkan diri dan mengelak majlis sosial kerana malu dengan kedudukan kemaluannya.

"Saya langsung tidak boleh menari dengan keadaan kemaluan yang tegang mencucuk teman saya," katanya.

Metzgar dan isteri, Donna, menuntut bayaran ganti rugi yang tidak disebut jumlah daripada Desperito dan kumpulan perubatannya. - DM


Puteri Kuwait TINGGALKAN Kemewahan Demi Nabi dan Agama

Posted: 12 Jun 2013 07:42 PM PDT



[HM] Bandar raya Kuwait: Seorang puteri Kuwait mengetepikan harta dan meninggalkan negara untuk kekal menetap di Arab Saudi bagi merasa dekat dengan makam Nabi Muhammad SAW, mengatakan ia menjadi impiannya sejak bertahun-tahun lamanya, lapor akhbar kelmarin.

Puteri Aisha Mubarak Al Sabah, ahli keluarga keluarga pemerintah negara teluk yang kaya dengan minyak itu berkata, dia mengucapkan selamat tinggal kepada rakyat Kuwait dalam satu kenyataan ringkas diterbitkan kebanyakan akhbar tempatan.

Aisha berkata, dia secara kekal meninggalkan Kuwait untuk menetap di bandar Madinah, di barat Arab Saudi, tempat di mana terletaknya makam Nabi.

"Selepas berserah kepada Allah, saya memutuskan untuk meninggalkan negara sendiri dan tinggal di Madinah agar dapat dekat dengan Nabi serta memenuhi impian yang menghantui diri selama bertahun-tahun," katanya.

Aisha berkata, dia sudah mendapatkan keizinan untuk meninggalkan negara itu daripada Emir Kuwait sendiri, Sheikh Sabah Al Ahmed Al Sabah.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Emir atas sokongan dan simpatinya serta berdoa kepada Allah agar menjadikan Madinah tempat tinggal saya sebagai bukti ketaatan dan tempat pengebumian saya kelak," katanya. - Gulf News


Harga Kereta: UTUSAN MALAYSIA Kantoi BESAR!

Posted: 12 Jun 2013 06:30 PM PDT



[TMI] KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.

Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.

"Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888," kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.

Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.

Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.

"Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308," kata pembuat kereta Perancis itu.

Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.

Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187. 

Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.

Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.

Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.

"Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.

Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza.


P/s: Cuba  lihat surat di bawah ini:



1Malaysia kena KENCING!!!





[PANAS] Pemilik Blog, Tangkap Gambar Cantik-cantik, Letak Biodata Sekali dalam Blog...Mengapa? Baca!

Posted: 12 Jun 2013 05:23 PM PDT



[HM] Kuala Lumpur: "Tiada lagi penulis 'anonymous' dalam media sosial sama ada blog atau portal dibenarkan seperti yang ada sekarang ini apabila kerajaan menguatkuasakan peraturan semua pemilik blog dan portal mesti meletakkan maklumat serta identiti sebenar," tegas Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan, langkah itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan tidak mengandungi unsur fitnah yang boleh merosakkan perpaduan selain mahu penulis blog bertanggungjawab terhadap penulisan mereka.

Beliau berkata, cadangan tersebut sebagai garis panduan operasi media sosial tidak terus disalahgunakan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen portal berita seperti dilaksanakan negara jiran, namun bagi memelihara keharmonian nasional penguatkuasaan undang-undang sedia ada akan dilaksanakan.

"Kerajaan akan mencadangkan supaya kawal selia sendiri dilaksanakan jika tidak, pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan terhadap pemilik blog dan portal yang gagal berbuat demikian. 

"Ia bagi memastikan mana-mana pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen ras, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahukan cuba menggulingkan sistem demokrasi berparlimen diambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya dalam ucapan pada Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2012 di sini malam tadi.


P/s: Teringin nak tengok muka blogger kaki fitnah mesra UMNO!


Tiada ulasan: