BRIGED MP SEGAMBUT |
- GAMBAR TERBAIK AWAL MINGGU:MUSUH MUSUH BERDEPAN
- DALAM DEWANPUN BOLEH BLACKOUT UNDANG UNDANG KA:CIS CIS CIS...
- POLIS CEDERA BERTEMPUR DEMO DI PARLIMEN...TENGOKLAH
- Lim: M'sia juga harus hukum syarikat 'pengkhianat'
- HAYAT JAWATAN MENTERI INI AGAKNYA TAK AKAN LAMA:KETAHUI SEBABNYA
- INI LAGI BUKTI KETUA PEMUDA PAS KETINGGALAN ZAMAN
- INI DAH MELAMPAU:JAM 4'30 PAGI BUAT OPERASI ROBOH...ADUIII
- SINDROM KEPENATAN MELANDA PEMIMPIN ULAMA PAS?
- PAS PERLU SEDIKIT PERKAUMAN UNTUK BERKUASA
GAMBAR TERBAIK AWAL MINGGU:MUSUH MUSUH BERDEPAN Posted: 24 Jun 2013 09:30 AM PDT |
DALAM DEWANPUN BOLEH BLACKOUT UNDANG UNDANG KA:CIS CIS CIS... Posted: 24 Jun 2013 08:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Amat malang pelantikanYang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini dicemari apabila Setiausaha Dewan telah secara jelas melanggar Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat (standing orders). "Saya dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun membuat bantahan kepada Setiausaha Dewan Rakyat kerana proses pengundian pelantikan Speaker telah secara jelas tidak dijalankan melalui undi yang dijamin kerahsiaannya," ujar Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) kepada Harakahdaily. Menurutnya, memandangkan terdapat dua calon yang dicalonkan bagi pelantikan speaker Dewan Rakyat maka proses pengundian perlu dilakukan melalui undi bersurat seperti mana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 4 (3) dan (4) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat. Katanya, peraturan 4 (4) memperuntukkan kaedah pengundian yang perlu dilakukan oleh Setiausaha Dewan. "Apa yang perlu dibuat adalah ahli-ahli parlimen hendaklah diberi sekeping kertas undi dan ahli Parlimen itu bolehlah menulis pada kertas undi itu nama calon yang beliau ingin pilih dan kemudiannya kertas undi itu hendaklah dilipat supaya nama calon itu tidak dilihat oleh orang lain dan hendaklah ditandatangani oleh ahli-ahli Parlimen itu. "Peraturan 4 (4 ) tersebut adalah jelas," jelas beliau lagi. Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, nama ahli parlimen yang mengundi tidak boleh ada di dalam kertas undi bagi memastikan kerahsiaan undi terjaga. Malangnya, kata beliau dalam kertas yang undi diberikan kepada para ahli parlimen, nama ahli parlimen juga diminta diisi oleh Setaiausah Dewan dalam kertas undi. Ini, ujarnya jelas ia bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat dan jelas ia melanggar prinsip kerahsiaan undi. "Saya dan beberapa ahli Parlimen PR telah bangun membantah tapi nampaknya pelanggaran undang-undang bagi pemilihan Spekaer juga dilanggar seperti SPR melanggar Undang-Undang Pilihanraya dalam isu dakwat kekal," ujarnya. |
POLIS CEDERA BERTEMPUR DEMO DI PARLIMEN...TENGOKLAH Posted: 24 Jun 2013 06:14 AM PDT Polis KL: Ada anggota yang cedera, patah gigi Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, beberapa orang anggotanya cedera dalam pertembungan dengan kumpulan peserta perhimpunan berhampiran bangunan Parlimen hari ini. Mohmad bekata, kejadian itu antara lainnya mengakibatkan seorang pegawai kanan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul mengalami kecederaan di mata kanan dan hidung. Seorang anggota polis IPD Dang Wangi terseliuh ibu jari tangan kiri dan patah gigi hadapan, katanya lagi. "Peserta perhimpunan juga telah membuat provokasi dengan membaling botol air, telur dan menyimbah cat terhadap anggota polis yang bertugas," katanya dalam kenyataan berkenaan. Tambahnya, seramai 29 orang lelaki dan tiga wanita ditahan perempuan termasuk Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim ditahan dalam kejadian tersebut. Suasana perhimpunan berkenaan bertukar tegang pada kira-kira jam 11.10 pagi apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen. Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota. Kumpulan tersebut terdiri dari kira-kira 50 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok dan disertai serami kira-kira 150 orang lagi yang seterusnya mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini. |
Lim: M'sia juga harus hukum syarikat 'pengkhianat' Posted: 24 Jun 2013 05:00 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, bukan hanya Indonesia, malah Malaysia juga harus menghukum syarikat perladangan negara ini yang dibuktikan terlibat dalam aktiviti mencerahkan hutan di Sumatera yang mengakibatkan jerebu. Mengulas dakwaan Indonesia bahawa terdapat lapan syarikat milik rakyat Malaysia terlibat dengan aktiviti pencerahan hutan secara salah, Lim menganggapnya sebagai "pengkhianatan" jika benar. "Kerajaan Malaysia mesti menghantar pasukan penyiasatnya sendiri untuk memeriksa dakwaan terbabit, dan menghukum mana-mana syarikat Malaysia jika benar mereka terlibat," katanya. Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga menggesa kerajaan menyiasat dakwaan bahawa Sime Darby Plantations Bhd terlibat dalam aktiviti itu walaupun penafian mereka sudah dikeluarkan. "Namun begitu dakwaan serius terhadap Sime Darby mesti disiasat secara terperinci memandangkan Sime Darby adalah sebuah syarikat GLC (berkaitan kerajaan) yang dimiliki kerajaan Malaysia. "Tuduhan serius ini boleh merosakkan reputasi antarabangsa Sime Darby dan juga Malaysia," katanya merujuk dakwaan penglibatan sebuah anak syarikat Sime Darby di Indonesia. Sime Darby Plantation kelmarin menegaskan tiada kebakaran di kawasan operasi syarikat itu di Indonesia, dan telah mematuhi sepenuhnya dasar sifar pembakaran dalam operasinya. "Laporan semasa mengenai titik panas di Riau adalah termasuk dalam kawasan konsesi PT Tunggal Mitra Plantation's (PT MTP)(anak syarikat PT Minamas Gemilang, satu daripada syarikatnya)," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama dalam kenyataan tiga perenggan. Menurutnya keseluruhan kawasan konsesi PT MTP ialah 13,836 hektar, dan jumlah kawasan yang ditanam ialah 10,825 hektar dengan 537 hektar terdiri daripada kawasan tapak semaian dan pembangunan dengan bangunan-bangunan, tapak semaian, jalan raya dan jambatan. "2,474 hektar dihuni penduduk setempat. PT MTP tidak mampu mengawal aktiviti yang dilakukan di luar kawasan operasinya dan di tempat yang dihuni pihak-pihak lain," menurut kenyataan itu lagi. |
HAYAT JAWATAN MENTERI INI AGAKNYA TAK AKAN LAMA:KETAHUI SEBABNYA Posted: 24 Jun 2013 01:15 AM PDT Indonesia harus bertindak segera terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebabkan keadaan jerebu walaupun ia melibatkan syarikat milik rakyat Malaysia, kata Menteri Kesihatan S Subramaniam. "Ia bukan bencana semula jadi tetapi bencana buatan manusia yang disebabkan oleh pihak tidak ertanggungjawab," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Katanya, walaupun masih "tiada bukti" syarikat milik rakyat negara ini di belakang bencana itu, Malaysia tetap menyokong sebarang tindakan jika benar terdapat penglibatan dalam krisis alam sekitar itu. Kerajaan Indonesia patut melakukan apa yang perlu kerana syarikat-syarikat yang dirujuk itu beroperasi di tanahnya. |
INI LAGI BUKTI KETUA PEMUDA PAS KETINGGALAN ZAMAN Posted: 23 Jun 2013 09:30 PM PDT Pemuda Umno akan menyerahkan memorandum kepada kedutaan Indonesia di Malaysia pada hari ini untuk menyarankan republik itu mengambil langkah segera dan tegas bagi menangani isu jerebu akibat pembakaran hutannnya. "PPUM (Pergerakan Pemuda Umno Malaysia) berpendapat kerajaan Republik Indonesia perlu bertindak tegas dalam hal ini, demi semangat kejiranan, toleransi dan kerjasama di antara negara-negara rantau Asia Tenggara," kata ketuanya Khairy Jamaluddin. Dalam kenyataannya hari ini, Khairy juga mengingatkan kesediaan Malaysia membantu negara seberang itu dalam menyelesaikan masalah jerebu di rantau ini. Menurut Khairy, Pergerakan itu juga akan mengagihkan topeng muka secara percuma dan mengadakan majlis solat istisqa (solat memohon hujan) di Putra World Trade Centre di Kuala Lumpur esok. "PPUM berdoa dan berharap agar tahap IPU akan menunjukkan tren penurunan dalam masa terdekat ini, agar kita dapat kembali kepada persekitaran yang sihat dan selamat demi kemakmuran bersama," katanya. |
INI DAH MELAMPAU:JAM 4'30 PAGI BUAT OPERASI ROBOH...ADUIII Posted: 23 Jun 2013 07:54 PM PDT Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata operasi pada dinihari itu dijalankan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan anggota polis yang dilengkapi senjata. Pihak berkuasa awal pagi ini merampas berpuluh-puluh khemah yang didirikan oleh aktivis Padang Merbok selepas perhimpunan 'Black 505' pada hari Sabtu lalu. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata operasi pada jam 4.30 pagi itu dijalankan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan anggota polis yang dilengkapi senjata. "1 pagi jumpa DBKL bagi jaminan 8 pagig akan kosongkan Padang Merbok. Tapi 4.30 pagi DBKL dengan polis bersenjata rampas khemah dan kasari, tendang orang yang tidur," katanya dalam satu tulisan di Twitter. Seramai 45 orang peserta berkenaan kini berhimpun dan berbaring sebagai tanda bantahan di satu kawasan di depan bangunan Parlimen sejak jam 8.30 pagi ini. |
SINDROM KEPENATAN MELANDA PEMIMPIN ULAMA PAS? Posted: 23 Jun 2013 04:30 PM PDT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tentang 'sindrom kepenatan' yang menjangkiti beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sehingga kelihatan teragak-agak untuk membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu. Bercakap dalam sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang hari ini, Anwar berkongsi pandangan dengan Naib presiden PAS Husam Musa bahawa pemimpin seperti itu hakikatnya membawa suara Umno dalam Pakatan Rakyat. "Ada di kalangan orang bicarakan, oh, kita lihat ke depan. Saya ingatkan kepada mereka kalau mereka kekal dalam Pakatan, lihat ke depan itu tidak mungkin tanpa memahami kenyataan sejarah, dulu dan sekarang. "Orang yang membawa bicara, lihat ke depan saja sama dengan dibicarakan Husam, suara itu suara Umno dalam Pakatan dan ini (kita) harus beranikan diri untuk menolak dan menangkis. "Penderaan terhadap pimpinan rakyat tanpa kecuali diteruskan walaupun kerajaan ini kerajaan minoriti... Tak kiralah apa sistemnya, kita tidak boleh menafikan majoriti rakyat tolak Umno dan BN. Sistem itu benarkan mereka terus berkuasa. "Tapi jangan kita cepat mengalah. Ini disebutkan dalam politik sebagai syndrome fatigue (sindrom kepenatan). Kepenatan. Sindrom kepenatan, bila menjangkiti kita dalam Pakatan, dia mulalah mencari ruang mengurangkan kepenatan atau menambah pendapatan," katanya. |
PAS PERLU SEDIKIT PERKAUMAN UNTUK BERKUASA Posted: 23 Jun 2013 09:30 AM PDT Umno berjaya menanam persepsi parti itu adalah pejuang dan pelindung Melayu, dan Pakatan Rakyat (PR) perlu menghapuskan persepsi sedemikian daripada komuniti Melayu jika mahu mengambil alih pemerintahan negara, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu berkata Umno berjaya dianggap pelindung survival Melayu dan Islam, yang menjadikan masyarakat Melayu yakin parti majoriti Melayu itu sahaja yang akan mempertahankan Islam, termasuk penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. "Umno masih dianggap pelindung Melayu dan Islam ... inilah kalau kita lihat keputusan (pilihan raya) bahawa orang Melayu masih bimbamng kalau Umno kalah bagaimana apa akan terjadi kepada orang Melayu, Islam. "Ini kejayaan persepsi yang ditanam sejak merdeka, yang menjadikan rakyat takut mengalahkan Umno, termasuk menjaga nama Allah," kata Mat Sabu ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) di Ampang. Justeru itu, Mat Sabu menggesa rakan komponen PR dari DAP, dan PKR memberi bantuan sewajarnya bagi memastikan persepsi berkenaan dapat dihapuskan. "Bantuan semua kaum khasnya DAP yang memperolehi undi besar nak buang persepsi Umno pejuang Melayu ... macam mana nak buang dalam masa, tiga atau empat tahun akan datang," katanya di hadapan 400 penyokong PR yang hadir hari ini. Menurut Mat Sabu, perkara itu perlu diambil berat, termasuk kenyataan-kenyataan beberapa pihak yang dieksploitasi, dan memberi kelebihan kepada Umno. "Kadangkala itu membantu Umno mendapatkan kerusi, ia perlu diperhalusi, kita merayakan kemenangan tetapi kita hadapi kekurangan di satu pihak lain." "Peranan wakil rakyat kita perlu dipertingkatkan, memahami daya dan juga inspirasi kaum dan mengubah persepsi terhadap satu perkara," katanya lagi. Pemimpin-pemimpin PR sebelum ini pernah bertelagah berhubung beberapa perkara seperti pelaksanaan hukum Islam, Hudud sekiranya mereka berjaya memerintah. Cadangan daripada PAS itu telah ditolak bulat-bulat beberapa pemimpin DAP seperti Pengerusinya, Karpal Singh, yang kemudiannya mencapai konsensus mereka setuju untuk tidak bersetuju. Isu penggunaan kalimah Allah juga pernah dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika perutusan Krismas hujung tahun lalu, yang mana kembali menjadikan isu berkenaan suatu perdebatan dan mengambil perhatian ramai pihak. "Secara umumnya, orang Melayu ini kuat, percaya kepada takdir walaupun cara kepercayaan itu boleh diperbahas," kata Mat Sabu lagi. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan