Isnin, 24 Jun 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tengok nih!! Nazri Aziz tunjuk isyarat '1Malaysia' yang baru ke ni?

Posted: 24 Jun 2013 08:30 AM PDT

Kurang pasti pula aku sipakah wartawan yang telah merakamkan gambar Menteri di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang baru ini..

Gambar dipercayai telah dirakamkan di kawasan merokok di Parlimen sempena dengan majlis mengangkat sumpah 222 anggota Parlimen yang memenangi kerusi masing-masing dalam PRU13 yang telah berlangsung pagi ini 24 June.

Ketika gambarnya dirakamkan pemimpin UMNO ini telah menunjukkan isyarat lucah kepada jurugambar yang sedang merakamkan gambarnya..

Isyarat yang punya makna tak senonoh ini biasanya popular dikalangan budak-budak yang sedang meningkat dewasa, tak sangka pulak aku seorang pemimpin yang bertaraf Menteri pun punya pemikirin seperti budak-budak itu..

Adakah ini satu contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak Malaysia yang sedang meningkat dewasa?

Atau mungkinkah beliau sedang mempromosikan isyarat 1Malaysia yang baru?


Walau apa pun alasannya, tindakan beliau amatlah tidak wajar dan keterlaluan. Menteri kebudayaan harus menerapkan nilai-nilai murni untuk menjadi contoh kepada rakyat.

Namun, dari aksi beliau jelas sekali Nazri Aziz lupa dimanakah kedudukan dirinya sekarang. Jika budaya ini ditunjukkan, maka sudah pasti ia akan menjadi ikutan generasi muda sebenarnya.

Ini sebabnya kenapa demo depan Parlimen menjadi kecoh...

Posted: 24 Jun 2013 06:00 AM PDT


Menurut Aduka Taruna, sebenarnya para aktivis yang berhimpun di hadapan Parlimen itu hanyalah mempertahankan diri sebelum menyerahkan diri kepada Polis lantaran mereka telah dilayan secara kasar tanpa sebab.

SPR diselamatkan oleh polis yang tiada pengalaman.

1. Pihak NGO Royalti kecewa apabila objektif perhimpunan menentang penipuan SPR dan JPN telah menjadi acara permusuhan antara peserta dengan pihak polis.

2. Keadaan awalnya berjalan baik. Polis mengatakan pihaknya membenarkan 10 wakil gabungan aktivis untuk masuk ke parlimen bagi menyerahkan memorandum.

3. Tetapi keadaan menjadi curiga apabila terlalu lama. Apabila wakil gabungan aktivis cuba mendapatkan penjelasan, kumpulan polis muda yang membentengi jalan masuk menjawab dalam keadaan mengejek.

4. Gabungan aktivis memutuskan untuk menyusun peserta sehingga 5 meter dari sempadan benteng polis. Ini bagi menunjukkan objektif aktivis adalah serius.

5. Apabila gabungan aktivis mara, polis muda yang menjadi benteng menjadi cemas dan menyerang aktivis.

6. Keadaan menjadi buruk apabila terlalu ramai orang tidak beruniform memukul aktivis atas nama polis. Ini menyebabkan aktivis melawan mempertahankan diri kerana tidak wujud tanda rasmi polis.


7. Yang direkodkan, seramai 37 aktivis cedera termasuk aktivis Royalti bernama pena Lan Cass. Beliau mendapat kecederaan patah kaki akibat dipukul 'polis berpakaian biasa'.

8. NGO Royalti menyeru semua pihak berhimpun di Lokap Bersepadu Jinjang bagi menyatakan solidariti kepada aktivis yang cedera dan ditahan.

AdukaTaruna
Koordinator Program

Berikut pula adalah kenyataan media pihak Polis..

Husam Musa sudah dibebaskan..

Posted: 24 Jun 2013 03:39 AM PDT


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang ditahan sejak awal pagi semalam di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dibebaskan kira-kira jam 5.00 petang ini.

Beliau diiringi isteri, Datin Rohana Abdul Rahman dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud. Laungan takbir bergema oleh lebih 300 penyokong yang menunggu sejak awal lagi.

Perasaan sebak juga turut dirasai oleh orang ramai apabila seorang lelaki tiba-tiba memeluk Husam sambil menangis tanda bersyukur dan terharu.

Sebelum ini, isteri beliau yang telah lama berada di ruang pekarangan IPD Kota Bharu untuk menyambut pembebasan dan kepulangan suami tercinta berharap Husam dibebaskan hari ini.

Sementara itu, Pertubuhan R Kelantan dan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan menganjurkan program menyambut pembebasan Naib Presiden PAS itu malam ini.

Program berkenaan akan diadakan di Masjid Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Maarif Pasir Tumboh. Presiden R, Nazri Deraman ketika menghubungi Harakadaily berkata, program berkenaan bermula selepas solat Isyak berjemaah dan solat hajat.

Jelasnya, selepas itu juga ceramah daripada 15 orang pimpinan masyarakat juga akan diadakan malam ini.

"Semua dijemput hadir beramai-ramai dan sebarkan," ujarnya.

Malam tadi, seramai 150 orang termasuk bekas Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman membaca surah Yasin beramai-ramai di luar pagar IPD Kota Bharu.


Senarai nama 32 aktivis yang ditahan Polis

Posted: 24 Jun 2013 12:32 AM PDT


Berikut adalah senarai nama 32 aktivis yang telah ditahan oleh pihak Polis kerana dikatakan cuba merempuh halangan atau sekatan Polis untuk ke bangunan Parlimen pagi tadi..

Seorang aktivis dari SUARAM, Syukri yang berada ditempat kejadian sebagai pemerhati dan bersedia untuk sebarang bantuan juga ditahan bersama yang lain itu.

Menurut SUARAM 31 tahanan telah dibawa dan ditahan di Balai Polis Jinjang manakala Ekhsan Bukharee ditahan di IPD Dang Wangi.

1. Abdullah bin Hassan
2. Adam Adli
3. Ahmad Hizami bin Mohd Hazir
4. Ahmad Shauqie bin Abdull Aziz
5. Ahmad Syukri ab Razab (SUARAM Coordinator)
6. Amirul Syazwan
7. Annie Mi Siew Lan
8. Badrul Hisham Shahrin
9. Edie Nor Mohd Redzuan
10. Ekhsan Bukharee (Aktivis pelajar ditahan di IPD Dang Wangi)
11. Hong chee wang
12. Lew Chee Kong
13. Lim Sue Pei\Mah Chee Hoe
14. Md Sani
15. Mohd Fauzi
16. Mohd Mus'ab bin Abdul Habib
17. Mohd sofian bin Mat Dali
18. Mohd Yaser Bin Abd Rahman
19. Mohd Zairi bin Shafaai.
20. Muhamad al-Fateh Abdul Adzis
21. Muhamad hafizudin b yahya
22. Muhammad Aiman Hakim bin Zainal Arifin
23. Muhammad Akram bin Ahmar
24. Muhammad Aliff Hafiz Bin Zainuddin
25. Muhammad Safwan bin Anang @ Talib 26. Mythreyar
27. Nora
28. Norazizi Abdul Aziz
29. Sharifol Azmil
30. Tong Chan Sang
31. Ungku Amer Faez b. Ungku Fauzie
32. Wan Nor Farel Azli

Chegu Bard di time linenya mendakwa seorang aktivis yang bernama Shauqie telah dipukul polis.

Beliau mengalami kecederaan yang agak teruk di muka. dahinya dan pipinya bengkak. Bengkak di pipinya kelihatan berdarah.


Sumber maklumat dari SINI , Video ketika tangkapan bermula sila lihat di SINI

Video Polis mula tangkap pendemo di hadapan Parlimen.. 26 telah ditahan..

Posted: 23 Jun 2013 09:33 PM PDT


Kumpulan yang mengadakan demo di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen sejak jam 10 pagi ini dilaporkan cuba melepasi sekatan Polis yang berkawal kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Gambar serta video sebelum ini sila lihat di SINI.

Ini menyebabkan keadaan bertukar tegang,kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.


Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.


Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.

Seorang MP Pakatan Khalid Samad turut muncul pada kira-kira jam 11.50 untuk menenangkan peserta perhimpunan dan untuk menerima memorandum kumpulan terbabit.

Dalam ucapannya, MP Shah Alam itu berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.

Beliau turut meminta agar peserta berkenaan beredar selepas menerima memorandum terbabit.

Sementara itu ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang ditemui Malaysiakini mengesahkan bahawa 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.

   
 Sumber video dari SINI

Demo dihadapan Parlimen.. depa tidur atas jalan pulak dah.. (Gambar dan Video)

Posted: 23 Jun 2013 08:27 PM PDT


Upacara mengangkat sumpah Dewan Rakyat hari ini disambut dengan demonstrasi sekumpulan lebih 100 anak muda berbaju hitam di jalan masuk menuju ke Parlimen.

Lebih 100 anak muda daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhimpun sambil melaungkan "SPR Syaitan" "SPR Penipu" dan "Reformasi" dengan membawa sepanduk menggesa Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan atas dakwaan Pilihan Raya 2013 yang berat sebelah.



Mereka turut menyanyikan lagu "Rasa Sayang" dan "SPR Bangsat" sepanjang berarak dari Padang Merbok, berhampiran kawasan Parlimen.

Sekitar 9.15, mereka berarak menuju ke Jalan Parlimen, dengan polis kemudiannya membenarkan mereka duduk di bahu jalan. Turut kelihatan bersama kumpulan berkenaan adalah ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang ~ The Malaysian Insider




Ini video yang sumbernya dari AmenoWorld..

Timbalan Pengerusi SPR tidak maafkan dunia akhirat orang yang cerca dan pijak gambarnya..

Posted: 23 Jun 2013 05:00 PM PDT


Antara kata-kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengenai tindakan peserta himpunan 'Black 505' yang mencerca serta memijak posternya dalam himpunan tersebut Sabtu lalu..

"Tidak mengapalah, mereka akan bertanggungjawab diakhirat nanti dan saya tidak akan maafkan mereka dunia akhirat, Ia adalah perbuatan khianat, biadab dan saya tahu mereka semua sudah dikelirukan oleh pemimpinnya.

"Kita ada saluran, kalau ada bukti bawalah ke mahkamah dan kita jumpa di mahkamah, bagi saya apa yang mereka lakukan ini adalah satu dosa besar. Saya tidak ada masaalah dengan apa yang mereka lakukan dan kita tidak akan berganjak kerana kami tidak bersalah.

 Ha.. ha.. ha.. bila muka dia dah kena pijak, baru dia ingat adanya akhirat dan itu adalah perbuatan khianat.

Tidak terfikirkah beliau adanya akhirat ketika beliau bersekongkol untuk menipu dengan berbagai kaedah dalam pilihanraya yang lalu hanya kerana mahu memberikan kemenangan kepada tuan UMNO nya?

Tidak ingatkah beliau adanya akhirat apabila mengkhianati amanah yang dipikulnya iaitu berlaku adil dan tidak memihak kepada mana-mana pihak yang bertanding dalam PRU13 lalu?

Penipuan yang paling ketara ialah penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal, bermati-matian beliau mempertahankan kononnya dakwat kekal yang tidak kekal itu hanyalah helah atau fitnah Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun setelah ribuan laporan Polis dibuat terhadap penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal, beliau tetap tidak mahu mengaku penipuan yang telah berlaku itu malah cuba menyalahkan petugas SPR pula dengan  menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat kemungkinan wujudnya sabotaj daripada petugas.

Ini kata-katanya setelah tak tertepis serangan mengenai dakwat kekal yang tak kekal itu..

"Petugas SPR ini ada macam-macam, kita tidak tahu niat mereka, jadi ia memerlukan kepada siasatan dalaman secara terperinci bagi mencari kebenaran terhadap perkara itu.

"Kita tidak tahu apakah dakwat ini tidak kekal lama kerana kualitinya ataupun kesilapan pegawai SPR ataupun ada unsur sabotaj, malah kami sendiri terkejut kerana perjanjian dengan pembekal ia mestilah kekal lama," ~ Berita Harian

Mengenai persempadanan semula bahagian Parlimen dan Dewan Undangan Negeri/DUN Malaysia pula asasnya mempunyai tujuan yang baik iaitu memudahkan wakil rakyat (ahli Parlimen/ahli Dewan Undangan Negeri) untuk berhubung dan berkhidmat kepada pengundi..

Kerana ia dilakukan berlandaskan kepada rasionaliti jumlah pemilih, keluasan sempadan kawasan dan aksessibiliti/ketersampaian.

Tetapi ianya dibantah kerana sejarah telah membuktikan bahawa setiap pilihanraya yang diadakan setelah persempadanan semula dilakukan, BN akan perolehi lebih banyak kemenangan, kajian dari beberapa buah Universiti membuktikan perkara ini.

Ini kerana konsep 'Gerrymandering' telah dipraktikkan dengan jayanya oleh SPR dalam hal ini..

Buat yang tak tahu apa bendanya 'Gerrymandering' ini..

Konsep ini ialah satu konsep yang menerangkan tindakan memanipulasi atau tindakan secara sengaja pihak yang mempunyai kuasa politik dalam sesuatu wilayah negeri atau tempat dalam penyusunan dan pengaturan semula kawasan - kawasan pentadbirannya bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya yang akan datang.

Tindakan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan undi parti pemba ngkang sama ada dalam satu kawasan kecil ataupun kawasan yang berhampiran .

Selain itu tindakan ini akan membolehkan parti pemerintah mendapat lebih banyak undi dalam pilihan raya berbanding parti pembangkang, walaupun tindakan ini "illegal‟ tetapi ia memberi kelebihan kepada parti pemerintah dalam mengekalkan kuasa mereka dalam sesuatu kawasan.

Terdapat tiga teknik atau cara "gerrymander districts‟ atau cara memanipulasi kawasan menurut teori ini.

Cara pertama iaitu melalui konsep "Excess Vote‟.

Melalui cara ini undi untuk parti pembangkang akan dihadkan dalam sesuatu kawasan yang tertentu sahaja.. Bagi kawasan disekitarnya atau selain daripada kawasan ini, kuasa atau pengaruh pihak pembangkang akan "dicairkan‟ dengan undi majoriti pihak pemerintah.

Contohnya Kelantan ialah kawasan yang kuat menyokong pihak PAS oleh itu Kerajaan Pusat akan cuba menumpukan perhatian kepada negeri Pahang dan Terengganu dalam pilihan raya bagi memastikan kedua - dua negeri ini tidak akan dit awan oleh PAS.

Ini bermakna parti kerajaan mengehadkan kuasa pihak pembangkang keatas negeri Kelantan sahaja.

Cara yang kedua ialah melalui "Wasted Vote‟ 

Iaitu tindakan bagi mengurangkan pengaruh pihak pembangkang dalam sesuatu kawasan dan menghalang pihak pembangkang memperolehi un di majoriti sebanyak yang boleh cara yang dilakukan ialah dengan memasukkan kawasan yang dijangka boleh dimenangi oleh pihak pemerintah kedalam kawasan yang di menangi oleh parti pembangkang atau kawasan yang banyak undi parti pembangkang.

Contohnya kawasan A sebuah kawasan ramai penduduk yang menyokong parti pembangkang manakala kawasan B pula lebih kepada parti pemerintah.

Bagi memastikan parti pemerintah dapat memenangi kawasan A , penstrukturan baru dibuat iaitu dengan memasukan satu atau lebih bahagian dari kawasan B ke dalam kawasan A dan mengeluarkan satu bahagian atau lebih kawasan A kepada kawasan C.

Tindakan ini akan membolehkan parti pemerintah memenangi pilihan raya akan datang dengan nisbah 1:2.

Cara yang ketiga ialah melalui kaedah wang "stacked ". 

Melalui kaedah ini kawasan yang jauh dari bandar akan dijadikan kubu untuk parti pemerintah mengekalkan kuasanya.

Konsep ini boleh dikatakan seperti konsep "hutang budi ‟ dimana pihak pemerintah akan menggunakan kaedah wang bagi membangunkan dan memperbaiki kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar ini, biasanya masyarakat luar bandar akan berpegang kepada konsep "balas budi ‟ .

Selain itu, mereka juga akan berpendapat sekiranya mereka tidak menyokong parti pemerintah tetapi menyokong parti pembangkang mereka akan menghadapi masalah kerana rata - rata penduduk luar bandar terdiri daripada penduduk miskin.

Dah faham apa itu 'Gerrymandering'?

Oleh sebab itu persempadanan semula oleh pihak SPR yang jelas memihak kepada BN adalah ditentang..

Jika Timbalan Pengerusi SPR boleh berkata "saya tidak akan maafkan mereka dunia akhirat".. bagaimanapula jika rakyat yang membayar gajinya melalui cukai yang dikutip kerajaan berkata "Saya tidak akan halalkan setiap sen gajinya yang dibayar kerajaan kerana khianat?"

Tiada ulasan: